Tengah hari itu,Di perpustakaan sekolah,Ada seorang remaja perempuan berkaca mata bulat ala-ala Harry Potter sedang asyik dengan bacaannya. Tempat duduknya berada di hujung perpustakaan,Tempat kegemarannya kerana ada penghawa dingin. Sejuk dan selesa!
Ada beberapa pelajar dan guru yang menggeleng-gelengkan kepala mereka melihatnya. Pantang kalau waktu rehat atau menunggu abangnya habis kelas tambahan,Di sinilah tempat dia meluangkan masa.
Jelita Darina,Si hantu buku yang semua pelajar dan guru mengenalinya. Ada-ada saja nama panggilannya,Hantu buku lah..Kak buku lah dan panggilan umum orang yang sangat suka baca buku,Kutu buku!
Segala jenis buku dibacanya! Bosan atau tidak belakang cerita,Yang penting ada yang dapat dibacanya! Sampai begitu sekali hobi membacanya itu. Novel,Komik,buku rujukan dan majalah semuanya dibaca.
"Oi dik!Tak nak balik ke?" Abang Jelita,Zahwan telah berada disisinya. Senyum tipis terukir di wajah kacaknya. Jelita memandang abangnya itu lalu menutup buku. Dia berniat untuk meminjam buku itu tapi abangnya menghalang.
"Tak boleh.Ingat peraturan baru abang bagi kat adik." Zahwan cepat-cepat mengambil buku itu dari tangan adiknya lalu menyimpan di rak. Melihat Jelita yang ingin merengek seperti budak kecil,Zahwan terus membawa Jelita keluar dari perpustakaan sekolah.
"Hei!Umur dah 16 tahun masih nak merengek macam budak-budak tak dapat gula-gula?" Marah Zahwan. Jelita terdiam lalu mengambil begnya yang ada di rak luar perpustakaan sekolah. Cepat-cepat memakai kasut,Takut abangnya meninggalkannya.
"Best tau buku tu,Abang Zah!Kalau tak suruh pinjam,Belikanlah.." Kata Jelita. Cara bercakapnya kalah cara budak-budak bercakap,Begitulah dia kalau nak dibelikan sesuatu daripada abangnya. Buku,buku dan buku!
"Rules number one!No more buku cerita!Hanya buku rujukan!" Zahwan mengelengkan kepalanya. Kaki menuju ke tempat parking motorsikal di luar sekolah. Mereka berdua memakai helmet masing-masing lalu menaiki motorsikal milik Zahwan.
"Tapi abang-"
"No!"
Kata muktamad keluar dari mulut Zahwan. Dia mula menunggang motorsikalnya. Jelita yang memegang bahu abangnya itu membuat muka sedih. Tapi tidak terlihat oleh abangnya kerana fokus menunggang motorsikal.
Sampai sahaja di rumah,Zahwan turun daripada motorsikalnya. Dia memandang pelik adiknya yang masih tidak turun dari motorsikalnya. Alangkah terkejutnya dia melihat adiknya yang telah menangis. Patutlah senyap semacam budak ni!
"Benci abang!" Jelita membuka helmetnya lalu turun dari motorsikal milik abangnya. Dia cepat-cepat menanggalkan kasut dari kakinya lalu masuk kedalam rumah. Menuju ke bilik dan mula merajuk dengan abangnya.
"Ya allah..Semoga aku sabar hadap perangai adik aku tu.." Zahwan menyimpan kasut Jelita dan kasut sekolahnya di rak kasut lalu masuk dengan dua helmet di tangannya.
"Assalamualaikum!Zahwan dah balik..Warghh,Bah!" Zahwan terkejut melihat abahnya ada di rumah waktu-waktu begini. Selalunya pulang petang ataupun maghrib,Tugas sebagai pengetua sekolah rendah boleh tahan sibuknya.
"Waalaikumsalam,Zah.." Encik Ruzain memandang pelik ke arah anak lelaki sulungnya itu. Baru sahaja melihat anak daranya menangis terus ke bilik,Tiada memberi salam dan muka cerianya,Anak lelakinya pula menunjukkan reaksi terkejut melihatnya.
"Abah awal balik?Selalu petang-petang baru balik?" Zahwan salam abahnya lalu duduk di sebelah abahnya. Abah tergelak kecil.
"Lupalah ni..Kan sekolah abah ada sambutan hari sukan hari ini.." Kata Encik Ruzain sambil menepuk bahu anak lelakinya itu. Zahwan ketawa janggal,Memang dia terlupa.
"Apapun..Adik kamu tu dah kenapa,Zah?Dah tambah satu masalah dia dah merajuk tu.." Tanya Encik Ruzain. Puan Fatimah,Yang baru sahaja muncul dari dapur menghidangkan teh dan biskut buatannya. Dia tercari-carikan anak perempuannya.
"Adik mana,Zah?" Tanya Puan Fatimah.
"Merajuk,Yang..Tanyalah anak sulung awak ni,Kenapa adik dia tu merajuk.." Encik Ruzain ketawa sambil mengelengkan kepalanya. Mesti sebab peraturan ketat Zahwan yang ada Zahwan cakap hari sebelum itu.
"Ibu tak ingat rules yang Zahwan buat?Itu sebabnya." Jawab Zahwan. Sesekali dia jeling kearah tangga,Memang tiada tanda-tanda adiknya akan turun ke tingkat bawah. Alahai,Jelita..Jelita..
"Apa peraturannya?" Soal ibu lagi. Memang dia kurang ambil tahu tentang peraturan itu,Kerana dia pasti ianya membawa kebaikan pada Jelita.
"No more buku cerita,Hanya buku rujukan." Jawab Zahwan. Tawa Encik Ruzain pecah,Terbahak-bahak ketawanya! Puan Fatimah ketawa kecil lalu mengangguk tanda faham kenapa anak sulungnya membuat peraturan itu. Patutlah merajuk!
"Nanti pujuk dia..Ke kafe kesukaan dia ke?Taman ke?" Cadang Puan Fatimah. Dengan terpaksa,Zahwan akur.
***
"Abang masuk eh?" Zahwan pulas tombol pintu,Terkunci.
Tok!Tok!Tok!
"Pergilah abang!" Jelita masih lagi merajuk. Zahwan tertunduk lemah.
"Sebagai ganti buku tadi,Abang belanja adik aiskrim nak?" Itu sahaja cara memujuk yang paling murah baginya. Tak sanggup dia nak pinjam duit daripada ibubapanya untuk ke kafe. Tak nak dia meminta-minta!
Pintu dibuka perlahan,Jelita mengintip abangnya dibalik pintu. Tanpa banyak cerita,Zahwan terus menolak pintu. Sakit betul hatinya dengan sikap tidak matang adiknya itu. Jelita jerit kuat tapi apakan daya,Terkena juga diketuk abangnya dibahagian bahu.
"Sakitlah,Abang Zah!" Dia menolak abangnya kuat,Tapi Zahwan tidak terjatuh. Kedua-dua geram dengan sikap masing-masing.
"Pergi bersiap!Abang nak belanja ni!" Kata Zahwan. Dia keluar dari bilik lalu turun ke tingkat bawah. Menunggu Jelita di tempat parking motorsikalnya. Apabila Jelita sudah didepan matanya,Dia membawa Jelita ke kedai.
***
"Hmm..Baguslah suka habiskan duit abang.."
Jelita begitu berpuas hati apabila dia dapat membeli aiskrim dan coklat dengan menggunakan duit abangnya. Jelita terus keluar dari kedai lepas membayar makanannya.
Akibat terlalu pantas berjalan,Dia tidak sempat mengelak daripada terlanggar seseorang di hadapannya. Dia terjatuh sementara orang yang dilanggarnya kaku berdiri di tempatnya. Wajahnya tampak risau apabila melihat Jelita jatuh.
"Okey ke?" Tanyanya prihatin.
"Adik!Kalau jalan tu slow sikit-" Zahwan melihat orang yang dilanggar oleh Jelita. Tanpa memikirkan keadaan adiknya, Tiba-tiba dia ber-bro hug dengan orang itu. Jelita berdiri lalu memandang lelaki itu. Pelik sungguh abangnya tidak melihat keadaannya.
"Kau..Eh?Ketua pengawas!" Jelita kenal sangat dengan ketua pengawas itu. Sangat rajin menjalankan tugasnya dan pernah mengikuti acara sukan tapi malangnya dia hanya memenangi tempat ke-3.
Ramai pelajar perempuan dalam kalangan tingkatan 2,3 dan 4 menyukai ketua pengawas ini! Termasuk Jelita! Dia sudah tersenyum menunjukkan sisi ayu-nya pada ketua pengawas itu.
"Um..Adik kau,Zah?" Tanya ketua pengawas itu. Zahwan mengangguk sekali. Jelita seperti tidak tahu apa yang dia mahu buat,Jadi dia membuka bungkusan aiskrim lalu memakannya. Niatnya mahu ke motorsikal terbantut apabila si pujaan hati berada di depan mata.
"Tak silap Jelita,Kau sekelas dengan abang Zah kan?" Soal Jelita. Ketua pengawas itu mengangguk dengan senyuman manisnya.
"Adik..Dia Tuah Uwais..Adik kenal kan?" Soal Zahwan. Jelita angguk berkali-kali,Begitu teruja Tuah dihadapannya. Ini saat-saat yang jarang berlaku!
"Nama adik kau apa,Zah?Tak tahu pula dia ni adik kau..Selalu nampak dia di perpustakaan sekolah." Tanya Tuah yang sedari tadi sudah memandang ke arah Jelita. Baru saja Jelita mahu buka mulut,Zahwan terlebih dahulu menjawab pertanyaan Tuah.
"Si hantu buku,Jelita Darina." Jawab Zahwan dengan wajah mendatarnya. Menyampah agaknya bila Tuah bertanyakan tentang adiknya. Abang yang tidak mudah kenalkan adik perempuannya pada mana-mana lelaki. Gituw..
"Aku masuk kedai dulu..Bye,Zah!Jelita!" Tuah memasuki kedai.
Dua beradik itu kembali pergi ke motorsikal mereka lalu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan,Jelita sentiasa senyum. Bukan kerana dapat aiskrim dan coklat,Tetapi kerana dapat berbual dengan si pujaan hati!
***
Jelita menyanyi kecil sambil membuat kerja rumah. Dari makan malam tadi,Mood dia semakin okey. Ibubapanya lega tetapi tidak Zahwan. Dia memasuki bilik Jelita lalu duduk di hujung katil,Berdekatan dengan meja belajar Jelita.
"You like him?" Tanya Zahwan kepada adik perempuannya.
"Kalau ya?" Disoal balik abangnya itu. Zahwan membuat muka menyampah.
"Adik.." Zahwan memandang adiknya dalam-dalam. Jelita menjadi pelik abangnya bersikap begitu.
"Abang tahu adik crush kat Tuah tu,Tapi dia tu acting je lebih!" Kata Zahwan dengan serius. Pada perkataan acting,Dia sengaja tekankannya. Ada rahsia rakan sekelasnya itu yang tidak perlu orang tahu. Terutama adiknya ini,Sakit hati nanti!
"Acting?Hahaha..Abang cemburu dengan pencapaian dia ke?Sampai nak tuduh dia acting?" Jelita ketawa sinis.
"No..Bukan cemburu..Apapun..Dia.." Zahwan tidak tahu mahu berkata apa. Jelita memandangnya sinis,Tidak sangka dia akan hadap sisi abangnya yang ini.
"Dah..Keluar..Lama-lama perasaan adik akan hilang juga kat dia..Don't worry,My brother!" Jelita menepuk-nepuk bahu Zahwan lalu menyuruh abangnya keluar. Apabila mendengar kata adiknya itu,Zahwan sedikit lega.
"Harap-harap betullah yang dia kata tu.." Bisik Zahwan pada diri sendiri.
Share this novel