Jelita memasuki bilik Indah. Indah yang melihat gambar di album keluarganya memandang Jelita. Tersenyum manis Jelita melihat Indah. Belum tidur lagi.
"Ummi?Kenapa?" Soal Indah.
"Ummi tidur dengan Indah malam ni..Okey?" Kata Jelita. Indah tersenyum gembira lalu mengangguk. Dia baring di katil lalu menepuk-nepuk tilamnya. Bila Jelita baring di sebelah Indah,Terus Indah peluk Jelita.
"Nak ummi bacakan cerita tak?Tentang nabi?" Cadang Jelita.
"Nak!Nak!Cerita Nabi Muhammad SAW!" Teruja Indah apabila Jelita mahu bercerita kisah nabi. Jelita pun mula bercerita.
Tuah yang berada di luar bilik hanya mengintip. Sebenarnya,Tuah dan Jelita bergaduh sedikit. Disebabkan tahu emosi Jelita Kadang-kala tidak stabil,Itulah dia benarkan sahaja Jelita tidur dengan Indah.
Terlihat Indah yang sudah terlena,Jelita melelapkan matanya. Apabila melihat isteri dan anaknya sudah tidur,Tuah secara senyap memasuki bilik. Diusap kepala Indah dan Jelita. Tersenyum tipis.
"Aku bersyukur,Ya Allah..Takdir yang kau berikan pada aku..Segala ujian yang Engkau berikan..Membuat aku redha,Ya Allah.." Bisik Tuah. Diusap pula perut bulat Jelita.
"Terima kasih untuk rezeki ini,Ya Allah.." Sebak hati dia berbisik seperti itu. Rasa diri begitu kecil.
Tuah pergi ke biliknya. Baring lalu memandang ke gambar perkahwinannya yang ada di meja sisi katil. Memandang gambar perkahwinan dia dan Irene lalu melihat gambar perkahwinan dia dan Jelita. Kedua-duanya wanita yang sangat hebat.
"Irene..Anak kita..Perangai dia sebenarnya macam awak..Saya ni cuma dapat kenangkan awak,Kalau saya rindu awak..Macam yang Jelita cakap.." Tuah melihat pintu bilik lalu kembali memandang ke arah gambar.
"Rindu?Kenangkanlah memori abang bersama dia dulu.."
Kata-kata Jelita yang selalu dia ikutkan. Kalau sahaja dia lebih tegas untuk menyuruh Irene menjalani pembedahan,Mungkin sekarang Irene masih ada. Tapi dia tidak akan bersama Jelita sekarang kalau itu terjadi.
Dia sedikit trauma sebenarnya dengan apa yang sudah terjadi di masa lalu. Sekarang,Usia kandungan Jelita sudah mencapai 7 bulan. Lebih kurang 2 bulan lagi mencapai usia 9 bulan. Dia takut benda yang sama terjadi lagi.
Dia tidak mahu kehilangan buat kali kedua. Sebab itu dia berdoa di setiap solatnya,Dia berdoa agar isterinya selamat bersalin.
Dia cuba melelapkan matanya. Tidur walaupun tidak rasa mengantuk.
***
Subuh itu..
"Ummi..Ummi.."
Indah kejutkan Jelita. Jelita terbangun lalu memandang Indah yang sudah berdiri. Jelita duduk lalu mengosok mata.
"Solat subuh,Ummi.."
Jelita memberikan senyum manisnya pada Indah. Indah juga tersenyum melihat Jelita. Jelita berdiri lalu pergi ke biliknya dan Tuah. Mahu mengejutkan Tuah yang sedang tidur. Indah mengikuti Jelita ke bilik ibubapanya.
Jelita mendekati Tuah lalu dia melihat muka Tuah yang sedikit berkerut dan ketakutan. Jelita kejutkan Tuah daripada tidur. Apabila Tuah sudah bangun,Dia terduduk. Dahinya berpeluh dan nafasnya tidak teratur.
"Abang sakit ke?" Soal Jelita. Indah berdiri di sebelah umminya lalu memandang ayahnya. Tuah terus memeluk isteri dan anaknya itu. Begitu erat..
"Alhamdulillah..Cuma mimpi..." Bisik Tuah sekali.
"Ambil wuduk,Abang..Solat subuh."
Tuah mengambil air wuduk dan Jelita juga mengambil air wuduk di tingkat bawah. Indah pula mengikuti Jelita mengambil wuduk di tingkat bawah. Apabila sudah mengambil air wuduk,Mereka pun mula solat subuh bersama.
***
Susah hati Tuah memikirkan hari bersalin Jelita. Sepanjang dia berkerja,Dia memikirkan Jelita. Jelita lebih memilih ke perpustakaan berdekatan dengan tadika Indah. Hari-hari ulang-alik ke perpustakaan dan tadika Indah.
Memang Jelita manjakan Indah sejak dari sebelum berkahwin lagi. Tidak mahu kejadian yang sama akan terulang. Hari yang dimana belakang tubuh Indah lebam akibat dipukul budak lain.
Menunggu sehingga waktu Indah pulang dari tadika. Sesudah itu dia menemani Indah menunggu Tuah mengambil mereka pulang ke rumah. Sampai di rumah pula Jelita masak dan membuat kerja rumah.
Menyapu lantai,Mencuci pakaian dan lain-lain. Tuah selalu mahu menghulurkan bantuan,Tapi Jelita berdegil mahu membuatnya sendiri. Katanya Tuah penat baru pulang dari kerja,Tapi dia? Dia juga penat dan sedang mengandung,Tapi dia terlalu memaksa diri. Itu membuat Tuah sangat-sangat risau.
"Sayang..Abang nak cakap."
Baru mengambil Jelita dan Indah dari tadika. Di dalam kereta,Jelita memberi telefon pintarnya pada Indah untuk menonton kartun.
"Ya,Abang?Nak cakap apa?" Soal Jelita. Walaupun duduk di belakang,Tuah mencapai juga tangan Jelita. Dia mengeluh lalu memandang cermin melihat Jelita di belakang.
"Jangan paksa diri,Jelita..Sayang tu mengandung..Risau abang kalau tengok sayang tu buat kerja berat-berat..Selalu lagi tu.." Kata Tuah. Jelita ketawa janggal lalu mengangguk.
"Jelita janji tak paksa diri lepas ni.." Kata Jelita.
"Awak tu selalu mungkir janji..Kalau abang nak tolong sayang,Benarkan je..Jelita penat.. Abang pun penat..Sama-sama penat.." Tuah terhenti bercakap. Tergaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Kenapa,Abang?" Tanya Jelita.
"Abang lupa nak cakap apa..Lain difikir,Lain yang keluar dari mulut.." Tuah ketawakan diri sendiri. Sungguh dia tidak memahami diri sendiri.
Apabila Jelita melihat ke luar tingkap,Dia menyedari yang mereka mahu ke rumah keluarganya. Lama tak jumpa keluarganya dalam seminggu dua ini.
Apabila sudah keluar kereta,Jelita terus menuju ke pintu rumah. Diketuk pintu berkali-kali lalu Jelita memberi salam. Tuah dan Indah yang dibelakang Jelita ketawakan Jelita.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!Ibu!Abah!Abang Zah!" Kuat suara Jelita memberi salam. Puan Fatimah menjawab salam lalu dia terus memeluk anak bongsunya itu!
"Adik!Sibuk sangat ke?Sampai 2 minggu tak datang?" Soal Puan Fatimah. Rindu sungguh dengan anaknya itu. Apabila dia melepaskan pelukan,Dijemput Jelita,Tuah dan Indah masuk.
Apabila di ruang tamu,Indah dan Tuah duduk di sofa. Sementara Jelita pergi ke tingkat atas untuk ke biliknya. Ada sesuatu yang dia mahu ambil. Dia mengambil diari lama dia lalu memasukkannya di beg. Dia turun semula ke tingkat bawah.
"Adik ambil apa di atas?" Soal Zahwan yang baru memunculkan diri. Entah dari mana. Tuah dan Zahwan bersalam lalu Zahwan duduk di sofa hadapan Tuah dan Indah.
"Abang Zah dari mana?" Soal Jelita yang sedang mula membaca majalah,Sesekali dia memandang abangnya.
"Belakang rumah.." Jawab Zahwan ringkas. Sesekali Zahwan melihat perut bulat adiknya itu lalu dia tersenyum tipis.
"Indah suka tak dapat adik?" Soal Zahwan pada Indah. Indah laju menganggukkan kepala dan tersenyum begitu lebar!
"Suka!Suka!" Jawab Indah dengan begitu teruja. Zahwan tersenyum melihat Indah. Dia pandang pula Tuah,Tersenyum sinis.
"Siapa yang nakal eh?Aku lama dah nak tanya tapi..Selalu terlupa.." Makin sinis senyuman Zahwan.
Tuah memandang Jelita lalu kembali memandang Zahwan. Jelita berpura-pura sedang membaca majalah yang ada di tangannya.
"Adik kau ni haa..Terkejut aku." Jawab Tuah jujur. Merah muka Jelita dibuatnya,Malu!
"Memang betul jangkaan aku..Hahaha!" Zahwan ketawakan Jelita lalu Jelita hanya tidak terlalu kisah dengan ejekan abangnya. Apa yang dibacanya lebih menarik tumpuannya.
"Mulalah balik hobi dulu dia tu..Kalau membaca tu,Adik..Orang bawa berbual berhentilah kejap..Lepastu sambung balik kalau dah tak berbual.." Tegur Zahwan. Dia merampas majalah dari tangan Jelita.
"Abang Zah..Bagilah balik..Asyik-asyik kalau ada part yang best,Abang selalu rampas!" Marah Jelita. Zahwan mengembalikan majalah pada Jelita,Dibuka semula muka surat yang dia baca. Indah ketawa.
"Ummi lah yang selalu ajar Indah kenal huruf,Uncle!" Kata Indah. Zahwan mengangguk.
"Ummi ada belikan buku?" Soal Zahwan.
"Ada!Buku ABC tu!Yang boleh mewarna huruf tu..Indah dapat kenal warna biru,Hijau,Merah.." Kata Indah dengan begitu teruja.
Dalam fikiran Zahwan,Hobi Jelita sebenarnya ada baik dan ada buruknya. Yang penting,Jelita dapat mendidik anaknya dengan baik.
"Oh ya,Adik..Berapa usia kandungan kau tu?" Soal Zahwan. Jujur dia lupa. Isterinya,Qaseh yang baru sahaja dari tingkat atas duduk di sebelahnya. Tersenyum bahagia Qaseh melihat Jelita yang sedang mengandung.
"7 bulan..Kenapa?" Soal Jelita.
"Girl or boy?" Soal Qaseh. Naail yang baru sahaja turun tingkat bawah duduk bersama Qaseh. Dia lebih selesa berdiam diri.
Jelita memandang Tuah. Seolah-olah bertanya bolehkah dia beritahu jantina anaknya atau tidak.
"Nak buat surprise untuk korang..Aku tak nak beritahu." Tuah menjawab soalan Qaseh. Melihat kakak iparnya yang wajahnya sedikit mendung,Membuatkan Jelita tergelak kecil.
"Okey.." Jawab Qaseh. Dia memandang Jelita yang sedang membaca. Tergeleng-gelengkan kepalanya.
"Akak gembira kamu bahagia,Jelita..Doa kita semua termakbul.." Kata Qaseh yang sudah menitiskan air matanya. Dia gembira yang Tuah terima Jelita seadanya dan membuat Jelita menjadi lebih baik.
"Alhamdulillah.." Ucap Jelita yang sudah berhenti membaca. Dia juga mula menitiskan air mata lalu menyentuh tangan suaminya. Dalam hatinya,Dia berterima kasih banyak kali.
"Ummi dengan aunty janganlah menangis..Nanti Indah pun menangis.." Kata Indah menahan sebak. Dipeluk Jelita erat. Jelita hanya tersenyum melihat Indah.
"Ini karipap dan jus oren..Kenapa dah menangis ni?" Puan Fatimah yang menghidangkan karipap dan jus oren memandang anak bongsunya dan menantunya. Pelik dia..
"Qaseh gembira,Ibu..Takdir kita ni terlalu indah.." Kata Qaseh.
"Layak ke Jelita,Ibu?" Tanya Jelita pula. Makin sebak rasa hatinya.
"Hmm..Susah nak jawab tapi..Ibu rasa adik layak.." Kata Puan Fatimah tersenyum tipis. Jelita tersenyum manis,Diusap perutnya.
Mereka semua mula menjamu selera. Sesekali berbual tentang kandungan Jelita. Indah pula bermain bersama Naail berdekatan dengan rak mainan Naail,Jauh sedikit dari tempat Jelita dan yang lain duduk. Sehingga Zahwan bertanya sesuatu..
"Tuah..Aku tahu yang kau takut sebenarnya kan?"
Semua terdiam. Melihat ke arah Tuah yang sedikit mendung wajahnya. Dia pandang Jelita lalu memandang Indah yang sedang bermain. Dia tersenyum kelat lalu mengangguk.
"Aku takut benda yang sama jadi,Zah..Jelita kuat,Aku tahu tu.." Tuah mengetap bibir.
"Sebab tu aku tak henti berdoa..Semoga masa Jelita bersalin..Dia selamat dan anak kami pun selamat juga.." Dari nada suara Tuah,Memang jelas dia ada rasa trauma akan benda yang pernah terjadi.
"Aku yakin yang Jelita kuat..Jelita ni kan adik aku..Aku kenal dia sangat.." Zahwan memandang Tuah. Pandangan matanya sayu. Jujur,Dia juga risau.
"Jangan takut,Abang..Jelita kuat..Percayalah...Selagi bukan masa untuk Jelita pergi,Jelita tetap akan di sini..Di sisi abang dan semua.." Lembut suara Jelita menenangkan Tuah.
"Kita cuma boleh berdoa..Kita selalu dengar ni,Kita merancang dan Allah yang menentukan.." Kata Jelita lagi. Kali ini,Dia mengenggam tangan Tuah. Sebak hati Tuah tapi dia tidak mahu menangis di hadapan ibu mertuanya.
"Ibu suka Jelita yang sekarang.." Kata Puan Fatimah bangga.
"Assalamualaikum!"
Encik Ruzain memasuki rumah. Semua menjawab salamnya lalu Encik Ruzain duduk di sofa miliknya. Dipandang Tuah dan Jelita lalu dia pandang Zahwan dan Qaseh. Dia melihat juga cucu-cucunya.
"Borak hal penting ke?" Soal Encik Ruzain.
"Cuma berbual tentang Jelita,Abah..Tuah risau sikit tentang Jelita." Jawab Zahwan. Encik Ruzain memandang muka mendung Tuah lalu memandang Jelita.
"Takut ya,Tuah?" Kata Encik Ruzain. Tuah terkejut mendengar kata Encik Ruzain. Dia mengangguk.
"Abah tahu?Macam mana?" Soal Tuah.
"Abah dulu pun macam tu,Tuah..Zahwan pun macam tu juga..Takut dan risau.." Jawab Encik Ruzain.
"Arwah isteri kamu..Waktu dia pergi,Waktu tu..Allah lebih sayangkan dia.." Terhenti Encik Ruzain berkata-kata melihat Tuah yang sudah menangis,Tapi suara dia tidak keluar.
"Abang.." Jelita memeluk Tuah.
"Menangis saja,Tuah..Tak semua benda kita boleh pendam..Makin dipendam,Makin sakit.." Kata Encik Ruzain. Tuah mengangguk dan mula terdengar suara tangisannya.
Qaseh meminta diri membawa Naail dan Indah ke tingkat atas. Puan Fatimah hanya membiarkan Qaseh membawa Naail dan Indah ke tingkat atas.
"Jelita.." Panggil Tuah.
"Hmm?" Jawan Jelita.
"Abang nak Jelita buat pembedahan je boleh tak?" Soalan yang sudah lama dia mahu bertanya. Jelita pandang keluarganya.
"Tapi Jelita nak..Bersalin normal.." Jawab Jelita. Teragak-agak dia mahu beritahu kemahuannya. Dia mahu merasakan bagaimana rasanya bersalin normal,Kerana ini kali pertama. Walaupun dia takut sedikit.
"Percayakan Jelita,Abang..Jelita nak sangat lahirkan anak kita ni secara normal.." Pinta Jelita. Tuah terdiam,Berfikir seketika. Tuah sudah tidak menangis lagi.
Dipandang Encik Ruzain dan Puan Fatimah. Tuah tersenyum pahit lalu memandang pula Zahwan. Zahwan hanya mengangguk sekali. Tidak tahu apa maksud dari anggukannya.
"Okey.." Kata Tuah. Tersenyum Jelita.
"Kalau abang takut..Biar ibu atau ummi yang teman Jelita..Hihi.." Gurau Jelita. Tergelak Puan Fatimah,Encik Ruzain dan Zahwan. Tuah menahan geram tapi dia hanya tersenyum senget.
"Abang akan temankan Jelita." Tuah mengusap lembut perut bulat Jelita. Dia mahu di sisi Jelita ketika Jelita menahan rasa sakit. Memberi kata-kata semangat.
Perbualan tentang hal lain pula muncul. Apabila Jelita dan Tuah sudah mahu pulang,Indah bersalam dengan Atuk dan Neneknya.
"Atuk..Nenek..Jumpa lagi!" Ucap Indah.
"Bye,Indah.." Kata Puan Fatimah.
Apabila kereta Tuah tidak lagi terlihat,Encik Ruzain mendekati isterinya. Disentuh bahunya.
"Tuah tu..Saya sebenarnya risau.." Luah Encik Ruzain. Terdengar kata Encik Ruzain,Zahwan berkata..
"Dia Tuah Uwais,Abah..Dia akan kuat dengan orang yang dia sayang.."
Mereka semua tersenyum.
Share this novel