Episod 13

Romance Completed 3451

"Fuhh, macam nak patah kaki abang ni," Sambil memandu kereta Luqman mengadu pada isterinya. Daripada pagi sampailah ke petang dia menemani Nur Mumtazah membeli-belah di GM Klang.


"Kesian abang. Sorry tau. Sebab Zah kaki abang lenguh pulak," Balas Syuhada perlahan. Timbul pula rasa bersalah terhadap suami tercinta.


"Demi cintaku padamu ke mana pun kan ku bawa ke hujung dunia ke GM Klang ku reda," Luqman menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu namun liriknya sengaja digubah. Nur Mumtazah tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. Suaminya itu ada-ada sahaja. Lagu pun suka-suka hati nak ubah. Nasib baiklah suaranya merdu.


"Sukalah tu dengar abang nyanyi kan," Usik Luqman.


"Hmm bolehlah," Jawab Mumtazah.


"Bolehlah?" Ujar Luqman tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya.


"Bolehlah tu maksudnya suka jugaklah," Ujar Mumtazah. Dari tadi sepasang matanya seakan tidak berkelip memandang wajah suaminya yang sememangnya tampan. 'Comel,' getusnya di dalam hati. Tanpa membalas kata-kata Mumtazah, Luqman membuka radio untuk memeriahkan suasana ketika itu.


Kebetulan lagu berjudul Perfect yang dipopularkan oleh Ed Sheeran menjamah ke telinga. Luqman turut sama menyayikan lagu tersebut seiring lirik dan iramanya.

Well I found a woman,
stronger than anyone I know
She shares my dreams,
I hope that someday I'll share her home

I found a love, to carry more than just my secrets
To carry love,
to carry children of our own

We are still kids,
but we're so in love
Fighting against all odds
I know we'll be alright this time

Darling, just hold my hand
Be my girl I'll be your man
I see my future in your eyes

Baby, I'm dancing in the dark with you between my arms
Barefoot on the grass,
listening to our favorite song

When you said you looked a mess,
I whispered underneath my breath but you heard it,
darling, you look perfect tonight


Bibirnya mengalunkan lagu itu dengan sepenuh hati. Lagu tersebut ditujukan buat insan istimewa yang sedang berada di sisi. Tangan kiri Luqman mencapai tangan kanan isterinya. Digenggamnya erat-erat jari-jemari Mumtazah. Senyuman lebar dihadiahkan untuk Mumtazah. Suasana romantis itu membuatkan Mumtazah tersipu-sipu malu. Pipinya sudah mula merah padam. Luqman terus bernyanyi sehinggalah lagu itu tenggelam dari radio.


"Sayang," Panggil luqman. Namun Mumtazah tidak menjawab.


"Abang bersyukur sangat sebab abang dipertemukan dengan wanita bernama Nur Mumtazah binti Hasan. Abang harap jodoh kita sampai ke syurga sayang," Luah Luqman, masih setia menyentuh jari runcing milik Mumtazah. Mumtazah menundukkan wajahnya. Dia masih tersipu-sipu malu. Tidak tahu hendak berkata apa. Romantik dan jiwang betul suaminya.


"Habibi Qalbi," Panggil Luqman lagi. Luqman memandang seketika wajah isterinya. Blushing habis pipi Mumtazah. Luqman tersenyum.


"Ya," Sahut Mumtazah.


"Oh nak abang panggil Habibi Qalbi ke? Abang panggil sayang tadi diam je," Tambah Luqman lagi.


"Abanglah jiwang sangat, buat Zah rasa malu pulak," Luah Mumtazah dengan jujur.


"Sayang ni kita kan dah kahwin tak payahlah nak malu-malu. Lagi pun abang jiwang dengan sayang sorang je. Romantik pun dengan sayang jugak," Ujar Luqman. Dari awal perkahwinan lagi dia tidak pernah berkasar terhadap Mumtazah. Saban hari sikapnya yang romantik tidak pernah sirna. Dijaganya wanita itu dengan penuh kasih sayang.


"Yelah abang. Zah pun berharap semoga jodoh kita kekal sampai syurga dan semoga Allah meredhai cinta kita," Luah Mumtazah setulus hati. Ada senyuman manis yang lahir dari bibirnya. Dia turut membalas sentuhan yang mendarat di jari runcingnya itu.


"Insya Allah sayang. Kita doa sama-sama ye," Kata Luqman.


"Abang tak sangka yang sayang adalah jodoh abang. Yelah dulu kan kita selalu je gaduh. Asal jumpa mesti gaduh," Sambung Luqman lagi. Dulu, Luqman dan Mumtazah satu sekolah dan satu universiti. Pantang bertemu, pantang bertentang mata ada sahaja 'point' yang dikumpul untuk mencari fasal. Pejam celik pejam celik lama-lama tanpa sengaja terjatuh cinta pula.


"Jodoh tu rahsia Allah. Boleh jadi hari ni gaduh, esok dah jatuh cinta. Hari ni musuh, esok dah berpasangan," Spontan bibir Mumtazah mengucapkan kata itu.


"Cintailah seseorang itu dengan sekadarnya kerana boleh jadi kamu membencinya di kemudian hari. Dan bencilah seseorang itu dengan sekadarnya kerana boleh jadi kamu mencintainya di kemudian hari pula," Luqman bermadah seketika. Madah yang mendalam ertinya.


"Abang ingat tak dulu masa form five abang pernah sorok Zah punya buku teks sejarah?" Soal Mumtazah. Sengaja mahu mengimbas kembali peristiwa lepas.


"A'ah ingat-ingat. Satu kelas sayang geledah cari buku tu. Last-last tak jumpa jugak. Abang sorok buku tu kat library, bukan kat kelas. Hehe," Kereta persona bewarna merah terus membelah jalan raya. Sepasang suami itu masih rancak berbual dan berkongsi cerita diselangi gelak tawa bagi memecahkan suasana.


"Abang punya fasal Zah kena denda oleh Cikgu Bernadeth. Ketuk-ketampi pulak tu," Beritahu Mumtazah. Sukar baginya melupakan detik tersebut.


"Hahahaha. Tulah siapa suruh sikit-sikit report kat cikgu fasal perangai abang. Kan dah kena," Ujar Luqman.


"Abanglah dulu samseng lepastu nakal sangat suka buli orang kat sekolah. Memanglah Zah report kat cikgu. Zah dahlah pengawas masa tu," Jawab Mumtazah.


"Yelah. Sorang pengawas, sorang pengganas. Hahaha. Ingat tak sayang pernah letak chewing gum kat tempat duduk abang. Abang tak sangka rupanya sayang pun pandai balas dendam kat abang," Ucap Luqman.


"Hehe. Padan muka abang. Tulah nakal sangat," Jawab Mumtazah.


"Nakal-nakal pun akhirnya sayang kahwin jugak dengan abang," Usik Luqman.


"Dulu je nakal sekarang Alhamdulillah dah baik dah. Beruntung tau Zah dapat suami macam abang. Dahlah handsome, baik, soleh, romantik, suara merdu pulak tu," Puji Nur Mumtazah dengan tulus. Malunya sudah mula pudar. Luqman pula semakin melebarkan senyumannya.


"Alhamdulillah, semua tu kurniaan Allah. Sayang pun apa kurangnya lawa pun lawa , solehah pun dah solehah dan yang paling penting selalu dengar cakap abang," Giliran Luqman pula memuji isterinya.


"Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi," Balas Mumtazah.


"Abang, sepanjang perkahwinan kita Zah tak mintak banyak pun. Cuma satu je yang Zah nak," Tambah Mumtazah lagi.


"Apa dia sayang?"


"Tolong bimbing Zah cari redha Allah dan istiqomah di jalan-Nya," Luah Mumtazah bersungguh-sungguh.


"Insya Allah. Sebagai suami dah memang tanggungjawab untuk membimbing isteri. Dan sebagai isteri jugak dah jadi tanggungjawab dia untuk mengingatkan suami," Ucap Luqman. Semakin dia mengenali wanita tersebut, semakin kuat hatinya berbisik untuk mendidiknya. Dia tidak mahu jadi suami yang dayus. Sungguh ! Dia mahu memberikan yang terbaik untuk Mumtazah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience