Will You Be My Haura?

yangnajiha

Drama Series 202
0
(0 ratings)

Synopsis

"Mendoakanmu adalah satu-satunya caraku memelukmu dari jauh. Kerana cinta adalah doa." Dia gadis yang pernah jauh dari Tuhan. Dia pula gadis yang pernah dibenci tanpa alasan. Dan mereka, terikat dalam takdir yang rumit - penuh rahsia, luka dan doa. Takdir seorang gadis jahil bertemu dengan seorang gadis yang dibenci dek kerana satu kejadian yang tidak disengajakan. Namun siapa sangka gadis yang pernah dibencinya itu ternyata turut menyimpan kisah silam dan menjadi teka-teki buatnya, dan gadis itu jugalah yang perlahan-lahan membawanya mengenal Tuhan dan agama. Namun bahagia tidak mungkin mampu dibina atas tapak yang merekah. Siapa sangka, tiap detik yang berlalu rupa-rupanya menggarap sebuah takdir yang tidak diduga. Ada rahsia yang dikuburkan dalam-dalam — rahsia yang memusnahkan sebuah keluarga dan meragut satu nyawa. Sebuah kejadian silam yang disangka sudah mati, sebenarnya masih bernyawa dalam bayang-bayang mereka. Mereka bertanya, adakah takdir sedang menghukum, atau sedang menunjukkan jalan pulang? Tapi bagaimana jika jalan itu dipenuhi dengan silap masa lalu, luka yang belum sembuh… dan cinta yang terpaksa dipendam demi maruah dan nyawa? Mereka fikir mereka tahu siapa yang berdosa. Tapi bagaimana jika semua orang pernah menyembunyikan sesuatu?


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

yangnajiha

1 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience