Bab 23

Drama Series 278

Wahyun memegang buku Tenang Walau Tak Sempurna erat di tangannya. Sehelai. Hanya tinggal sehelai lagi sebelum penamat. Matanya menyusur kata demi kata, tenang namun berat. Ayat-ayat terakhir itu seperti bisikan yang mengetuk jauh ke dasar hati. Saat helaian terakhir ditutup, tangannya terhenti.

Di belakang helaian terakhir itu, ada sesuatu yang tertulis. Bukan cetakan. Tapi tulisan tangan—kemas, halus, sedikit senget. Milik Aisya.

"Ada musim yang aku simpan sendiri dalam dada—musim di mana pelanginya engkau, dan hujannya aku. Tapi pelangi itu pergi sebelum hujan sempat reda. Dan sejak itu, aku jadi sebuah rumah kosong yang tak berani membuka jendela, bimbang badai yang dulu datang kembali. Kadang-kadang kita tak kuat kerana kita menanggung luka yang tak sempat sembuh. Tapi aku belajar seandainya tiada siapa memahami, cukuplah Tuhan yang tahu. Izinkan aku sembuh seiring dengan waktu."

Wahyun kaku.

Matanya membaca ayat itu berkali-kali, setiap kali lebih perlahan dari sebelumnya. Hatinya terasa seperti ditoreh perlahan-lahan. Kata-kata itu—bukan sekadar ayat rawak. Ia penuh makna. Penuh luka. Dan dia tahu, Aisya sedang menulis tentang dirinya sendiri.

Tentang luka yang dia sendiri tak pernah diberi peluang untuk sembuhkan.

Tiba-tiba Wahyun menutup buku itu rapat-rapat, kemudian tunduk. Tangannya menutup wajahnya. Nafasnya jadi berat.

Dan waktu pun bergulir ke belakang...

[Flashback - Dua Tahun Lalu]

"Wahyun... tolong jangan buat saya macam ni!" jerit Aisya dalam esak tangis yang menggoncang tubuhnya. Hujan turun lebat di luar, seolah-olah langit turut menangisi perpisahan mereka.

Wahyun menggenggam tangannya kuat, tapi kemudian dilepaskan perlahan.

"Warda... tolong faham. Ini yang terbaik. Untuk awak. Untuk semua orang."

Air mata Aisya jatuh tanpa henti. Dia menolak dada Wahyun lemah, berkali-kali. "Kenapa awak buat saya macam ni?"

Wahyun hanya menunduk. Tiada jawapan. Hatinya sendiri berkecai. Tapi dia terpaksa. Ada hal-hal yang dia tak boleh lawan. Hal-hal yang Aisya tak perlu tahu.

[Flashback - ICU Hospital]

Bunyi mesin di ruang ICU membuatkan waktu terasa beku. Aisya terbaring tidak sedarkan diri. Tubuhnya lemah. Wajahnya pucat.

Wahyun berdiri kaku di sudut pintu. Umi dan abi Aisya berada di sisi katil. Encik Azhar memandang Wahyun dengan pandangan tajam dan penuh kecewa.

"Ini kali terakhir kamu tengok Aisya. Lepas ni, jangan pernah muncul dalam hidup dia lagi."

Wahyun hanya mampu tunduk. Dadanya seperti dihimpit batu. Matanya bergenang. Tapi dia tahu... dia tak berhak membantah. Dia bukan siapa-siapa lagi.

Kembali ke masa kini...

Wahyun membuka matanya perlahan. Air mata mengalir tanpa dipinta. Suara hatinya hanya mampu menyebut satu nama yang masih terperangkap dalam ruang rindunya.

"Warda..."

Dia sebut nama itu dengan nada perlahan, namun sarat dengan rindu yang tak pernah selesai dan penyesalan yang tak tertebus. Tapi luka juga tak pernah sembuh sepenuhnya.

***

Telefon bimbit Shazwan berdering. Nama Rahayu terpampang di skrin. Tanpa berlengah, dia tekan butang jawab.

AYU:
"Hei Wan! Kau dah gila ke apa pergi rumah Ara? Kau nak rosakkan semua rancangan aku ke?!"

SHAZWAN (terkejut):
"Eh, kau tahu dari mana aku pergi sana?"

AYU (sinis):
"Tak payah nak berlakonlah. Jawab jelah, kenapa kau pergi sana?!"

SHAZWAN (tenang tapi mendesak):
"Aku pergi sebab aku nak jumpa dia lah! Kau cakap kau ada plan. Mananya? Aku dah tunggu lama. Kau pun asyik tangguh-tangguh je."

AYU (meledak):
"Hei kau ni kenapa gelojoh sangat?! Nak tundukkan Ara tu bukan macam nak ajak budak sekolah keluar dating! Budak tu degil, keras kepala batu. Kau rosakkan semua plan aku dengan perangai terburu-buru kau tu!"

SHAZWAN:
"Aku gelojoh? Habis kau nak aku tunggu sampai bila? Bertahun-tahun? Kau ingat aku ni patung ke?"

AYU (menahan marah):
"Ee bisinglah kau ni. Aku yang plan semua ni. Aku yang susun langkah. Kau cuma ikut. Tapi kau dah langgar garis. Sekarang semuanya hancur sebab kau!"

SHAZWAN:
"Habis tu sekarang nak buat apa? Plan baru? Nak tunggu lagi? Aku dah makin hilang sabar tau Ayu. Hari tu dia pukul aku kau tahu tak? Dengan kayu pulak tu! Pukul macam aku ni tak ada harga diri."

AYU (terdiam sekejap, kemudian ketawa sinis):
"Kau baru kena kayu dah mengeluh? Kau tak pernah tanya aku apa yang aku dah lalui nak buat Ara percaya aku selama ni. Ara tu bukan budak perempuan lembik yang kau boleh pusing dengan janji manis."

SHAZWAN (marah):
"Kau patut beritahu aku dari awal yang dia tu macam tu. Sekarang maruah aku macam diinjak-injak. Malu aku! Perempuan kot yang pukul aku!"

AYU:
"Sebab tu aku suruh kau sabar! Tapi kau tak reti sabar, kan? Kau ikut kepala sendiri! Dah la aku try nak rapat dengan dia balik. Sekarang habis semua rosak. Aku kena fikir semula semua ni."

SHAZWAN:
"Jangan ambil masa lama sangat. Aku dah tunggu cukup lama. Dia pernah hina aku, malukan aku. Aku nak tengok dia jatuh. Aku nak dia sendiri rasa macam mana sakitnya dipermalukan!"

AYU:
"Ya ya ya, aku tahu! Tak payah kau ingatkan aku pun aku tahu. Sekarang ni kau nak balas dendam, kan? Jadi sekarang ni kita kena main ikut rentak dia, bukan tekan dia sampai meletup."

SHAZWAN:
"Okey tapi ingat, jangan buat aku tunggu lama sangat."

AYU (menyinga):
"Aa sudahlah Wan! Pening aku dengan kau!" [terus end call]

Ayu lempar telefon ke atas katil, nafasnya laju. Dia berdiri depan cermin, menghadap wajahnya yang masih tercalar sedikit akibat serangan Ara di sekolah tadi. Tangannya menyentuh kesan cakaran kecil di lengannya. Kepalanya masih terasa ngilu, bekas tolakan dan cengkaman Ara tadi di sekolah masih berbekas, tapi bukan itu hal yang buat dia terganggu. Bukan luka itu yang buat dia diam lama.

Dia tersenyum perlahan. Senyuman yang tidak membawa ketenangan—tapi penuh racun.

AYU (bercakap sendiri perlahan):
"Ara... kau fikir kau menang sebab boleh serang aku depan semua orang? Belum, Ara. Permainan kita baru nak bermula. Dan kali ni, aku akan pastikan kau betul-betul jatuh tersungkur. Kau lupa yang aku tak pernah serang depan-depan. Aku serang dalam diam, dan sekali aku mula, kau takkan tahu dari mana datangnya."

Senyuman Ayu semakin meleret. Dia ketawa kecil. Perlahan. Tapi penuh racun. Mata yang tadi menyala marah kini bersinar dengan satu niat yang lebih dalam—dendam.

***

Angin pagi menyapa lembut wajah Ara yang duduk bersila di pangkin kayu luar rumahnya. Dedaunan pokok rambutan di sisi berbisik perlahan, seolah memahami gelora hatinya. Sudah tiga hari berlalu, masih tiada sepatah kata pun keluar dari mulut ibunya untuknya. Rumah sendiri terasa asing. Dia jadi tunggul. Tunggul yang tak dipedulikan. Entah sampai bila Puan Hajar ingin bersikap dingin dengannya.

Ara mengeluh perlahan. Matanya kosong merenung jauh ke sawah yang terbentang, ditemani bayu yang menusuk hingga ke tulang. Telefon bimbit di sisinya tiba-tiba bergegar. Nama Hafiyy tertera di skrin. Dia pandang sejenak, kemudian biarkan. Dia belum bersedia berdepan dengan sesiapa. Sekurangnya tidak sekarang.

Telefon berbunyi lagi. Haura mencebik lalu tekan reject. Tapi Hafiyy seakan tak putus asa—sekali lagi panggilan masuk. Ara merengus kecil.

"Eii kau ni, tak faham bahasa ke? Orang tengah serabutlah." dia membebel sendiri.

Sekali lagi telefon berbunyi. Ara bersedia untuk menekan reject lagi, namun belum sempat jarinya menyentuh skrin, satu suara yang cukup dia kenal menyergah dari belakang.

"Ohh patutlah tak angkat call. Sibuk termenung rupanya!"

Terkejut bukan main, Ara berpaling laju. "Kau ni... bila masa kau datang?!"

"Ooooooo macam tu eh?" balas Hafiyy tanpa hiraukan pertanyaan Ara sebentar tadi.

"Eee sibuklah," jawabnya acuh tak acuh.

Hafiyy tersengih. "Masa first aku call tadi, aku dah ada kat sini pun. Dari tadi tengok kau berlakon drama termenung tujuh babak."

Ara jeling tajam, malas layan.

Ara menjeling. "Dah tau tak kena angkat, buat apa call banyak kali?"

"Sajaaaa nak uji tahap ketenggelaman ketermenungan kau tu. Eksperimen sains apa entah." Hafiyy jawab sambil buat gaya profesor.

Ara malas layan. Dia menoleh semula ke depan, mata merenung kosong ke arah sawah padi yang mula menghijau.

Hafiyy duduk di sebelah, tidak terlalu dekat, tidak terlalu jauh.

"Kau okey ke?"
Tiada jawapan.

"Kau banyak diam eh sekarang. Dah jadi Ara yang dulu ke?" soalnya lagi, lembut.

Masih tiada reaksi. Ara terus menatap kosong ke hadapan.

Hafiyy angkat kening, kemudian bebel sendiri, "Haihhh macam cakap dengan tunggul. Tapi tunggul pun ada emosi, kadang-kadang berbunyi bila angin kuat."

Ara berpaling, mata membara. "Memang aku tunggul. Dekat rumah sendiri pun dah rasa macam tunggul. Tu haa!" Dia menunjuk ke arah orang-orang yang berdiri terpacak di tengah sawah. "Tinggal nak jadi macam tu je, berdiri diam, tunggu angin tiup."

Hafiyy ketawa besar. "Kau ni kalau masuk pertandingan metafora, confirm menang! Kalau jadi orang-orang pun, confirm kau paling garang. Burung pun takut nak dekat."

Ara diam semula, kembali merenung jauh. Angin bertiup, membawa bersama sunyi yang menyesakkan.

"Aku ada dengar cerita orang kampung pasal kau dengan Shazwan hari tu. Tapi aku tak percaya. Aku kenal kau macam mana. Tak payah ambil kisah sangat apa orang kampung cakap." suara Hafiyy perlahan, namun tak lagi bergurau.

Ara tarik nafas dalam. "Macam mana aku tak ambil kisah? Nama mak aku pun terpalit sama. Ikut sedap mulut dorang je mengata padahal tak tahu kisah sebenar."

Hafiyy angguk perlahan. "Aku tahu. Tapi jangan biar mulut orang racun kepala kau."

Ara tunduk. "Kau tahu tak, aku rasa macam dipergunakan. Ayu dengan Shazwan tu macam ada sesuatu. Ingat tak kes yang dulu tu, waktu malam tu Ayu tiba-tiba ajak aku ke tempat macam tu. Lepas tu, sedar-sedar aku dah kat rumah. Aku tak ingat langsung apa jadi. Macam mimpi buruk."

"Hmm. Aku sebenarnya dari dulu tak berkenan dengan Ayu tu. Tapi kau degil sangat. Sampai masa kau rapat dengan dia dulu pun, aku ni terus kau campak ke tepi. Sampai hati kau."

Nada itu disulami sedih olok-olok, sambil menyapu 'air mata' khayalan di pipinya.

Ara jeling. "Menyampah la tengok kau acah-acah sedih."

"Ha! Itu dia! Itu pandangan yang biasanya datang sebelum cubitan maut. Lama aku tak nampak."

Ara geleng, menjauhkan diri sedikit. Malas melayan. "Orang tengah serius, kau boleh bergurau."

"Okay okay, I'm serious now," Hafiyy angkat tangan mengalah.

"Tapi kalau asyik serius je boleh sesak nafas, Ara. Hidup ni pun dah cukup berat. Kalau tak selit tawa... kita boleh karam."

Sejenak sunyi. Cuma bunyi daun bergesel menemani mereka.

"Dulu... selain kau, Ayu je yang sudi berkawan dengan aku. Budak pendiam macam aku ni, mana ada orang nak dekat." Nada Ara tiba-tiba lembut.

"Memanglah orang tak nak dekat. Kau tu garang semacam. Pandang orang macam nak telan. Dulu bercinta dengan budak sekolah kita pun, tak sampai sebulan dah putus. Sape je yang boleh tahan dengan perangai singa?"

"Mulut kau ni kan..." Ara jeling lagi, kali ini lebih lama.

Hafiyy tergelak. "Tengok tu, dah start. Pandangan maut. Itu pandangan countdown untuk penampar."

Ara membebel kecil, tapi terselit senyuman nipis di bibir. Dia geram, tapi dia tahu—Hafiyy bukan sekadar datang untuk menyakat. Dia datang sebab dia peduli.

Dalam diam, hati Ara berbisik...
Terima kasih, Hafiyy. Kalau tak ada kau, mungkin aku dah patah sendiri.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience