BAN 12: DIBAWA LARI

Other Completed 14322

3 bulan berlalu. Akhirnya waktu perkahwinan Zarul dan Melissa akan berlangsung esok.
Zaril menyerahkan padaku Kad jemputan yang tertulis nama Zarul dan Melissa.
Umie mendekatiku.
"Tak payah sedih."
"Rissa harus datang ke majlis perkahwinan ni dengan kami semua."
"Rissa kan sebahagian dari Family ni juga."
"Dhia, Ril ada jumpa dengan Farrel tadi." Zaril berkata padaku.
"Apa Farrel cakap."
"Farrel nak jumpa Dhia, nak menyerahkan sejumlah wang hasil jualan Busana pengantin pertama yang Dhia jahit."
"Farrel cakap baju tu dah dibeli 5 hari lepas oleh seseorang."
"Petang ni Ril akan bawa Dhi jumpa Farrel."
"Baiklah."

Zaril menghantarku ke Butik Farrel.
"Dhia tunggu Ril di sini ya."
"Nanti Ril datang semula."
"Nah ni untuk Dhia." Zaril menghulurkan IPhone 12 kepada ku.
"Apa ni Ril?"
"Dah lama Ril belikan untuk Dhia, tapi tak berkesempatan untuk memberi Dhia."
Zaril tersengih.
Aku mengambil Iphone yang dihulurkan Zaril kepada ku.
"Terima kasih Ril. Dhia ada duit Dhia ganti semula."
Zaril menggelengkan kepalanya.
"Tak payah anggap hadiah Ril untuk Dhia sebab dah jaga Umie dan Ayah sepanjang kami bekerja."
Aku keluar melambaikan tangan pada Zaril. Kereta Zaril berlalu meninggalkan aku dikaki lima butik.
Aku menekan punat lonceng ditepi pintu masuk.
Farrel keluar dan mendapati aku di pintu. Dia menekan pin dan pintu terbuka.
"Carissa.. Rindu aku nyah kat kau."
"Aku pun rindu sangat kat kau."
"Kau apa Khabar nyah, Sihat?"
"Aku sihat lah."
Farrel membawa ku masuk kedalam butik kami berbual bersepang dengan tawa.

DiLuar parking kereta, Zarul melihat Carissa masuk ke butik Farrel.
"Carissa buat apa ke butik Farrel?"
"Mungkinkah dia nak kahwin?"
"Tak. Aku takkan benar!"
Zarul menghentak stereng keretanya. Dia mengeluarkan telefon dan mendail seseorang.
"Aku nak kau lakukan sesuatu."
" Aku nak kau Culik wanita yang ada didalam butik pengantin Farrel RayQarl."
"Bawa dan sembunyikan dia."
"Aku aoan hubungi kau nanti."
"Pembayaran jangan risau. selesai kerja kau, aku transfer duitnya."
Zarul memutuskan panggilan.
"Hari ni kalau aku tak dapatkan kau cara halus, aku akan buat cara paksa."

Setengah jam kemudian, Aku dan Farrel keluar dari butik untuk ke bank yang berada di bangunan sebelah.
Farrel memberitahu pembantunya agar menjaga kedai.
Tak lama lepas tu, Van putih berhenti di hadapan kami yang ingin melintasi jalan. Pintu penumpang dibelakang teebuka dan keluar 3 orang dengan topeng menghampiri kami.
"Seorang dari mereka memukul Farrel hingga lebam dan tak sedarkan diri. Aku diangkat oleh 2 orang dan memasukkanku ke dalam Van. Van meluncur laju meninggalkan Farrel yang dikerumun oleh orang ramai.

"Kalian siapa?"
Penculik hanya ketawa mendengar pertanyaan ku.
"Aku tak pernah berurusan dengan sesiapa. Kenapa kalian hendak menculikku."
"Ya kau tak pernah berurusan dengan sesiapa. Tapi kau pernah berurusan dengan Boss kami."
"Siapa Boss kalian."
"Diam."
Mulut daj hidungku ditutup dengan kain. Pandanganku mula kabur dan aku mula hilang penglihatan dan pengsan tak sedarkan diri..

Illa masuk keruangan Zaril dengan air mata berlinangan dijelopak matanya.
"Illa ada apa ni?" Zaril bertanya. Dia seperti terhidu ada perkara yang berlaku sehingga membuatkan adiknya menangis.
"Tuan, saya mendapat panggilan dari pihak hospital." Zaril menunggu lanjutan dari adiknya.
"Kawan tuan Farrel dirompak, di tepi jalan menuju Bank Islam dihujung sana."
Zaril kaku. mendengar penjelasan Illa.
"Jadi?"
"Farrel dikejarkan ke hospital, Tapi.."
"Tapi apa Illa."
"Kak Rissa tak ditemui." Illa menangis teresak didepan Zaril.
Zaril berdiri, mengambil kunci kereta menuju keluar pejabat.
"Tuan, Illa ikut."
Illa berlari mendapatkan begnya. Mengejar Zaril dari belakang.
Di Hospital.
Zaril dan Illa menuju ke kaunter dan bertanya bilik yang menempatkan Farrel.
Jururawat menunjukkan bilik Farrel. Zaril masuk dan melihat Farrel yang duduk dibirai katil.
"Farrel."
"Mana Dhia."
Farrel melihat Zaril didepannya. Farrel menggelengkan kepalanya.
"Macam mana jadi macam ni Farrel.?"
Illa perasan ada air yang bertakung di kelopak mata Angahnya.
"Angah sabar ye. Kita sama sama cari Kak Rissa sampai jumpa." Illa memegang kedua bahu Angahnya.
Dr Zalina muncul di balik pintu, apabila Jururawat tadi memberitahunya Adiknya ada didalam ward seseorang.

"Angah, Adik. Kenapa ni?"
Zaril berdiri memeluk Zalina. Dia tak kisah jika terlihat lemah didepan kak Long nya.
"Long, Dhia Long."
"Kenapa dengan Carissa."
"Dhia hilang tanpa jejak."
"Apa!" Zalina melepaskan pelukan Zaril.
"Bila."
"Kenapa tak report Polis."
"Polis akan datang sekajap pagi Dr untuk ambil keterangan." Farrel berkata selepas lama mendiamkan diri.
"Macam mana sampai jadi macam ni."
Farrel menceritakan kejadian tadi kepada Zaril,Zalina dan Illa.
"Awak ingat no pendaftaran Van tu?"
"Tak."

GUDANG MINUMAN DIHUJUNG BANDAR.
Carissa di ikat disalah satu tiang yang ada di gudang tersebut.
Mereka meninggalkan Carissa didalam gudang dan menutup pintu gudang. Mereka menunggu seseorang datang dan melihat tebusan.
Honda City Biru berhenti disebelah Van dan pemandu keluar mendapatkan mereka.
"Dah dapat?"
"Dah Boss, kat dalam."
"Ikut aku." Pinta Zarul pada anak buahnya.
Zarul melihat tubuh Carissa diikat ditiang tengah tengah gudang.
"Bagus."
"Simbah dia dengan air, Aku nak berbicara dengannya."
"Baik boss." Salah seorang dari mereka mengambil air didalam baldi. lalu menyimbah Carissa.

Aku tersedar selepas disimbah dengan air sejuk macam ais.
Aku melihat sekelilingku. Gelap tanpa cahaya.
"Sayang..."
"Kau siapa?" Ikatan di tubuhku sangat ketat.
Aku meronta minta dilepaskan.
"Pasang Lampu."
"Baik boss."
Lampu dipasang. Jelas dimataku, dihadapan ku sekarang adalah Zarul.
Aku terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience