Jelita,Tuah dan Hana makan tengah hari di restoran. Sebelum itu mereka baru pulang di mall dan baru lepas solat zohor di masjid.
"Tak sabar nak pakai tudung!" Kata Hana.
"Eh?Dah sedia,Hana?" Soal Tuah.
"Ummi yang ajak!Lama dah nak pakai sebab nampak Indah selesa je pakai tudung.." Kata Hana. Dia tersenyum begitu ikhlas.
Tuah hanya memandang sayu ke arah Hana,Begitu polosnya anak Dariel dan Mira itu. Teringatkan anaknya yang kehilangan ibu kandung,Membuatkan dia terfikir apa agaknya perasaan sebenar budak berumur 5 tahun itu apabila ibubapanya ditangkap polis.
"Ayah?Ayah kenapa tengok Hana macam tu?" Soal Hana yang tersedar yang Tuah melihatnya. Tuah hanya mengelengkan kepalanya dan tersenyum tipis. Jelita melihat ke arah suaminya,Dia tahu apa yang Tuah fikirkan.
"Um..Hana dah habis makan kan?Kita pulang ya?" Ajak Jelita. Hana hanya mengangguk lalu mereka pulang ke rumah.
***
"Hana tinggal dengan kita?Yeah!"
Apabila sampai ke rumah,Indah yang melihat Hana ada di rumahnya terus berlari ke arah Hana dan memeluknya. Begitu erat pelukan itu,Begitu rindu dengan kawan baiknya itu.
"Ayah!Hana tidur kat bilik Indah juga ke?" Soal Indah dengan begitu teruja. Tuah tergelak kecil dan mengelengkan kepalanya.
"Kita kan ada dua lagi bilik kosong..Satu tu ummi dah kemas dah untuk Hana.." Jawab Tuah. Indah mengangguk. Jelita yang sedang mengendong Aufa hanya tersenyum tipis. Dia berharap Hana dapat membiasakan diri dengan mereka.
"Rumah ummi dengan ayah kau besarlah,Indah.." Kata Hana dengan kagum. Indah terangguk-anggukkan kepalanya. Walaupun dia sudah lama tinggal di rumah itu,Dia tetap kagum dengan rumahnya sendiri.
"Apa nama adik kau,Indah?" Soal Hana yang menghampiri Jelita yang mengendong Aufa. Indah juga mendekati Jelita lalu menyentuh lembut pipi Aufa.
"Aufa Tasnif." Jawab Indah ringkas.
"Aufa Ta...Tasnif..Susah nak sebut.." Hana tersenyum kelat. Bagi dia,Nama itu sedikit susah nak sebut. Tuah tergelak lagi,Tak sangka Hana kata nama anak lelakinya itu susah disebut.
"Hai,Aufa..Saya Hanani Yadira.." Dengan suara yang lembut,Hana memperkenalkan dirinya pada Aufa. Senyuman comel Aufa membuat hati Hana cair.
"Comelnya adik kau,Indah!" Kata Hana dengan gembira.
Mereka semua bergembira dan mengenali Hana dengan lebih baik lagi sehinggalah Hana berkata...
"Papa jarang jumpa Hana.."
Semua terdiam.
Seketika,Riak wajah Jelita dan Indah menjadi sedih. Tuah pula tidak menyangka Hana berkata begitu walaupun dia tahu itu kebenarannya. Dipandang wajah Hana lalu Tuah berkata..
"Papa Hana mungkin sibuk dengan kerja...Boleh ayah tanya Hana?"
"Apa,Ayah?" Soal Hana.
"Kalau Hana jumpa papa Hana lepas kerja,Dia macam mana?" Soal Tuah. Dia takut ini mungkin buat Hana menangis tapi dia ingin tahu,Bagaimana Dariel jika bersama Hana.
"Papa bila balik nampak penat tapi dia tetap layankan Hana..Hmm..Dia ajak main.." Hana tersenyum sendiri mengingati papa dia.
"Dia kata dia sayang sangat-sangat kat Hana..Cuma sekarang Hana tak dapat jumpa dia.." Hana menjadi sedikit sedih. Jelita dan Tuah memandang antara satu sama lain. Dariel ditahan di penjara lebih kurang dalam 20 tahun.
"Hana nak ke jumpa papa Hana?" Soal Tuah lagi.
"Nak!Hana rindu sangat-sangat..." Kata Hana.
Jelita sudah berfikir,Mungkin dia boleh bertanya pada pihak polis sama ada boleh atau tidak Hana berjumpa dengan Dariel. Walaubagaimanapun,Dia rasa Hana perlu jumpa Dariel. Bayangkan kalau 20 tahun kemudian dia baru dapat berjumpa dengan papa dia,Tak ke dia tertanya-tanya?
"Abang..Mungkin kita boleh bawa Hana jumpa Dariel.." Bisik Jelita pada suaminya. Tuah hanya mengangguk,Dia juga bersependapat dengan isterinya.
"Hana..Jom main!"
"Jom!"
***
Sunyi..
Sepi..
