Episod 12

Romance Completed 3451

Imanina merebahkan tubuh ke atas katil. Malam itu 'mood'nya tidak seperti malam yang lain. Tambahan pula dia dan Maimunah baru sahaja habis berbual tentang ayah dan arwah ibunya. Argh, sakit sungguh bila dikenang.


Malam semakin larut. Berkali dia cuba melelapkan mata namun gagal. Dalam keseorangan dia buntu. Dia perlukan seseorang. Ya, seseorang yang boleh menenangkannya. Hanya satu nama yang berlegar di ruang minda, iaitu Zulfadhli.


Pantas telefon yang berada di sisi dicapai. Jarinya menyentuh skrin telefon membuka aplikasi whatsapp. Imanina menarik nafas lega. Kebetulan Zulfadhli juga sedang online. Imanina terus menyapanya.


"Assalamualaikum Zul," - Imanina


"Tak tido lagi ke?" - Imanina


Dua minit selepas itu Zulfadhli terus membalas mesej tersebut.


"Waalaikumussalam, dah nampak Zul online ni maksudnya belumlah," - Zulfadhli.


"Kenapa nak cari malam-malam ni? Ada yang urgent sangat ke?" -Zulfadhli


Semakin malas dia melayan karenah Imanina. Sewaktu nak 'getback' bukan main hebat dia beria-beria, bersungguh-sungguh tapi bila sudah dapat balik Imanina dilayan ibarat patung barbie yang hanya layak dipermainkan. Diana Adira pula dikejar semula.


Imanina mengetap bibir. Hendak meluahkan masalah, namun tak pasal-pasal timbul pula masalah lain.


"Rindu," - Laju sahaja jarinya menaip kata itu.


"Nak rindu apanya? Macamlah setahun tak whatsapp. Dah malam ni dahlah. Tidur lagi bagus," - Zulfadhli


Tersentap Imanina membaca mesej tersebut. Hati wanitanya semakin dihimpit pilu. Dengan berani dia kembali menaip kata.


"Kenapa layan Nina macam ni? Nina ada buat apa-apa salah ke? Kalau ada Nina mintak maaf," - Imanina


Zulfadhli sekadar membaca, enggan berbalas mesej lagi. Perbualan dibiarkan sepi. Dia beralih kepada mesej yang dihantar oleh Diana pula. Bila ber'whatsapp' dengan Diana, sepantas kilat dia membalasnya. Fuhhh, hebat permainan lelaki ini. Sudah berpunya tapi masih nak melayan. Tak habis-habis dengan sandiwara yang merata. Kalau berlakon agaknya sudah pasti jadi juara.


"Mungkin Zul sibuk kot. Ke dia stress dengan study atau assigment dia," Duga Imanina di dalam hati. Masih tetap bersangka baik pada Zulfadhli. Sedikit pun dia tidak mengesyaki bahawa dirinya dikhianati lagi.


Angka jam sudah menghampiri ke pukul satu. Imanina meletakkan telefon ke atas sebuah meja di sudut bilik. Perlahan-lahan selimut ditarik menutupi seluruh tubuh. Di luar, rintik-rintik hujan mula berlagu seolah menyeru dirinya untuk berehat dan memejamkan mata. Dengan lafaz basmalah disertai doa Imanina mencuba melayari lena.

Hembusan angin yang kuat membuatkan tubuh Izhar Naim menggigil kesejukan. Bibirnya terketar-ketar. Hanya sehelai sweater bewarna coklat yang menyelimuti separuh tubuhnya. Hujan semakin lebat mencurah. Petir sabung-menyabung berdentum kuat. Warna alam yang kelam kian suram, sesuram hidupnya ketika ini.

Orang lain tidur di atas tilam yang empuk, dia pula tidur beralaskan kotak-kotak. Orang lain tidur berbantalkan bantal, dia tidur berbantalkan lengan. Di tepi kaki lima, itulah rumahnya. Pengemis jalanan, itulah gelarannya.


"Ya Allah, adakah ini balasan untukku?" Getusnya di dalam hati. Wajah arwah isteri, dan anak-anak menari-nari di ruang mata. Perasaan bersalah bersarang di dada. Di malam yang kelam dia menyelak langsir ingatan.


"Aku kata bagi duit tu sekarang. Jangan sampai aku buat cara kasar!" Ugutnya dengan kasar. Tajam matanya memandang wajah Munirah.


"Duit ni untuk kita makan bang. Untuk anak-anak kita bukan untuk abang berjudi," Dalam ketakutan dia tetap bersuara. Dompet yang berada di dalam tangan, digenggam sekuatnya. Imanina dan Firdaus memeluk Munirah. Anak-beranak itu benar-benar ketakutan melihat perilaku si ayah.


"Ohh kau melawan cakap aku ya," Kebengisan semakin jelas terpancar pada wajah Izhar Naim.


Pang.


Satu penampar hinggap di pipi Munirah. Tubuhnya terpusing ke belakang. Matanya berpinar-pinar seketika. Sakitnya tidak terkata. Izhar Naim mencapai tali pinggang yang disangkut di dalam almari. Kemudian tanpa belas kasihan tali pinggang itu dihayun ke tubuh isterinya. Munirah mengerang kesakitan.


"Allahu Akbar. Sakit bang, tolonglah jangan seksa Ira macam ni," Rayu Munirah.


"Ini padahnya sebab kau tak nak dengar arahan aku!" Izhar Naim terus memukul isterinya bertubi-tubi. Sebesar kuman pun tak akan ada nilai simpati pada wanita itu.


"Ayah, cukup ayah. Ayah jangan pukul ibu," Dengan berani Imanina memeluk kaki ayahnya. Memohon agar ibunya dilepaskan.


"Kau budak kecik kau pun nak kena jugak ke hah!!" Herdik Izhar Naim. Suhu kemarahannya kian naik.


Tubuh kecil itu ditolak ke belakang. Dengan sekuat tenaga tali pinggang dihayun membelasah tubuh anaknya. Imanina meronta-ronta kesakitan. Kerana kesakitan, air matanya melimpah keluar. Firdaus yang baru berumur lima tahun, hanya membisu. Bibirnya ditutup rapat-rapat. Jika dia menangis atau bersuara, kemungkinan dia juga menjadi mangsa.


"Abang lepaskan Nina bang," Rayu Munirah. Izhar Naim berhenti memukul. Dia beralih ke arah Munirah.


"Itulah pengajarannya lain kali bila aku nak duit kau bagi je la kan senang. Tak payah anak-beranak terseksa macam ni. Faham?" Tempik Izhar Naim sambil mencengkam kuat dagu isterinya. Lalu, dia menyambar dompet isterinya yang terpelanting ke atas lantai. Setelah mendapatkan wang, Izhar Naim melangkah pergi dari bilik tersebut.


Munirah memeluk kedua anaknya. Imanina dan Firdaus menangis teresak-esak. Saban hari mereka diselubungi ketakutan. Saban hari juga mereka trauma dengan ayah sendiri.


"Ibu, kita larilah dari rumah ni. Nina dah tak tahan. Ayah selalu pukul kita macam ni. Ayah jahat. Ayah tak sayangkan kita," Luah Imanina sambil menangis. Munirah turut sama berendam dengan air mata. Setiap masa matanya lebam kerana tangisan. Setiap waktu juga tubuhnya penuh dengan lebam. "Ya Allah tabahkan hatiku untuk menempuh dugaan ini. Berikanlah hidayah pada suamiku," Doanya di dalam hati.


"Ya Allah, kejamnya aku pada anak dan isteriku. Ampunkan aku Ya Allah. Terlalu banyak dosaku," Rintih Izhar Naim penuh penyesalan. Terbayang-bayang setiap penderitaan arwah isterinya. Sehingga kini kubur arwah isterinya juga dia tidak tahu di mana. Anak perempuannya yang dia tinggalkan juga dia tidak tahu berada di mana. Bagaimana caranya untuk dia menebus setiap kesalahan yang dia lakukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience