BAB 34

Romance Completed 13846

Dua tahun kemudian..

"Mi!Ummi!" Berkali-kali Aufa memanggil Jelita. Mereka berdua sedang bermain sorok-sorok bersama. Tuah yang baru sahaja balik dari kerja hanya memerhati. Indah dan Hana pula masih di sekolah,Mereka sudah memulakan sesi persekolahan mereka di sekolah rendah.

"Tak dapat jumpa ummi ya,Aufa?" Tergelak Tuah melihat anaknya yang sedang mencari Jelita. Aufa terangguk-anggukkan kepalanya,Masih mencari Jelita dimana.

Di tempat persembunyian Jelita pula,Jelita sudah penat menahan tawa. Dia hanya menyorok di bawah meja makan tetapi Aufa merasa begitu susah untuk mencari umminya.

"Mi..Ummi..Mi.."

Sampai dia mahu melakukan teknik asalnya,Dia mula menangis dan Jelita datang kepadanya. Tuah sudah ketawa besar melihat Aufa,Sudah mula teknik asal.

"Sayang jangan keluar dulu.." Kata Tuah. Sengaja mahu mengusik Aufa. Jelita hanya diam,Malah terangguk-angguk di tempat persembunyiannya. Tetapi hatinya sudah risau mendengar Aufa yang sudah mahu menangis.

Aufa pergi ke meja makan,Dia mula menarik kerusi dan melihat ke bawah meja makan. Senyuman lebar terukir di wajahnya. Jelita pula buat-buat terkejut melihat Aufa yang sudah terjumpanya.

"Aufa dah menang!" Jelita keluar dari tempat persembunyiannya,Terus mengendong Aufa dan memuji-muji anaknya itu. Aufa tergelak comel,Gembira dipuji oleh umminya.

Jelita duduk di sebelah Tuah,Tuah mengusap lembut kepala Aufa. Dikucup sekali kepala anaknya itu,Satu-satunya anak lelakinya.

"Abang nak makan?" Soal Jelita. Tuah mengelengkan kepalanya.

"Tadi cakap belum makan.." Soal Jelita lagi.

"Aik..Tak nak bermanja dengan abang macam selalu ke?" Tersengih Tuah apabila berkata begitu. Jelita hanya tertawa janggal,Memang benar dia selalu bermanja dengan Tuah apabila Tuah baru balik dari kerja.

"Biarlah abang rehat hari ni...Tengok abang hari ni macam penat sangat je.." Kata Jelita. Tuah menyandarkan kepalanya di bahu Jelita,Memang dia rasa begitu penat hari ini.

"Abang okey tak ni?" Soal Jelita. Dia menyentuh dahi Tuah. Panas. Aufa yang melihat tindakan Jelita juga menyentuh dahi Tuah. Riak wajah mereka menjadi risau. Tuah demam!

"Abang demam ni..Kita ke bilik ya,Abang?Rehat.." Kata Jelita. Dia membantu Tuah berjalan ke bilik tidur mereka. Dalam masa yang sama,Dia juga mengendong Aufa. Apabila Tuah sudah berbaring di katil,Jelita pergi mengambil sapu tangan lalu membasahkannya. Jelita meletakkan tuala lembap itu di dahi Tuah.

"Yah..Yah.." Panggil Aufa. Tuah hanya tersenyum tipis melihat Aufa. Jelita meninggalkan Tuah dan Aufa di bilik dan dia mula masak bubur untuk Tuah. Ketika masak,Dia menelefon Zahwan.

"Assalamualaikum,Abang Zah.."

"Waalaikumsalam,Dik..Hah..Kenapa?" Soal Zahwan yang berada di talian.

"Boleh tolong ambilkan Indah dan Hana nanti waktu balik?" Soal Jelita.

"Oh..Boleh je..Indah dan Hana kan satu sekolah dengan Naail..Boleh boleh..Eh tapi kenapa?" Soal Zahwan pula.

"Tuah demam,Abang Zah..Risaulah abang.." Kata Jelita.

"Oh..Okey okey..Tak nak bawa ke klinik ke?" Soal Zahwan lagi. Jelita terdiam seketika,Berfikir tentang itu lalu terangguk-angguk sendiri.

"Nak tu nak,Abang Zah tapi Jelita ni manalah reti bawa kereta..Abang Zah tolong bawakan,Boleh?" Pinta Jelita.

"Boleh..Risau juga abang kat Tuah tu,Dik..Dia tu jarang sakit..Mesti sekarang ni dia lembik semacam.." Agak Zahwan dan memang betul apa yang dia agak itu.

"Petang nanti lepas abang ambil Indah dan Hana kita pergi ke klinik terus..Jumpa nanti petang.." Kata Zahwan. Selepas mematikan telefon,Jelita terus menghidangkan bubur itu. Dibawa mangkuk yang berisikan bubur itu ke bilik.

Apabila sampai di bilik, Jelita melihat Tuah yang sudah tertidur bersama Aufa. Berat hatinya melihat muka Tuah yang sudah sedikit pucat. Dia duduk di tepi katil lalu meletakkan bubur itu di meja tepi katil. Diusap pipi Tuah dengan lembut.

Terasa pipinya disentuh lembut,Tuah secara perlahan membuka mata. Tersenyum tipis melihat isterinya yang begitu risau riak wajahnya. Tuah menarik tangan Jelita lalu membawa Jelita ke pelukannya.

"Abang?Kenapa ni?" Soal Jelita.

"Biar hari ni abang pula bermanja dengan Jelita.." Kata Tuah. Eh...Dah sakit nak bermanja pula ya?

"Eh..Abang ni.." Tergelak Jelita melihat Tuah. Dia melepaskan pelukan lalu mengambil bubur yang baru sahaja dia buat.

"Abang.." Panggil Jelita.

"Ya?Apa lagi?Suaplah,Sayang.." Kata Tuah.

"Ish..Baca doa,Abang.." Tegur Jelita.

"Oh ya..Lupa..Hahaha..Bismillahirrahmanirrahim..." Tuah mula membaca doa makan dan Jelita hanya melihat suaminya itu. Dalam fikirannya,Dia mahu mengambil kerusi untuk Tuah solat nanti.

"Maaflah susahkan Jelita eh?" Ucap Tuah tiba-tiba. Jelita hanya mengelengkan kepalanya, Menyatakan tidak pada kata-kata Tuah.

"Abang tak susahkan Jelita pun.." Ucap Jelita pula. Dipandang wajah pucat Tuah,Hatinya penuh dengan rasa risau. Mungkin Tuah overwork,Itu yang terlintas difikirannya.

"Kita patutnya sedia ubat lain kali,Jelita.." Kata Tuah dengan suara seraknya. Jelita hanya mengangguk,Memang mereka tidak sedia apapun jenis ubat di rumah.

Apabila Tuah sudah habis makan,Jelita menghulurkan segelas air pada Tuah. Habis air itu oleh Tuah dalam beberapa kali teguk. Jelita membawa pinggan dan gelas itu ke dapur lalu mencucinya.

Dia membawa kerusi ke bilik lalu meletakkannya di sisi katil dan menghadap kiblat. Tuah yang sedang berbaring di katil berasa sedikit pelik melihat Jelita yang membawa kerusi itu ke dalam bilik.

"Untuk apa tu,Jelita?" Soal Tuah.

"Untuk abang solat nantilah..Abang tak larat,Jadi Jelita bawakan kerusi ni." Jawab Jelita. Dia menyediakan baju untuk ke klinik nanti. Sekali lagi Tuah menjadi pelik.

"Dah kenapa sedia baju dan tudung tu?Minta kebenaran dari abang untuk keluar pun tiada?" Soal Tuah lagi. Tercabar pula rasa sabar Jelita disoal banyak kali. Tapi dia cuba bersabar.

"Kita ke klinik ya nanti,Helmet pink.." Kata Jelita.

Hah..Sudah..Keluar dah panggilan 'Helmet pink' itu. Melihat Jelita yang sedang bersabar menahan rasa geram,Tuah tertawa janggal. Bila isterinya menahan marah dan bersabar begitu,menakutkan juga!

"Okey..Ke klinik ya?Okey.." Balas Tuah. Tidak mahu dia membalas panggil Jelita 'Pengerusi membaca'. Orang yang penyabar jangan makin dicabar,Nanti menyesal!

Tuah melelapkan mata untuk tidur semula. Apabila sudah tidur,Jelita memandang suaminya. Terucap kata maaf di bibirnya,Emosinya tiba-tiba naik turun.

***

Apabila sudah sedia memakai jubah berwarna merah jambu dan tudung bawal berwarna putih,Jelita secara perlahan membantu Tuah pergi ke tingkat bawah dan ke ruang tamu. Naik semula untuk mengambil Aufa dan turun semula ke tingkat bawah.

Jelita memakai cermin matanya lalu mendekati Tuah.

"Eh..Eh...Bidadari.." Puji Tuah tiba-tiba.

"Abang ni kalau demam makin buang tabiat.." Tegur Jelita. Blushing juga,Tapi Jelita cuba kekal serius. Tuah terfikir-fikirkan sikap isterinya pada hari ini. Macam bertukar sikap saja diorang kali ini,Tergeleng-geleng Tuah memikirkannya.

"Garang-garang pun blushing.." Kata Tuah. Gayanya macam orang yang tak sakit,Makin menjadi-jadi kata-kata manis di mulut Tuah. Jelita pergi ke dapur,Sengaja mahu melarikan diri supaya suaminya tidak melihat wajahnya yang sudah merah.

"Yah..Yah.." Panggil Aufa. Tuah melihat Aufa.

"Kenapa,Aufa?" Soal Tuah. Nak kata lapar,Jelita dah beri Aufa makan masa Tuah sedang tidur tadi.

"Tu.." Tunjuk Aufa ke lantai. Tuah melihat ke arah Aufa tunjuk itu, Betul-betul berdekatan dengan sofa yang mereka duduk. Besar mata Tuah melihatnya!

"Ya allah!Lipas!!" Kata Tuah dengan cemas. Jelita yang terdengar suara Tuah pergi ke ruang tamu semula. Dengar sahaja perkataan lipas itu,Jelita dengan segera pergi mengambil penyembur serangga dari dapur!

"Abang dengan Aufa tutup hidung dan mulut tau!" Pesan Jelita.

Walaupun geli,Jelita terpaksa juga menyembur lipas itu! Jelita VS Lipas , Agak-agak siapa yang menang?

"Ya Allah!Boleh pulak dia terbang!" Terus Jelita mengejar lipas itu. Disembur beberapa kali dan akhirnya,Lipas itu pun tewas. Terus ditindih dengan penyembur itu. Tuah menghela nafas lega.

"Kalau abang sihat,Dah Jelita suruh abang tau!" Kata Jelita yang sudah tergelak. Jelita pergi ke dapur dan mencuci tangan di singki. Apabila kembali dengan botol air di tangannya,Dia mendekati Tuah lalu Tuah berkata dengan suara seraknya.

"Berani rupanya isteri abang ni lawan lipas..Menang pulak tu.."

Tergelak lagi Jelita,Jadi bangga seketika. Apabila terdengar bunyi hon kereta,Jelita terus melihat luar dari tingkap. Kereta Zahwan sudah ada di depan rumah mereka. Zahwan keluar dari kereta lalu mendekati pintu rumah.

"Asslammualaikum!Adik!Tuah!" Ucap Zahwan. Jelita membuka pintu.

"Waalaikumsalam,Abang Zah..Tak nak masuk dulu?" Kata Jelita pula. Zahwan mengelengkan kepalanya lalu terus mendekati Tuah. Terpinga-pinga Jelita dibuatnya,Kepala geleng tapi masuk juga!

"Inilah orang degil...Kan dah sakit.." Mulalah Zahwan membebel pada Tuah. Jelita terpinga-pinga sekali lagi,Aufa yang digendongnya hanya diam. Hanya mendengar Zahwan membebel.

"Kan dah overwork..Sakit dah!Aku cakap berhenti kejap tu berhenti..Makin dia nak kerja..Dengan muka tak bersalah tu paksa diri nak siapkan kerja tu hari ni juga!Last hantar tu dua hari lagi tapi tetap-!" Terhenti Zahwan membebel apabila Jelita mula berkata..

"Stop abang Zah..Dah..."

Zahwan menghela nafas berat. Tenangkan diri lalu meminta maaf pada Tuah. Tuah hanya tersenyum pahit,Dirinya juga degil mahu siapkan kerja awal dan tidak rehat langsung.

"Dah...Kita ambil Naail,Indah dan Hana dulu baru kita ke klinik.."

***

Setelah mengambil Naail,Indah dan Hana dari sekolah,Mereka terus ke klinik. Indah dan Hana menjadi risau pada Tuah. Beberapa kali melihat wajah pucat Tuah itu dan kali ini,Indah pula mula membebel.

Tergelak Zahwan yang sedang memandu. Nasiblah dapat anak yang pandai membebel,Tuah! Itu hanya terucap dihatinya.

***

Setelah pulang ke rumah,Jelita melambaikan tangannya pada Naail dan abangnya,Zahwan.

"Bye-bye,Kak Jelita!Jumpa lagi!" Kata Naail dengan suara yang kuat sebelum kereta itu mula menjauh dari rumah itu. Jelita hanya tersenyum sambil melambaikan tangannya. Indah dan Hana juga melambaikan tangannya.

"Okey..Mari masuk,Indah..Hana.." Kata Jelita memimpin Indah dan Hana masuk ke dalam rumah. Jelita mengunci pintu lalu terus memeriksa keadaan Tuah. Tuah hanya duduk santai di sofa dan menonton televisyen bersama Aufa.

"Indah dan Hana mandi dulu ya?" Suruh Jelita. Indah dan Hana mengangguk sambil tersenyum lalu pergi ke bilik masing-masing untuk menyediakan baju yang mereka pakai. Jelita mendekati Tuah lalu memberi air pada Tuah.

"Abang solat dengan Indah dan Hana je hari ni,okey?Jelita tak dapat solat hari ni.." Kata Jelita. Tuah mengangguk faham. Jelita mengusap kepala Tuah lalu pergi ke dapur untuk masak.

"Sembuhkanlah suamiku,Ya Allah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience