Episod 39

Romance Completed 3451

Tujuh bulan kemudian...


Zulfadhli melangkah masuk ke dalam Butik An-Nisa'. Dia datang dengan satu tujuan. Hendak bertemu dengan seorang insan yang pernah dia tinggalkan. Dalam masa yang sama, dia mahu memujuk insan itu kembali ke pangkuannya.


"Assalamualaikum," sapa Zulfadhli. Kebetulan Zara yang berdiri di hadapan kaunter ketika itu. Zara sedikit tersentak. Tidak menyangka yang lelaki itu berani mempamerkan wajahnya di situ.


"Waalaikumussalam," jawab Zara perlahan. Zulfadhli menghadiahkan senyuman tipis buat gadis tersebut.


"Nina ada? Saya nak jumpa dia sekejap," beritahu Zulfadhli. Zara kelihatan teragak-agak untuk menyatakan keberadaan sahabatnya. Lambat-lambat dia membalas kata.


"Di..dia," kata-kata Zara tergantung di situ. Tanpa menunggu lama, Imanima sudah pun muncul di hadapan Zara dan Zulfadhli.


Zulfadhli tersenyum riang. Dia meneliti wajah Imanina yang jernih. Dia juga berasa sejuk hati tatkala melihat penampilan Imanima yang melambangkan ciri-ciri seorang muslimah.


"Nina, boleh kita sembang sekejap?" Zulfadhli meminta izin. Zara sempat memberi isyarat mata pada Imanina berharap agar sahabatnya itu tidak bersetuju. Tetapi, Imanina tidak mengikut rentak kata Zara.


"Boleh. Kita sembang kat luar. Tapi sekejap je," balas Imanina dengan selamba. Zulfahdli menarik nafas lega. Walaupun Imanina kelihatan tidak senang dengan kehadirannya, sekurang-kurangnya gadis itu akur pada permintaannya.


"Dah lama saya tak jumpa awak. Awak sihat?" soal Zulfadhli pula.


"Alhamdulillah sihat," jawab Imanina. Wajahnya serius tanpa segaris senyuman.


"Awak dah jauh berubah. Sejuk hati tengok awak macam ni," tegur Zulfadhli.


"Biasalah manusia, bila-bila masa boleh berubah," ujar Imanina.


"Yelah. Tak sangka awak berubah macam ni kan. Macam satu kejutan pulak," kata Zulfadhli lagi.


"Hidup ni memang penuh dengan kejutan," balas Imanina. Pandangannya dialihkan ke arah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang. Zulfadhli menarik nafas sebelum menghamburkan bicara seterusnya.


"Nina, saya nak minta maaf atas apa yang dah berlaku. Saya mengaku semua tu salah saya. Saya yang tak hargai awak. Sekarang, saya dengan Diana pun dah tak ada apa-apa. Nina, sudi tak kalau kita getback?" luah Zulfadhli.


"Hah? Getback?" tanya Imanina.


"Saya nak baiki semula hubungan kita. Saya nak baiki kesalahan saya. Tolong bagi saya peluang untuk tebus semua salah saya kat awak," rayu Zulfadhli.


"Zul, kalau awak datang semata-mata nak minta maaf saya dah lama maafkan awak. Saya tak menyimpan dendam pun. Tapi kalau awak nak getback, maaf. Saya tak boleh, dan saya tak nak," ujar Imanina.


"Nina, saya nak awak tahu yang saya masih sa.." Belum habis Zulfadhli berbicara, Imanina pantas memotongnya.


"Cukup Zul. Saya ni tunang orang. Dan tak lama lagi saya berkahwin," beritahu Imanina. Namun, Zulfahdli tidak mempercayainya. Dia menganggap itu satu gurauan.


"Mustahillah. Saya tahu, awak tipu kan?" ujar Zulfadhli.


"Kejap. Awak tunggu sini," ujar Imanina. Dia pantas menapak masuk dalam butik. Dua minit selepas itu, dia muncul semula di hadapan Zulfadhli.


"Nah," kata Imanina ringkas sambil menghulurkan sekeping kad jemputan perkahwinan. Zulfadhli bingkas menyambutnya. Kemudian, dia membaca isi kad jemputan itu sampai habis. Luluh di hati dia yang tahu dan rasa.


"Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Kalau saya boleh move on, kenapa awak tak boleh move on? Dulu, awak layan saya macam sampah. Sekarang awak nak kutip saya balik. Dah terlambat Zul. Saya dah move on. Saya harap awak pun boleh move on. Terimalah kenyataan yang saya bukan untuk awak dan awak bukan untuk saya. Saya harap awak pun akan jumpa pengganti yang lebih baik daripada saya," ucap Imanina. Zulfahdli terdiam. Lidahnya kelu untuk bersuara. Tangannya masih setia memegang kad jemputan tersebut.


"Dahlah Zul. Saya nak kerja. Awak pun baliklah ye. Assalamualaikum," Imanina bingkas beredar dari situ.


"Waalaikumussalam," ucap Zulfadhli. Ada mendung duka yang singgah di wajahnya. Zulfadhli meraup wajah beberapa kali. Perit baginya untuk menelan kenyataan itu. Namun, dia siapa untuk menghalang gadis itu? Sedikit pun dia tidak berhak mengawal kehidupan orang lain. Lagi pula, dia pernah menyakiti Imanina berulangkali. Hati gadis mana yang tidak jika kekasih asyik bermain kayu tiga di belakang?


Zulfadhli pasrah. Dia memang tidak layak untuk gadis sebaik Imanina Marsya. Hendak menyesal beribu kali pun sudah terlambat. Waktu tak bisa diundurkan. Takdir dan waktu terus berjalan. Rasa bersalah tetap meninggalkan kesan di dalam sanubari. Jika dahulu cinta itu telah mati kini sesalannya seolah tiada henti.


Imanina Marsya kini riang dengan kehidupannya. Setelah istikharah, Fuad Asyraf diterima jua. Andai pilihan sendiri bukan terbaik, mungkin pilihan keluarga adalah yang terbaik.


Cari cinta Allah dahulu insya Allah, Allah akan menemukan kita dengan insan yang turut mencintai Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience