"Jelita.."
"Hmm?"
"Aku tengok kau tahan sebak bila dengan Indah..Kenapa?" Tanya Tuah. Zahwan keluar dari bilik,Memberi mereka berbual hanya berdua. Tidak mahu jadi pengacau.
"A..Aku..Indah anak kau..Anak Irene.." Tertunduk Jelita menjelaskan apa yang dia rasa. Air mata mengalir apabila teringat gadis kecil itu.
"Indah..Dia terus terbiasa dengan kau..Nak tak jadi mak dia?" Soal Tuah. Secara perlahan,Jelita memandang kearah Tuah. Senyuman tipis terukir.
"Aku tak bersedia..Dulu,Kalau pemikiran aku belum macam sekarang..Mungkin aku nak..Sekarang..Hmm..Memerlukan masa yang panjang untuk..Aku terima.." Kata Jelita. Tuah tergeleng-gelengkan kepalanya.
"Kita baru je berjumpa lagi,Tuah..Apa kata orang nanti?Nanti diorang kata yang aku cuma kahwin dengan kau sebab rasa kasihan.." Terhenti Jelita bercakap apabila melihat air mata mengalir dari mata Tuah.
"A..Aku..Maaf..Terlalu cepat..Ini bukan masa yang sesuai untuk aku jadikan kau isteri aku kan?" Kata Tuah.
"Sorry.." Jelita merenung wajah Tuah. Kedua-duanya wajah telah mendung,Murung.
"You are my first love..But you are not mine.." Kata Jelita lagi. Merenung mata Tuah dalam-dalam. Berharap yang Tuah faham apa yang dia fikir.
"And later you will be mine.." Kata-kata Jelita disambung oleh Tuah. Tuah tersenyum hangat. Pipi Jelita telah bertukar merah. Blushing!
"So sweet~"
Zahwan memasuki bilik.
"You are my first love..But you are not mine..?and later you will be mine..?" Zahwan mengulang kata Jelita dan Tuah. Tergelak.
"Macamlah kau tak pernah bagi kata-kata manis kat bini kau tu!" Kata Jelita dan Tuah serentak. Jelingan penuh tajam setajam pedang samurai diberi. Zahwan dibawa untuk duduk di kerusi penjaga.
"And you will.." Tuah menjentik dahi Zahwan. Sampai merah dahi Zahwan. Sian dia..Hahaha!
"Aduh!Sakit.." Mengadu Zahwan.
***
Keesokkan harinya..
"Kak Jelita!Assalamualaikum!" Indah berlari mendekati katil Jelita. Senyum lega terukir di wajah yang comel itu. Mampu buat hati Jelita cair.
"Waalaikumussalam.." Jelita mengusap kepala Indah. Naail yang berada di belakang Indah juga diusap kepalanya.
"Kak Jelita dah okey?" Tanya Naail.
"Hari ni dah boleh keluar rasanya..Tapi doktor nak check lagi." Kata Jelita. Naail dan Indah mengangguk lalu tersenyum gembira.
"Biskut strawberi tu favorite ayah,Kak.." Kata Indah.
"Memang sedap pun.." Jelita tergelak.
"Lain kali Kak Jelita tak boleh makan!" Larang Naail. Jelita mengangguk lalu menunjuk jari kelingkingnya.
"Janji." Ucap Jelita.
Puan Fatimah memasuki bilik wad. Disebabkan hari ini hari berkerja,Zahwan dan Tuah tiada sebab perlu menjalankan tugas sebagai guru.
"Jelita.." Panggil Puan Fatimah.
"E..Eh..Ibu.." Jelita tersenyum pahit.
"Hah..Baguslah tu!Makan strawberi lagi!"
Dan mulalah..Jelita terpaksa mendengar bebelan ibundanya. Qaseh yang baru masuk untuk membawa Indah dan Naail keluar tergelak kecil. Nasiblah,Jelita..
***
Qaseh memandu dengan penuh fokus. Jelita yang duduk di bahagian belakang bersama Naail dan Indah tertidur. Puan Fatimah tergeleng-gelengkan kepalanya.
Lepas sahaja dibenarkan keluar dari hospital dan sudah masuk ke dalam kereta,Terus sambung tidur. Terpaksa juga mengambil cuti untuk hari ini. Nasib baik pengajar Jelita memahami.
"Diri tu perangai macam budak-budak.." Puan Fatimah mengeluh apabila menghadap sikap anak bongsunya itu. Dah tak nak kena panggil 'Makcik',Sikap degilnya pun boleh tahan!
"Hahaha..Biasalah tu,Ibu..Qaseh pun sebelum kahwin macam tu.." Kata Qaseh yang sedang memandu. Dia tersenyum senget. Kalau tak berkepit dengan Zahwan,Mesti dia masih berkepit dengan arwah ibubapanya. Dengan cara selalu melawat kuburan ibubapanya.
"Rindu ibu pada mak ayah kamu,Qaseh..Nanti-nanti kalau ada masa,Kita melawat kubur diorang ya?" Kata Puan Fatimah. Qaseh tersenyum manis lalu mengangguk.
"Oh ya,Aunty..Kenapa Naail panggil Kak Jelita tu Kak Jelita?" Tanya Indah tiba-tiba. Tergelak Naail,Qaseh dan Puan Fatimah. Naail sudah sedia mahu menjawab,Tapi mama dia terlebih dahulu berkata..
"Dulu..Kak Jelita kamu berdua tu tak nak dipanggil Aunty..Tak pun Mak Ngah..Makcik jauh sekali!" Kata Qaseh yang diakhiri gelak tawanya. Indah juga tergelak. Dipandang wajah Jelita yang sedang dibuai mimpi.
"Kak Jelita tak ada hubungan dengan lelaki lain?Untuk kahwin?" Tanya Indah lagi. Dari cara Indah bercakap,Kedengaran begitu matang. Tidak kena dengan usianya yang berumur 4 tahun.
"Tak ada." Ringkas dan padat jawapan Naail. Indah mengangguk-angguk lalu direnung lagi wajah Jelita. Tersenyum nipis lalu menyentuh lembut tangan Jelita.
"Indah nak..Kak Jelita..Jadi..Mak Indah?" Tanya Naail. Walaupun teragak-agak,Indah mengangguk. Puan Fatimah rasa sebak apabila mengingati nasib gadis kecil yang bernama Indah itu.
"Indah mesti nak rasa kasih sayang seorang ibu.." Bisik Qaseh pada Puan Fatimah. Puan Fatimah mengangguk tanda setuju. Berdoa agar Indah dapat seseorang yang dapat dia panggil dengan panggilan Ibu.
"Ayah Indah macam suka kat Kak Jelita..Tak gitu,Ibu?" Kuat suara Qaseh,Sampai terbangun Jelita dari tidurnya. Jelita yang baru sedar dari tidur terpinga-pinga. Indah gelabah bila Jelita terbangun. Terus menarik tangannya daripada menyentuh tangan Jelita.
"Tak mungkin,Kak Qaseh..Dia lebih cintakan arwah Irene.." Kata Jelita yang kembali mahu melelapkan mata. Indah mengetap bibirnya lalu tertunduk.
"Kak Jelita..Tak nak ke jadi mak Indah?" Suara Indah bergetar. Jelita menutup mulutnya menggunakan kedua tangannya. Besar matanya,Rasa bersalah.
"Itu..Kalaulah perasaan akak masih macam dulu kat ayah kamu.." Bisik Jelita,Tapi bisikan itu terdengar oleh Indah. Indah memeluk Jelita erat.
"Sorry,Kak.." Kata Indah.
"Eh?Indah?" Jelita membalas pelukan Jelita dengan perasaan keliru. Dia rasa bajunya basah sedikit,Indah menangis. Naail yang di sebelah Jelita memandang ke luar tingkap. Berpura-pura bersiul.
"Maaf,Indah!Maaf sangat-sangat!Ya allah..Apa akak nak buat ni?" Gelabah Jelita. Ditarik Indah ke dalam pangkuannya. Teresak-esak Indah menangis tapi sesekali Indah tergelak.
"Okey!Okey!Jangan nangis lagi..Please,Indah..Ibu,Kak Qaseh tolonglah Jelita.." Mahu menangis Jelita bila Indah masih lagi menangis.
"Kamu yang nangiskan dia.." Sengaja Puan Fatimah dan Qaseh mengelak menolong Jelita. Dalam hati Indah,Dia berterima kasih pada nenek dan aunty nya itu.
"Kak Jelita belanja buku!" Pujuk Jelita. Serius,Jelita..Buku?
"Buku!?Buku mewarna eh,Kak Jelita!" Bersinar-sinar mata Indah. Suasana hening seketika.
"Indah suka seni?" Tanya Jelita. Indah mengangguk laju,Sudah berhenti menangis.
"Ibu..Singgah kedai buku jom.." Ajak Jelita. Puan Fatimah hanya bersetuju lalu beritahu Qaseh yang mereka mahu singgah ke kedai buku.
***
"Buku mewarna untuk Indah..Naail nak buku apa?" Tanya Jelita. Di tangannya,Sudah ada satu buku mewarna dan satu novel.
"Tak minatlah,Kak Jelita.." Kata Naail.
"Tak minat?Hmm.." Jelita memandang sekeliling. Terlupa dia yang Naail dan Indah belum lagi pandai membaca. Nak belikan buku mewarna untuk Naail? Sampai bila-bila pun tak disentuh buku tu.
"It's okay,Naail..Akak belanja..Hmm.." Jelita cuba memikirkan apa yang dia mahu belikan untuk Naail. Dalam fikirnya,Tak adillah dia belikan sesuatu untuk Indah sahaja.
"Mainan!Kalau tak pun..Aiskrim!" Cadang Naail. Matanya bersinar-sinar,Dia memegang tangan Jelita.
"Aiskrim?Okay!" Terus Jelita bersetuju.
Apabila sudah membayar buku-buku yang dia beli,Jelita membawa Naail dan Indah pergi ke kereta dulu. Takut dia nak bawa kedua budak itu untuk pergi ke mana-mana.
"Vanila tau kak!" Pesan Naail. Jelita mengangguk laju lalu pandang Indah.
"I..Indah?Ala..Ayah tak selalu beri Indah makan aiskrim.." Indah memuncungkan bibirnya.
"Tak apa..Hari ni cakap je akak yang belanja..Cepat cakap nak aiskrim apa?" Kata Jelita. Tuah nak marah dia sebab belikan Indah aiskrim,Sedikit pun dia tidak gentar.
"Coklat." Jawab Indah. Dipandang pula ibu dan Qaseh.
"Vanila.." Kata Qaseh.
"Coklat." Kata Puan Fatimah pula.
Tanpa membuang masa,Jelita terus ke kedai yang berdekatan. Masuk sahaja kedalam kedai,Dia terus pergi ke arah freezer. Sibuk dia mengambil aiskrim-aiskrim yang dipesan.
"Eh..Sayang!"
Terjerit kecil Jelita. Sayang!?
"Apa kau panggil aku,Lelaki tak guna!?" Dijeling lelaki yang memanggil dia dengan kata Sayang itu. Tapi lelaki itu hanya tersenyum manis kearah Jelita.
Dariel. Lelaki itu seseorang yang sangat Jelita takuti tapi buat-buat berani sebab dia tahu yang dia tidak boleh nampak lemah di mata lelaki ini.
"You know what i will do if you..Don't want with me,Baby.." Kata Dariel penuh penekanan di setiap patah perkataan yang dia ucapkan.
"Kau..nak buat benda yang sama tu lagi?No..No.." Jelita pergi ke kaunter lalu membayar semua barang yang dia beli. Meja kaunter dihentak kuat,Terkejut Jelita dan Cashier perempuan itu.
"Jangan.Muncul.Lagi.Depan.Aku." Kata Jelita.
"Jangan nak buat kecoh kat kedai ni..Tak tahu malu.." Jelita cepat-cepat meninggalkan kedai itu. Terus masuk ke dalam kereta dan menyuruh Qaseh parking kereta di tempat lain.
Berdebar sangat rasanya berdepan dengan Dariel itu. Cukuplah dulu sahaja nasib tak berbau. Setiap kali dengan lelaki itu,Dia melakukan banyak dosa. Sekarang,Dia dah bertaubat..
Dibawa ke kelab malam dan bodohnya Jelita dia pulang dalam keadaan mabuk dan sangat tidak terurus!
Ramai yang menyangka yang Jelita masih dara,Tapi kenyataannya dia pernah mengandung luar nikah tetapi keguguran akibat Dariel meletakkan suatu ubat di minuman Jelita ketika kali terakhir mereka berjumpa dahulu.
Ubat itu yang menyebabkan Jelita keguguran dahulu..
Itulah yang membuatkan Jelita sedikit trauma dengan lelaki..Terutamanya,Dariel..
Itulah masa lalu tergelap Jelita Darina,Yang dia berusaha untuk menutup segalanya..
Hanya keluarganya yang tahu dan sebab itu,Zahwan sangat marah bila dia pulang malam..Lalai dengan kata-kata manis lelaki tak guna itu..
Share this novel