Episod 20

Romance Completed 3451

"Dian, aku tengok dari tadi kau asyik selfie je? Tak bosan ke?" Soal Syazwani yang sedang duduk di atas tikar.


"Aku selfie sebab aku nak hantar gambar aku kat someone special la," Jawab Diana keriangan sambil galak ber'selfie'.


"Hmm Zulfadhli la tu," Teka Syazwani. Diana dijeling tajam. Kemudian pandangannya dialihkan pada ombak yang memukul persisiran pantai Bagan Lalang. Tasik hatinya tenang melihat panorama indah ciptaan Ilahi.


"Of course la," Jawab Diana ringkas. Mendengar jawapan itu, Syazwani kembali menoleh ke arah Diana. Syazwani menarik nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk melahirkan kata-kata.


"Dian, kau tahu kan apa hukum couple sebelum nikah?" Ujar Syazwani. Diana bingkas meletakkan telefonnya di sisi. Soalan dari Syazwani menarik perhatiannya.


"Ye, aku tahu," Balas Diana pula.


"Dah tahu kenapa buat?" Kata Syazwani. Seingatnya sudah beribu kali dia menasihati rakan baiknya itu tetapi Diana tetap berdegil.


"Well, nobody perfect ok. Aku dah terlanjur sayang kat dia," Balas Diana spontan. Cintanya pada Zulfadhli seluas lautan sehingga dia lupa pada aturan Tuhan.


"Yelah aku tahu kat dunia tak ada manusia yang sempurna. Semua orang pernah buat silap. Tapi kita ni bila dah sedar benda tu salah, kenapa masih nak buat? Kenapa nak pertahankan lagi? Hmm. Pasal cinta pulak. Tak salah kita sayang kat orang, tapi cinta tu berpadahlah. Tak semestinya bila kita falling in love kat someone kita kena bercintan-cintun dengan dia, tak. Sepatutnya kalau sayang doa banyak-banyak pada Allah. Kenalah berdoa, bukan berdua," Nasihat Syazwani panjang lebar. Dia tidak mahu sahabatnya itu semakin hanyut dalam arus cinta manusia.


"Yelah yelah baiklah ustazah saya faham," Jawab Diana acuh tak acuh.


"Kita ni bila dah pakai niqab, bila dah berhijab, bila dah lengkap menutup aurat, jagalah akhlak sekali," Nasihat Syazwani lagi.


"Kau nak kaitkan perangai dengan niqab pulak? Niqab dengan akhlak tak ada kaitan tau. Jangan nak kaitkan dua-dua," Ucap Diana tidak berpuas hati. Suaraya mula mendatar.


"Tak, aku tak kaitkan pun. Yang aku maksudkan sebagaimana kita jaga aurat, seperti itulah kita kena jaga akhlak. Berusaha walau pun kita tak sempurna," Ujar Syazwani.


"Yelah Wani baiklah," Ujar Diana pula. Dia kembali mengulangi perbuatan selfienya. Tak habis-habis.


"Apa ni Dian kata nak lepak dengan aku, tapi kau asyik layan orang lain je?" Tegur Syazwani. Dia berasa kecil hati dengan sikap Diana. Yang di hadapan mata diabaikan, yang jauh pula diingat-ingatkan.


"Ala, sekejap jelah. Zul minta gambar banyak-banyak ni. Tak pe, lepas ni kita pergi kat tepi pantai tu nak?" Cadang Diana.


"Mula-mula dia minta gambar kau yang sekarang, lepas tu tak mustahil dia mintak kau bukak niqab then bukak tudung dia mintak gambar free hair. Dan tak mustahil jugak bila dia mintak gambar kau yang bukan-bukan. Hati-hati Dian. Ramai yang terkena macam tu. Syaitan licik menggoda kita," Nasihatnya lagi. Sebuah nasihat berdasarkan fakta dan realiti.


"Wani kau ni jealous ke dengan aku? Aku tahulah kau tak ada couple,"


"Aku ni waras lagi lah. Takkan la aku nak bagi tengok gambar macam tu. Agak-agaklah," Sambung Diana lagi. Dia mengeraskan suaranya. Telefon pintar segera diletak di tepi. Dia kini fokus pada Syazwani.


"Tak, aku sikit pun tak jealous. Aku cuma tak nak kau makin jauh dari Allah. Itu je. Memang kita waras, tapi bila nafsu datang kewarasan akan kalah dan nafsulah yang akan menang. Selabuh mana pun tudung, setinggi mana serban, setebal apa niqob, sejauh apa pun jarak kita dengan ajnabi pakai henfon je syaitan goda kita. Habis semua," Syazwani terus memberi peringatan. Dia turut merenung anak mata Diana dalam-dalam. Berharap gadis itu mampu mengerti pada setiap kata yang ditutur tadi.


"Percaya kat aku, Insya Allah aku tak akan buat benda tak senonoh. Apa pun thanks sebab ingatkan aku," Jawab Diana. Hendak mengelak 'couple' pun dia tidak mampu, inikan pula hendak menolak nafsu yang lain. Tanpa disedari sedari cinta yang datang adalah kerana nafsu dan perlahan-lahan ia mengikis benteng keimanan. Nauzubillah.


Syazwani membisu. Sepatah pun dia tidak membalas kata sahabatnya. Di lubuk hati yang paling dalam, dia berdoa semoga Diana cepat-cepat sedar dari angan yang panjang. Keropok lekor yang dibelinya tadi dikunyah perlahan-lahan. Diana sudah berhenti ber'selfie' tetapi Zulfadhli terus dilayannya. Mereka saling berbalas whatsapp. Itulah yang menghubungkan mereka berdua setiap hari.


Syazwani bangkit dari duduk. Kakinya dihayunkan menuju persisiran pantai. Hembusan angin petang sekali-sekala menerbangkan hujung tudungnya. Pantas dia membetulkannya. Nikmat pula angin petang itu, sejuk mendamai qalbu.


Matanya terus menjamah keindahan pantai tersebut. Telinganya menangkap deruan ombak yang berterusan menghempas pantai. 'Arghh rindu pulak dengan suasana kampung halaman,' Monolognya di dalam hati.


Syazwani memerhatikan sekeliling alam. Petang itu, kelihatan orang ramai bermain layang-layang. Tak kurang juga ada yang membina istana pasir. Dan pastinya ada yang bermandi-manda di lautan. Syazwani terhibur melihat kegembiraan orang lain. Dia tersenyum sendiri di sebalik sehelai niqab bewarna hitam yang dipakai. Senyuman yang tak kelihatan. Ia hanya terpancar dari sinaran mata.


Diana Adira ditinggalkan keseorangan. Biarlah. Memang itu pilihannya. Syazwani pasrah. Terkadang dengan sendiri pun sudah membuat kita bahagia. Meski tanpa teman, janji dalam jiwa sentiasa mengingati Tuhan. Bukankah itu kebahagiaan yang sebenar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience