"Dian tetap dengan keputusan Dian. Dian tak akan terima Khalid," Ujar Diana Adira bersungguh-sungguh. Keputusannya muktamad. Khalid bukan pilihannya.
"Apa kurangnya Khalid tu? Akak tengok Khalid tu baik je. Kenapa Dian susah sangat nak terima Khalid?" Soal Kirana lagi.
"Sebab Dian langsung tak ada hati dengan dia. Dian pelik la. Kenapa semua orang kat rumah ni jodohkan Dian dengan Khalid? Dian dahlah tak kenal Khalid tu macam mana. Tak pasal-pasal dijodohkan. Dian ni mudah lagi kot," Rungut Diana.
Kirana menarik nafas dalam-dalam. Susah betul hendak memujuk adik bongsunya itu.
"Umi, abah, dan akak cuma nakkan yang terbaik untuk Dian. Itu je. Kalau Dian tak nak jugak, akak tak paksa Dian terima Khalid," Ucap Kirana dengan lembut.
"Akak, Dian dah ada pilihan hati sendiri. Dian tak suka kalau Dian dijodohkan dengan lelaki yang Dian tak kenal, tak cinta. Dian harap akak faham. Tolonglah pujuk umi dan abah supaya jangan jodohkan Dian dengan Khalid," Pinta Diana. Jari-jemari runcing milik kakaknya digenggam lama. Matanya merenung anak mata Kirana dalam-dalam cuba menyampaikan kegusaran yang bersarang di dada.
"Yelah, insya Allah akak pujuk. Dian, akak nak tanya. Dian masih ada apa-apa hubungan dengan Zulfadhli?" Kirana membalas renungan mata adiknya mencari-cari sinar kejujuran daripada Diana Adira.
"Ye, Zul nak getback dengan Dian. Zul dengan Nina dah tak ada apa-apa pun," Balas Diana sambil melepaskan jari-jemari Kirana dari genggaman. Akhirnya, kebenaran terbit daripada dua ulas bibirnya. Sukar untuk dia menyembunyikan rahsia itu lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan Kirana.
"Habis tu, kau setuju nak getback la?" Tanya kirana.
"A'ah dian setuju," Jawab Diana ringkas.
"Akak tak nak orang anggap Dian ni perampas. Jangan sampai Dian jadi penyebab hubungan orang lain putus," Ujar Kirana. Rentak suaranya mula berubah menjadi tegas. Geram dengan sikap adiknya. Entah daripada siapa Diana belajar menjadi orang ketiga dalam perhubungan orang lain.
"Diorang dua tu putus bukan sebab Dian, tapi sebab Nina dah move on. Takkan salah Dian pulak," Diana Adira bersuara lagi.
"Dian yakin ke diorang dah putus? Kalau Zul tipu Dian macam mana?" Tanya Kirana ragu-ragu.
"Ya Allah, kenapa susah sangat akak nak percaya ni?" Diana Adira merengus perlahan.
"Kenapalah Dian senang sangat jatuh hati kat orang yang baru Dian kenal sekejap je? Kenal pun tak pernah jumpa kan? Berkenalan pun dari group whatsapp mana entah. Contact pun pakai whatsapp. Manalah kita nak tahu hati budi orang kalau macam tu. Zaman sekarang ni ramai je orang menipu. Dian kena ingat tu," Luah Kirana bersungguh-sungguh.
"Yelah kak. Dian ingat pesan akak. Akak jangan risaulah Zulfadhli tu baik orangnya," Jawab Diana.
"Macam mana akak tak risau kalau Dian berkenalan dengan cara macam tu? Sekarang ni Dian cakap senanglah. Tapi nanti kalau ada apa-apa pun Dian cari akak jugak. Nangis depan akak jugak," Balas Kirana. Dia mencapai secawan air milo ais di atas meja. Perlahan-lahan dia meneguk air itu. Setelah tekaknya basah cawan tersebut diletakkan semula ke atas meja.
"Tak yah risau sangatlah akak. Tidak semestinya orang yang kita kenal kat fac, instagram, group whatsapp, wechat semuanya penipu. Sedangkan orang yang kita kenal depan mata pun belum tentu jujur," Kata Diana. Dia cuba meyakinkan Kirana.
"Hmm yelah yelah. Dian betullah, akak salah," Jawab Kirana. Malas berbahas lama-lama bimbang bertekak pula.
"Akak jangan risau erk. Tahulah Dian nak urus hidup sendiri,"
"Yelah Diana Adira. Akak harap kau tak salah pilih. Jangan sebab cinta manusia hati kita jadi buta tak boleh menilai mana baik mana buruk," Nasihat Kirana. Diana sekadar menganggukkan kepalanya. Kemudian tangannya laju mencapai cawan yang berisi milo tersebut.
"Dian mintak sikit ye kak. Dahagalah. Kering pulak tekak Dian cakap dengan akak," Usik Diana.
"Amboi amboi habis buat video call dengan Zulfadhli tu tak buat tekak kau kering?" Giliran Kirana pula mengusik adiknya.
"Hehe, dengan someone special tak ada pulak rasa macam tu. Hati berbunga-bunga adalah," Balas Diana.
"Dah dah dah stop. Nak minum pergi buat sendiri. Kang habis kau teguk air milo tu. Bak sini," Pinta Kirana.
"Ala akak ni bukan selalu pun Dian minum air tangan akak. Kalau habis pun akak bancuhlah lagi. Bancuh banyak-banyak," Diana terus meneguk air milo tersebut. Sedikit sahaja ditinggalkan buat Kirana.
"Kurang asam kau Dian, nak habis dah air ni. Kau bancuh sekarang ganti balik," Arah Kirana. Namun Diana tidak mempedulikan arahan kakaknya.
"Tak nak, akak bancuhlah sendiri. Hehe," Ucap Diana.
Diana Adira tersenyum lebar. Seronok pula bermanja dengan kakaknya. Maklumlah anak bongsu memang terkenal dengan sifat manja.
Telefon pintar milik Diana berbunyi tiba-tiba. Mungkin mesej daripada Zulfadhli lagi. Cepat-cepat Diana membuka whatsapp. Sah, mesej daripada siapa lagi kalau bukan Zulfadhli Zulkarnain? Makin lebar senyuman di bibir Diana.
Share this novel