BAB 10: PENERIMAAN

Other Completed 14322

Aku tersedar dari lenaku. Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Perit tekak ku nak minum. Aku melihat sekelilingku. Aku melihat, dalam samar lampu, Zaril duduk disisiku. kepalanya dilentokkan kesisi kiri. Aku melihat Illa duduk disofa dihadapan meja. Aku bergerak sikit untuk aku duduk.
Tangan ku terkena hujung meja didepan ku..
"Auchh!"
"Aduhhh..."
Zaril terjaga melihat aku mengenggam pergelangan tanganku.
"Dhia?"
Zaril mengambil kacamatanya di meja. menyarungkan di kedua belah telinganya. Dia melihat kelakuan ku.. Dia bangun dan membantu ku untuk duduk. Illa disofa depan bangun dan menggosok matanya.
"Maaf Illa, Kak Rissa ganggu tidur Illa."
"Takpe Kak Rissa. Kak Rissa kenapa ni?"
"Hmm Dhia kenapa ni?"
"Dhia nak minum sikit. Tekak Dhia perit, mungkin lepas muntah tadi."
Aku menunduk, dengan perasaan bersalah.
"Takpe kak, biar Illa bancuhkan air coklat untuk akak."
"Terima kasih Illa." Ujarku.
Illa tersenyum bingkas dari sofa dan pergi ke ruang dapur.
"Bak sini Ril tengok."
Zaril menghulurkan tangannya yang dilapisi sapu tangan dan meminta agar aku menghulurkan tangan. Aku menghulurkan tanganku perlahan. Dia melihat bengkak di tanganku.
"Sakit ke?"
"Haah."
"Dhia tahan kejap, Ril kejutkan Along."
"Takpe, Jangan ganggu Dr Zalina."
"Dhia ok. Esok pagi ok lah tangan Dhia ni."
"Ker Dhia nak Ril yang urutkan?"
"Angahhh.."
Illa bersuara dari dapur.
"Angah jangalah suka menyekat Kak Rissa tu."
Zaril ketawa.
"Yelah."
"Nah Kak Rissa." Illa menghulurkan mug kepada aku dan Zaril.
"Terima kasih Illa. Aku ingin menyambut mug ditangan Illa, tapi dengan cepat Zaril menyambutnya.

"Ril.." Selepas semua diam menikmati air coklat yang dibancuh Illa.
Zaril dan Illa menatapku serentak.
"Kenapa Dhia."
"Siapa Illa dan Dr Zalina pada Ril."
Zaril senyum, akhirnya keluar juga pertanyaan yang ditunggu Zaril dari mulut ku.
"Sebenarnya Dr Zalina Kakak Sulung Ril, dan Illa Adik Ril."
"Sebenarnya Illa hanya bekerja sementara dengan Ril. Illa juga seorang Peguam macam Ril. Tapi sebelum jadi Peguam, Illa harus belajar semuanya dari bawah."
"Jadi Ril ambik Illa jadi kerani Ril selama 5 tahun ni."
"InsyaAllah, bulan depan Illa akan rasmi menjadi seorang peguam bela seperti Ril.
"Tahniah Illa.." Aku bersuara selepas mendengar kata kata Zaril.
"Terima kasih Kak Rissa."
"Along, Dhia tahu kan dia seorang doktor."
"Hmmm..."
"Ril nak tanya Dhia?"
"Apa Ril nak tahu tentang Dhia."
"Semua."
"Selepas Tamat tingkatan 5 Dhia sambung ke mana?"
"Dhia tak sambung dimana²."
"Dhia kerja disalah satu Butik pengantin milik kawan sekolah kita, Farrel."
"Oo Farrel RayQarl kan."
"Hmm."
"Dhia kerja dengannya dari umur Dhia 19 tahun."
"Dari 0 sehinggalah Dhia pandai mereka dan menjahit busana pengantin sendiri."
"Lumayan juga lah gaji yang diberikan Farrel."
"Dhia hanya seorang Disigner pakaian pengantin."
"Sehingga Dhia bertemu Zarul."
"Dhia bernikah dengan Zarul pada umur 24 tahun. Setahun lebih rumah tangga bahagia."
"Sehingga muncul Gadis bernama Melissa."
"Dhia digantung tanpa tali."
"Dhia tak kisah. Dhia kerja kumpul duit untuk buka butik sendiri, Siang malam bersengkang mata."
"Sampai masa Dhia melahirkan."
"Melahirkan tanpa suami disisi."
"Nasib ada Farrel yang mengurus keluar dan masuk Ward."
"Dhia melahirkan secara Czer. Anak Dhia, Dhia beri nama Dhia Qalisya."
"Sampai umurnya 3 tahun, TanSri Ariffin mengambil Qalisya."
"Dhia menentang, Dhia lawan menggunakan Peguam atas saranan Farrel."
"Akhirnya Dhia menang atas hak Menjaga Qalisya."
"Dhia sangka dah selesai, Rupanya TanSri berpakat dengan Papa nak jatuhkan Dhia. Sampai Satu malam tu, TanSri call menyatakan yang Zarul ditimpa kemalangan di salah satu kelab malam di bandar."
"Dhia bergegas pergi ketempat tu. tup tup Muka Dhia diserkup dengan saputangan lepas tu dia tak ingat. Dhia buka mata Dhia nampak pemabuk mati kena tikam dan pisau tu di tangan Dhia."
Dhia ditangkap, dibicara walaupun Dhia benar. Tapi Dhia tetap salah dimata Hakim."
"Sebab Dhia tak de bukti."
Aku menunduk, mataku berkaca menceritakan kebenaran yang terbuku di hati..

Illa datang kesebelah ku memeluk bahuku.
"Kak Rissa sabar ye. Kebenaran akan terungkap jua akhirnya nanti."
"Hmm betul tu."
Kami menoleh ke sisi kanan, melihat Dr Zalina muncul dibalik pintu bilik yang terbuka.
"Maaf sebab mengganggu tidur Dr."
Zalina datang kesebelahku. melabuhkan punggungnya disebelah kiri ku. Zaril berpindah duduk di sofa berhadapan kami bertiga.
"Tak payah panggil Dr."
"Panggil kak Long je."
"Tak lama pagi Carissa akan jadi sebahagian dari kami jugak kan."
Aku hanya menunduk.
"Kak, Carissa hanya seorang Janda. Bekas banduan."
"Carissa tak nak Kak Long dan yang lain terkena tempiasnya."
"Salah ke seorang wanita yang berstatus Janda anak satu."
Zaril mencela. Mendengar dari suaranya, Aku tahu dia tak terima jawapan aku.
Betul Zaril cakap tu. Kak Long pun Janda anak satu. Kat dalam tu Anak kak Long dengan Suami kak Long sekarang."
"Dhia, takde Seorang wanita yang sempurna didunia ni. begitu juga sebaliknya." Zaril menyampuk.
"Zaril tak nak kehilangan Dhia kali kedua."
"Kalau boley esok pu n Zaril boleh nikahi Dhia."
"Tapi sapa lah Zaril ni kan. Nak dibandingkan dengan Zarul tu."
Suara Zaril seperti orang berjauh hati.
"Ril Dhia dapat terima Ril. Tapi Ayah dan Umie Ril dapat ke terima Dhia?"
"Hah!!!"
"Cakap pasal ayah dan Umie mereka akan sampai esok kesini. Nak melihat bakal menantu perempuan mereka."
Zalina bersuara dalam nada gembira.
"Betulke ni Along?" Tanya Zaril.
"Tapi..."
"Dhia jangan takut. Ayah dan Umie dah tahu perkara sebenar. Kak Long selalu bercerita dengan Ayah dan Umie tentang cekalnya Dhia menanggung dosa yang dibuat oleh orang lain."
"Jadi selama ni yang Along banggakan tu Dhia lah."
"Yup."
"Kak Long, Carissa masih dalam Iddah dan Carissa takde sesiapa dah. Papa dan Mama singkirkan Dhia dari keluarga Dato Tarmizi."
"Tak pe sekarang Carissa dah ada family baru."

"Mumy, Mumy."
Budak lelaki dalam lingkungan tiga tahun datang ke tempat kami.
"Eh anak mumy dah bangun? Awalnya anak mumy bangun ni."
"Sini sayang duduk dengan Mumy."
"Mok." dengan aksi gelengan kepala.
"Taknak kat mumy meh kat Maksu."
"Emmok." jari telunjuk digerakkan kekiri dan kekanan.
"Meh sini Ucuk PakNgah. Duk sini dengan PakNgah. Meh." Zaril menepuk nepuk sofa disebelahnya.
"Emmok." Dengan jelingan manja dan senyuman comel.
"Hermm dah datang dah kerenah si BomBom ni."
Illa menggelengkan kepala nya.
Aku melihat kecomelan anak lelaki Kak Long.. Aku mencuba nasib melambaikan tangan padanya.
"Meh sini sayang duduk sebelah Aunty?"
Budak kecik berlari mendapatkanku dan memelukku.
Ya Allah lepas rindu memeluk seorang anak walaupun bukan anak kandung ku.
Zaril, Illa dan Zalina berpandangan melihat keletah BomBom.
Aku menahan airmata ku yang bila bila masa jatuh ke pipi..
"Manjanya dia. Kenapa tak nak kat mumy sayang."
Budak kecik tadi menggelengkan kepalanya tanda protes.
"Hmm takpe Mumy dan Maksu jalan lah. Mumy tak nak bawak BomBom." BomBom senyum dan melambaikan tangannya pada Mumy dan MakSunya.
"Paii Paiii."
Zaril ketawa melihat keletah anak kecil tu. Aku turut tersenyum.
"Dah Dah jangan ganggu Aunty. meh sini ikut Mumy, Mumy buatkan susu."
"Emmok."
"BomBom, Aunty nak rehat tu. Jom ikut Mummy."
"Emmok."
BomBom memelukku erat.
"Ya Allah budak bertuah ni.. Nak Mumy pukul."
"Takpe kak. Carissa ok ni."
"BomBom nak susu, pergi ambik dulu ye sayang. lepas tu baru datang jumpa Aunty kat sini."
Dia berlari mengejar Kak Long kebilik.
Aku hanya tersenyum. Ya Allah hangatnya rasa dapat memeluk insan yang bernama anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience