BAB 13: PERKAHWINAN TANPA CINTA

Other Completed 14322

"Kau nak apa!"
"Aku tak ganggu kehidupan kau."
"Ya Rissa tak ganggu kehidupan abang. Tapi Abang masih perlukan kehidupan bersama Sayang."
"Kau memang dah gila!"
Zarul datang menghampiri ku lalu mencekikku sekuat tenaganya.
"Ye Aku memang gila. Terlalu gilakan Kau Rissa!"
Aku tak bisa bernafas dengan betul. Dalam fikiranku sekarang, hanya mati.
Zarul melepaskan tangannya yang berada dileherku. Mukanya berubah melihat aku hampir mati.
"Sayang, Rissa tak apa apa?" Dia mengelus pipiku.
"Kita lari dari sini mulakan hidup baru."
"Puiii." Aku meludah mukanya
"Aku rela mati dari kembali bersama Kau."
Tamparannya mengena diwajahku. Aku merasa ada cairan mengalir dihujung bibirku.
Zarul melihat cairan bewarna merah likat dihujung bibirku. Dia menyeka dengan jarinya.
"Maafkan Abang Sayang."
"Abang tak sengaja."
"Kenapa Rissa taknak terima Abang semula. Kenapa?"
Aku senyum dan ketawa kecil mendengar soalan yang keluar dari mulutnya.
"PERASAAN PALING BUSUK DIDUNIA INI ADALAH KETIKA AKU MELAKUKAN YANG TERBAIK YANG BOLEH KULAKUKAN, DAN ITU MASIH TIDAK CUKUP DIMATAMU."
"Tapi kenapa Sayang memilih Dia menggantikan tempat Abang disisi Sayang."
"Sebab Dia yang terbaik untukKu!"
Dia menamparku lagi sekali. Kebas kurasa pipi kanan ku.
"Kau memang cari mati!"
"Kurung dia, jangan beri makan walaupun sedikit!"
"Baik Boss."
Mereka berpaling meninggalkan aku terikat disana.
"Zarul."
Zarul berhenti melangkah, dan menoleh kearahku.
"KAU BUKAN KESALAHAN BAGIKU TETAPI KAU ADALAH SEBUAH PELAJARAN UNTUKKU. TERIMA KASIH TELAH MENGAJARI AKU UNTUK TIDAK MUDAH JATUH."
Mukanya berubah murung. Lalu berkata
" Aku akan seksa kau sampai kau Mati."
Lalu berjalan terus dan tak menoleh lagi kebelakang. Lampu dibiarkan menyala. Pintu gudang di tutup rapat.
Aku menangis semahunya.
"Kau bunuhlah Aku, Aku dah tak sanggup dengan semua ni!"
Zarul memberitahu anak buahnya untuk berkawal disini.
"Malam ni malam perkahwinanku."
"Aku akan datang semula."
"Baik Boss."

Selepas berbincang dengan pegawai polis Shah. Kami bertiga menghantar Farrel ke Butiknya semula.
"Terima kasil Zaril."
"Malam ni malam perkahwinan Zarul."
"Jumpa disana." Zaril berkata setelah pama mendiamkan diri.
"Baik."
Mereka pulang dengan muka kusut. Zalina telah memaklumkan kehilangan Carissa kepada Ayah dan Umienya sewaktu mereka masih di Hospital.
Sesampai di rumah, Zaril dusuk dengan menekup muka dengan kedua telapak tangannya. Ayah datang menghampiri Zaril.
"Angah." Zaril mengangkat mukanya.
Ayah melihat ada air mata di pipi anak terunanya. Zaril membuka kasar cermin matanya dan mencampak ke atas meja.
"Angah kita serahkan pada polis, biar mereka mepakukan kerja mereka."
"Ayah akan memohon pertolongan dari anak buah Ayah."
"Berdoa padaNya agar Carissa selamat kembali."
"Baik Yah."
"Pergi mandi, Malam ni kita mesti kemajlis perkahwinan anak TanSri Ariffin."
"Kita buat seperti biasa agar tak terhidu tentang kehilangan Rissa."
Zaril menganggukkan kepalanya.

Majlis perkahwinan Zarul dan Melissa.
Dari jauh Zarul melihat Zaril dengan familynya.
"Kenapa dia datang sedangkan Carissa dalam tahananku."
Tengku melambaikan tangan kepada TanSri Ariffin. Mereka berjabat tangan.
"Jemput Tengku."
"Terima kasih."
Mereka masuk kedalam dewan menjamu selera. Acara dimulai.
Selesai perkahwinan Zaril melihat Zarul seperti orang gelisah. Seperti ada yang disorokkan.
Zaril melihat Melissa yang mengenakan Busana pengantin yang dibuat oleh Carissa.
"Heh, Dhia tetap cantik. pakailah apa saja dia tentu cantik." Hati Zaril berkutik.
" Ril jom kita pulang."
"Hmm."
Kami berjalan didepan pengantin baru..
"Selamat pengantin baru, Zarul."
"Terima kasih Tengku."
"Bakal menantu Tengku tak datang."
Zaril mendengar pertanyaan Zarul. Amarahnya memuncak. Tengku Zamri melihat perubahan anaknya.
"Dia tak datang."
"Penat."
"Ok pengantin baru. kami gerak dulu."
"Baik Tengku terima kasih."

Dalam perjalanan balik semua senyap.
"Angah, Ayah rasa Zarul ada kena mengena dengan kehilangan Rissa". Tengku Zamri memecah kesunyian.
"Kita tiada bukti Yah untuk menuduh Zarul."
"Hmm."
Tengku Zamri diam. Otaknya berfikir. Dia mengeluarkan handphonenya dan mendail seseorang.
"Selamat malam."
"Chris, tolong perhatikan Zarul anak TanSri Ariffin."
"Saya rasa dia ada kaitan dengan kehilangan Carissa."
"Baiklah. inform jika ada perkembangan."
Tengku Zamri memutuskan panggilan.
"Abang call Chris ke?"
"Haah, Abang minta tolong dia untuk mencari dimana Carissa."
"Semoga Rissa tak apa apa ye Bang."
"Hmm." Sambil menganggukkan kepalanya.

Zarul dan Melissa pulang kerumah berdua.
Sampai di perkarangan murah Zarul berkata
"Awak masuk dulu. saya nak jumpa kawan saya untuk meraikan pernikahan saya."
"Sayang jangan lambat balik tau. Baby tunggu sayang." Bisik Melissa ditelinga Zarul.
Melissa mengucup pipi Zarul. Zarul hanya membiarkan. Dalak fikirannya sekarang adalah Dhia Carissa.
Melissa membuka pintu kereta, dan keluar dari perut kereta. Dia melambaikan tangannya pada Zarul.
"Kau takkan dapat oepas dari genggaman ku Zarul."
"Kau dah kalah Carissa." Melissa ketawa kemenangan. Dia menapak masuk kerumah terus masuk kebilik Zarul dan membersihkan diri.
Dia memilih pakaian yang membuatkan Zarul jatuh kepelukannya malam ni.

Zarul memakirkan keretanya di sebelah Van putih anak buahnya agar tiada yang mengesyaki.
"Macam mana."
"Kami buat macam yang boss suruh lakukan."
"Bagus. Jom ikut aku."

Tidak jauh dari gudang, Chris yang menaiki kereta Myvi kuning memerhatikan gelagat Zarul dan anak buahnya.
Dia mengeluarkan Handphonenya dan mengambil gambar gudang tersebut, Lalu beredar dari sana.
Chris menghantar gambar tadi di aplikasi whatsapp Tengku Zamri.
Tengku Zamri membalas bertanyakan dimanakah letaknya gudang tersebut.
Chris menaip sesuatu di telefonnya lalu menghantar kepada Tengku Zamri.
"Terima kasih." jawab Tengku Zamri.
Dia menerima gambar transaksi yang dilakukan Tengku Zamri kepadanya.
Chris senyum Dalam satu malam dia menerima transaksi sebanyak RM5k. Chris memandu keretanya didalam kelam malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience