BAB 12

Romance Completed 13846

Malam itu..

"Nasib baik Indah selamat..Kalau tak!?" Marah Tuah apabila mendengar cerita yang berlaku di mall tadi. Tertunduk Jelita dibuatnya,Indah pula yang tidak menyuruh Jelita cerita memegang erat tangan Ummi nya itu.

"Ada kakak baik tolong,Ayah!Janganlah marah ummi.." Pujuk Indah. Tuah memandang anak sulungnya itu,Terpujuk sikit hatinya. Tapi wajahnya kembali garang memandang Jelita.

"Jelita minta maaf,Abang.."

Tuah melihat Jelita yang sudah terdiam,Terhincut-hincut bahunya. Apabila Tuah mendekati Jelita dan secara perlahan mendongakkan kepala Jelita,Jelita menangis. Menahan esakan tangisannya.

"Ummi!?" Terkejut Indah dibuatnya,Dibawa Jelita duduk di sofa. Sedikit gelabah tapi mampu memujuk Jelita untuk berhenti menangis.

"Siapa anak siapa ummi ni.." Keluh Tuah melihat Jelita dan Indah. Indah tergelak mendengar kata ayahnya. Jelita pula berhenti menangis.

"Ummi nak tidur dengan Indah malam ni.." merajuk dah si Jelita! Baru je Indah nak bersorak,Tuah pula berkata...

"No..Tidur dengan abang malam ni.Teman abang." Tegas suara Tuah. Mengalah juga Jelita,Indah pula buat muka kecewa. Sorry Indah!

"Sayang..Indah..Pergi ambil air wuduk..Dah nak masuk waktu Isyak rasanya.." Tuah segera berdiri lalu pergi ke bilik air. Sudah solat maghrib di masjid. Tapi bila di kereta,Sengaja Jelita menyentuh tangan Tuah erat. Nak marah..Tapi kena sabar..Hahaha!

Jelita dan Indah pandang antara satu sama lain. Wajah dibuat sedih lalu mendekati Tuah yang baru sahaja keluar dari bilik air. Kedua-duanya mengambil air wuduk lalu cepat-cepat pakai telekung. Mengambil tempat lalu duduk sementara menunggu azan.

"Indah dah pandai solat?" Soal Jelita.

"Dah..Dalam tahun ni juga.." Kata Tuah yang sedang membaca buku agama. Dipandang lama buku itu oleh Jelita,Nak je dia rampas buku tu dari tangan Tuah.

"Nak baca?" Tanya Tuah.

"Nak!Tapi nak baca sama-samalah.." Jelita tersengih apabila menjawab. Jelita mendekati Tuah lalu membaca buku itu bersama Tuah. Indah yang menyertai mereka,Kelihatan begitu bingung.

"Ummi..Ayah..Tolonglah bacakan..Indah tak pandai lagi.." Rayu Indah. Tuah membaca satu-persatu patah perkataan sambil menunjuk perkataan itu.

Allahuakbar..Allahuakbar..

Mereka terdiam mendengar seruan azan itu. Apabila habis azan,Mereka bertiga berdiri mengambil tempat lalu mula solat. Apabila sudah selesai solat dan sudah baca doa selepas solat..

"Abang,Nak peluk!"

"Stop!"

Terkaku Jelita dibuatnya. Salam pun berlapik,Jelita bingung lalu melihat Indah.

"Selalu kalau lepas solat,Indah nak mengaji..Lepas Indah,Sayang pula." Kata Tuah. Tersenyum lebar Jelita.

Apabila sudah sampai gilirannya,Beberapa kali Tuah merotan Jelita akibat tersalah cara bacaannya. Indah yang di sebelah Tuah hanya terkaku melihat Jelita yang beberapa kali dirotan.

"A..Ayah..Janganlah rotan ummi.." Kata Indah.

"Dah ummi kamu ni cara bacanya salah,Indah.." Kata Tuah.

"Jangan kuat-kuat,Ayah.." Pesan Indah lagi.

"Sakit sikit je..Cuba rasa." Indah menghulurkan tangannya lalu Tuah merotan seperti mana dia rotan Jelita.

"Betullah tak sakit..Tapi,Sakit kalau ayah rotan banyak kali.." Kata Indah tidak mahu kalah.

Sesi mengaji itu berjalan lagi,Tapi sampai satu tahap...

"Kenapa salah je ni..?"

Jelita sudah menangis menahan amarah pada diri sendiri. Tuah meletakkan rotannya di lantai lalu mengusap kepala Jelita. Indah pula menyentuh tangan Jelita lalu meniup tangan Jelita. Sakit mungkin?

"Sakit ke abang rotan,Jelita?" Soal Tuah. Masih tegas,Tapi memang jelas Tuah rasa bersalah.

Jelita mengelengkan kepala.

"Habis tu?" Soal Tuah.

"Asyik salah je..Jadi selama ni Jelita salah baca ke?" Soal Jelita. Tuah hanya menggelengkan kepalanya.

"Bukan salah baca tapi cara bacaan tu je salah..Yang panjang harakatnya,Tetiba Sayang terpendekkan.." Jelas Tuah. Jelita mengangguk.

"Jarang mengaji sebenarnya..Jadi yang harakat tu terlupa sikit.." Kata Jelita yang sudah tertunduk.

"Tak apa..Lepas ni lepas solat Isyak,Abang ajak mengaji lagi..Bacaan sayang dah okey,Bab harakat tu je.." Kata Tuah. Jelita tersenyum.

"Okey..Itu je untuk hari ni.." Songkok yang dikepalanya dibuka lalu Tuah melipat sejadah. Apabila semua telah diletakkan di rak,Indah terlebih dahulu memasuki bilik.

"Jam 9.30 malam..Indah dah tidur waktu macam ni?" Soal Jelita. Tuah mengangguk.

"Tak nak tahu jam berapa abang tidur ke?" Soal Tuah sinis.

"Hah?Buat apa nak tahu jam berapa abang tidur?Kan tidur sama-sama..Ajak je tidur bila-bila masa,Jelita ikut je.." Kata Jelita yang juga sedikit sinis di akhir katanya. Tapi Tuah tiba-tiba menunjukkan riak serius.

"Trauma sayang..Tak apa ke?" Soal Tuah. Keningnya terangkat,Risau dengan trauma Jelita.

"T..Tak tahulah,Abang..Tapi kalau abang nak hak abang-"

"Lebih baik abang biarkan Jelita bersedia dulu..Abang tak paksa." Tuah sudah mengenggam tangan isterinya. Dipandang mata Jelita. Jelas Jelita sedikit takut,Tapi wajah Jelita hanya senyum nipis yang terukir.

"Sorry,Abang..Jujur Jelita takut..Tapi Jelita akan cuba buang rasa takut tu..Lagipun untuk suami Jelita juga kan?" Jelita membuang rasa takutnya itu. Senyum sinisnya terukir di wajah.

"Just take your time,Jelita..Abang tak paksa pun.." Kata Tuah. Dibuka telekung Jelita,Dah bergelar isteri pun masih nak tutup aurat didepannya lagi.

"Cantik rambut sayang.." kata Tuah.

"Tengoklah isteri siapa.." Usik Jelita.

"Elehh..Puji diri sendiri.." Balas Tuah. Tergelak mereka berdua.

"Mengantuklah,Abang..Mari tidur." Kata Jelita lagi.

"Okey.."

Mereka pun memasuki bilik. Tuah sudah baring di atas katil sementara Jelita masih berdiri di sisi katil. Teragak-agak dia nak baring sebelah suaminya itu.

"Kenapa tak baring?Abang sunyilah isteri abang tu tak baring sama.." Kata Tuah. Jelita tertawa janggal. Tuah duduk lalu menarik tangan Jelita. Terjerit kecil Jelita dibuatnya.

"Shh..Indah terbangun nanti macam mana?" Kata Tuah yang tidak melepaskan tangan Jelita. Jelita duduk dulu di katil lalu memandang ke arah Tuah.

"Janji tau." Ucap Jelita.

"Hah?Janji apa?" Soal Tuah.

"Tunggu sampai Jelita bersedia dulu." kata Jelita.

"Janji..Abang tak mungkir janji.Entah awak tu macam mana.." Kata Tuah. Sengaja bergurau di akhir ayatnya. Tersenyum pahit Jelita dibuatnya.

Secara perlahan,Tuah menarik Jelita ke dalam pelukannya. Mengubati rasa rindu pada arwah isteri pertamanya dan menunjukkan rasa cintanya pada Jelita.

Wanita pertama yang dia sangat ingin bersama tapi apakan daya..Lebih memilih pilihan keluarganya daripada pilihannya sendiri. Tapi dia tidak menyesal sedikitpun.

"Abang peluk arwah Irene macam ni juga?" Soal Jelita. Membalas pelukan Tuah.

"Ya..Cemburu ke?" Gurau Tuah.

"Sikit pun tak..Buat apa nak cemburu kat kebahagiaan abang?Dulu mungkin ya..Sekarang tak langsung." Ucap Jelita dengan jujur. Tersenyum Tuah dibuatnya. Semakin erat pelukannya.

"Sukalah kat rambut sayang ni..Cantik." Kata Tuah. Dilepaskan pelukannya lalu menyentuh rambut Jelita.

"Aik?Suka rambut je?Orangnya?" Usik Jelita.

"Kalau abang ni suka rambut je..Abang suruh awak potong rambut..Dah potong rambut bagi kat abang.." Gurau Tuah. Mereka ketawa dalam diam. Takut Indah terbangun. Tuah baring lalu menepuk-nepuk katilnya.

"Baringlah..Cakap mengantuk..Mesti penat badan tu.." Pujuk Tuah. Jelita akhirnya baring di sebelah Tuah. Terlihat yang Tuah menelan air liur sambil melihatnya,Jelita menjarakkan diri. Glup!

"Abang dah janji,Sayang.." Kata Tuah. Jelita kembali merapat pada suaminya. Tergelak kecil apabila dipeluk Tuah.

"Abang nak awak ni cerita apa yang jadi..Rasa ingin tahu abang ni membuak-buak nak tahu.." Kata Tuah. Terkaku Jelita mendengarnya. Tapi akhirnya tersenyum senget.

"Esok boleh?" Tanya Jelita. Tuah mengangguk.

"Sweet dreams,Jelita.."

***

Sengaja Tuah menghantar Indah ke rumah keluarga Jelita,Katanya mahu selesaikan sesuatu urusan di luar tapi itu semua tipu. Dia nak berdua dengan Jelita sebab nak tahu cerita masa lalu Jelita.

Kereta dipandu secara santai,Jelita pula sudah mahu bercerita segalanya. Dia sudah siapkan diri. Tuah pula sudah berjanji walau seburuk manapun Jelita yang dulu,Dia tidak akan membenci Jelita.

Jelita yang dulu,Bukanlah Jelita yang sekarang.. Kann?

"Jadi..Masa dah habis sekolah dulu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience