Beberapa bulan berlalu,Dua hari lagi akan berlangsung perkahwinan Tuah dan Jelita. Mereka berjumpa di rumah Jelita.
"Kenapa pilih warna pink?" Soal Jelita. Wajahnya jelas berkerut dengan pilihan warna tema untuk perkahwinan mereka. Dia mungkin biasa-biasa sahaja memakai warna pink. Tapi Tuah?
"Special untuk kau..Warna pink memang sesuai dengan kau." Kata Tuah selamba. Bertambah berkerut muka Jelita dibuatnya.
"Tapi kau?Tak malu ke?Apa kata kawan-kawan kau kalau nampak kau pakai pink?" Tanya Jelita lagi.
"Aku tak kisah kata orang..Asalkan bakal isteri aku ni cantik di hari perkahwinan..Biar orang kata kita ni bagai pinang dibelah dua.." kata Tuah tersenyum lebar. Jelita pula tiba-tiba tersenyum sinis. Tak kisah kata orang ya?
"Dah kenapa dengan senyuman tu?" Tuah mengangkat kening. Jelita ketawa janggal.
"Terima kasih sebab terima aku..Seadanya.." Ucap Jelita dengan penuh ikhlas.
"Ya..Kau boleh percayakan aku..You..My one and only first love.." Ucap Tuah.
***
Hari perkahwinan,Di sebuah dewan..
Selesai akad nikah,Tuah dan Jelita terlebih dahulu solat sunat selepas nikah. Kedua-duanya begitu khusyuk membaca doa selepas solat.
"Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah.." Tuah mengulangi doa itu tiga kali.
"Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah.." Sekali lagi,Doa itu diulang tiga kali.
"Amin.."
Setelah solat,Mereka pergi ke atas pelamin. Walaupun sudah bersalaman selepas solat sunat,Mereka tetap melakukan upacara batal air wuduk.
Rasa bahagia antara Tuah dan Jelita tidak dapat dijelaskan dari kata-kata. Cukup melihat senyuman bahagia mereka.
Tiba-tiba sahaja kawan Tuah yang menjadi MC menyuruh Tuah memberi kata-kata.
"Kata-kata?Ucapan ke maksud dia?" Bisik Jelita. Tuah tergelak kecil lalu mengangguk. Ditinggalkan seketika isterinya yang duduk di pelamin.
Tuah mengambil mikrofon lalu menuju ke atas pelamin. Jelita berdiri,Tangan sebelah kanannya digenggam erat oleh Tuah. Sebelah kiri pula memegang bunga.
Semua tetamu yang hadir dan juga pihak keluarga menanti Tuah memberi ucapan. Dipandang kesemua tetamu sebelum memberi ucapan.
"Assalamualaikum dan-"
"Waalaikumussalam." Jawab kesemua tetamu. Tersenyum janggal Tuah dibuatnya. Diteruskan memberi ucapan.
"Um..Hari yang paling bahagia untuk saya dan isteri saya,Jelita Darina..Saya sebenarnya tak tahu mahu berkata apa sebenarnya.." dipandang Jelita untuk memberi semangat untuk diri sendiri. Terlihat Jelita sudah sudah tergelak kecil,Tuah tersenyum hangat.
"Saya ingatkan kisah kami dah tamat sebab saya berkahwin dengan arwah isteri pertama saya..Awalnya niat saya mencari semula Jelita sebab nak ikut pesan arwah isteri saya tapi lama-kelamaan..Tercinta juga akhirnya.."
Semua orang tersentuh hati mendengar ucapan Tuah. Tuah berhenti seketika sebelum berkata-kata lagi. Dipandang Jelita lama,Mahu sahaja peluk isterinya apabila melihat Jelita menahan air mata. Mesti sebab dia ada sebut arwah isterinya,Yang sekaligus kawan Jelita.
"Mesti kita mahukan pasangan yang sempurna..Tapi..Kita semua tak sempurna..Kita perlu pasangan yang saling melengkapi..Setia dan percaya antara satu sama lain.Paling penting,Kita bahagia dengan pasangan kita."
"You think the same,right?Pengerusi membaca?" Tuah mengakhiri ucapannya dengan memberi gurauan pada Jelita. Semua bertepuk tangan.
"Ayah!" Indah berlari pergi ke atas pelamin apabila semua tetamu kembali menjamu selera. Tuah mengendong Indah lalu bawa Indah duduk di pelamin. Jelita terus memeluk Indah.
"Ayah..Nak panggil Kak Jelita apa?Mak?Ibu?Hah!Ummi!" Kata Indah dengan begitu teruja. Teruja dapat seorang ibu,Walaupun ibu tiri.
"Ummi?" Soal Tuah. Dipandang Jelita,Jelita hanya mengangguk sambil tersenyum lembut. Indah terlalu teruja!
"Cuba panggil..Ummi nak dengar." Lancar sahaja Jelita membahasakan dirinya Ummi. Indah teragak-agak tapi bila dia sebut..
"U..Ummi..Ummi!" Berkali-kali dia menyebut nama itu. Seakan-akan sudah lama dia mahu memanggil seseorang dengan panggilan itu. Akhirnya pada hari ini,Dia dapat memanggil panggilan itu.
"Mari bergambar!"
Dari kawan-kawan Tuah,Keluarga Jelita dan Keluarga Tuah mengambil gambar bersama. Apabila majlis sudah selesai,Jelita dan Tuah mengambil keputusan untuk tidur dahulu di rumah masing-masing sebelum berpindah ke rumah Tuah.
***
Keesokkan harinya..
"Kak Qaseh telefon selalu tau!" Pesan Jelita pada Qaseh. Qaseh mengangguk.
"Naail ikut cakap mama papa tau!" Pesan Jelita pada Naail.
"Ibu..Abah..Kalau ada masa,Jelita ke sini tau!" Dipeluk kedua ibubapanya. Pelukan paling erat!
"Abang Zah?" Jelita berdiri di hadapan abangnya. Zahwan seperti berat hati untuk benarkan adik tinggal bersama suami tersayang tapi..Itu sudah menjadi keputusan Jelita untuk tinggal bersama siapa dan dimana.
"Taat pada suami adik..Jangan melawan." Pesan Zahwan yang tersenyum nipis.
"Okay,Sir!" Kata Jelita. Apabila memasuki kereta,Jelita melihat kesemua ahli keluarganya. Tuah yang sudah memandu sesekali melihat ke arah Jelita.
"Kalau kita free hujung minggu,Abang hantarkan.." Kata Tuah.
"Okey..A..Abang."
"Janggal sangat ke panggilan abang tu,Sayang?" Soal Tuah yang telah menyentuh tangan Jelita. Gelabah Jelita dibuatnya.
"T..Tak!Sayang suka panggilan tu!" Merah padam muka Jelita menahan malu kerana membahasakan dirinya Sayang.
"Tahulah sebelum ni abang dah pernah kahwin!Sayang first time tahu.." Kata Jelita. Tergelak Tuah dibuatnya.
"Lagipun..Jelita rasa cringe bila abang panggil Jelita sayang..Panggil nama je boleh kan?" Kata Jelita.
"Suka hatilah nak panggil apapun.." Kata Tuah pula. Dia tergelak kecil.
"Oh ya..Kita nak kemana?" Soal Jelita.
"Ambil Indah..Kita ke mall untuk makan.." Kata Tuah.
***
Selepas makan,Tuah pergi ke kedai barangan untuk kereta sementara Jelita dan Indah pergi ke kedai buku.
Begitu lalai dengan buku,Sehingga Indah keluar dari kedai pun Jelita tidak sedar. Apabila tersedar yang dia bersama Indah,Dicarinya Indah di sekeliling kedai.
"Indah.." Jelita menangis kerana panik. Dia terdengar ada sedikit kehuru-haraan di tingkat yang sama. Tanpa berfikir panjang,Dia terus berlari mendekati keributan itu.
"Indah!" Jerit Jelita apabila terlihat Indah. Indah terus berlari mendekati Jelita lalu memeluk Jelita. Indah menangis ketakutan.
Jelita melihat kearah perempuan dan kedua lelaki yang berdiri di sebelah perempuan itu. Dipandang kembali anaknya itu.
"Syukurlah kamu selamat,Indah..Terima kasih,Cik..Encik."Kata Jelita dengan penuh ikhlas. Perempuan yang menyelamatkan Indah mendekati Jelita dan Indah. Dia mengusap lembut kepala Indah.
"Jadi..Nama kamu Indah?" Soal perempuan itu. Indah mengangguk mengiyakan soalan perempuan itu. Perempuan itu tersenyum manis kearah Jelita dan Indah. Dua lelaki yang disebelah perempuan itu hanya memerhati.
"Saya Jelita.Apa nama cik?" Kata Jelita.
"Ummi..Kakak ni tolong Indah tadi..Terima kasih.." Kata Indah yang sudah memeluk perempuan itu.
"Oh..Apa nama kamu,Cik?" Tanya Jelita sekali lagi.
"Kaleela Hanisah."Jawab perempuan itu.
"Terima kasih,Kaleela.Kaleela..Unik juga nama kamu.." Kata Jelita.
"Um..Nama akak lebih unik bagi saya!Jarang dah ada orang nama Jelita..Indah lagi!" Kata Kaleela yang gelabah apabila dipuji. Jelita ketawa kecil melihat Kaleela.
"Kita berbual di kafe jom..Um.." Kaleela terlihat pengawal keselamatan mendekati lelaki yang terbaring di lantai. Dia culik Indah ke!? Nasib baik Indah selamat sekarang!
"Dia cuba culik budak ni,Encik!Tangkap dia!" Arah Kaleela.Pengawal keselamatan itu memanggil rakan sekerjanya lalu membawa lelaki itu pergi.Jelita dan Kaleela menghela nafas lega.
Kaleela membawa Jelita dan Indah ke kafe. Dua lelaki itu menemani Kaleela dan mereka berlima duduk di meja yang sama.Hanya Kaleela dan Jelita sahaja berbual.
"Kamu ada belajar seni pertahankan diri ke?" Tanya Jelita. Mata Indah bersinar-sinar ingin tahu jawapan Kaleela.
"Ada..Muay Thai dan Silat sikit-sikit..Silat tu belajar ada cikgu tapi muay Thai tu belajar sendiri.." Kata Kaleela jujur tetapi dia tiba-tiba tersenyum kelat.
"Hebatlah kak Leela!" Kata Indah. Kaleela tersipu malu.
"Akak tadi tak perasan Indah keluar kedai tadi..Tiba-tiba dengar ada keributan dan kebetulan Indah tiada..Akak panik cari Indah.." Kata Jelita memandang ke bawah,menyesali kesilapannya.
"Akak jangan salahkan diri eh?Indah dah selamat dan kesilapan hari ni jadikan pengajaran untuk kita semua." Ucap Kaleela yang telah tersenyum manis kearah Jelita.
Kaleela menyentuh tangan Jelita lalu mengusap lembut,Menenangkan dia.
"Kalau Tuah tahu,Mesti dia marah saya.." Kata Jelita. Sudah terbayangkan wajah garang Tuah memarahinya.
"Siapa Tuah?" Tanya salah seorang lelaki yang di sebelah Kaleela.
"Suami akak." Kata Jelita.
"Nama kamu berdua siapa tadi?" Tanya Jelita.
"Saya Shafiy." Jawab Shafiy.
"Nama saya Ash,Cik Jelita." Kata Ash menunduk sedikit.
"Bukan orang sini?" Tanya Jelita lagi.
"Ya betul." Kata Ash. Jelita tampak terkejut dan kagum dalam masa yang sama. Ash tersenyum manis.
"Apapun..Saya berterima kasih sangat,Kaleela!" Kata Jelita. Sebelum mereka pulang,Aku dan Jelita bertukar nombor telefon.
"Bye,Kak Leela!Assalamualaikum!Terima kasih!"
"Bye,Indah!Kak Jelita!Waalaikumsalam.."
Apabila dalam perjalanan mahu berjumpa Tuah semula, Jelita sudah bersiap sedia untuk dimarah oleh Tuah. Beberapa kali dia menelan air liur. Itu salah dia dan dia perlu di marah..
Share this novel