Suasana senyap sunyi. Jelita melihat Kaleela makan dengan begitu berselera. Tuah dan Shafiy lebih selesa berbual sambil makan. Mungkin kerana perasan dipandang oleh Jelita,Kaleela berkata..
"Y..Ya,Jelita?"
Jelita tersedar yang dia memandang Kaleela. Senyuman penuh makna terukir dibibir Jelita.
"Tak check ke,Kaleela?Mana tahu.." Jelita menyentuh perut Kaleela secara tiba-tiba. Tersentak Kaleela dibuatnya,Tuah tergeleng-gelengkan kepalanya melihat Jelita.
"Awal lagi kot.." Kata Kaleela yang sudah ketawa janggal. Jelita masih dengan senyum penuh maknanya.
"Aku beberapa hari ni muntah-muntah...Hmm?" Shafiy memandang isterinya. Apabila teringat perkahwinan Kaleela dan Shafiy,Tuah menjadi sedikit yakin yang Kaleela mungkin mengandung.
"Awal lagi,Bang..Tak..Tak.." Aku menafikannya.
"Saya teman check kat doktor jom!" Jelita teruja lain macam! Kaleela terkaku di kerusi itu. Tuah tergelak kecil melihat sikap isterinya.
"Awak tu teruja sangat kenapa?Bukan awak yang mengandung.." Kata Tuah pada Jelita.
"Abang..Anak Kaleela kot!Mesti comel-comel!" Kata Jelita melihat kearah Kaleela. Dia akan bergelar makcik pada anak Kaleela pula!
***
Sabar Jelita menunggu Kaleela. Tuah hanya duduk di sisi Tuah. Ini hospital yang sama Jelita pergi dulu,Semasa memeriksa tahap kesihatan,Kandungannya dan lain-lain.
"Kaleela!How?" Soal Jelita apabila Kaleela dan Shafiy baru sahaja keluar dari bilik doktor. Shafiy duduk di sebelah Tuah,Tersenyum lebar dan begitu bahagia.
"I'm pregnant,Jelita!"
"Eh!Eh..Shh..Hospital,Kaleela.."
"Ops!Hehehe.."
Jelita dan Kaleela duduk di kerusi. Kaleela menunjukkan gambar ultrasound janin. Jelita terus memeluk Kaleela dengan begitu erat!
"Indah akan ada kawan baru!" Kata Jelita teruja.
"Aufa pun,Jelita." kata Tuah.
"Oh ya!"
"Who's Aufa?" Tanya Kaleela.
"Anak kedua kami..Aufa Tasnif." Kata Jelita.
"Jelita baru je bersalin ke!?" Soal Shafiy pula. Tuah mengangguk.
"Boleh jadi kawan.." Tersengih Kaleela.
Apabila sudah selesai dengan urusan Kaleela,Mereka berempat pergi ke hotel semula untuk merehatkan diri. Kaleela dan Shafiy pergi ke pejabat Shafiy sementara Jelita dan Tuah pula kembali ke bilik mereka.
"masya-Allah..Abang..Sukalah tengok kebahagiaan dorang.." Ucap Jelita. Tuah terus memeluk Jelita. Didalam pelukan Tuah,Jelita tersenyum lebar.
"Kita ni pun bahagia juga..Tak gitu,Jelita?" Dengan senyuman sinis,Tuah berkata.
"Bahagia!Indah dan Aufa buktinya.." Kata Jelita.
"Astaghfirullahalazim..Hahaha!Alhamdulillah.." Tergelak Tuah dibuatnya.
"Esok dah nak balik dah..Kita dah nak ambil Hana esok..Kita bawa dia pergi beli baju baru okey?" Kata Tuah.
"Eh..Banyak duit abang.." Jelita mengangkat kedua kening. Hari ni tidur di hotel,Esoknya mahu beli baju untuk Hana pula..
"Heh..Abang selalu je simpan duit..Jelita tu tak nak ambil tahu." Kata Tuah. Jelita ketawa janggal.
"Okey.."
***
Tengah malam itu,Tuah terbangun daripada tidur. Disebabkan dia tidak dapat tidur semula,Tuah pergi ke bilik air untuk mengambil air wuduk. Tuah lihat jam 1 setengah.
"Solat tahajjud..Hmm.."
Dipandang Jelita,Tiba-tiba dia merasa sedikit rendah diri. Layakkah dia menjadi suami Jelita selama ini? Layakkah dia menjadi suami Irene sehingga akhir hayatnya? Dia masih banyak kekurangan..
Tuah sudah bersedia untuk solat,Suasana yang sunyi dan sepi membuatkan Tuah lebih khusyuk memulakan solatnya.
"Allahuakbar.."
***
"Ya Allah..Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah,Ya Allah..Ya Allah..Engkau telah kurniakan aku..dan isteri aku seorang anak lelaki,Ya Allah..Anak itu adalah amanah daripada Engkau.."
Tuah mengalirkan air mata.
"Aku..Aku tidak mahu kehilangan keluarga kecil aku ini,Ya Allah.."
Jelita yang terbangun apabila Tuah baru sahaja mula berdoa memandang sayu kearah suaminya. Memang Jelita tidak salah memilih suaminya. Kerana itulah yang telah tertulis,Itulah takdirnya.
"Aku tidak kuat untuk merasai kehilangan lagi,Ya Allah..Aku sangat-sangat rindu pada isteri pertamaku,Ya Allah.." Teresak-esak Tuah menangis,Dia mengelap air matanya lalu menghabiskan doanya.
"Amin.."
"...."
"Jelita bila bangun?Tidur.." Suruh Tuah. Tuah melipat sejadah lalu berdiri. Dia memasuki bilik air,Mahu mencuci mukanya. Jelita berdiri lalu mendekati Tuah yang berada di bilik air. Tuah dipeluk Jelita dari belakang.
"Abang..." Panggil Jelita.
"Ya,Sayang?" Balas Tuah. Disentuh tangan isterinya. Dia pusing ke belakang. Jelita menahan air matanya,Pelukan juga semakin erat.
"Baring di katil jom..Mengantuk dah abang.." Kata Tuah. Mereka pun keluar dari bilik air lalu baring di katil. Pelukan Jelita tidak lepas sedikit pun.
"Jelita..Tak nak hilang abang juga..Abang antara orang yang dapat terima baik buruk Jelita..Tetap nak kat Jelita walaupun Jelita dah-"
"Shh..Kenapa ungkit masa lalu?Kan abang dah cakap,Itu Jelita yang dulu..Ini Jelita yang sekarang..Tak..." Tuah meminta Jelita menyambung katanya.
"Tak sama.." Sambung Jelita. Tersenyum Tuah. Tuah mengucup dahi Jelita lalu Jelita mengucup pipi Tuah. Makin lebar senyuman Tuah.
"Jelita tidur dulu.." Jelita memejamkan matanya. Tergelak Tuah melihat isterinya menjadi malu,Merah pipi Jelita!
"Sweet dreams.."
***
"Kami pergi dulu,Kaleela.."
Jelita dan Kaleela berpelukan. Tuah dan Shafiy bersalam lalu melihat isteri masing-masing. Sempat juga berbual-bual tentang kehidupan masing-masing,Sesekali Shafiy meminta nasihat Tuah.
"Apapun..Aku sentiasa pesan ni pada Jelita..Jangan pandang belakang lagi..Jangan lihat diri kau yang dulu..Senang cakap move on lah.." Pesan Tuah.
"Macam kena pulak nasihat tu kat aku.." Kata Shafiy.
"Maksud kau?" Soal Tuah.
"Rasanya kau orang yang boleh aku percaya..Hmm...Aku dulu pesakit DID..Kau tahu DID?" Soal Shafiy. Tuah mengelengkan kepalanya,Tersenyum pahit.
"Singkatannya DID..Dissociative identity disorder..Maksudnya satu tubuh ada dua identiti..Kau boleh cari di internet tentang penyakit tu-" Shafiy memandang Tuah,Tuah sudah sibuk baca tentang penyakit itu di internet. Terangguk-angguk Tuah apabila membaca.
"Oh!Faham.." Tuah memandang Shafiy.
"Jadi..Aku dan Hanisah sebenarnya dah kenal dari zaman sekolah..Tapi aku lari dari dia sebab mental aku..Naik turun...Beberapa tahun lepas tu aku terjumpa dengan dia lagi..Tapi identiti kedua aku yang jumpa dia masa berjumpa sekali lagi.." Cerita Shafiy.
"Lepastu dia dah tahu penyakit DID aku tu,Dia tak lari..Dia tak berputus asa nak teman aku..Dia tak nak hilang aku lagi..Dia setia nak dengan aku..Jaga aku dan jadi isteri aku sampailah aku dah sembuh.." Cerita Shafiy lagi.
"Dia ada untuk kau susah senang,Shafiy..Kau dikira bertuah tau.." Kata Tuah. Dia menepuk bahu Shafiy,Memberi semangat.
"Kau pun bertuah sebab berkahwin dengan Jelita..Aurat terjaga..Baik,Lemah lembut..Murah dengan senyuman.." Kata Shafiy.
"Ya..Semua orang boleh berubah menjadi lebih baik..Lebih baik dari sebelum-sebelum ni.." Kata Tuah.
"Abang!Dah nak balik ke?" Soal Jelita. Dia mendekati Tuah. Kaleela pula mendekati Shafiy.
"Ya..Kami pulang dulu,Shafiy..Kaleela..Terima kasih." Ucap Tuah.
"Umm..Sama-sama?"
Tergelak mereka berempat. Apabila Tuah dan Jelita sudah memasuki kereta,Jelita melambaikan tangannya pada Kaleela. Tuah pun mula memandu.
"Ambil Hana dulu kan?" Soal Tuah.
"Ya..Abang okey tak ni?Tak penat?" Soal Jelita pula.
"Tak..Abang tak penat pun..Abang nak tanya Jelita..Jelita boleh bersikap adil pada Indah,Aufa dan Hana nanti?" Soal Tuah.
"Jelita yakin yang Jelita boleh bersikap adil kat diorang.." Kata Jelita dengan yakin. Tuah mengangguk lalu menyentuh tangan isterinya. Digenggam erat.
"insya-Allah..Abang pun boleh bersikap adil kat dorang..Tak anggap Hana tu anak angkat..Kita anggap dia anak kandung nanti ya?" Kata Tuah.
"Macam Jelita anggap Indah anak kandung tapi Indah sebenarnya anak tiri Jelita.." Kata Tuah lagi. Terukir senyum tipis di wajahnya. Jelita juga tersenyum.
***
"Hana.." Panggil Jelita.
"Aunty..Mana mommy?Daddy mana?" Soal Hana apabila sudah berjumpa dengan Jelita dan Tuah. Jelita dan Tuah melihat penjaga yang ada di pusat jagaan itu. Keadaan Hana sedikit terurus,Tidak seperti budak-budak lain yang ada di situ.
"Um..Kenapa Hana macam tak terurus eh?" Soal Tuah.
"Dia ni selalu lari dari kami..Ini pun lepas mandi tapi kena paksa..Dia takut dengan orang yang dia tak kenal.." Kata penjaga itu. Hana tersentak,Bermakna apa yang dikatakan penjaga itu memang betul.
"Oh..Tak apa..Kami akan jaga dia mulai hari ni..Hana..Mari tinggal dengan kami..Ada Indah teman Hana.." Kata Jelita apabila dia sudah separa duduk.
"Aunty nak jaga Hana?" Soal Hana. Apabila melihat Jelita mengangguk,Hana terus memeluk Jelita dengan begitu erat.
"Budak-budak lain tak nak teman Hana,Tapi dia baik.." Bisik Hana sambil melihat penjaga itu. Dia mengigil ketakutan dan mahu menangis. Jelita mengusap lembut belakang Hana.
"Mungkin sebab Hana masih baru di sini?Tak apa..Mulai hari ni,Hana tinggal dengan Aunty,Uncle,Indah dan Aufa..Anggap kami keluarga Hana..Hmm?" Kata Hana. Jelita bangun lalu mengusap kepala Hana.
"Ada yang kami nak urus lagi?" Tanya Jelita.
"Rasanya semua Puan Jelita dah selesaikan semua urusan.." Kata penjaga itu. Jelita mengangguk.
Jelita dan Tuah meminta diri untuk pergi. Apabila di kereta,Hana duduk di belakang. Hana seketika kagum apabila memasuki kereta.
"Aunty!Aunty!Besarlah kereta Aunty!" Kata Hana. Tergelak Jelita dan Tuah.
"Apa kata Hana jangan panggil aunty ni aunty lagi,Hana..Panggil..Ummi." Kata Tuah. Hana terkejut disuruh memanggil Jelita dengan panggilan ummi.
"Tapi..Hana bukan anak aunty..Tak..Apa ke panggil aunty ni ummi?" Soal Hana.
"It's okay,Hana..Just call me Ummi..Anggap keluarga ummi ni..Keluarga Hana juga..Panggil uncle ayah..Bolehkan?" Kata Jelita. Tuah hanya mengangguk.
"Okay..Um...Ummi..Ayah." Panggil Hana.
"Ya,Hana?" Jawab Jelita dan Tuah serentak.
"Eh?Tak pulang terus?Ke mall buat apa,Ummi?Ayah?" Soal Hana. Terus terbiasa dengan panggilan itu.
"Kita nak..Belikan Hana baju baru." Kata Tuah.
"Eh..Tak apalah,Ayah!Hana.."
"Takkan nak pakai baju Indah?Hari-hari nak pinjam baju Indah?" Soal Jelita.
"Boleh je.." Kata Hana.
"Tak apa,Hana..Kami belikan baju baru.." Kata Tuah.
Mereka pun keluar dari kereta apabila sudah sampai di mall itu. Jelita tidak henti memegang tangan Hana. Mereka terus masuk ke kedai pakaian. Jelita yang banyak memilih Hana baju,Semuanya tertutup dan sedikit labuh.
"Um..Hana tak nak cuba pakai tudung?" Soal Jelita. Asalnya,Dia mahu Hana terus memakai tudung apabila tinggal dengannya tapi kalau Hana belum sedia,Tak boleh nak paksa juga sebab Hana belum baligh lagi.
"Kalau Hana tak sedia lagi,Ummi tak paksa." Kata Jelita.
"Tak!Hana nak pakai tudung..Tengok Indah selalu pakai tudung,Hana nak..Cantik je..Sopan je.." Kata Hana. Jelita mengangguk.
"Baiklah..Nanti kita ke kedai tudung.."
minggu depan tiada new chapter ya.. Sebab saya nak fokus SPM.. :')
Share this novel