"Licik juga si Mira tu.."
Apabila mendengar cerita Indah dan Jelita,Tuah mula berasa sedikit geram. Semakin sukar mahu mencari Mira dan keselamatan isterinya pula terjejas. Ada bermacam-macam cara untuk membunuh Jelita,Akal berfikir Dariel dan Mira juga bukan suatu gurauan.
"Indah..Ayah nak pesan.."
"Pesan apa,Ayah?" Soal Indah.
"Kalau waktu balik dari tadika,Tunggu ayah atau uncle Zah..Kalau orang lain nak jemput Indah,Cakap tak nak je,Okey?" Pesan Tuah pada Indah. Indah mengangguk tanda faham.
"Siapa je boleh jemput Indah pulang?" Soal Tuah. Dia mahu lihat yang Indah betul-betul faham apa yang dia cakap ataupun tidak.
"Yang boleh jemput Indah pulang..Ayah dengan uncle Zah je.." Jawab Indah. Tuah tersenyum lalu mengusap kepala Indah dan Jelita pula tergelak melihat Indah tersenyum bangga.
"Apapun..Ummi tak penat ke?Pagi petang malam jaga adik..Indah nak jaga ummi tak nak.." Indah memeluk Jelita apabila berkata begitu. Dia mahu menangis.
"Ummi bukannya tak nak,Indah..Ummi cuma tak nak susahkan kamu.." Kata Jelita. Tuah memandang wajah Indah,Pipi Indah sudah dibasahi oleh air matanya.
"Yang kamu kata penat ummi..Tapi yang kamu pula nak nangis kenapa?" Soal Tuah. Air mata Indah mengalir. Jelita mengesat air mata Indah dengan ibu jarinya. Senyuman tipis terukir di wajah Jelita.
"Indah sebenarnya...Rindukan arwah mama.."
Indah menangis teresak-esak. Jelita dan Tuah memandang antara satu sama lain,Hati rasa begitu sebak melihat Indah menangis. Mungkin bila Indah lihat Jelita bersama Aufa,Dia teringatkan arwah Irene.
"Kenapa..Tiba-tiba ni,Indah?" Soal Tuah,Mula memeluk Indah. Sedaya upaya melawan perasaan dan berusaha untuk tidak menangis. Pelukan Indah pada Jelita terlerai dan pelukan itu berpindah pada Tuah. Jelita memandang Tuah dan Indah.
"Apa kata abang bawa Indah ke kubur arwah..Mungkin boleh terubat rasa rindu.." Cadang Jelita. Tuah mengangguk lalu memandang Indah.
"Nak,Indah?" Soal Jelita.
"Ummi ikut?" Soal Indah.
"Sorry,Indah..Buat masa sekarang ummi memang tak dapat ke mana-mana..Bila dah boleh nanti,Kita pergi sama-sama." Kata Jelita. Indah hanya menurut.
"Ummi jaga diri tau..Indah tak nak kehilangan seorang ibu sekali lagi.." Kata Indah. Sekali lagi,Tuah dan Jelita memandang antara satu sama lain. Jelita tersenyum tipis lalu mengusap kepala Indah.
"Jangan pergi ummi.." Kata Indah.
Suasana hening seketika..
"Ambil air wuduk,Indah..Solat maghrib."
***
Jelita mengendong Aufa yang sudah tertidur. Selepasnya solat maghrib,Indah dan Tuah mengaji. Jelita menghampiri Indah dan Tuah lalu duduk di sebelah Tuah. Aufa yang digendongan Jelita masih tidur.
"Indah dah nak masuk baca Al-Quran dah.." Kata Tuah.
"Betul ke ni?Wah!Hebatnya Indah!" Puji Jelita. Indah tersenyum bangga.
"Nanti kalau Indah dah pandai baca,Indah ajar adik pula!" Kata Indah. Jelita mengangguk tanda setuju. Indah kakak yang baik!
"Abang nak dukung Aufa jap.."
Apabila Aufa sudah berada digendongan Tuah,Jelita dan Indah mula berbual. Tuah mengucup sekali pipi Aufa lalu memandang isterinya. Banyak yang dia fikir sekarang ini. Maklumat tidak lagi mencukupi dan Mira sukar dicari.
"Abang sayang keluarga kecil abang ni tau.." Ucap Tuah. Indah dan Jelita memandang Tuah. Mereka semua tersenyum bahagia.
"Ummi dengan ayah dulu jumpa macam mana?" Soal Indah.
"Zaman sekolah,Indah..Ayah ingatkan ummi Indah ni tak sukakan ayah tapi..Suka juga ya?Uncle Zah cakap ayah ni handsome!Sebab tu ummi suka ayah!" Kata Tuah. Jelita mencubit paha Tuah.
"Aduh!Sayang!Sakitlah!"
Tergelak Indah.
"Puji diri sendiri handsome.." Keluh Jelita.
"Eleh..Memang pun kan,Sayang?" Tanya Tuah dengan begitu sinis. Jelita tergelak melihat Tuah tersenyum sinis begitu.
"Oh ya..Dulu sayang bukan ke pakai cermin mata?Cermin mata ala-ala Harry Potter pula tu.." Tergelak Tuah.
"Rabun Jelita ni taklah teruk sangat.." Kata Jelita. Terangguk-angguk Tuah dan Indah lalu kembali dengan perbualan asal.
"Ummi ni suka sangat membaca..Rak penuh dengan buku." Kata Tuah.
"Indah tahu,Ayah!Macam-macam buku,Tapi Indah belum pandai baca lagi masa tu!" Kata Indah. Teringat pertama kali memasuki bilik Jelita di rumah nenek dan atuknya. Jelita memandang suaminya.
"Abang nampak penat..Apa kata abang tidur sekarang..Esok kerja,Nak hantar Indah ke tadika lagi." Tegur Jelita.
"Tak apa,Jelita..Abang okey je.." Balas Tuah pula. Jelita mengambil Aufa dari gendongan Tuah lalu berdiri,Dibaringkan Aufa di katil bayi lalu mendekati Tuah. Dia menarik tangan Tuah supaya Tuah berdiri.
"Eh..Janganlah macam ni,Sayang..Sayang tu masih berpantang lagi tahu?" Gelabah Tuah apabila Jelita menarik tangannya. Segera dia berdiri lalu menyimpan Al-Quran dan sejadah di rak.
"Indah..Tidur dengan ummi dan ayah malam ni.." Ajak Jelita. Indah terus bersetuju.
Jelita dan Indah sudah berbaring di katil. Tuah pula pergi ke bilik air sebentar. Apabila sudah baring bersama isteri dan anaknya,Dipandang pula Aufa yang tidur di katil bayi.
"Tak lepas pula pelukan Indah kat ummi..Bagilah ayah peluk ummi pula,Indah.." Kata Tuah. Niatnya mahu bergurau,Tapi Indah menarik tangan Tuah untuk memeluk Jelita. Jelita yang dipeluk oleh Tuah dan Indah tergelak.
Jelita tiba-tiba menyanyikan lagu A Thousand Years. Rasa tenang hati Tuah dan Indah mendengar suara Jelita yang begitu merdu.
"I have died every day waiting for you..Darling, don't be afraid..I have loved you for a thousand years...I'll love you for a thousand more.." Nyanyi Jelita.
Terukir senyum manisnya apabila dia memejam mata. Dalam bayangannya,Dia,Tuah,Indah,Aufa dan arwah Irene di padang rumput yang begitu luas. Seperti tiada penghujung padang rumput itu. Langit juga begitu cerah.
Apabila Jelita berhenti menyanyi,Tuah pula menyambung nyanyian Jelita. Mata Indah yang memandang umminya dari tadi,Memandang pula ayahnya.
"And all along I believed I would find you..Time has brought your heart to me..I have loved you for a thousand years..I'll love you for a thousand more..." Nyanyi Tuah.
Apabila telah habis menyanyi,Indah menepuk tangannya. Puji ummi dan ayahnya. Konsert free sebelum tidurlah katakan..
"Bestlah suara ummi.." Puji Indah.
"Ummi je?Ayah?" Tanya Tuah.
"A..Ayah pun sama.." Tersenyum janggal Indah dibuatnya.
Mereka tergelak. Apabila Indah dan Jelita sudah tidur,Tuah memandang isterinya. Tersenyum tipis.
"Lagu tu..."
***
Sebulan kemudian..
Suatu hari,Di rumah yang sedikit usang dan betul-betul di tengah hutan itu,Pihak polis sudah mengelilingi kawasan rumah itu. Tuah,Fayyez dan Zahwan menunggu di kawasan kereta diparking. Memandang sekeliling memastikan Mira tidak dapat melarikan diri lagi!
"Kenapa Mira tinggal situ?Elektrik tiada.." Tanya Fayyez.
"Aku syak yang dia sebenarnya tinggal rumah Dariel tu..Tapi mungkin rumah sewa,Kena halau ke?" Zahwan membuat andaiannya.
"Shh..Dengar tak?" Tuah berbisik.
"Why?" Bisik Fayyez.
Mereka bertiga terdiam. Telinga sedang menangkap suatu bunyi. Bunyi orang berlari di semak-samun itu! Terdengar suara salah satu polis menjerit..
"BERHENTI!"
Fayyez pantas bergerak. Dia berlari ke arah Mira yang sedang melarikan diri!
"Hati-hati!!Dia ada senjata!!"
Terlambat.
Mira memukul Fayyez dengan batang besi yang panjang,Betul-betul di kepala Fayyez. Fayyez terbaring lemah,Darah mengalir dari kepalanya. Mira memukul Fayyez berkali-kali sebelum kembali berlari.
"STOP!"
Tuah terus menahan Mira yang mahu memukulnya! Zahwan pula menendang kaki Mira supaya terjatuh!
Fayyez secara perlahan berdiri,Terhuyung-hayang dia apabila berjalan. Terduduk lemah kerana kepalanya sangat sakit.
"Lepas!"
Mira dimasukkan ke dalam kereta polis. Sekuat hati Mira memukul kaca tingkap kereta itu,Tapi semuanya sia-sia.
Tuah mendekati Fayyez yang masih terduduk lemah.
"Sesiapa!Tolong bawa Fayyez ke hospital!Dia hilang banyak darah nanti!"
***
Bacaan yasin sudah selesai dibaca,Jelita dan Indah melawat kubur arwah Irene. Dari sebelum keluar rumah lagi,Jelita rasa tidak tenang. Tidak tahu apa yang dia jangkakan akan terjadi.
"Ummi..Aufa okey ke tu bila dengan nenek?" Soal Indah.
"Okey je tu..Ummi dah sediakan bekalan susu untuk adik..Kita dah nak pulang dah ni.." Jelita sudah berdiri,Teringat wajah mertuanya yang teruja mahu menjaga Aufa. Indah menyentuh batu nisan itu lalu memandang Jelita.
"Kalau mama masih ada,Mesti dia bangga kat Indah kan,Ummi?Indah dah sekolah..Pandai baca.." Kata Indah. Tersentuh hati Jelita mendengarnya. Apabila mereka mahu masuk kereta,Mata Jelita terlihat sosok Dariel.
"Aku berhalusinasi ke ni?Sebab trauma lama ke?"
Dipandang lagi sosok Dariel itu. Semakin mendekati mereka.
"Ummi..Itu bukan ke orang-"
Jelita terus membawa Indah masuk ke dalam kereta. Kereta dihidupkan lalu mengunci pintu. Dariel yang nampak Jelita dan Indah yang sudah memasuki kereta berlari!
"Bila you reti bawa kereta,Sayang!?" Bisik Dariel dengan penuh rasa geram. Jelita mula memandu. Dia panik!Dia mahu ke rumah ibu mertua dia!
***
Tuah baru sahaja balik ke rumah ibubapanya,Lenguh satu badannya. Apabila dia memberi salam dan memasuki rumah,Jelita terus mendekatinya.
"Abang!Abang...Dariel terlepas ke!?" Soal Jelita.
"Hah?Tak tahulah pula.." Pelik Tuah.
"Tadi masa Jelita dan Indah ke tanah perkuburan,Ada Dariel,Abang!" Beritahu Jelita. Dia mula terkena panic attack,Mengigil satu badan!
"Eh..Mustahillah.." Mahu sahaja dia kata Jelita mungkin sedang halusinasi ketika itu,Tapi dia takut Jelita terasa hati!
"T..Tak,Abang..I..Indah pun nampak.." Terduduk Jelita,Tidak dapat menahan dirinya yang sedang mengigil hebat. Nafasnya naik turun,Dia juga berpeluh dingin.
"Ya allah!Jelita..Sayang..Bertenang.."
Tuah cuba segala cara yang dia tahu untuk mengurangkan panic attack Jelita,Secara perlahan tanda panic attack Jelita berkurangan. Tuah memeluk erat isterinya.
"Tanya polis,Abang...Tadi dia ada..Masih berpakaian tahanan penjara..." Menangis air mata Jelita. Encik Hafiy yang terdengar percakapan Jelita dan Tuah mendekati anak dan menantunya.
"Ya allah!Apa jadi ni?Jelita?Kamu okey ke tak ni?" Prihatin sungguh Encik Hafiy bertanyakan menantunya. Jelita mengangguk,Tangisannya pula tidak berhenti.
Tuah dan Jelita terdiam tidak tahu mahu berkata apa. Ibubapa Tuah tidak tahu siapa Dariel! Kalau sahaja ibubapa kenal Dariel,Masa lalu Jelita juga akan terbongkar! Aib Jelita!
"U..Um..Kami bergaduh sikit,Ayah..Tapi jangan risau..Dah ada kata putus untuk pergaduhan kami tu.." Tipu Tuah. Encik Hafiy pula terus percayakan Tuah. Diusap belakang Jelita dengan begitu lembut. Memberi semangat.
"Sampai macam ni Jelita kalau bergaduh?Mesti sayang sangat kat Tuah ni.." Tergelak Encik Hafiy. Jelita juga tergelak janggal,Mahu menutup semuanya. Apabila sudah mengumpul tenaga diri,Jelita berdiri lalu pergi ke ruang tamu. Duduk di sofa.
Jelita mengelap air matanya lalu memandang Tuah yang baru sahaja duduk di sebelahnya. Indah yang menjaga Aufa melihat Jelita yang sedang menenangkan diri.
"Nanti kita bincang lagi di rumah ya,Jelita.." Bisik Tuah pada Jelita. Jelita mengangguk..
Share this novel