Episod 9

Romance Completed 3451

Zulfadhli tersenyum sendiri berbalas whatsapp dengan Diana. Saban hari dia mencari Diana semula. Saban waktu, dia bertanya khabar Diana. Imanina? Kadang dia layan kadang juga dia abaikan.


"Comelnya anak buah awak."- Zulfadhli


"Alhamdulillah. Ciptaan Allah." - Diana


"Comel macam mak cik dia kan. Hehe." - Zulfadhli


"Tak adalah. Saya ni biasa-biasa je." - Diana


"Bagi saya awak luar biasa." - Zulfadhli


"Dian." - Zulfadhli


"Ya?" - Diana


"Awak dah ada pengganti baru ke?" - Zulfadhli


"Maksud awak?" - Diana


"Maksud saya, yelah pengganti saya. Calon awak sekarang." - Zulfadhli


"Malaslah nak fikir pasal tu." - Diana


"Ok. Emm lamaran Khalid tu macam mana? Awak terima tak?" - Zulfadhli


"Saya tak tau la Zul. Tak pasti macam mana. Family saya nak jodohkan saya dengan Khalid. Padahal saya tak kenal dia pun dan sikit pun tak ada hati kat dia." - Diana


"Kenapa awak tak nak terima?" - Zulfadhli


"Awak kan saya dah cakap, saya tak berkenan dengan Khalid tu." - Diana


"Habis tu awak berkenan kat siapa? Atau masih berkenan kat saya?" - Zulfadhli


"Awak tu dah ada yang berpunya. Sekarang ni kita kawan je. Tak nak lebih-lebih. Saya tak nak ganggu hubungan awak dengan Nina." - Diana


"Dian, actually saya dengan Nina dah tak ada apa-apa hubungan pun. Dia dah move on." - Zulfadhli


"Huh? Semudah tu?" - Diana


"Ya. Semudah ABC. Kenapa? Awak tak percaya ke?" - Zulfadhli


"Tak. Bukan macam tu." - Diana


"Habis tu?" - Zulfadhli


"Saya terkilan je. Yelah sebab Nina kan sayang sangat kat awak." - Diana


"Tapi nak buat macam mana. Dia dah tak nak dekat saya." - Zulfadhli


"Awak tak cuba pujuk dia?" - Diana


"Dah banyak kali saya pujuk. Setiap kali dia pujuk setiap kali tulah dia reject saya." - Zulfadhli


"Hmm..sabar ya. Mungkin tak ada jodoh." - Diana


"Mungkin jodoh saya dengan awak. Manalah tahu kan?" - Zulfadhli


"Amboi amboi. Baru kena tinggal nak cari kita pulak?" - Diana


"Saya gurau jelah." - Zulfadhli


"Ok." - Diana


"Awak , dah malam ni. Saya nak rehatlah." -Diana


"Ok. Kirim salam kat mak ayah awak ye. Goodnight, sweet dream." -Zulfadhli


"Alright. Assalamualaikum." - Diana


"Waalaikumussalam."- Zulfadhli


Perbualan mereka mati di situ. Diana Adira tersenyum tipis. Berita daripada Zulfadhli tadi menyedihkan hatinya tetapi dalam masa yang sama nada-nada gembira mula menyelinap dalam hati. Mungkinkah ada ruang antara dia dan Zulfadhli untuk bersatu dan disatukan? Di lubuk hati yang paling dalam, dia juga belum mampu melupakan Zulfadhli.


Zulfadhli tersenyum lagi. Foto profil Diana ditatap lama. Gadis berpurdah dan bertudung labuh itu cukup menyejukkan hati bagi sesiapa yang memandang. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Tak lain tak bukan whatsapp dari Imanina.


"Zul online. Tapi tak tegur Nina pun. Zul busy ke?" - Imanina


"Ye busy." - Zulfadhli


"Busy tu online dengan siapa? Dahlah belakangan ni Zul selalu lambat reply whatsapp Nina." - Imanina


"Online layan group la. Zul bincang dengan kawan dalam group pasal assigment." - Zulfadhli


"Oh, patutlah selalu lambat reply. Bukan je lambat reply tapi selalu jugak langsung tak reply." - Imanina


"Kalau Zul lambat reply Nina faham-faham jelah yang Zul busy." - Zulfadhli


"Kalau tak reply tu Nina sabar jelah. Atau pun Nina ni memang jenis yang tak reti bersabar?" - Zulfadhli


"Sorry Zul. Nina tak maksudkan macam tu." - Imanina


"Dahlah. Zul nak sambung buat assigment. Assalamualaikum." - Zulfadhli


"Buat elok-elok tau. Waalaikumussalam." - Imanina


Imanina Marsya mengalah lagi. Dalam perhubungan pun memang dia yang banyak mengalah. Entah kali ke berapa dia bertahan memberikan peluang kepada lelaki yang langsung tidak mahu menghargainya. Tanpa dia sedari dia ditipu serta dikhianati lagi dan lagi. Peluang yang diberi dengan harapan lelaki itu berubah seakan merupakan satu peluang kepada lelaki itu untuk melukai hati wanitanya. Semakin diberi peluang, semakin menjadi-jadi pula.


'Susah betul la perempuan ni. Pantang nampak aku online mula la mengada-ngada. Ish.' Bisik Zulfadhli di dalam hati.


Sudah ada insan istimewa di hadapan mata tetapi masih mahu mencari selain Imanina. Dia bersusah-payah memenangi hati Diana sehingga sanggup bertubi-tubi mengkhianati Imanina.


Imanina Marsya , bilakah dikau akan menyedari dan melangkah pergi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience