Episod 36

Romance Completed 3451

Syuhada menepuk dahi tatkala melihat isi di dalam recycle bag bewarna biru tua itu tidak mengandungi barang yang dia inginkan. Harraz mengerutkan kening.


"Apa pulak yang tak kena? Ada barang yang aku lupa beli ke?" soal Harraz di dalam hati. Syuhada merenung tepat-tepat ke arah Harraz yang berdiri di hadapan matanya sebelum memulakan perbualan.


"Syuha minta abang beli tepung jagung bukannya Syuha minta abang beli tepung gandum dengan jagung," beritahu Syuhada sambil tersenyum. Lain yang dia suruh beli lain pula yang dibeli oleh suaminya.


"La..yeke? Alamak sorry ok. Tapi tak apalah. Campur je lah tepung tu dengan jagung kan boleh jadi tepung jagung," balas Harraz dengan selamba membuatkan Syuhada tertawa kecil.


"Syuha serius la. Dia buat lawak pulak," jawab Syuhada.


"Yelah yelah. Abang yang salah sebab salah beli," ujar Harraz. Mimik mukanya kelihatan serius.


"Bukan salah beli. Tapi salah faham. Macam manalah abang boleh terfikir beli ni. Tepung jagung dengan tepung dan jagung. Jauh beza kot. Jagung ni dahlah banyak," balas Syuhada diiringi tawa yang masih bersisa.


"Yelah sorry tak sengaja. Ala tak apalah nanti boleh buat bubur jagung kan?" cadang Harraz.


"Ok boleh je," balas Syuhada ringkas. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung ke situ. Tangannya mencapai sebilah pisau kecil serta sayur sawi yang berada di dalam besen di atas meja. Dia memotong sayur tersebut.


"Syuha tak marah ke?" Harraz tiba-tiba mengemukakan soalan pada isterinya. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah isterinya.


"Marah? Nak marah kenapa pulak? Abang kan tak sengaja tersalah beli," ujar Syuhada. Dahinya berkerut seribu. Pelik dengan pertanyaan suaminya itu.


"Bukan pasal tu," beritahu Harraz.


"Habis tu?" tanya Syuhada.


"Sebab abang nak kahwin satu lagi. Syuha tak marah ke?" soal Harraz. Membulat anak mata Syuhada mendengar bicara yang baru terbit dari bibir suaminya. Secara spontan dia berhenti memotong sayur sawi itu.


"Hah? Abang jangan macam-macam," balas Syuhada dalam nada yang serius. Harraz tersenyum lebar.


"Abang kan ada tiga jawatan kosong lagi." Harraz semakin rancak mengusik isteri kesayangannya.


"Amboi baru je kahwin nak kahwin lagi? Buang tabiat ke apa?" ujar Syuhada. Tidak berpuas hati dengan Harraz.


"Hahaha. Janganlah serius sayang. Abang gurau je lah. Saja nak uji isteri abang ni sayang ke tidak dengan suami dia," kata Harraz.


"Takkan nak uji macam to kot?" ucap Syuhada. Nada suaranya kedengaran merajuk. Mulutnya dimuncungkan. Dia kembali meneruskan kerja yang belum selesai.


"Abang gurau je lah. Abang tak bermaksud apa-apa pun. Abang dah ada Syuha seorang tu pun dah cukup," balas lelaki itu. Syuhada kini membisu. Merajuk mula menguasai diri.


"Alololo sayang abang ni merajuk ke? Sorrylah sayang abang bukan sengaja nak lukakan hati sayang. Sorry ok," ucap Harraz dengan lembut. Dia meneliti wajah isterinya dari sisi. Meskipun wanita itu berkulit hitam manis, tetapi dia tetap manis pada pandangan mata hati Harraz.


"Syuha?" panggil Harraz dengan lembut. Namun Syuhada enggan bersuara. Harraz bagaikan tidak wujud di sisinya.


"Sayang?" panggil Harraz sekali lagi. Usahanya gagal. Syuhada membisu jua.


"Meh lah abang tolong potong sayur tu." Harraz cuba mengambil hati isterinya. Hatinya diserbu perasaan bersalah. Menyesal pula kerana mengusik isterinya tadi.


"Tak apalah. Syuha boleh buat sendiri," jawab Syuhada.


"Syuha marah abang kan? Abang minta maaf. Janji lepas ni abang tak akan cakap lagi pasal tu ok," luah Harraz. Tidak berputus asa memujuk permaisuri hatinya itu.


"Janganlah buat abang macam ni. Terseksa jiwa abang tau tak," sambungnya lagi. Syuhada membatukan diri. Dalam diam, dia cuba menahan senyuman yang hampir terlakar.


"Hehe. Padan muka. Nak sangat uji Syuha kan," gumam Syuhada di dalam hati. Hebat wanita itu melayarkan lakonan. Sekarang dia pula yang menguji suaminya.


"Syuha, tengoklah muka abang. Dah tak sayang abang ke?" tanya Harraz. Dia menayang wajah sepuluh sen. Sayur sawi sudah habis dipotong. Syuhada mengalihkan pandangan ke wajah Harraz. Lama dia merenung sepasang mata Harraz yang bewarna coklat. Akhirnya, Syuhada menghamburkan tawanya sekali lagi.


"Hah tulah nak sangat uji Syuha kan. Uji lagilah," ucap Syuhada. Senyuman lebar dihadiahkan buat Harraz.


"Oh, pandai berlakon ya. Abang ingat Syuha betul-betul marahkan abang. Rupanya berlakon je. Ni nak kena ni," kata Harraz sambil mengetap bibirnya. Sepantas kilat tangannya mencubit pipi Syuhada dengan sekuat hati.


"Aduh sakitlah," balas Syuhada. Harraz tersenyum puas. Mujurlah isterinya itu seorang yang cool sahaja. Kalau tidak sampai ke esok harilah dia memujuk Syuhada.


"Syuha nak tahu tak apa beza Syuha dengan sayur sawi ni?" soal Harraz. Dia mula menukar topik perbualan.


"Syuha ni manusia. Sayur tu sejenis tumbuhan dan boleh buat lauk," jawab Syuhada.


"Salah. Beza dia sayur sawi boleh diganti dengan sayur lain, tapi Syuhada binti Mustafa tak ada sesiapa yang boleh ganti dalam hati ni," luah Harraz. Syuhada tersenyum gembira mendengarnya. Pandai juga Harraz buat pick up line. Mereka berdua saling berbalas pandangan. Nada-nada kebahagiaan kian bermukim di dalam sanubari. Biarlah kebahagiaan itu mekar mewangi setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience