BAB 17

Romance Completed 13846

"Abang memang dah cintakan arwah.."

Terharu Jelita mendengar cerita Tuah. Dibayangkan wajah Tuah dan Irene tersenyum bahagia apabila mengetahui yang Irene mengandung!

"Jelita tak sabar nak ada anak..Anak kita berdua.." Kata Jelita yang memandang Tuah dengan manja.

"Dan abang akan tunggu sampai Jelita bersedia." Kata Tuah.

"Jelita dah nak sedia..Abang?" Usik Jelita. Bulat mata Tuah memandang isterinya. Nakal betul!

***

Mereka pergi ke restoran untuk makan tengah hari. Jelita hanya diam apabila sudah masuk ke restoran. Entah apa yang Jelita fikir,Tuah cuma memerhati. Apabila melihat Jelita seperti sedikit sesak nafas,Tuah pun menegur isterinya itu.

"Panic attack ke?" Tuah berdiri lalu mendekati Jelita. Memang betul Jelita kena panic attack,Tangannya mengigil hebat.

"Jelita..Tarik nafas..Hembus..Cuba fokus kat suara abang..Lagi sekali..Tarik nafas..Hembus.."

Jelita hanya menurut. Air matanya mengalir lalu dia mengelap air mata cepat-cepat. Dia berterima kasih pada Tuah.

"Kenapa tiba-tiba,Sayang?Apa yang buat sayang triggered?" Soal Tuah. Diusap lembut belakang badan Jelita,Bagi dia tenang. Tapi Jelita masih mengatur nafasnya dan masih cuba tenangkan diri.

"Tempat ni..Tempat..Jelita kerja dulu..Sorry tak beritahu..Lagipun rindu dengan tempat ni!" Kata Jelita. Marahlah Tuah dibuatnya,Tapi dia cuba bersabar.

"Jelita..Saja kan nak abang risau?" Kata Tuah. Duduk semula di kerusinya. Berdepan dengan Jelita. Jelita yang masih mengigil tangannya ketawa janggal.

"Sorry abang."

Pelayan mendekati mereka lalu memberi buku menu.

"Order?"

"Um..Nasi goreng ayam satu..Ice lemon tea." Kata Jelita.

"Mi goreng ayam..Teh tarik." Kata Tuah.

"Ada apa-apa nak tambah?" Soal pelayan itu. Jelita dan Tuah mengeleng perlahan lalu pelayan itu pergi.

"Jelita tak boleh tau makan mi kalau sarapan." Kata Jelita.

"Tapi sekarang ni kita makan tengah hari,Jelita.." Kata Tuah dengan pandangan pelik.

"Hmm!Jelita beritahu je!" Merajuk Jelita.

"Eh..Awaknya janganlah marah..Jelita..Sayangg.." Pujuk Tuah.

Tiba-tiba,Telefon Tuah berdering.

"Siapa?" Soal Jelita. Eleh..Tadi merajuk!

"Ummi.." Dijawab panggilan telefon itu. Jelita hanya mendengar.

"Waalaikumussalam..Kenapa ummi?"

"...."

"Kebetulan..Tuah dan Jelita dating hari ni.." Tersengih Tuah memandang Jelita. Jelita tersenyum geram. Makanan dan minuman yang baru dipesan sudah sampai. Tapi mereka masih sibuk dengan panggilan telefon ummi Tuah.

"Jumpa di rumah ummi?Ayah ada?"

"Hmm..Okey..Oh ya,Ummi belum berjumpa dengan Jelita personal kan?Okey..Assalamualaikum.." dimatikan panggilan telefon itu.

"Kenapa?" Soal Jelita.

"Mak mertua awak tu nak jumpa awak.." Jawab Tuah. Tersengih Jelita. Sebenarnya,Lama dia mahu berjumpa dengan mak mertuanya.

Mereka pun mula makan. Apabila sudah selesai makan,Tuah dan Jelita pergi ke rumah ibubapa Tuah.

***

"Assalamualaikum." Ucap Tuah dan Jelita memasuki rumah. Dijemput dengan senyuman manis Puan Fatnin dan Encik Hafiy. Disalam keduanya lalu mereka duduk di sofa. Jelita rasa gementar.

"Jelita dah boleh panggil ummi tu ummi..Ayah tu..Ayahlah kan.." Kata Tuah. Jelita mengangguk tanda faham. Dipandang wajah mertuanya.

"Um..Kenapa nak jumpa,Ummi?" Soal Tuah.

"Nak tengok menantu je,Tuah..Cantik isteri baru kamu.." Kata Puan Fatnin. Sengaja dia tekankan perkataan baru itu. Terasa juga hati Jelita,Tapi memang itu kenyataannya. Jelita buat lagak biasa.

"Ummi lagi cantik.." Puji Jelita.

"Masih lagi ke?Dah tua macam ni cantik lagi?" Gurau Puan Fatnin. Dia berdiri lalu duduk di sebelah Jelita. Disentuh tangan Jelita lalu mengusap lembut.

"Tangan kamu mengigil ni..Takut dengan ummi?" Soal Puan Fatnin. Jelita mengeleng menafikan kata Puan Fatnin lalu sedikit tenang kerana Puan Fatnin mengusap lembut tangannya.

"Menantu kita tu nervous jumpa kitalah,Nin.." Kata Encik Hafiy sambil ketawa. Menantu pertamanya,Tidak juga nervous begitu. Lain orang,Lain reaksinya. Tak gitu?

"Oh ya..Korang dah makan?"

"Dah,Ummi."

"Oh..Ummi sediakan biskut dan kek ya?" Kata Puan Fatnin yangs sudah berdiri.

"Nak Jelita tolong?" Jelita juga sudah berdiri,Bersedia membantu Puan Fatnin. Puan Fatnin menyuruh Jelita duduk lalu mengelengkan kepalanya.

"Sekarang..Biarlah menantu ummi ni rehat dulu..Risau ummi tengok tangan kamu tu mengigil..Panic attack agaknya tak?" Kata Puan Fatnin. Tuah yang berbual dengan ayahnya terhenti bercakap.

"Jelita baru lepas panic attack ke?" Soal Puan Fatnin apabila melihat Tuah berhenti bercakap. Jelita memandang suaminya lalu memandang ibu mertuanya.

"Y..Ya..Ummi..Jelita.." Dia mengelengkan kepalanya. Puan Fatnin menyentuh bahu Jelita memberi semangat lalu meninggalkan Tuah,Jelita dan Encik Hafiy sebentar.

Puan Fatnin pergi ke dapur. Kembali dengan sepinggan biskut dan kek. Kembali ke dapur untuk mengambil minuman. Sudah menghidangkan semua,Dia duduk semula dengan Jelita.

"Nasib baiklah ummi tak hidangkan biskut strawberi atau kek strawberi.." Kata Tuah lega.

"Hm?Kenapa?" Soal Puan Fatnin.

"Ini yang Tuah nak cerita ni,Ummi..Masa sebelum kahwin dulu,Jelita dengan abang dia ada ke rumah Tuah..Tuah hidanglah biskut strawberi kesukaan Tuah tu..Ada orang ni tak beritahu pun dia ada alergik strawberi..Banyak pula makan tu..Masuk hospital terus.." Cerita Tuah panjang.

Terkejut Puan Fatnin mendengar cerita itu. Encik Hafiy pula tergeleng-gelengkan kepalanya lalu memandang ke arah Jelita yang ketawa janggal.

"Astaghfirullahalazim,Jelita..Nasib baik kamu dah okey sekarang.." Kata Encik Hafiy.

"Hahaha.."

"Ummi akan ingat ni sampai bila-bila,Jelita..Bahaya tahu tak?" Kata Puan Fatnin. Terharu Jelita dengan perhatian yang diberi. Dia meminum minuman yang dihidangkan mertuanya itu.

"Macam mana malam pertama?" Soal Encik Hafiy tiba-tiba. Tersembur air minuman Jelita dibuatnya! Terbatuk-batuk Jelita! Ayah mertuanya pun!

"Privasi,Ayah.." Balas Tuah.

"Ummi bukan nak fitnah Jelita tapi..Fizikal Jelita..Macam dah pernah mengandung.." Bisik Puan Fatnin. Terdengar juga Jelita dan Tuah,Tapi Encik Hafiy tidak mendengarnya.

Walaupun kenyataannya Jelita pernah mengandung tapi hanya 2 minggu,Fizikal Jelita memang sedikit berubah. Tetapi bernasib baik kerana perut kempisnya tidak sempat pun berubah fizikal.

"Ummi.." Tuah mengelengkan kepalanya.

"Mata Ummi tengok badan Jelita atas bawah ke?" Takut-takut Jelita berkata-kata. Dari tenang,Kembali mengigil tangannya. Kebetulan lagi dia hanya memakai baju t-shirt muslimah,Seluar jeans dan tudung sarung.

"Eh..Budak ni..Ummi tak macam tu lah!Ummi tahu kamu budak baik!Takkan buat benda pelik-pelik sebelum kahwin!" Kata Puan Fatnin. Menangis Jelita dibuatnya.

Jelita sebelum kahwin sudah buat benda yang tak baik,Ummi..Tapi Jelita dah bertaubat. Itu hanya terluah di dalam hati.

"Sayang?Kenapa menangis pula ni?" Risau Tuah. Takut perkara sebenar terbongkar.

"Terharulah kat ummi.." Jelita memeluk Puan Fatnin dengan begitu erat. Puan Fatnin membalas pelukan Jelita. Menenangkan menantunya itu.

"Macam tu lah,Ummi..Kuat menangis Jelita ni.." Keluh Tuah. Dia lega yang Jelita dapat menyembunyikan rahsia dengan baik.

"Cumanya..Cepat-cepatlah ada anak ya,Jelita?Ummi nak cucu dari kamu pula." Kata Puan Fatnin. Jelita hanya tersenyum lebar sambil mengangguk laju.

"Oh ya..Indah mana,Tuah?" Soal Encik Hafiy. Kalau ikutkan,Tidak terlalu berkenan Jelita menjadi menantunya. Gadis ini seperti menyembunyikan sesuatu,Tapi dia buat tak tahu.

"Rumah keluarga Jelita..Ada kawan dia bermain di sana,Ayah..Anak Zahwan,Naail." Kata Tuah.

"Kamu Jelita..Tahu kan yang Tuah ni pernah berkahwin sebelum ni?Tapi isteri dia dah tiada..Jujur..Ayah masih lebih sukakan arwah jadi isteri Tuah.Tiada yang lain." Kata Encik Hafiy. Dia ikutkan kata Tuah mahu berkahwin dengan Jelita hanya kerana mahu menunaikan pesan arwah Irene. Tak lebih dari itu!

Tuah dan Puan Fatnin terdiam mendengar kata Encik Hafiy. Takut Jelita terasa hati. Dipandang Jelita yang ternyata begitu tenang. Tidak lagi menangis.

"Kawan saya seorang yang sangat baik,Ayah..Jujur,Saya pun kagum pada dia dan kalau dia masih hidup pun..Saya takkan ada di sini..Cumanya.." Jelita duduk tegak lalu wajahnya tampak begitu yakin.

"Anak ayah ni yang sukakan saya dari zaman sekolah lagi..I'm his first love..I'm Tuah Uwais's first love." Bukannya bersifat kurang ajar,Tetapi Jelita cuma yakin dengan apa yang dia katakan.

Puan Fatnin tampak terkejut,Tapi Tuah pula tampak bangga dan tidak menyangka yang Jelita akan berkata seperti itu.

"Saya dengar..Ayah dan ummi kan yang suruh Tuah kahwin?Saya gembira sebab yang berkahwin dengan Tuah tu kawan saya sendiri." Senyuman manis diberi,Encik Hafiy terasa tercabar.

"Oh..Kamu tak kisah jadi yang kedua?Walaupun arwah dah tiada,Mesti ada orang panggil kamu tu orang ketiga." Sinis Encik Hafiy berkata seperti itu tapi hanya seketika apabila melihat Jelita masih tenang.

Tuah seperti berpihak pada isterinya. Wakil untuk dirinya mengatakan isi hatinya yang dipendam bertahun-tahun.

"Kalau lihat pada situasi sekarang..Memang itulah yang orang-orang akan katakan..Tapi.."

"Asalkan bukan bertepuk sebelah tangan dan bukan paksaan..Semua tu tiada masalah..Biarlah orang kata,Asalkan kita bahagia dengan keputusan kita.."

"Saya dan Tuah..Mencintai antara satu sama lain dan itu sebab kami berkahwin..Arwah Irene akan tetap ada di hati Tuah..Kawan saya,Saya akan sayang dia sampai bila-bila.." Jelita akhiri kata-katanya.

"Terkejut ayah dengan kamu ni,Jelita.." Kata Encik Hafiy yang tergeleng-gelengkan kepalanya.

"Maaf kalau terkurang ajar,Ayah..Jelita minta ampun..Minta maaf.." Jelita bersalam dengan ayah mertuanya tanda meminta maaf.

Perbualan ringan dan menjamu selera. Jelita semakin serasi dengan keluarga Tuah. Bersyukur sangat-sangat dan terkejut dengan diri sendiri. Tidak tahu macam mana dia dapat keyakinan itu.

***

Malam itu..

Jelita dan Tuah pun meminta diri untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan,Jelita tertidur. Penat agaknya..

"Abang.."

Tuah memandang Jelita. Mengigau agaknya. Mata Jelita masih lagi tertutup. Tuah tergelengkan kepalanya melihat isterinya yang tertidur lena. Teringat kata umminya masa selepas solat.

"Jelita kalau baca doa kusyuk sangat..Masa solat asar,Maghrib dan isyak tu..Suka ummi tengok."

Itu kata Puan Fatnin bila mereka baru mahu keluar rumah tadi. Memang kebiasaan Jelita itu buat Puan Fatnin dan Encik Hafiy suka padanya.

Tuah Keluar dari kereta lalu pergi ke pintu depan rumah keluarga Jelita. Jelita masih lagi tidur dalam kereta. Kasihan Tuah mahu kejutkan.

"Assalamualaikum!Zah!" Ucap Tuah.

"Waalaikumussalam..Hah,Tuah..Indah dah tertidur dah tu.." Zahwan menunjuk Indah yang terbaring di pangkuan Puan Fatimah. Nyenyak sungguh tidurnya!

"Eh..Sorry lah kami lambat pulang.." Digendong Indah. Zahwan menolong memasukkan barang Indah di dalam kereta. Tuah meminta diri pada Puan Fatimah. Puan Fatimah hanya mengangguk sekali sambil tersenyum tipis.

"Ya allah..Jelita pun tidur juga.." Kata Zahwan yang sudah menyimpan barang Indah di kereta. Indah dibaringkan di kerusi belakang lalu Zahwan dan Tuah bersalam.

"Jumpa kalau ada waktu free,Zah.."

"Bye,Tuah.."

Tuah pun mula memandu kereta pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan,Dia tersenyum melihat Jelita dan Indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience