Episod 17

Romance Completed 3451

"Hoi perempuan! Kau tak reti nak masak ke hah?" Izhar Naim membentak di dapur. Suaranya kedengaran sampai ke bilik. Dada Munirah mula berdegup kencang. Pasti amukan suaminya bakal meletus lagi. Bersiap-siaplah dia.


"Hoi Munirah! Kau dengar tak ni!Baik kau datang sini cepat sebelum aku belasah kau," Ugutnya tidak sabar. Sampai jiran pun boleh dengar suaranya. Munirah cepat-cepat keluar dari bilik.


"Ye bang," Jawab Munirah terketar-ketar.


"Kau nak aku mati kebuluran ke hah? Bini jenis apa engkau ni? Malas masak!" Ujar Izhar Naim dengan kasar.


"Bukan Ira tak nak masak tapi duit tak ada untuk beli barang dapur. Ada pun duit hasil jual nasi lemak hari ni dah habis sebab Ira bawak Firdaus pergi klinik tadi. Dia demam. Ira ada masak bubur je. Kalau abang nak makan Ira panaskan bubur tu ye," Jawab Munirah lembut.


"Kau ni banyak alasan betul kan? Ala budak kecik tu tak payah bawak pergi klinik. Buat susah orang je. Beli ubat kat farmasi cukuplah," Ujar Izhar Naim. Dasar ayah tak berhati perut.


"Ira risau bang. Badan dia panas sangat," Beritahu Munirah. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya.


"Dahlah tak payah nak risau sangat. Kalau budak tu mati lagi bagus. Tak adalah menyusahkan hidup aku," Ucapnya dengan kasar. Munirah beristighfar dalam hati. Kata-kata itu umpama guruh membelah bumi. Tergamaknya seorang ayah mendoakan keburukan untuk anaknya.


"Kau menungkan apa lagi? Cepatlah panaskan bubur tu! Lembap betullah. Aku dah kebulur ni." Tempik Izhar Naim. Isteri dianggap seperti pembantu rumah, dia pula mahu dilayan seperti raja. Tanpa berlengah Munirah segera memanaskan bubur nasi halia itu. Setelah panas, dihidangkan bubur itu di atas meja.


"Bang, sinilah. Dah siap ni," Panggil Munirah. Izhar Naim yang sedang menonton televisyen bingkas bangun dan menuju ke arah dapur.


"Apa engkau masak ni? Tak sedap!" Izhar Naim memuntahkan bubur nasi yang telah disuap ke dalam mulut. Munirah tersentak. Apa lagi yang tak kena dengan hidangan itu.


"Kau saja nak buat aku naik angin kan," Katanya sambil mempamerkan muka bengis.

"Tak bang. Tadi Ira dengan anak-anak makan ok je. Nina pun suka makan. Dia kata sedap," Munirah membela dirinya tetapi gagal.


"Hah menjawab. Aku cakap sikit kau menjawab! Kau ni memang nak kena ajar je kan!"


Pang! Satu penampar dilemparkan ke muka Munirah.


"Ya Allah sakit bang," Rintih Munirah sambil memegang pipinya yang sudah merah.


"Oh sakit. Hati aku ni lagi sakit la. Bodoh punya perempuan! Ambik kau!" Bubur yang berada di dalam pinggan dilumurkan secara kasar ke muka Munirah. Munirah tidak mampu melawan serangan suaminya. Sedikit bubur yang berada di dalam periuk pula sengaja ditumpahkan ke lantai oleh Izhar Naim.


"Puas hati aku. Biar malam ni kau dengan budak tak guna tu tak boleh makan. Biar korang mati kebuluran. Padan muka," Ucap Izhar Naim dengan bangga. Dia tersenyum sinis. Munirah hanya mampu menangis kesakitan. Kulit mukanya pedih seakan mahu melecur. Mana tak pedih bubur nasi itu masih lagi panas. Munirah mendekati sinki. Perlahan-lahan dia membersihkan mukanya. Dalam kesakitan, dia menangis.


"Kau menangis darah sekali pun jangan harap aku kesian dekat kau," Ujar Izhar Naim tanpa perasaan bersalah. Setelah itu dka menghidupkan enjin motor berhajat hendak pergi ke satu tempat. Ke mana lagi kalau bukan mencari kawan-kawannya. Kawan adalah penghibur hati, sedangkan anak dan isteri adalah tempat untuk melepaskan emosi.


"Ya Allah apa yang anak-anak aku makan malam ni? Bubur dah tak ada, beras pun dah tak ada. Ya Allah aku dah tak tahan hidup macam ni. Aku kena buat sesuatu," Rintih Munirah di dalam hati.


"Ibu, Nina lapar. Nina nak makan," Luah Imanina. Suara tangisannya memecah keheningan malam.


"Sabar sayang. Nanti ibu cari makanan ye," Pujuk Munirah. Tubuh Imanina didakap seeratnya.


"Apa yang bising malam-malam ni? Aku nak tidur pun susah," Izhar Naim berdiri di pintu bilik anaknya.


"Ayah, Nina lapar. Ayah tolonglah cari makanan," Luah anak kecil itu. Firdaus pula baring dengan tenang. Sedikit pun dia tidak berasa lapar mungkin kerana demam yang membuatkan dia tidak berhasrat untuk makan.


"Kau ingat aku ni kuli ke suka hati kau nak suruh," Ucap Izhar Naim. Tangisan Imanina bertukar rentak. Semakin lebat air matanya.


"Kau boleh tak berhenti menangis. Memekak je malam-malam buta ni. Haish, budak ni saja nak naikkan darah aku! Tunggu kau," Izhar Naim menghayun kaki ke dalam biliknya lalu mencapai tali pinggang. Munirah cepat-cepat mengunci pintu. Dia sudah dapat mengagak tindakan suaminya.


"Nina sabar sayang. Jangan nangis lagi. Nanti ayah tambah marah," Pujuk Munirah.


"Ira, kau bukak pintu ni!" Izhar Naim bagaikan orang kehilangan akal. Sehari tak memukul tak tenang hidupnya. Memukul ibarat hobi dan rutin hariannya. Namun Ira tetap enggan membuka pintu tersebut.


"Oh kau tak nak bukak. Nak cabar aku ye," Dengan sekuat hati Izhar Naim menendang daun pintu hingga terbuka luas. Tajam matanya merenung anak dan isteri bagaikan si helang yang mahu menerkam mangsa. Munirah dan Imanina saling berpelukan. Keduanya ketakutan.


"Aku mintak cara baik tapi korang yang mintak cara kasar," Izhar Naim memukul tubuh dua beranak itu berselang seli.


"Allahu Akbar
Abang cukup! Abang dah gila ke?" Jerit Munirah.


Pang! Izhar Naim menamparya sekali lagi. Kemudian rambut Munirah yang panjang mengurai di tarik dengan kasar. Imanina pula berjaya melepaskan diri. Akalnya terfikir untuk membawa lari Firdaus yang terbaring lemah.


"Adik ikut akak ye. Kita keluar dari sini," Kata Imanina. Dia memimpin Firdaus yang lemah longlai. Firdaus sekadar mengikut kakaknya. Munirah dan Izhar Naim saling bergelut. Munirah sedaya upaya melawan. Dia menendang sekuat hati alat sulit suaminya.


"Arghh! Bodoh punya perempuan," Izhar Naim meraung kesakitan. Pantas Munirah menuju ke ruang tamu. Kunci kereta yang terletak di atas meja disambar laju. Tercungap-cungap dia mendapatkan anaknya di luar rumah.


"Cepat masuk kereta sayang," Gesa Munirah pada anaknya. Kedua anak kecil itu hanya menurut perintah.


"Ibu, kita nak ke mana?" Soal Imanina.


"Kita pergi rumah mak cik Munah. Kita tinggal sana ya," Jawab Munirah sambil fokus memandu kereta.


"Nina lapar bu," Dalam keadaan genting Imanina sempat mengadu.


"Ye sayang ibu pun lapar. Kita makan kat rumah Mak cik Munah ye," Balas Munirah.


Peluhnya mengalir deras sekalipun air cond begitu sejuk mencengkam tubuh. Dia benar-benar panik dan hilang kawalan diri. Kerana bimbang dijejak suaminya dari belakang, Munirah membawa kereta selaju-lakunya hinggalah kereta miliknya terbabas ke dalam longkang besar. Munirah dan Firdaus cedera parah sehinggalah keduanya menemui maut di tempat kejadian. Hanya Imanina yang selamat.


"Kurang ajar betul. Diorang dah lari," Izhar Naim berbicara seorang diri. Lebih kurang setengah jam selepas itu, telefonnya berbunyi.


"Hello, selamat malam. Boleh saya bercakap dengan Encik Izhar Naim?" Kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.


"Ya saya," Jawabnya ringkas.


"Saya harap encik banyakkan bersabar dengan berita ni. Isteri dan anak encik terlibat dalam satu kemalangan. Hanya anak perempuan encik yang terselamat. Isteri dan anak lelaki encik dah tak ada. Encik boleh datang ke hospital Serdang sekarang," Izhar Naim terus mematikan talian.


"Kau dah mati rupanya. Eloklah. Tulah siapa suruh lari dari rumah. Semoga kau aman kat sana," Ucapnya sendiri. Izhar Naim langsung tidak bersedih sebaliknya berita itu disambut dengan kegembiraan.


Izhar Naim menyelak langsir ingatan. Tragedi tersebut menari-nari di dalam benak. Betapa jahilnya dia! Betapa kejamnya dia ketika itu!


"Maafkan abang Ira. Abang gagal jadi suami yang baik. Abang kejam dengan Ira. Abang tak pernah hargai Ira. Abang menyesal sangat-sangat. Ampunkan abang," Luah Izhar Naim penuh sesal. Penyesalan yang menggunung tinggi. Waktu tak dibisa diundur. Yang telah pergi tak akan hidup kembali. Dia duduk di hadapan pusara arwah isterinya. Sudah berjam-jam dia di situ.


"Sekarang baru abang sedar silap abang. Banyak dosa abang pada Ira, dosa pada anak kita. Maafkan abang Ira. Abang minta maaf sangat-sangat. Tenanglah kau di sana sayang," Air mata menitis perlahan-lahan. Peritnya menanggung sebuah penyesalan yang tidak berkesudahan. Hidupnya kini ingin menebus dosa lepas dan berharap ada kemaafan dari isteri serta keampunan dari Ilahi.


Besar salahku pada dirimu tak terbanding kasih yang kau beri .....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience