Episod 11

Romance Completed 3451

Sofa empuk bewarna ungu itu seakan-akan memanggilnya untuk duduk di situ. Imanina Marsya melabuhkan punggung ke sofa tersebut. Lega rasanya dapat berehat setelah hampir sehari bekerja. Imanina mencapai remote tv mencari-cari jika ada rancangan televisyen yang menarik untuk ditonton.


"Abang Harraz mana mak?" Imanina memulakan perbualan.


"Dah tidurlah kot. Dari tadi tak keluar dari bilik," Jawab Maimunah yang sedang menggosok kain telekungnya.


"Mak, Nina ingatkan esok Nina nak ziarah kubur arwah ibu dan adik," Luah Imanina. Sudah lama rasanya dia tidak menziarahi pusara arwah ibu dan adiknya. Hanya pusaralah yang menjadi pengubat rindu terhadap keluarga yang sudah tiada.


"Eloklah, kita pergi sama-sama ye," Balas Maimunah.

"Ye mak. Lagi pun esok kan Nina off day," Balas Imanina.


"Nina," Panggil Maimunah.


"Ye mak," Sahut Imanina.


"Nina tak terfikir ke nak cari ayah?" Tiba-tiba ringan sahaja lidah Maimunah mengajukan soalan itu. Hendak dipendam lama-lama perit pula.


"Buat apa Nina nak cari ayah? Dari Nina kecik sampai Nina besar ayah tak pernah pedulikan Nina," Ujar Imanina. Setelah mendapati tiada rancangan yang menarik, dia terus mematikan televisyen.


"Mak tahu. Tapi Nina tak rindukan ayah ke?" Tanya Maimunah meminta kepastian.


"Sikit pun Nina tak rindukan dia mak. Entah-entah ayah dah kahwin lain, dah ada anak-pinak hidup dah bahagia. Buang masa je nak cari dia mak. Buat apa nak peduli orang yang tak pedulikan kita," Imanina masih lagi tidak mampu melupakan kekejaman Izhar Naim. Hendak memaafkan pun amat susah.


"Mak harap Nina tak simpan dendam dekat ayah. Maafkan ayah ye nak," Pinta Maimunah.


"Macam mana Nina tak boleh dendam? Mak pun masih ingat kan apa yang ayah pernah buat dulu dekat arwah ibu, dekat arwah adik, dekat Nina sekali. Siang malam kena pukul oleh ayah. Walaupun masa tu Nina baru tujuh tahun, tapi Nina masih ingat. Masa arwah ibu dan arwah adik meninggal ayah langsung tak peduli. Ayah sibuk bermain judi dengan kawan dia," Ujar Imanina. Maimunah berhenti menggosok telekung. Dia mengatur langkah mendekati anak saudaranya itu.


"Mak bukan nak mengungkit benda lepas, tapi mak nak Nina maafkan ayah. Kita tak tahu sekarang ayah Nina ada lagi atau dah tak ada. Apa pun mak harap dia dah bertaubat," Ujar Maimunah sambil memeluk bahu kiri Imanina.


"Hati Nina bukan setabah arwah ibu. Nina masih tak kuat untuk maafkan ayah,"

"Kadang-kadang Nina cemburu dengan Abang Harraz dan Kak Zah. Yelah walaupun mak dengan Pak cik Hasan dah lama bercerai tapi Pak cik Hasan tetap sayangkan diorang. Pak cik Hasan tak pernah abaikan diorang. Bukan macam Nina. Ada ayah tapi tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah pun," Luah Imanina penuh sayu. Hatinya tiba-tiba diserbu perasaan sebak. Sedih mengenangkan nasib yang menimpa.


"Kenapa Nina kena lalui semua ni mak?" Sambungnya lagi. Kolam matanya mula berkaca-kaca. Pantas Maimunah merangkul tubuhnya ke dalam pelukan.


"Sebab Allah sayangkan Nina. Sebab tu Allah uji macam ni. Nina kuat, Nina bukan lemah. Sabar ye sayang, mesti ada hikmah mengapa Allah tentukan macam ni," Pujuk Maimunah.


Imanina Marsya yang membawa maksud Keimanan kami yang subur. Nama itu diberikan oleh ibunya sebaik sahaja dia selamat dilahirkan. Munirah menyangka dengan kelahiran bayi comel itu mampu membahagiakan suaminya. Tetapi, sangkaannya silap. Izhar Naim mula berubah. Izhar Naim enggan menerima darah daging sendiri kerana ketika itu dia terlalu tertekan. Bisnesnya muflis, dia diisytiharkan bankrap. Dia menganggap bahawa kehadiran cahaya mata tambah menyempitkan hidupnya.

Setelah muflis, satu kerja pun dia tak dapat. Dia cuma terfikir melakukan satu kerja iaitu berjudi. Munirahlah yang terpaksa bekerja menjual nasi lemak. Sambil menjaga anak, sambil itulah dia berniaga. Tabahnya Munirah. Suaminya selalu memarahi dan memukulnya jika dia lambat memasak. Munirahlah tempatnya melepaskan emosi. Kalah berjudi, dia menagih wang daripada isteri. Jika Munirah enggan memberi wang hasil titik peluhnya itu, maka bersiaplah dia dengan pukulan Izhar Naim yang bertalu-talu.


Dua tahun selepas itu, lahir pula anak yang kedua iaitu Muhammad Firdaus tetapi sikap suaminya sama sahaja. Malah bukan sahaja Munirah yang dipukulnya, kedua anaknya itu turut menjadi mangsa. Emosi didera, tubuh dibelasah. Pernah juga Izhar Naim meminta maaf pada Munirah tetapi beribu kali meminta maaf pun dia tetap mengulangi silap yang sama. Munirah tetap tabah mempertahankan rumah tangganya sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir.


"Ayah kejam sangat. Sampai bila-bila pun Nina tak akan maafkan ayah," Kata Imanina teresak-esak.


"Jangan cakap macam tu nak. Sampai mati pun dia tetap ayah kamu," Maimunah tidak berputus asa memujuk anak saudaranya. Sedaya upaya dia menenangkan gadis itu.


"Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya," Ucap Maimunah dengan lembut. Siapa lagi yang patut menasihati dan mengingatkan Imanina kalau bukan dia? Mujurlah Imanina masih punya ibu saudara jika tidak sebatang karalah hidupnya. Begitulah aturan Allah meskipun sesuatu itu pahit namun ada kebahagiaan yang terselit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience