"Sampai hati awak tipu saya?" Suara Diana yang sayu hinggap di telinga Zulfadhli. Kemarahannya tercetus tatkala mendengar pengakuan dari Zulfadhli yang telah menipu dirinya. Sekalipun berbicara melalui voice call whatsapp, suara gadis itu jelas kedengaran.
"Saya minta maaf Dian. Saya terpaksa. Itu je caranya supaya saya boleh dapatkan awak balik," Beritahu Zulfadhli. Dia mula gelabah. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia rela melepaskan Imanina. Baginya Imanina sudah tidak memberi sekelumit makna dalam hidupnya.
"Perlu ke awak dapatkan saya dengan cara menipu? Awak tipu saya dan awak tipu Nina!" Nada suara Diana sudah meninggi. Air mukanya masam sahaja. Tiada lagi senyuman menghiasi wajah.
"Ye, saya tahu saya salah. Saya minta maaf sangat-sangat," Ucap Zulfadhli. Tidak berhenti menagih kemaafan.
"Awak tamak! Dua-dua awak nak. Lelaki jenis apa awak ni?" Marah Diana lagi. Bantal peluk bewarna merah jambu dihempas ke lantai bagi melepaskan kemarahan yang menghimpit jiwa.
"Tak Dian. Bukan macam tu. Sekarang ni saya langsung tak nak dekat Nina. Saya nak awak sorang je. Terus-terang saya cakap saya sayangkan Diana Adira seorang je. Saya dah lupakan Imanina Marsya. Sebenarnya Nina je lah yang terhegeh dekat saya. Sikit pun saya dah tak nak kat dia. Cuma saya tak tahu macam mana nak berterus-terang," Luah Zulfadhli bersungguh-sungguh.
"Terus-terang tak boleh. Menipu boleh pulak," Perli Diana. Bibirnya diketap. Hatinya di dalam panas membahang. Zulfadhli melampau! Sanggup menipu dan tidak mahu bersikap jujur. Depan lain belakang lain.
"Dian, saya minta maaf ok. Tolonglah. Saya tak nak kehilangan awak. Saya tak nak ikut rancangan mama masuk meminang perempuan tu sebab saya memang serius nakkan awak," Pujuk lelaki itu. Diana Adira membisu. Buat seketika dia kehilangan kata-kata. Namun tangannya masih setia mendekatkan telefon pintar berjenama Samsung di telinga. Betulkah apa yang dia dengar tadi? Benarkah Zulfadhli bersungguh-sungguh mendapatkan dirinya? Benarkah di hati sudah tiada ruang buat Imanina? Benaknya diserang bermacam persoalan.
"Percayalah cakap saya Dian. Saya dah tak ada hati dengan Nina. Saya cuma cintakan awak sorang je," Pujuk Zulfadhli lagi. Tiada kata putus asa dalam kamus hidupnya untuk memenangi hati Diana.
"Saya pun sayangkan awak Zul. Saya tolak lamaran Khalid disebabkan awak," Akhirnya, Diana kembali bersuara. Lembut sekali hatinya untuk menerima Zulfadhli semula. Pujukan Zulfadhli berhasil. Bagaikan petik jari sahaja gadis itu sudah cair dengan pujuk rayunya.
"Dan saya tak nak hubungan kita berakhir," Tambahnya lagi.
"Saya pun tak nak. Kalau awak nak pertahankan hubungan kita, awak kena tolong saya Dian," Pinta Zulfadhli tanpa segan silu.
"Tolong apa?" Tanya Diana pula.
"Awak tolong jumpa Imanina. Nanti saya bagi awak nombor telefon dia. Lepat tu awak jumpa dia dan bagi tahu perkara sebenar. Itu je cara supaya Nina menolak pinangan mama," Cadang Zulfadhli. Hanya itu idea yang berlegar di minda.
"Baik. Tapi awak pun kena janji dengan saya satu perkara," Diana meletakkan syarat.
"Apa dia?" Soal Zulfadhli.
"Janji dengan saya yang awak tak akan tipu sesiapa kat dunia ni termasuklah saya," Ucap Diana. Dia masih menyimpan harapan setinggi gunung pada lelaki tersebut.
"Saya minta maaf Dian. Saya tak akan ulang lagi semua tu," Balas Zulfadhli cuba meyakini teman wanitanya.
"Baik. Kali ni saya maafkan awak. Tapi bila awak buat sekali lagi, jangan harap saya bagi awak peluang," Tegas Diana Adira.
"Ok, saya pegang kata-kata tu," Jawab Zulfadhli.
"Dahlah. Apa-apa saya call awak balik. Pasal Imanina tu jangan risau. Saya akan cuba jumpa dia. Harap-harap dia boleh terima semua kenyataan ni," Ujar Diana sebelum menamatkan perbualan.
"Ok, harap-harap macam tulah," Balas Zulfadhli. Perbualan mereka tamat di situ. Zulfadhli menarik nafas lega. Fikiran yang kusut akhirnya reda jua.
* * * * * *
Imanina Marsya gigih menghadap 'fac'. Status yang di'update' rakan 'fac'nya dibaca satu persatu. Malam itu kebanyakan status yang di'post' seakan ditujukan untuk dirinya.
"Ayah adalah satu-satunya insan yang tidak pernah menyakiti anaknya" . Ayat itu dibaca dalam hati. Imanina menggelengkan kepala. 'Kalau betul ayah tidak pernah menyakiti mengapa ayah selalu pukul aku dulu..Arghh ayah kejam!' Bisiknya sendiri. Kamudian, dia terus membaca status rakan lain.
"Tidak akan rugi orang yang mudah memaafkan. Memaafkan orang lain membuatkan hidup dan hati kita sentiasa tenang. Allah SWT mencintai hamba-Nya yang selalu memaafkan orang lain."
Hati kecilnya tersentuh dengan ayat tersebut. Satu teguran buat dirinya. Allah SWT Maha Penyayang. Teguran itu sentiasa ada di mana-mana dan terdapat dalam bermacam-macam bentuk. Dia menekan button 'like'. Tidak semena-mena satu persoalan menyapa ke dalam minda. 'Macam manalah aku boleh maafkan ayah aku?' Mampukah aku maafkan dia Ya Allah? Berikan aku kekuatan.' Dia bermonolog sendiri.
Setelah itu dia terus membaca status seterusnya. Kali ini lain pula bunyinya.
"Tanda-tanda lelaki tu dah bosan dekat kau adalah dia malas nak layan kau. Dia tak reply chat kau. Dia bagi bluetick je. Bila chat, dia akan reply yang pendek-pendek. Contoh macam ok, oh, ye."
Tiba-tiba sahaja raut wajah Zulfadhli menabiri ruang mata. Imanina mula berfikir panjang. Tanda-tanda itu memang wujud dalam diri Zulfadhli. 'Betulkah Zulfadhli dah bosan kat aku? Hmm tak mungkinlah.' Dia berbicara sendiri. Dia yakin bahawa insan itu setia padanya. Keyakinannya ibarat seteguh tembok besar China.
Beberapa minit setelah itu, Imanina menekan button log out. Sepasang matanya sudah mula mengantuk. Malam sudah menghampiri pukul 11 suku. Sudah tiba masanya untuk berehat. Baru hendak berkira-kira merebahkan badan ke tilam, telefonnya pula berbunyi. Ada panggilan yang masuk. Pantas dia menyambutnya.
"Hello," Imanina memulakan bicara.
"Hello Assalamualaikum. Boleh cakap dengan Imanina Marsya?" Suara wanita itu kedengaran di hujung talian. Imanina mengerutkan kening. Pelik. Siapa pula yang mencarinya malam-malam begini?
"Waalaikumussalam, ya saya. Ni siapa ya?" Tanya Imanina.
"Saya Diana Adira. Awak ingat tak?" Diana memperkenalkan dirinya.
"Ohh, ingat ingat. Hmm ada apa awak call saya malam-malam ni?" Tanya Imanina lagi. Sememangnya Diana Adira tidak pernah luput dari ingatannya. Tak mungkin orang ketiga yang pernah hadir antara dia dengan Zulfadhli dilupakan begitu sahaja. Kini gadis itu masih lagi hadir cuma Imanina saja yang tidak perasan. Betapa bijak Zulfadhli menyimpan rahsia!
"Saya call sebab urgent. Saya nak cakap pasal Zulfadhli. Bila awak free? Saya ingat nak jumpa awak," Beritahu Diana.
"What? Pasal Zulfadhli? Kenapa dengan dia?" Soal Imanina bertubi-tubi.
"Panjang ceritanya. Kalau saya bagi tahu awak sekarang pun memang susah. Sebab tu saya nak jumpa awak face to face. Senang sikit," Ujar Diana. Mahu tidak mahu Diana perlu bersuara walaupun hatinya berat untuk mengatakan hal sebenar.
"Oh ok. Boleh je kalau nak jumpa," Jawab Imanina.
"Ok. Kalau macam tu bila awak free dan di mana kita boleh jumpa?" Giliran Diana pula yang menyoal.
"Sebelum tu awak tinggal kat mana?" Belum sempat menjawab soalan dari Diana , Imanina lancang bertanya.
"Saya tinggal kat area Klang. Awak?" Soal Diana lagi.
"Saya tinggal kat area Puchong. Tapi kalau awak betul-betul nak jumpa saya, awak kena datang sinilah," Ucap Imanina.
"It's ok no problem. Bila jumpa dan kat mana tu terpulang pada awak," Balas Diana.
"Rasanya esok pun boleh. Kita jumpa malam dalam pukul lapan macam tu boleh? Tempat nak jumpa tu nanti saya share location," Beritahu Imanina.
"Alright. Insya Allah saya datang. Sorry sebab ganggu awak. Dahlah, tu je. Good night. Assalamualaikum," Ucap Diana namun talian masih belum dimatikan.
"Ok, saya tunggu. Jangan tak datang pulak ye. Takpe , tak ganggu pun. Waalaikumussalam," Imanina mengakhiri bicaranya. Talian segera dimatikan.
Imanina duduk di birai katil. Matanya yang tadi mengantuk secara automatik menjadi segar-bugar. Fikirannya terganggu. Apa yang mustahak sangat sehingga Diana mahu bersua muka dengannya? Apalah yang urgent sangat tu? Fuhh, hidup ini penuh dengan kejutan.
Share this novel