Episod 14

Romance Completed 3451

"Masya Allah, kak Zah ke ni? Ya Allah, Nina hampir tak kenal akak tau," Beritahu Imanina. Tubuh Mumtazah diperhatikan daripada bawah sampai atas. Mumtazah memakai jubah plain bewarna peach dipadankan dengan tudung bawal bidang 60 bewarna dark coklat, lengan yang dihiasi handsock dan kaki yang dibaluti stokin. Masya Allah aurat tertutup rapi cantik persis seorang puteri! Sejuk mata memandang.

"Yelah kak Zah lah tu. Habis tu takkan kembar dia pulak?" Maimunah tiba-tiba menyampuk. Sungguh dia juga tidak menyangka bahawa anak bongsunya itu berubah sebegitu. Syukurlah Mumtazah sudah berubah lebih baik.


"Kan mak. Entah budak ni. Macam tak kenal je muka Zah," Mumtazah membalas sampukan ibunya.


"Bukan tak kenallah kak. Tapi tergamam tengok akak pakai macam ni. Cute sangat!" Puji Imanina seikhlas hati.


"Jangan puji dia sangat Nina. Nanti kembang pulak," Usik Maimunah. Kemudian dia terus menghayun kaki menuju ke dapur untuk membancuh air. Imanina dan Maimunah tersenyum mendengar tutur kata Maimunah tadi.


"Kak, sumpah akak nampak cantik sangat. Apa yang buat akak berubah macam ni? Boleh share dengan Nina?" Ujar Imanina lagi.


Semenjak berkahwin dengan Luqman, Mumtazah mula berhijrah. Jika dahulu pemakaiannya biasa-biasa sahaja, namun kini menepati pakaian cita rasa seorang muslimah.


"Bila tengok orang lain menutup aurat dengan sempurna Kak Zah pun teringin nak ikut jejak diorang. Menutup aurat pun salah satu cara kita untuk cari redha Allah. Alhamdulillah, Kak Zah rasa selesa sangat bila pakai macam ni. Rasa lebih terlindung, lebih terjaga. Sebenarnya Abang Luqman yang bantu akak berubah macam ni. Dialah yang support akak, yang selalu bimbing akak. Alhamdulillah jugak, akak tak silap pilih suami," Ucap Mumtazah keriangan.


"So sweet. Beruntung akak jadi isteri Abang Luqman kan," Imanina menjeling sekilas ke arah Harraz dan Luqman yang sedang rancak berbual bagaikan tidak pernah berjumpa setahun. Akrab betul kedua insan itu. Entah topik apa yang dibualkan.


"Alhamdulillah semuanya kurniaan Allah," Mumtazah tidak habis-habis mengucapkan kata syukur.


"Kak Zah harap Nina pun dijodohkan dengan lelaki yang baik-baik," Tutur Mumtazah lagi. Pipi Imanina yang mulus itu dicubit dengan manja. Imanina sekadar mengukirkan segaris senyuman. Tak nampak manis tapi kelihatan tawar dan hambar. Nur Mumtazah meneliti air muka Imanina. Hatinya menduga ada mendung duka yang singgah dalam diri Imanina.


"Nina ada masalah ke?" Soal Mumtazah meminta kepastian.


"Tak ada apalah kak. Nina ok je," Balas Imanina. Cuba menafikan hal yang sebenar.


"Nina boleh tipu orang lain, tapi Nina tak boleh tipu akak. Mesti ada kaitan dengan Zul kan," Ucap Mumtazah seakan mampu membaca fikiran Imanina.


"Akak ni macam tau-tau je kan. Ermm sebenarnya hubungan Nina dengan Zul dah tak macam dulu kak. Nina dapat rasa yang Zul ada sorok sesuatu dari Nina. Macam ada yang tak kena," Akhirnya Imanina bersuara juga.


"Maksud Nina?" Tanya Mumtazah. Dahinya dikerutkan.


"Kalau Nina chat dia, dia macam tak nak layan Nina. Dia reply pun sepatah je. Kalau Nina buat video call atau voice call dia selalu tak jawab. Dia buat tak tau je. Alasan dia sibuk memanjang tapi boleh pulak online kat whatsapp, fac," Luah Imanina lagi. Mumtazah menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan kata-kata.


"Mungkin memang betul dia busy," Jawab Mumtazah. Cuba menyedapkan hati seorang gadis di hadapannya itu.


"Entahlah kak. Mungkin jelah betul dia busy. Harap-haraplah dia tak cari Diana tu lagi," Harapan yang ditanam pada Zulfadhli sekuat dan seteguh tembok besar China. Sedikit pun dia tidak pernah berhenti berharap. Malah dia tetap setia menantikan Zulfadhli.


"Kalau korang ada jodoh, percayalah tak chat pun jodoh korang tetap tak ke mana. Yang penting selalu mention nama dia dalam doa," Mumtazah menasihatinya penuh kelembutan. Imanina mengangukkan kepala tanda memahami bicara Mumtazah. Namun kata-kata itu belum mampu merawat hatinya.


Beberapa minit selepas itu, Maimunah muncul kembali membawa secawan air teh bersama lima cawan gelas. Biskut jacobs menjadi hidangan petang.


"Mak ni tak payahlah susah-susah. Kitorang datang ni saje nak ziarah," Ucap Luqman pada mertuanya.


"Eh tak apalah. Mak larat lagi nak buat semua ni. Tak susah pun. Luqman dengan Zah mesti rindu air tangan mak kan," Balas Maimunah. Tanpa disuruh, Mumtazah terus menuangkan air teh ke dalam setiap cawan yang tersedia.


"Beruntung kau Man jadi menantu mak aku. Bukan main lagi mak sayang dekat kau," Tutur Harraz pada Luqman.


"Amboi jealous nampak. Kalau abang nak mak tambah sayang kat abang, abang kenalah cari menantu untuk mak. Zah pun nak jugak ada kakak ipar," Sampuk Mumtazah pula.


"Betul tu Kak Zah. Syuhada tu pun masih single lagi," Giliran Imanina pula mengusik Harraz.


"Amboi korang dua ni pantang jumpa asyik nak bahan aku je kan," Ujar Harraz sambil menggigit biskut jacobs.


"Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang," Makin galak Mumtazah mengusik abangnya.


"Nina mesti tau kan kat mana rumah Syuhada tu?" Soal Maimunah. Sememangnya dia sudah berhajat untuk merisik serta meminang Syuhada.


"Tau mak. Bukan rumah dia je Nina tau. Family dia pun Nina tau. Mak ayah Syuhada tu ok je, sporting pulak tu. Insya Allah Abang Harraz tak akan kene reject punya," Ucap Imanina penuh yakin.


"Hah eloklah macam tu. Senang nak runding, Insya Allah majlis pun senang diatur kan mak," Ujar Luqman sambil meneguk perlahan air teh yang masih panas.


"Insya Allah Man," Balas Maimunah ringkas.


"Kalau macam tu kita kena cepat-cepatlah mak. Kang nanti Harraz melepas pulak. Syuhada tu dahlah limited edition. Zaman sekarang ni jarang tau dapat jumpa perempuan macam dia," Harraz berterus-terang.


Ada segaris senyuman yang berkuntum di bibirnya. Hatinya juga kian berbunga-bunga. Maklumlah orang sedang dilamun cinta. Meskipun begitu Harraz tetap menjaga batas antara dirinya dan Syuhada. Dia tidak pernah menghubungi gadis itu dengan cara apa sekali pun. Hendak bertemu pun tak pernah dirancang secara sengaja. Segala rasa yang terbuku diceritakan pada Allah Yang Maha Satu.


"Insya Allah. Nina doakan moga Abang Harraz ada jodoh dengan Syuhada. Aamiin," Ucap Imanina turut sama tumpang gembira. Tika itu hanya Allah yang tahu betapa cemburunya dia melihat kebahagiaan sepupunya. Dia juga menginginkan pasangan yang baik. Sekali lagi wajah Zulfadhli menari-nari di layar ingatan. Adakah dia tidak salah memilih Zulfadhli untuk dijadikan calon suami? Satu soalan singgah mengasak benaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience