Episod 8

Romance Completed 3451

Imanina mengamati wajah pengemis itu. Wajah itu seakan pernah dilihatnya. Tapi siapa, bila , dan di mana? Pengemis itu terus menjamah makanan tanpa henti. Sekali-sekala matanya menyoroti gadis yang duduk di hadapannya.


"Sedap." Ucap pengemis itu. Imanina sekadar tersenyum. Dia memerhatikan pengemis tersebut menyuap makanan sampai habis. Tangan yang berkedut membuka penutup botol dibuka lalu air yang terkandung di dalam diteguk sehingga kosong. Pengemis itu benar-benar dahaga.


"Pak cik, maafkan saya. Tapi saya nak tanya. Keluarga pak cik kat mana? Kenapa pak cik hidup macam ni?" Imanina berani membuka mulut. Entah mengapa terdetik pula hatinya untuk bertanya. Tetapi, pengemis itu hanya menbisu. Tiada kata yang mampu terluah. Kalau dia luahkan sekalipun mampukah gadis itu membantunya?


"Pak cik?" Panggil Imanina. Namun pengemis itu mengunci rapat mulutnya. Kepalanya ditundukkan. Air matanya hampir tumpah. Imanina tersenyum tipis. Dia mengerti bahawa bukan semua cerita mampu dikongsi kepada isi bumi.


"Maafkan saya pak cik. Kalau pak cik tak nak cakap, tak apalah. Emm, pak cik tak basuh tangan lagi kan? Pak cik tunggu kat sini ya saya nak ambik air untuk pak cik basuh tangan." Imanina bingkas berdiri. Kaki dihayun menuju ke bilik air yang tersedia di dalam Butik An-Nisa'. Paip diputar. Air yang mengalir ditadahkan ke dalam sebuah gayung.


"Nah, pak cik basuh tangan ya." Ujar Imanina sambil tersenyum. Pengemis itu bangun dan menuju ke arah longkang yang berdekatan. Imanina mencurahkan air ke tapak tangan pengemis itu. Kemudian, tangannya mengutip bekas makanan serta minuman dan membuangnya ke dalam tong sampah. Pengemis tersebut memerhatikan tingkahlaku Imanina. Sepanjang menjadi pengemis, dia tidak pernah mendapat layanan sebegitu baik.


"Terima kasih, nak." Hanya itu ucapan yang mampu diluah.


"Sama-sama." Imanina terus beredar dari situ.


Dia kembali duduk di kaki lima. Membiarkan dirinya menjadi cemuhan orang ramai. Biarlah. Dia rela dipandang hina. Mungkin itu ujian buat dirinya untuk menebus setiap dosa lampau.


* * * * * *


"Yang kau baik sangat kat pengemis tu kenapa?" Soal Zara tidak berpuas hati. Suaranya diperlahankan sikit. Bimbang pula jika ada pelanggan yang terdengar perbualan mereka. Syuhada dengan fokusnya sedang melayan pelanggan tanpa menghiraukan dua orang sahabatnya yang sedang berbual dekat kaunter.


"Dah dia kelaparan tadi. Aku bagilah dia makan. Tak kan nak tengok dia mati kebulur baru pergi tolong dia." Jawab Imanina.


"Nina, orang macam tu tak boleh layan sangat. Makin kita beri, makin dibuatnya. Ala bukannya diorang tak boleh kerja macam kita ni." Zara tetap mempertahankan pendapatnya.


"Astaghfirullah al 'azim. Kita tak tahu apa yang diorang lalui. Mungkin pak cik tu dah tak ada sesiapa kat dunia ni. Kita share rezeki dengan orang lain apa salahnya? Kau tak kesian ke tengok pak cik tu?" Imanina mencapai punch card lalu memasukkannya ke dalam mesin perakam waktu. Masa rehat masi berbaki dua puluh minit. Dia sengaja memendekkan waktu rehatnya sendiri.


"Sebab kita kesian kat orang la orang selalu pijak kepala kita. Zaman sekarang ni ramai orang berlakon jadi pengemis. Minta sedekah kat tepi jalan, mintak duit merempat sana-sini kononnya miskin hidup susah. Kat belakang entah-entah hidup mewah." Tambah Zara lagi.


"Zara, aku pernah dengar seorang ustaz cakap kalau seorang menipu jadi pengemis dan kita bersedekah kat dia kita dapat dua pahala. Satu pahala bersedekah, satu lagi pahala kena tipu. Tapi aku tak rasa pak cik tu menipu. Takkanlah. Mesti ada sesuatu yang berlaku sampai dia jadi macam tu." Ujar Imanina bersungguh-sungguh. Zara terkedu. Apa yang dituturkan Imanina memang betul.


"Hari ni aku ingat nak balik pukul enam. Boleh kan?" Imanina mengubah topik perbualan.


"Boleh je. Kerja pun dah tak banyak. Sikit je lagi siaplah. Lagi pun kau kan dah lama tak balik awal. Takpe, hari ni giliran kau pulak." Jawab Zara.


"Ok, thanks dear. Jom kita sambung buat kerja." Ajak Imanina.


"Kau belum makan lagi kan?" Zara kembali menyoal.


"A'ah belum lagi. Ala tak apalah. Hari ni kan aku balik awal. Sampai rumah nanti aku makanlah." Mendengar jawapan itu membuatkan Zara menggelengkan kepala.


"Kau ni kan rajin sangat sampai makan pun malas. Kang gastrik nanti aku tak tau." Ujar Zara lagi. Imanina tersenyum tipis. Begitulah kelemahan dirinya kerja sampai tak ingat makan. Dinasihati bukan nak dengar, degil juga orangnya.

Tidak dinafikan Imanina seorang pekerja yang rajin. Walaupun gaji tidaklah setinggi mana tetapi sudah cukup untuk menyara hidup. Halal dan keberkatan haruslah diutamakan. Sudah hampir dua tahun dia bekerja di butik An-Nisa'. Rakan sekerja yang ibarat satu kepala dengannya serta majikannya iaitu Puan Nurul Husna seorang yang sangat baik. Itulah yang menyebabkan Imanina senang hati bekerja di situ.


* * * * * *


"Balik tu elok-elok. Jangan lupa makan." Pesan Syuhada.


"Insya Allah." Balas Imanina ringkas. Sebelum pulang, Imanina sempat bersalam tangan dengan Syuhada dan Zara. Puan Nurul Husna lah yang mengajar mereka mengamalkan sikap itu. Bersalam tangan dengan kawan juga merupakan satu adab yang mulia.


"Cuaca macam nak hujan je. Nak balik sekarang jugak ke?" Tanya Zara. Di luar, kelihatan kelabunya sang awan menandakan hujan bakal mencurah sebentar lagi.


"Tak apa. Rumah aku bukannya jauh. Kalau basah pun sikit je." Jawab Imanina sambil tersenyum. Tanpa berlengah dia terus menapak pergi dari butik tersebut.


Sebelum menuju ke arah skuter, langkahnya tiba-tiba mati. Dia menoleh ke tepi. Pengemis tua itu sedang tidur dengan nyenyak. Tubuhnya baring hanya beralaskan kotak dan berbantalkan lengan. Imanina cepat-cepat menghampirinya. Sehelai sweater bewarna coklat yang tersarung di tubuh dibuka lalu diselimutkan pada badan pengemis itu. Kasihan pula melihat si tua sedang kesejukan.


Apa yang termampu, dia cuba bantu. Imanina tersenyum lagi. Gembira dapat membantu insan yang tidak senasib dirinya. Bersyukurlah, sesusah apa pun ujian yang Allah turunkan buatnya pasti ramai lagi orang yang lebih ujiannya berbanding dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience