Episod 21

Romance Completed 3451

Athirah tersenyum lebar menatap wajah anaknya meskipun wajah itu terpapar pada skrin telefon sahaja. Terubat juga rindu di hati yang menggunung tinggi. Zulfadhli pun sudah lama tidak pulang ke Malaysia memandangkan dia masih menyambung pelajaran di sana dalam bidang perubatan. Ibu mana yang tak rindu? Tak dapat jumpa face to face buat video call pun jadilah.


Setelah saling bertanya khabar mereka bertukar cerita tentang episod kehidupan masing-masing. Zulfadhli rancak mengulas pengalaman hidupnya yang merantau di negeri orang. Athirah fokus mendengar. Syukurlah, anaknya gembira menjelajah episod kehidupan di sana.


"Seronok kat sana ye Zul. Alhamdulillah. Mama pun ada berita gembira nak bagi tahu Zul," Ujar Athirah. Air muka wanita berusia 50 tahun itu kelihatan berseri-seri. Gembira dengan berita yang hendak disampaikan.


"Alhamdulillah, tak dapat study kat luar negara kat sini pun dah cukup beruntung jugak. Berita apa tu? Macam best je," Jawab Zulfadhli. Tidak sabar hendak mendengar berita tersebut.


"Mama dan papa dah bincang pasal hal ni. Mama nak jumpa family Nina, nak masuk meminang," Beritahu Athirah sejujurnya. Bibirnya mengukir satu senyuman manis semanis berita itu.


"Hah?" Kata Zulfadhli. Matanya terbuntang luas. Terkejut dengan penjelasan dari ibunya. Bukan itu yang dia mahukan, bukan itu yang mahu didengar.


"Mama ni biar betul?" Tanya Zulfadhli lagi.


"Ye betullah. Takkan mama nak main-main pulak," Balas Athirah. Zulfadhli mendengus perlahan. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.


"Mama pun berkenan dengan budak tu. Dahlah cantik baik pulak tu," Puji Athirah. Satu kali pun dia tidak pernah bertemu dengan Imanina. Mereka hanya berkawan di fac. Athirah rajin mempromosikan perniagaannya ke alam maya. Setiap hari dia akan war-warkan makanan dan minuman istimewa yang terdapat dalam menu restoran yang dimiliki oleh dia dan suami. Setiap postingan dari Athirah, Imaninalah yang rajin 'like' dan 'comment' statusnya. Pernah juga mereka saling berkenalan dan bersapa melalui messenger. Nak menambat hati bakal mak mertua lah katakan.


"Nantilah Zul fikir-fikirkan," Beritahu Zulfadhli. Di dasar hati dia sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.


"La ila ha illallah, budak ni. Tak setuju kenapa pulak? Mama bukan suruh korang kahwin terus, mama nak masuk meminang dulu," Terang Athirah lagi.


"Zul..Zul tak setuju la ma," Balas Zulfadhli.


"Ya Allah, kau ni dah kenapa? Kau dengan Nina kan dah lama couple? Tak nak lah kalau korang couple lama-lama. Tak kan mama nak diam je macam tunggul tak buat apa-apa tindakan. Biarlah mama masuk meminang dulu sementara kau pun masih study. Tahun depan kan kau dah habis study. Lepas tu carilah kerja, dah dapat kerja kau kumpul duit hah bolehlah korang kahwin," Athirah tetap dengan pendiriannya. Namun di dasar hati yang paling dia mula mengesyaki perubahan Zulfadhli.


"Kau ni kenapa Zul? Bukankah hari tu kau pernah cakap dekat mak yang kau nak mak pinang dia cepat-cepat? Sekarang tak nak pulak," Soal Athirah ingin tahu.


"Sebenarnya Zul," Ayatnya tergantung di situ. Bibirnya berat untuk meluahkan perasaan yang tersembunyi.

"Cakaplah, apa dia?" Athirah masih berlembut.


"Zul," Dia menarik nafas panjang-panjang sebelum meneruskan kata.


"Zul dah tak sayangkan Nina dan Zul dah tak perlukan dia lagi," Akhirnya anak lelakinya itu berterus-terang juga. Terlopong mulut Athirah tika dapat tahu kebenaran yang tidak disangkakan.


"Astaghfirullah al' azim. Mengapa ni Zul? Korang ada gaduh ke? Cuba bagi tahu mama," Pinta Athirah.


"Kitorang tak gaduh. Cuma Zul dah tak cintakan dia lagi. Zul cintakan orang lain," Luah Zulfadhli. Athirah menghela nafas panjang sebelum menyiasat lebih lanjut.


"Selama korang couple, Nina layan kau dengan buruk ke apa?" Soal Athirah meminta kepastian. Amat mustahil jika Zulfadhli mahu meninggalkan gadis itu tanpa sebab yang kukuh.


"Tak. Dia layan Zul baik je mama. Cuma tulah Zul dah tak ada hati kat dia," Ucap Zulfadhli dengan jujur. Athirah mendengus perlahan. Dia tidak menyangka mudah sekali anaknya itu berubah hati.


"Sebab apa Zul? Sebab apa kau berubah? Tak baik buat orang perempuan macam ni. Nina dah lama tunggu kau. Apa salah Nina? Athirah terus bertanya.


"Dia tak buat apa-apa salah mama. Semua ni atas kemahuan Zul sendiri. Zul nak putus dengan dia. Maafkan Zul mama," Ujarnya perlahan.


"Mama tak pernah ajar kau jadi lelaki macam ni!" Suara Athirah mula berubah rentak. Dari lembut menjadi keras.


"Sebab Zul sayangkan orang lain. Nama dia Diana Adira. Dia jauh lebih baik daripada Nina. Bila mama nampak dia mesti mak berkenan," Jawab Zulfadhli tanpa sekelumit rasa bersalah. Dia tidak menyedari ucapannya itu tambah menaikkan suhu kemarahan ibunya.


"Mama tak kira! Mama tetap dengan keputusan mama. Sama ada kau suka atau pun tak mama akan tetap pinang Nina. Jangan harap mak berkenan dengan si Diana tu," Ujar Athirah bersungguh-sungguh. Kemarahannya kian membuak-buak.


Belum sempat Zulfadhli membalas bicara, video call melalui whatsapp itu segera ditamatkan oleh Athirah. Zulfadhli meraup wajah beberapa kali. Dia tahu ibunya sedang memarahinya. Fikirannya semakin berserabut.


"Tak mungkin. Benda ni tak boleh jadi. Aku mesti buat sesuatu," Getus Zulfadhli sendirian.


Tanpa membuang masa, dia membuat voice call pada Diana pula. Diana patut tahu cerita sebenar kerana hanya Diana yang mampu menghalang perancangan ibu dan ayahnya. Ya. Hanya Diana satu-satunya yang boleh mengusir Imanina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience