Episod 1

Romance Completed 3451

If I got locked away

And we lost it all today

Tell me honestly, would you still love me the same?

If I showed you my flaws

If I couldn't be strong

Tell me honestly, would you still love me the same?


Telefon pintar milik Imanina Marsya yang berada di atas meja solek berdering menandakan ada panggilan masuk. Entah panggilan yang ke berapa kali. Nama Zulfadhli tertera pada skrin telefon. Imanina duduk di kerusi. Telefon pintar sekadar direnung. Enggan dia menjawab panggilan itu. Sudah pasti Zulfadhli mahu memujuknya atau mungkin saja Zulfadhli menagih peluang untuk tetap bersama Imanina. Cinta jarak jauh menghalang mereka untuk bertemu, sebaliknya cuma berhubung melalui telefon sahaja. Maklumlah, Zulfadhli masih lagi melanjutkan pelajaran di Indonesia.


Kakak sepupunya yang sudah terlena diulit mimpi sedikit pun tidak terganggu dengan bunyi bising telefon tersebut. Tidur mati agaknya. Telefon tidak lagi berlagu-lagu sebaliknya kali ini kedengaran bunyi notification whatsapp bertubi-tubi. Imanina mencapai telefon lalu mematikannya. Malam pun sudah larut, dia hendak tidur dengan tenang. Beberapa jam lagi siang bakal menjelang tiba. Memikirkan Zulfadhli yang curang di belakangnya cukup membuatkan hatinya bagai dihiris sembilu.


Namun, di lubuk hati yang paling dalam dia masih menyayangi Zulfadhli seperti dulu meskipun lelaki itu telah menyakitinya. Lagi pula sudah bertahun dia menunggu lelaki itu. Perlukah dia beri peluang untuk Zulfadhli membetulkan semua kesilapannya? Satu soalan singgah mengasak fikiran.


Terbayang wajah gadis yang berjaya mencuit hati Zulfadhli, iaitu Diana Adira. Walaupun hanya pernah melihat gambar Diana di alam maya, tetapi wajah gadis itu masih segar dalam benaknya. Diana Adira, seorang gadis berusia 20 tahun, bertudung labuh dan berpurdah, jauh sekali dibandingkan dengan dirinya. Dari segi penampilan dan pakaian Imanina jauh ketinggalan meskipun paras rupanya mampu mengalahkan Diana Adira. Penampilan Imanina pun biasa-biasa sahaja tetapi masih dalam konteks menjaga aurat. 'Patutlah Zul suka kat dia. Orangnya sejuk mata memandang. Alim pulak tu.' Getusnya di dalam hati.


Tetapi yang peliknya mengapa Diana Adira sanggup menjadi orang ketiga, padahal dia sendiri tahu hubungan Zul dengan Imanina? Kenapa dia sanggup menghancurkan hati kaum sejenisnya? Setiap kali Imanina menghadap fac, ada sahaja posting status kecewa yang dimuat naik oleh Diana menggambarkan bahawa dia sudah putus dengan Zulfadhli. Dia yang menyakiti, dia pula yang berlagak disakiti. Arghhh, tak faham langsung!


'Dah dah dah, jangan fikir apa-apa lagi Nina. Baik kau tidur je.' Bisiknya di dalam hati cuba meleraikan segala kekusutan dan emosi yang membungkam jiwa. Dia merebahkan diri ke tilam empuk lalu kepalanya disandarkan pada sebiji bantal. Selimut ditarik menutupi kaki sehingga paras dada. Berkali dia memaksa menutup mata, pelbagai posisi tidur digayakan namun gagal jua. Matanya masih segar-bugar, sedikit pun tidak mengantuk.


Imanina membaca doa untuk menenangkan fikirannya. Dalam masa yang sama berharap agar dia dapat melelapkan mata. Cuma itu sahaja yang mampu meredakan perasaannya ketika itu. Jika dia tidak tidur malam ini, nanti esok bengkak pula sepasang matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience