Episod 4

Romance Completed 3451

"Assalamualaikum Nina." Sapa Zulfadhli di hujung talian.


"Waalaikumussalam." Jawab Nina perlahan. Zulfadhli tersenyum gembira mendengar suara lembut itu. Betapa dia amat merindukan Imanina.


"Nina apa khabar?" Tanya Zulfadhli.


"Alhamdulillah baik." Jawab Imanina ringkas.


"Nina , Zul minta maaf sangat-sangat atas apa yang dah berlaku. Zul mengaku semua tu memang salah Zul. Sekarang ni, Zul dengan Diana dah tak ada apa-apa hubungan. Zul janji tak akan buat hal lagi. Zul masih perlukan Nina dan masih sayangkan Nina. Please stay with me." Luah Zulfadli panjang lebar sedaya upaya meyakinkan teman wanitanya.


Imanina membisu seketika. Perbuatan Zulfadhli berlayar di kotak fikirannya. Ahh, sungguh menyakitkan. Tetapi mengapa masih lagi mengalir curahan cinta buat Zulfadhli?Bodohkah dia? Mindanya sarat dengan pelbagai persoalan.


Zulfadhli mendengus perlahan. Hatinya dihujani perasaan bersalah pada Imanina. Masakan tidak, dia sanggup melukakan hati Imanina yang sudah dia kenal selama empat tahun demi meraih hati Diana yang baru dia kenal tiga bulan. Cepat sekali Zulfadhli tertarik pada wanita lain. Imanina Marsya apa kurangnya pula? Paras rupa pun cantik, sopan-santun, dan pandai berdikari. Idaman hati setiap lelaki lah katakan. Cuma Zulfadhli saja yang tidak tahu menghargai.


Zulfadhli dan Diana berkenalan melalui group whatsapp. Perkenalan demi perkenalan, perbualan demi perbualan Zulfadli terleka hinggalah masing-masing saling jatuh cinta. Zulfadhli terkantoi oleh Imanina ketika dia tersalah hantar mesej. 'Saya sangat sayangkan Diana Adira binti Saifullah.' Fuhh, siap sebut nama penuh pulak tu. Mesej tersebut sepatutnya dihantar kepada Diana , tetapi tanpa sengaja terhantar pula pada Imanina.


Awalnya, Zulfadhli menafikan. Dia mencipta pelbagai alasan. Imanina ragu-ragu. Dalam diam, dia menyiasat siapa sebenarnya Diana Adira. Dia mencari akaun fac bernama Diana Adira. Jumpa! One mutual friend, Zulfadhli Zulkarnain. Sah, itulah Diana Adira yang dimaksudkan. Stalk punya stalk, Imanina terbaca komen mesra antara Zulfadhli dengan Diana jelas menunjukkan hubungan mereka. Bukti yang kukuh sudah cukup, rahsia terbingkar jua.


"Nina." Panggil Zulfadhli menyedari Imanina menyepi tanpa suara.


"Ya." Balas Imanina.


"Bagi Zul peluang untuk tebus kesilapan Zul. Lepas habis study Zul janji akan balik Malaysia dan jumpa family Nina. Kita kahwin." Pujuk Zulfadhli lagi.


"Yang lepas tu biarlah lepas. Nobody perfect. Nina harap Zul tak akan ulang benda yang sama. Kalau betul Zul masih nakkan Nina, buktikan. Jangan tahu berjanji je." Zulfadhli tersenyum lebar sampai ke telinga. Dia beruntung kerana Imanina mahu memberikan peluang untuknya. Imanina mudah saja memaafkan, namun untuk melupakan sudah pasti payah.


"Ok. Zul akan buktikan. Biar satu dunia tahu yang Zul sangat sayang kat Nina."


"Yelah. Masuklah dalam tv buat berita, umumkan kat radio, lepas tu paparkan kat surat khabar sekali. Kalau boleh biarlah makhluk kat bulan ke , kat planet marikh pun dapat tahu." Ujar Imanina sambil tersenyum.


"Hahaha." Kedengaran tawa Zulfadhli di hujung talian.


"Hmm , dahlah Zul. Nina nak tolong mak buat kerja kat dapur. Nanti kita borak lagi. Assalamualaikum."


"Ok sayang. Elok-elok buat kerja. Waalaikumussalam." Perbualan tamat, talian dimatikan.


Imanina memejamkan mata. Semoga keputusan tersebut adalah yang terbaik buat dia dan Zulfadhli. Baginya, setiap insan layak diberikan peluang kedua. Bukanlah bererti dia membuat pilihan bodoh, tetapi menandakan dia seorang yang sangat setia. Dalam kamus hidupnya, selagi dia mampu pertahankan tiada istilah untuk melepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience