BAB 33

Romance Completed 13846

"Apa lagi cerita si Jelita dengan Tuah ni,Zah?Ada lagi ke?"

Terdengar soalan abahnya itu,Muka Jelita semakin merah menahan malu. Tuah melihat isterinya hanya tertawa,Dia memang suka lihat Jelita begitu. Zahwan pula cuba mengingati zaman-zaman dahulu.

"Abah tahu tak..Itulah first time Jelita betul-betul menaruh perasaan kat orang..Sebelum tu,Tak nak crush kat oranglah..Itulah..Inilah..Kena kat diri sendiri perasaan tu terus K.O.." Kata Zahwan. Tergelak Encik Ruzain dan Puan Fatimah.

"Jelita..Jelita..."

Puan Fatimah pergi ke dapur untuk mula memasak. Jelita meminta Tuah untuk mengendong Aufa lalu mengikuti ibunya. Terlihat Puan Fatimah mengeluh panjang.

"Ibu dah kenapa?" Soal Jelita. Puan Fatimah tersenyum pahit apabila menoleh memandang ke arah Jelita. Ditunjukkan bungkusan plastik garam yang sudah kosong.

"Ohh..Garam habis..Apa kata Jelita ke kedai belikan garam untuk ibu.." Kata Jelita.

"Eh..Kamu tu tak reti bawa kereta..Nak jalan kaki?" Soal Puan Fatimah. Nak jalan dari rumah sampai kedai? Bila cuaca panas macam ni?

"Ish ibu ni..Dah retilah tapi takut sikit..Jelita jalan dengan Tuahlah..Naik kereta.." Tergelak Jelita mendengar kata ibunya.

"Tak menyusahkan ke,Jelita?" Soal Puan Fatimah lagi.

Jelita mengelengkan kepalanya lalu pergi ke ruang tamu untuk mengajak Tuah pergi ke kedai. Qaseh terus terhegeh-hegeh mahu menjaga Aufa,Terus mengambil Aufa supaya di gendongannya.

"Eh..Kak Qaseh.."

Tergelak Jelita dan Zahwan melihat Qaseh. Tuah terpinga-pinga apabila anaknya tidak lagi di gendongannya. Tuah berdiri lalu mendekati Jelita,Bertanya mahu ke mana.

"Jom ke kedai,Abang..Belikan garam untuk ibu..Ibu nak masak tu..Garam habis.." Kata Jelita yang sudah mengambil beg tangannya. Tuah menganggukkan kepalanya lalu keluar dari rumah. Kunci kereta dipegang.

"Eh..Ummi nak kemana?" Soal Indah.

"Nak ke kedai kejap..Nak belikan nenek garam..Indah tolong tengok-tengokkan Hana dan Aufa ya?" Kata Jelita sambil mengusap kepala Indah. Indah mengangguk lalu kembali bermain dengan Naail dan Hana.

"Kami pergi dulu ya,Abah?"

"Hati-hati,Jelita.."

***

Apabila sampai di kedai,Jelita pergi ke bahagian barang masakan sementara Tuah pergi ke bahagian bahan-bahan buat biskut dan kek. Jelita mengambil dua paket garam dan satu paket gula.

Apabila mahu mencari Tuah,Tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali oleh Jelita mendekati Jelita. Melihat wajah cantik Jelita,Memang lelaki itu tertarik pada Jelita. Ditambah pula pakaian Jelita yang labuh dan dengan sempurnanya menutup aurat,Makin besar rasa sukanya pada Jelita.

"Hai,Awak..Nak kenal boleh?" Soal lelaki itu. Jelita memandang arah lain lalu mengelengkan kepalanya. Jelita berjalan mahu menjauhi lelaki itu,Tetapi lelaki itu tiba-tiba menarik tangan Jelita.

"Apa ni!?Pegang sesuka hati!?" Soal Jelita. Dia berusaha mahu melepaskan tangannya daripada digenggam kuat oleh lelaki itu.

"Lepas..Lepaslah..Sakitlah kau pegang kuat macam ni.." Kata Jelita lagi. Makin lama,Makin kuat pula genggaman lelaki itu. Jelita berusaha mahu melepaskan dirinya,Tetapi apakan daya,Tenaga lelaki lagi kuat daripadanya.

"Hoi..Lepas."

Terkaku Jelita dan lelaki itu terdengar suara dingin itu. Jelita memandang ke arah suara itu lalu tersenyum,Itu Fayyez!

"Lepas tangan dia..Lepas tangan kawan aku." Begitu dingin Fayyez sekarang ini. Tidak menyedari Jelita sudah tersenyum melihatnya datang. Fayyez mendekati lelaki itu lalu meleraikan genggaman orang itu pada tangan Jelita. Jelita berundur kebelakang dan terlanggar seseorang.

"Sayang?Apa jadi ni?"

"A..Abang.." Jelita terus memeluk lengan Tuah. Ditunjuk-tunjuk lelaki yang baru sahaja mengenggam tangannya itu. Jelingan tajam Tuah ditujukan pada lelaki itu. Sudah lelaki itu mengigil ketakutan berhadapan Fayyez,Kini dia dapat jelingan maut Tuah pula.

Hah..Jangan main-main dengan Tuah! Sekali dia marah,Lebam muka tu nanti! Ditumbuk sekali memang lebamlah jawabnya! Nasib baik di dalam kedai! Kalau di luar,Entah selamat ke tidak muka lelaki itu!

Tuah mendekati lelaki itu lalu mengenggam kuat bahu lelaki itu. Terdiam Fayyez melihat Tuah. Lelaki itu berkali-kali meminta maaf pada Jelita,Fayyez dan Tuah. Tetapi sudah terlambat,Amarah Tuah sudah menguasai diri Tuah.

"Kau tu..Dah kenapa nak dekat-dekat dengan isteri aku!?" Soal Tuah. Sengaja dia menekan perkataan 'isteri' itu. Tersentak lelaki itu. Rasa begitu sakit genggaman Tuah itu,Entah-entah dah lebam dah bahu lelaki itu.

"Kau..Tak nampak cincin yang isteri aku pakai tu!?Nak test perempuan tu,Test yang single..Terhegeh-hegeh nak isteri orang.." Kata Tuah lagi. Sekali lagi lelaki itu tersentak. Dipandang jari manis Jelita,Memang benar ada cincin tersarung kemas di jari manisnya itu.

"S..Sorry,Bang!Salah saya..Saya.." Lelaki itu mengerang kesakitan apabila genggaman Tuah semakin kuat. Jelita mendekati Tuah lalu menenangkan Tuah. Begitu juga Fayyez.

"Abang..Dah lah ya?Dia dah minta maaf..." Kata Jelita. Kalau Tuah semakin hanyut dengan amarahnya,Boleh terbaring lemah lelaki itu. Sikap sabar Tuah jangan dibawa main!

"Sebelum maafkan orang ni,Jelita..Cuba cakap apa yang dia dah buat.." Kata Tuah. Terdiam Jelita,Takut bila dia beritahu,Bukannya makin reda amarahnya nanti. Takut makin marah pula Tuah nanti!

"Jelita Darina..Beritahu abang." Berubah nada suara Tuah. Tidak lagi bercakap lembut pada Jelita. Seram sejuk Jelita dibuatnya. Pertama kali Tuah bersikap begitu pada dirinya.

"Dia genggam tangan Jelita..Ajak berkenalan.." Beritahu Jelita. Mahu sahaja dia bersembunyi di belakang Fayyez sekarang ini. Tuah pula mengatur nafas,Meredakan amarahnya lalu memandang lelaki itu.

"Aku maafkan kau..Tapi ingat..Jangan buat lagi." Pesan Tuah. Lelaki itu terangguk-angguk lalu meninggalkan Tuah,Fayyez dan Jelita. Fayyez menghembus nafas lega. Jelita pula masih memandang ke bawah,Takut melihat suaminya.

"Marilah bayar barang,Jelita..Ibu tunggu nanti.." Tuah mengenggam lembut tangan Jelita.

"Bye,Tuah..Assalamualaikum.." Ucap Fayyez yang sudah melambaikan tangannya. Jelita melambaikan tangannya pada Fayyez.

"Waalaikumsalam.." Balas Tuah.

Apabila sudah bayar barang yang mereka beli,Jelita dan Tuah terus masuk ke dalam kereta. Belum mula memandu,Tuah tersedar yang Jelita hanya terdiam. Tuah terus berfikir,Mesti dia ada buat salah.

"Maafkan abang eh?" Ucap Tuah.

"Jelita sentiasa maafkan abang..." Ucap Jelita pula. Sikitpun dia tidak melihat Tuah.

"Jelita..Tak nak ke pandang abang ni?Maaflah terkasar kat Jelita tadi..Sebab tu Jelita jadi macam ni kan?Sayang?" Tuah menjadi gelabah apabila mengetahui kesalahannya. Dia panggil Jelita dengan nama penuh Jelita pula tu! Mana tak terkejut isterinya itu!

"Kenapa jadi macam tu?Tahulah abang tu cikgu disiplin,Mungkin terbawa-bawa sikap tu tapi..Abang macam tu juga ke dengan pelajar abang?" Soal Jelita tiba-tiba. Tuah mengelengkan kepalanya.

"Mungkin tertinggi suara tu ya tapi sakitkan pelajar abang?Dengan genggam kuat bahu pelajar atau pukul pelajar?Tak pernah,Jelita.." Kata Tuah dengan jujur.

"Mungkin adalah..Rotan sikit.." Kata Tuah lagi. Jelita terangguk-angguk. Barulah dia berani mahu memandang Tuah. Dipeluk lengan Tuah dengan begitu erat. Menandakan dia sepenuhnya memaafkan Tuah.

"Dah kenapa peluk abang ni,Jelita?" Soal Tuah. Nada suaranya kembali seperti asal apabila bercakap dengan Jelita. Jelita tersenyum manis pada Tuah. Tiba-tiba mahu bermanja dengan suami pula si Jelita ni..

"Jelita takut,Abang..Lain kali kita jalan sama-sama je lah..Nanti jadi macam tadi lagi.." Kata Jelita. Jadi manja sangat dah ni! Nak berkepit je!

"Okey..Okey..Takut sangat ya?"

Tergelak Jelita dan Tuah. Tuah mula memandu pergi ke rumah Encik Ruzain semula. Jelita pula apa lagi..Bermanja dengan suamilah..Tak habis-habis..Tuah pula hanya melayan,Ketawa melihat si isteri..

***

Sesampainya sahaja Jelita dan Tuah ke rumah Encik Ruzain,Terdengar seseorang sedang menangis. Sepantas kilat Jelita memasuki rumah,Terus melihat siapa yang menangis. Sampai ke luar rumah suara tangisan itu.

"Siapa menangis?Siapa?" Soal Jelita. Terlihat Hana yang sedang menangis di pangkuan Puan Fatimah. Terus Jelita duduk di sebelah ibunya lalu memandang Hana. Dengan lembut Jelita mengelap air mata Hana dengan ibu jarinya.

"Kenapa menangis ni,Hana?Hmm?Ummi kat sini dah.." Kata Jelita. Hana terus ke pangkuan Jelita,Memeluk erat Jelita. Terlihat Indah dan Naail tidur di tilam. Aufa pula masih di gendongan Qaseh.

"Cari kamu,Jelita..Mimpi buruk lepastu tercari-carikan kamu..Puas ibu pujuk,Nak kamu juga.." Keluh Puan Fatimah. Jelita mengganggukkan kepalanya lalu memberi tumpuan pada Hana.

"Shh..Ummi dah dengan Hana ni..Mimpi apa,Hana?Hmm?" Soal Jelita dengan lembut. Hana sudah tenang sedikit selepas berada di pangkuan Jelita. Jelita memeluk Hana dengan erat.

"Orang kejar Hana...Banyak,Ummi..Diorang nak Hana..Takut,Ummi.." Luah Hana.

"Oh..Orang-orang tu dah tak ada..Jangan takut lagi ya?Itu..Mimpi je..Mainan tidur.." Pujuk Jelita dengan suara yang begitu lembut. Tuah memberi garam yang baru dibeli oleh Jelita pada Puan Fatimah. Puan Fatimah berkata terima kasih lalu pergi ke dapur.

Setelah Hana tidur semula,Jelita pergi ke dapur lalu mencuci tangannya. Didekati ibunya yang sedang mula memasak. Jelita menolong ibunya memasak.

***

Lauk-pauk dihidangkan di meja makan. Selepas semua berkumpul dan Zahwan membaca doa makan,Semua mula menjamu selera.

Jelita sedikit sukar untuk makan kerana makan sambil memberi Aufa meminum susu dari botol susunya. Anaknya tidak mahu tidur juga masa itu,Jadi Jelita beri susu pada anaknya itu. Berharap Aufa segera melelapkan mata. Tuah yang melihat keadaan isterinya itu mengambil pinggan dan sudu Jelita.

"Eh..Abang..Kenapa-"

Tuah mula menyuapkan Jelita makanan. Jelita awalnya terkejut tetapi akhirnya tersenyum lebar. Terharu dan gembira dalam masa yang sama.

"Sweet nya dua orang tu.." Tegur Zahwan. Tersedak Tuah dibuatnya,Ditepuk lembut belakang Tuah oleh Jelita. Gelabah Jelita melihat Tuah sudah terbatuk-batuk. Diberi air pada Tuah.

"Ish..Abang Zah.." Dijeling abangnya itu. Zahwan hanya tergelak kecil. Jelita masih menjeling abangnya tetapi jelingannya pecah apabila Aufa menyentuh wajah Jelita. Terus tumpuan Jelita pada Aufa. Mula bermain dengan Aufa.

"Jelita..Buka mulut.." Kata Tuah yang sedia mahu menyuap isterinya. Terus Jelita buka mulutnya dan disuap oleh Tuah. Sambil-sambil mengunyah makanan,Dia bermain semula dengan Aufa.

Selepas makan,Jelita dan Qaseh mencuci pinggan mangkuk yang baru digunakan. Mereka berbual-bual sambil bergurau senda sambil membuat kerja. Selepas cuci pinggan mangkuk,Mereka menyertai yang lain berbual di ruang tamu.

Apabila malam dan selepas solat isyak,Tuah dan Jelita pun meminta diri untuk pulang ke rumah. Apabila keluarga kecil itu sudah pulang ke rumah,Semua masuk ke dalam bilik masing-masing dan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience