BAB 20: PERTEMUAN UNTUK KEMAAFAN

Other Completed 14394

Zarul membawa anak tunggalnya untuk tinggal bersamanya diSabah.
"Papa kita nak pergi mana Papa?"
"Papa nak bawa Dhia tinggal dengan Papa."
"Papa akan kenalkan Dhia dengan Umie nanti."
"Yeayyy Dhia dapat Umie baru." Zarul melihat kegembiraan Dhia Qalisya bila mendapat tahu tentang Ibu tirinya.
"InsyaAllah Umie akan jaga Dhia nanti disana."

TanSri Ariffin masuk kebilik Zarul.
"Rul, betul ke Rul nak bawa Dhia tinggal dengan Rul?"
"Rul tak kesiankan Papa dan Mama ke?" Tanya TanSri Ariffin.
"Pa Dhia anak Rul, Rul akan jaga dan sayang Dhia sepertimana Ibunya sayang Dhia dulu.
"Kenapa Rul tak berbincang dengan Papa tentang Aset Rul disyarikat sekarang. Kenapa Rul bagi semua kepada Melissa?"
"Pa Rul dah tahu dari dulu lagi yang Lissa hanya nakkan semua tu. Rul tak ada pilihan."
"Pa Rul harap Papa dan Mama terima semua takdir ni. Pintu taubat masih terbuka Pa."
"Jumpalah Carissa mohon kemaafan atas apa yang terjadi dulu."
"Rul tahu Carissa seorang yang tak menyompan dendam."
"Tak! Papa tak nak menjilat ludah yang papa dah buang."
"Pa ingat satu je, Umur kita makin meningkat bukan bermaksud Papa akan sentiasa muda, tetapi makin meningkat usia kita, makin kurang Usia yang kita ada."
"Ingat itu Pa. Oh ya minggu depan ni Rul nak kenalkan bakal isteri Rul pada Papa dan Mama."
"Jumpa Rul di butik DC Busana Muslimah."
"Rul harap Papa terima selepas 2 kali perkahwinan Rul gagal."

Selang seminggu Zarul berada disini, dia mencari keberadaan butik yang dimaksudkan oleh Melissa.
"Abang cari kedai apa kan?" Ujar Suzana kepada Zarul.
Suzana gadis Sabah yang Zarul temui sebulan yang lepas, selepas dia balik dari Offshore.
Suzana bekerja sebagai Akauntan disalah satu Bank diSabah..
"Abang cari Butik DC."
"Tapi kenapa?"
"Abang nak bawak Su jumpa seseorang."
"Eh pelik pelik jua Abang ani."
Berdiri didepan pintu Butik DC Busana Muslimah. Melihat kelibat seorang wanita bershawl dari arah dalam, Dhia Qalisya memanggilnya.
"Ibu!!!" Teriakan Dhia dari arah luar dalam esak tangis kerinduan.
Aku menoleh ke pintu melihat Puteri ku berdiri diluar. Airmata ku mengalir dengan pantas aku membuka pintu.
"Dhia.. Anak Ibu."
Dhia berlari dan memelukku.
"Ibu.. Maafkan Dhia Ibu."
"Puteri Ibu tak salah yang salah Ibu siasiakan Dhia waktu kecik dulu." Aku menangis dalam dakapan Dhia Qalisya.
"Rissa." Panggil Zarul.
Perasaan takutku padanya sejak kejadian yang menimpa aku dulu semakin menjadi.
"Rissa Abang kenalkan bakal isteri Abang. Suzana."
"Aku berdiri mendapatkan Suzana."
"Assalammualaikum Kak." Dengan gugup Suzana berkata.
"Waalaikumsalam, eh jemputlah. Maaf Su Butik semak sikit baru bukak."
"Nda apa kak. Biasa ja ni."
Aku menjemput mereka masuk kebutik ku. Aku melihat anakku yang menjangkau umur 8 tahun.
Tanpa ku sedar, ada yang memerhatikan tingkah ku di bangunan seberang jalan.

Zaril melihat, Zarul dan anaknya masuk kedalam butik isterinya.
"Apa lagi yang Zarul nak lakukan."
"Kenapa Dhia ajak mereka masuk."
"Atau mungkin ada benda yang Aku tak tahu."
"Tengok apa tu."
Zaril menoleh kearah suara wanita yang tak jauh dari tempatnya berdiri.
Dengan amarah yang masih bersisa Zaril berkata.
"Kau takde kena mengena dalam hal ni."
"Sapa cakap aku takde kena mengena dalam hal ni."
Melissa menghampiri Zaril.
"Sebabkan isteri kau menggoda Zarul, Zarul menceraikan aku seminggu yang lalu." Tipu Melissa.
"Kau jangan nak fitnah isteri aku!" Balasnya Kasar.
"Aku tak fitnah benda dah jadi depan mata kau. Jadi kau fikirlah sendiri." Ucap Melissa sambil berlalu meninggalkan Zaril dalam amarah yang membuak.
Zaril menggenggam penumbuknya lalu meninggalkan butik isterinya. Niatnya untuk membawa isterinya makan tengah hari terhapus dari fikirannyam

Aku ralit mendengar cerita Dhia.
"Ibu, Dhia nak dapat Umie baru Ibu."
"Ooh iye ke." pura pura terkejut.
"Tapi Dhia ingat, sekarang Dhia pun dah ada Abi baru."
"Yeayyy. Dhia dah ada Ibu, Umie dan Papa sekarang Dhia ada Abi lagi." Sambil bersorak.
"Dhia, Dhia main kat sana ya. Papa dan Umie nak berborak dengan Ibu kejap."
"Ok Papa."
"Siti.." Panggil ku.
"Ye kak?"
"Bawak Dhia bermain ditingkat atas yer."
"Ok kak beres."
Aku kembali memandang 2 orang yang berada didepan ku.
"Su Abang nak kenalkan ni Rissa, Dhia Carissa Ibu kepada anak Abang." Zarul menunduk memberitahu Suzana.
"Jadi Anilah ni Kak Rissa yang Abang bagitau hari tu."
"Haah."
Aku hanya mampu tersenyum melihat perubahan muka Zarul dan Suzana.
"Su, Akak dan Abang Zarul dah lama berpisah. Jodoh kami memang tak panjang."
"Su jangan risau, Akak pun dah bersuami." jelasku pada mereka.
"Nda bah Kak. Su berpikir apa lagi yang Abang cari, sedangkan Su meliat kaka pun sudah cukup membuatkan Su terpesona."
"Itu dinamakan Jodoh dan pertemuan ditangan Tuhan." Suzanan mengganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Rissa, sebenarnya Abang kesini nak minta maaf atas perbuatan abang yang dulu." Ucap Zarul dalam linangan airmata.
"Abang, Rissa dah lupakan semua tu. Anggap je itu semua kisah silam."
"Rissa dah maafkan Abang dunia akhirat."
"Terima kasih Rissa."
"Jadi bila nak berlansung ni?" Tanyaku.
Su menunduk malu malu.
"InsyaAllah awal bulan depan."
"Tapi bukan kat sini Rissa?"
"Jadi dimana?"
"Aku akan berpindah ke Sabah minggu depan. Abang dah dapat pekerjaan disana."
"Abang dah tak kerja kat Syarikat Papa Abang ke?"
"Tak. dah sebulan lebih sejak kejadian malam tu Abang pergi ke Sabah dan bekerja disana.
"Abang akan bawa Dhia sekali pindah kesana."
"Su jaga permata Akak macam anak Su sendiri ya?"
"Baik kak. Su janji."
"Rissa Abang nak Rissa yang jahitkan baju nikah Abang dan Su. Boley ke?"
"Dengan senang hati, Boleh."
"Kejap Rissa ambik buku catatan Rissa dulu."

Perbualan kami sepanjang 1 jam.
"Kalau dah siap nanti Rissa akan hubungi Abang dan Su."
"Boleh kak. mudahan siap dalam masa terdekat ni." Kata Suzana.
"InsyaAllah." Balasku.
"Pembayaran macam mana tu kak."
"Pembayaran pendahuluan 20persen. Transfer je ke akaun akak. Ni no phone akak, nanti hubungi akak jika nak buat pembayaran."
"Ok kak."

Mereka pulang dengan senang hati.
Tetapi hatiku sekarang hanya Allah yang tahu.
Berat hati melepaskan permata hati yang selama ni aku rindui.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience