Seminggu berlalu,Jelita berhenti belajar di universiti itu. Alasannya mudah,Dia stres dan katanya lagi tidak sanggup nak belajar. Ibubapanya tahu penyebab sebenar hanya membiarkan Jelita mengambil keputusan sendiri.
"Kenapa tak report kat polis je,Dik?" Tanya Zahwan. Jelita mengelengkan kepalanya. Seminggu ini juga Zahwan memujuk adiknya supaya Jelita melaporkan pada polis.
"Tak nak-"
Jelita segera ke bilik air. Akhir-akhir ini juga,Dia selalu rasa mual dan muntah. Puan Fatimah mendekati pintu bilik air. Jelita yang baru sahaja keluar diberikan alat pregnancy test oleh ibunya.
"I..Ibu..T..Tak.." Mengalir air mata Jelita. Puan Fatimah memeluk anak bongsunya itu. Memujuk Jelita untuk memeriksa juga. Akhirnya setelah beberapa minit menggunakan alat itu,Jelita terjerit kecil!
Bukan kerana gembira tapi rasa menyesal yang makin menebal. Dia memeluk ibunya,Puan Fatimah hanya memujuk supaya Jelita redha dengan apa yang terjadi.
"Abang nak dia tanggungjawab!" Marah Zahwan.
"Zahwan Darwisy!Bertenang.." Tegur Puan Fatimah. Jelita yang hampir mahu memukul perutnya ditahan. Tergeleng-gelengkan kepalanya,Puan Fatimah memegang kedua tangan Jelita.
"Anak Jelita tu!Darah daging Jelita!" Marah Puan Fatimah.
"Tapi ini juga anak si tak guna tu,Ibu!" Balas Jelita. Terdiam dia kerana meninggikan suara. Dengan segera dia minta maaf.
"Terima je anak ni,Jelita..Jelita kan suka budak-budak?Hmm?" Pujuk Puan Fatimah. Tak nak dia Jelita menyesal sebab buat diri sendiri keguguran pula nanti..
"Kita jaga anak Jelita sama-sama..Hm?" Pujuk Puan Fatimah lagi. Luluh hati Jelita,Dia mengusap perutnya yang masih kempis. Tangisan penyesalan menjadi tangisan rasa bersyukur. Bersyukur sebab dia berteman..
"Adik nak jaga anak tu?" Tanya Zahwan. Jelita mengangguk.
"Anak ni tak bersalah kan..Ini bukti yang Dariel lah yang rogol adik..DNA dia ada kat anak ni.." Itu rancangan Jelita. Baru sahaja terfikir.
"Pemikiran kau ni kan dik.."
***
Dariel pada malam itu tiba-tiba pergi ke rumah Jelita. Terlanjur menjemput masuk,Zahwan menjeling tajam kearah Dariel.
"Ibu..Abah..Kenapa suruh dia masuk!?" Tanya Jelita kerana terkejut.
"I minta maaf..Itu niat i ke sini..You..Maafkan i.." Rayu Dariel.
"Betul ke kau dah berubah!?Kau tahu apa dah jadi kat adik aku!?" Keras suara Zahwan.
"Hilang dara?" Tanpa rasa bersalah Dariel berkata.
"Lebih dari tu.." Bisik Jelita dengan geram.
"You..Mengandung anak i!?" Dibuat-buat terkejutnya,Kini dia berdiri di hadapan Jelita. Jelita bersembunyi di belakang abangnya. Takut kena tolak sebab dia tahu,Dariel tak nak pun anak mereka tu hidup!
"I..I tak nak masuk penjara,Jelita..Maafkan i eh?" Rayu Dariel lagi. Jelita mengangguk,Entah ikhlas memaafkan ataupun tidak.
"Kau boleh pulang.." Halau Jelita.
"Tapi i nak you jumpa i next week..Di kafe tu..Kita berbual tentang anak kita tu.." kata Dariel. Jelita melihat ke arah Zahwan.
"Tapi abang Zah teman.."
"Okey..Bye..Thank you,Aunty..Uncle.."
Pulang juga Dariel akhirnya. Zahwan memandang adiknya. Jelita tertawa janggal sebab sesuka hati menyebut nama abangnya.
***
Seminggu kemudian..
"Hai,Jelita!Zahwan kan?"
Zahwan dan Jelita duduk di hadapan Dariel. Senyumannya sangat lebar,Tapi itu semua hanya lakonan semata-mata. Dia rasa gentar sedikit dengan Zahwan,Walaupun dia tahu yang Zahwan muda setahun daripadanya.
"I dah orderkan minuman favorite you..Milk shake." Kata Dariel.
"Tiada alkohol kan?Mana tahu kau letak.." Kata Zahwan selamba. Dilihat gelas minuman itu.
"Kafe macam ni ada alkohol?Mengarut.." Kata Dariel yang berpura-pura ramah dengan Zahwan. Dalam hati,Sudah dia memaki-hamun.
"Abang nak order minuman dulu di kaunter eh dik?" Kata Zahwan.
"Jelita nak ke tandas jap.."
Jelita mencampurkan milk shakenya dengan krim yang ada di milk shake itu lalu meminum sedikit sebelum pergi ke tandas.
Apabila kedua adik beradik itu sudah meninggalkannya,Dariel mengambil pil keguguran di begnya. Dia pecah-pecahkan pil itu sehingga menjadi serbuk lalu mencampurkannya di minuman Jelita.
Dia kembali buat lagak seperti biasa,Tetapi lupa untuk meletakkan lebihan pil itu di dalam beg.
"Kau sakit ke Dariel?Pil apa tu?" Soal Jelita yang baru sahaja duduk semula di kerusi. Tersentak Dariel dibuatnya. Cepat-cepat dia ambil pil itu lalu simpan di dalam beg. Cuai..Cuai...
"Kenapa macam pahit minuman aku ni?" Soal Jelita yang dengan peliknya memandang ke arah minumannya. Walaupun pahit,Banyak juga yang diteguknya!
"Lidah kau je kot.." Kata Dariel. Zahwan yang baru sahaja sampai masih menunggu minuman dibuat. Makin lama,Makin rasa menyampah dengan Dariel. Dia meminum sedikit milk shake milik Jelita,Memang betul. Pahit.
"Jelita nak jaga anak ni..Ini hak Jelita untuk memilih.." Ucap Jelita. Dia membuka beg tangannya. Tercari-carikan sesuatu.
Dariel seperti sakit hati mendengar kata Jelita. Anak tu tak patut hidup.. Itu yang Dariel berkata dalam hati.
"Phone adik mana,Abang?Tertinggal di kereta ke?" Jelita tercari-carikan telefonnya. Dia meminta kunci kereta lalu pergi mengambil telefon dia. Zahwan memandang tajam kearah Dariel.
"Kau letak apa di minuman adik aku?" Tanya Zahwan separa berbisik. Dariel tersenyum sinis. Dia telah akui,Zahwan bukan orang yang senang nak diperbodohkan.
"Tiada apa." Jawab Dariel. Zahwan begitu curiga dengan Dariel. Nombornya dipanggil yang bermakna minumannya telah siap,Dia meminta diri pada Dariel dan mengambil minumannya.
Dia keluar dari kafe lalu mendekati Jelita yang baru sahaja mahu masuk semula dalam kafe itu.
"Eh..Pulang,Abang Zah?"
"Ya,Dik..Abang curiga kat dia..Jangan jumpa dia lagi." Larang Zahwan. Jelita hanya mengikuti cakap abangnya. Kalau itu yang terbaik untuk dia.
***
Malam itu..
"Arghh!Abang!Ibu!"