Itulah keadaan tempat tahanan Dariel sekarang. Tidak terluah,Dia merindui isteri dan anaknya. Pada tengah malam itu,Dariel tidak henti menangis. Gembirakah anaknya bersama keluarga Jelita? Jelita melayan anaknya dengan baikkah?
"I bodoh..Papa Hanani Yadira yang bodoh..Shit!"
Dipukul pahanya sekuat hati untuk menghilangkan rasa bersalah itu. Tetapi apakan daya,Mindanya seperti terikat mahu mengingati keluarga kecilnya itu.
Tanpa dipaksa,Dariel beritahu pada pihak polis yang berjaga di situ yang dia membunuh ibunya sendiri. Bahkan pihak polis itu pun terkejut apabila Dariel tiba-tiba membongkar rahsia sendiri.
"Y..Ya Allah..Maafkan aku.."
Minda seperti mengulang tayang masa-masa mulanya. Mengigil Dariel mengingatinya,Terlalu hanyut dalam hiburan dunianya. Minuman keras,Club dan paling dia rasa bersalah ialah merogol wanita yang bernama Jelita Darina itu.
"Ampunkan..Semua dosaku...Dosa hamba-Mu ini.."
Dariel menangis teresak-esak. Mahukah Jelita memaafkannya? Mira pula,Mahu jugakah maafkan dia apabila dia mengajak Mira untuk bersekongkol membunuh Jelita? Anaknya pula,Masih polos dan mahu merasai kasih sayang daripadanya,Tetapi dia malah semakin jauh dari anaknya.
"Hukuman mati.."
Terasa seperti degup jantungnya terhenti mendengar hukuman itu. Dia tiba-tiba membayangkan dirinya di akhirat kelak. Dia seorang yang penuh dengan dosa. Dia pendosa. Terbayangkan api neraka dan seksa di neraka.
"Ya Allah..Aku tak nak.."
Walaupun sudah sebulan dua ini dia tidak tinggal solat,Dia tetap merasa yang dia akan masuk neraka. Dia tidak rasa dia layak untuk masuk ke syurga. Dosanya terlalu banyak. Kepala kembali mengulang tayang masa-masa mudanya..
***
Flashback..Semasa Dariel berumur 10 tahun..
Masih polos,Dia tercari-carikan ibunya selepas pulang ke rumah. Ditangannya ada slip peperiksaan akhir tahun. Bangga dengan pencapaiannya itu. Dia nombor satu dalam darjah dan kelas!
"Ma!Dariel nombor satu!Ma!"
Sunyi sepi keadaan rumahnya sekarang. Dia terfikir,Mama dia mungkin tiada di rumah. Tetapi buat apa? Kerja pun tidak.. Hanya papa dia sahaja kerja. Itu pun pulang larut malam.
"Ma..."
Dariel memasuki biliknya lalu meletakkan beg sekolah dan slip itu di meja belajarnya. Dia mendengar bunyi pelik dari bilik ibubapanya. Dia tahu,Bilik itu tempat privasi ibubapanya tetapi dia tetap mahu berjumpa dengan ibunya.
"Ma..Dariel dah-"
Pemandangan yang tidak disangka-sangka. Dia melihat ibu dan lelaki asing di bilik itu dan berbaring di katil disebalik selimut tebal itu.
"D..Dariel bila balik-"
Lelaki asing itu terus mendekati Dariel dan menarik koler baju Dariel. Ditolak kuat Dariel ke dinding. Ibu Dariel menjerit kecil,Dengan segera mendekati Dariel dan lelaki itu.
"You dah kenapa tolak anak i kuat-kuat hah!?" Marah ibu Dariel. Dariel dibawa ke pelukannya. Lelaki asing itu menahan geram,Mesti budak itu beritahu ayahnya apa yang ibunya buat dengannya.
"You bodoh tau tak!?I dah cakap buat di rumah i je tapi you degil!" Marah lelaki asing itu. Lantang benar suaranya sehingga membuat Dariel mengigil ketakutan. Lelaki asing itu memakai bajunya,Dengan kasar dia mengucup bibir ibu Dariel.
"I love you,darling.."
Entah apa yang ibu Dariel fikir,Dia membalas kucupan itu dengan penuh cinta. Bernafsu malah..
"Ma..Kalau papa tahu-"
"Jangan beritahu papa,Dariel!Ini secret antara kita!!" Marah ibu Dariel.
"You shouldn't be here,Dariel..Kenapa pulang awal sangat!?Jawab!" Bahu Dariel digenggam kuat,Begitu kasar ibunya pada dirinya. Lelaki asing itu hanya tersenyum sinis melihat Dariel dan ibu Dariel.
"Hari ni ambil slip peperiksaan je,Ma..Lepas ambil dah boleh pulang..Lepas bahu Dariel..Sakit..." Air mata mengalir deras di pipi Dariel.
"Kenapa ke bilik ibu!?Ibu dan papa dah cakap yang bilik tempat privasi kami!" Marah ibu Dariel lagi.
"Dariel tahu..Dariel...tahu...Dariel nak tunjuk slip peperiksaan je..Itu je..." Luah Dariel. Ibu Dariel mengeluh. Ibu Dariel meninggalkan Dariel terduduk di situ,Lelaki asing itu mengikuti ibu Dariel ke tingkat bawah.
"Ma..Mama..."
***
7 tahun kemudian..
Ibubapa Dariel sudah bercerai dan papa Dariel meninggalkan anak beranak itu dan tidak lagi kembali. Setiap malam selepas bercerai,Dariel beberapa kali perasan yang mereka setiap hari ada tetamu.
Dia musykil,Setiap malam lelaki yang berbeza datang ke rumah. Malah mengikuti ibunya masuk ke dalam bilik dan terdengarlah bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya dia dengar. Dariel mula sedar apa yang ibunya lakukan. Ibunya membuat hubungan 'itu',Setiap hari...
Pada satu malam,Dariel tidak dapat tahan lagi mendengar suara ibunya yang seakan-akan mendesah. Dia dengan berani pergi ke bilik ibunya dan pintu itu tertutup,Malah terkunci. Dia mengetuk pintu dengan kuat.
"MA!BUKA PINTU MAMA!"
Geram Dariel pada ibunya sendiri. Inikah penyebab hidup mereka terus menjadi senang semenjak 'tetamu-tetamu' itu?
"Oh my god!What are you doing!?Dalam bilik!?MAMA!!"
Semakin kuat ketukan pintu itu,Ibunya dan lelaki yang bersama ibunya seperti tidak memperdulikannya. Dariel melepaskan geram dengan cara menumbuk cermin yang tergantung di dinding. Penuh darah pada tangan Dariel selepas menumbuk cermin itu.
"S..Shit!Jadi selama ni mama dah jadi pelacur lah!?Duit yang mama bagi tu..Duit haram!!"
Selepas Dariel berkata begitu,Barulah ibunya membuka pintu. Dipandang anak lelakinya dengan penuh amarah. Lelaki itu hanya baring di katil,Ibu Dariel tersenyum pada lelaki itu tetapi bila dia memandang Dariel,Penuh dengan kemarahan.
"Duit haram..Tapi Dariel sukakan duit haram tu?Dariel mula berfoya-foya guna duit tu.." Begitu sinis senyuman ibu Dariel. Dariel marah apabila mendengar kata-kata ibunya.
"Mama pelacur!" Jerit Dariel betul-betul di depan muka ibunya. Tiada lagi rasa hormat.
"Berani sekarang!?"
Tiba-tiba ibu Dariel bertukar emosi.
"Dariel anak mama..Apa kata Dariel belajar buat benda tu?" Pinta ibu Dariel.
"W..What!?Benda tu.." Terkedu Dariel dibuatnya. Dia berundur ke belakang dan melihat lelaki yang baring di katil itu. Tangan Dariel membentuk penumbuk.
"Salah,Ma..SALAH!"
Ibu Dariel hanya menahan amarahnya. Ibu Dariel menutup pintu dengan kuat dan sambung 'aktiviti' itu. Untuk kali terakhir,Dariel menendang kuat pintu itu lalu berlalu pergi ke biliknya.
"Oh god...Kenapa aku malang sangat hah!?Cukuplah mama papa bercerai..Aku tak sanggup dengar suara mama macam tu setiap malam.." Terduduk Dariel apabila memikirkan ibunya. Memikirkan nasib yang dia hadapi.
Dia tidak tahan lagi,Dia kembali ke depan pintu bilik ibunya. Dia memaksa buka pintu yang terkunci itu. Yang dia mahu,Ibunya tidak buat lagi benda itu. Tetapi bila dia berjaya buka pintu,Posisi ibunya dan lelaki itu sungguh menyakitkan mata.
"DARIEL!"
Ibu Dariel terus menghampiri Dariel dan menampar kuat pipi Dariel. Dariel terdiam seketika. Mencerna apa yang dia lihat sebentar tadi. Lelaki yang bersama ibunya itu terus menghampiri ibu Dariel dan menyuruh ibu Dariel untuk berhenti memukul Dariel.
"Shh..Dah..Mungkin rasa ingin tahu dia tinggi.." Agak lelaki itu. Ibu Dariel memandang semula ke arah Dariel. Dariel memandang ibunya lalu lelaki itu. Ingin tahu?
Dariel terus menerus teringat posisi ibunya dan lelaki itu. Mengigil dia mahu melupakan benda itu tetapi gambaran itu seperti melekat di minda. Dariel mengeluh berat.
"Dosa,ma.."
"Dosa?Siapa Dariel nak tegur dosa pahala mama?Hmm?Mama tahu..Dariel mesti dah terbayang-bayang posisi mama dengan dia kan?" Begitu mengoda suara ibu Dariel sekarang. Dariel menutup mata,Cuba berfikiran waras.
Flashback off..
***
"Astagfirullahaladzim.."
Hanya itu yang terucap di mulut Dariel.
ada lagi flashback Dariel ni..next chapter.. :)
Share this novel