Zahwan,Puan Fatimah dan Encik Ruzain pergi ke bilik Jelita. Terkejutnya mereka melihat banyak darah di celah kangkang Jelita! Seluar yang berwarna biru muda itu penuh dengan darah.
"Anak Jelita..Abang Zah!" Jelita menyentuh perutnya. Zahwan tanpa banyak cakap terus mengendong adiknya itu sementara Encik Ruzain menghidupkan kereta.
Jelita dimasukkan di dalam kereta dan Puan Fatimah pula duduk bersama Jelita di kerusi belakang. Zahwan yang baru sahaja kunci rumah terus memasuki kereta. Encik Ruzain pula memandu kereta.
***
"Cik Jelita keguguran..Maafkan kami."
Rasa nak berhenti jantung berdegup. Dipandang pintu wad kecemasan itu. Apa agaknya perasaan Jelita?
"Kami yakin ini penyebabnya..Um..Cik Jelita ada ambil pil keguguran tak?" Soal doktor itu. Wajahnya serius memandang Zahwan,Encik Ruzain dan Puan Fatimah.
"Tak ada,Doktor..Kami selalu pantau dia.." Kata Puan Fatimah. Baru seminggu yang lepas mengetahui tentang kandungannya,Pil keguguran itu pula susah nak jumpa. Mustahil Jelita mengugurkan kandungannya.
"Tak apa..Saya minta diri dulu.Pihak keluarga boleh melawat pesakit ya."
Terlihat Jelita dimasukkan ke dalam bilik wad. Matanya sembap. Zahwan terus memasuki bilik wad,Yang diikuti Puan Fatimah dan Encik Ruzain.
"Jelita..Adik okey?" Soal Zahwan.
"Adik memang okey..Tapi anak adik dah mati.." Menangis lagi Jelita. Puan Fatimah juga sudah menangis melihat kesedihan anaknya. Kehilangan anak dalam kandungan adalah kehilangan yang sangat sakit.
"Bukan rezeki adik untuk jaga anak tu,Dik..Redha,Dik..Hmm?" Pujuk Zahwan. Terpujuk juga sedikit hatinya. Puan Fatimah mendekati Jelita lalu memeluk Jelita erat.
Jelita mengadu semuanya pada ibunya itu.
"Apapun yang jadi..Semuanya ada hikmah,Jelita sayang.."
"Adik tahu,Ibu..Terima kasih masih nak jaga Jelita,Ibu..Abah.." Jelita rasa bersyukur sebab keluarga tetap mahu menjaganya walaupun dirinya banyak dosa dan tidak sempurna.
"Sama-sama,Jelita..Sekurang-kurangnya kamu nak berubah menjadi yang lebih baik..Itu buat abah bangga." Kata Encik Ruzain. Akhirnya dia tersenyum dengan Jelita yang sekarang.
***
Dua tahun kemudian..
Walaupun di diagnosis menghidap kemurungan selama dua tahun itu,Jelita kuat menghadapi semua. Dia patuh pada nasihat doktor dan lebih meluangkan masa dengan keluarganya.
Zahwan juga sudah berkahwin dengan isteri tercintanya. Ada kawan baharunya di rumah dan dia begitu gembira yang dia akan jadi makcik!
"Kak Qaseh jaga pemakanan betul-betul!" Pesan Jelita. Tertawa kecil Qaseh dibuatnya. Dia tahu tentang masa lalu Jelita dan sebab itu dia menjadi pemberi semangat pada adik iparnya itu.
"Cepat-cepat kahwinlah ya,Jelita..Akak nak tengok kamu di pelamin.." Memang itu permintaannya dari dulu. Jelita tergeleng-gelengkan kepalanya. Alahai..Hari-hari cakap tentang kahwin..
"Insyaallah,Kak..Kalau dah ada jodoh." Balas Jelita. Qaseh peluk Jelita erat-erat. Sayang sangat kat adik iparnya!
.
.
Flashback Jelita end..
Share this novel