BAB 16: HILANG TANPA JEJAK

Other Completed 14322

Melissa bangun pagi ni melihat Zarul tiada disebelahnya. Semalaman dia menunggu Zarul yang tidak muncul.
"Kemanakah dia?"
Melissa mencapai telefonnya diatas meja disisi katil dan mendail Zarul.
"Tiada Jawapan. Kemana dia milenghilang."
"Mungkinkah Dia menemui Jandanya?"
Melissa naik hantu. Bangkit dari katil dan pergi ke kamar mandi.
Selesai memakai alat solek, Melissa turun mendapatkan Papa dan Mama Mertuanya.
"Macam mana semalam, adakah Zarul masih bersikap dingin dengan Mu?" Ujar Mama mertuanya.
"Ma, Abang Zarul tak balik dari semalam."
"Dia memeberitahuku yang dia ingin bertemu kawannya untuk meraikan perkahwinan kami."
"Papa call dia."
TanSri Ariffin menelefon Zarul namun tidak bersambung.
"Kemana Zarul ni. Nak buat hal lagi ke apa budak ni?"
"Mungkin dia bertemu wanita itu Pa." Ujar Melissa.
"Tak mungkin Zarul bertemu dengannya semalam."
"Mungkin kita tak tahu kan." Kata Melissa.
"Pa, kalau Abang Zarul betul dah takde hati pada Dhia Carissa, kenapa dia sanggup membeli Busana perkahwinan yang dijahit oleh Carissa sendiri dengan harga RM15K."
"What!" TanSri Ariffin terkejut mendengar harga busana pengantin yang dipakai oleh mereka semalam.
"Abang memang tak dapat disangkal harga Busana tu. Ramai Rakan rakan kita cakap, Busana ti terlalu cantik dan halus jahitannya."
"Hmm betul juga apa Mama cakap. Berbaloi dengan harga RM15k. Sebab tiada cacatnya di busana semalam." Ujar TanSri Ariffin mengiyakan kata Isterinya.
"Pa sekarang ni, Lissa tengah risaukan Abang Zarul. kemana dia."

Sedang berbicara dimeja makan, Orang gaji TanSri Ariffin datang dari arah ruang tamu rumah.
"TanSri ada 3 orang pegawai polis sedang menunggu TanSri diruang Tamu."
Semua mata tertumpu kepada Tuti.
"Mereka nak apa Tuti." Tanya TanSr Ariffin.
"Tak tau TanSri, Katanya Mahu mencari Encik Zarul."
TanSri Ariffin serta isterinya bangun dari meja makan, dan berjalan menuju ruang tamu. Diikuti oleh Melissa.
"Selamat pagi TanSri." Shah menghulur tangan berjabat dengan TanSri.
"Selamat pagi."
"Ada apa kalian datang pagi² ni."
"Macam ni TanSri, Maaf jika mengganggu TanSri dan PuanSri sarapan pagi, Kami kesini untuk menahan Encik Zarul atas kes penculikan Cik Puan Dhia Carissa Dato Tarmizi semalam."
TanSri Ariffin terkejut mendengar patah kata yang keluar dari mulut pegawai polis didepannya.
"Mungkin kamu salah. Tak mungkin Zarul yang melakukan."
"Kami tak salah TanSri, ini bukti kereta Encik Zarul ada di tempat kejadian."
TanSri Ariffin diam tak terkata melihat bukti didepan mata.
"Kami ada waran untuk menggeledah rumah TanSri."
"Koperal, geledah rumah ni."
"Baik Tuan."

Kedua anggota turun dari tingkat atas dan tidak menemui Zarul.
"TanSri Kami berharap jika Encik Zarul pulang nanti, segera TanSri hubungi kami."
"Kami pergi dulu."Shah dan 2 pegawainya meninggalkan rumah TanSri Ariffin."
"Anak tak sesar diuntung."
"Kenapa lagi dia nak berjumpa perempuan jalang tu!"
"Betulkan Pa tekaan Lissa. Abang Zarul bertemu dengan Carissa."
"Bukan bertemu tetapi awak sendiri dengar tadi Zarul menculik."
"Tapi Lissa rasa, bukan Abang Zarul yang culik Rissa tetapi mereka bertemu secara sembunyi, dan apabila ketahuan oleh Zaril, Rissa cakaplah yang Zarul mwnculik dia." Kata Melissa, cuba meracun fikiran TanSri Ariffin.
"Mungkin betul kata Lissa. Ini semua adalah tipu muslihat wanita jalang tu."
Melissa teesenyum hatinya berkata.
"BODOHNYA ORANG TUA NI. SENANG SANGAT AKU MANFAATKAN.

Zarul mundar mandir didalam Rumah Inap yang disewa nya dari semalam.
"Macam mana aku nak keluar dari sini. Aku sekarang menjadi burunan polis."
"Aku harus keluar dari negeri ni."
"Tapi bagaimana?"
Dia mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluarnya. Lalu mendail seseorang.
Panggilannya disambut.
"Aku nak Kau bawa Aku keluar dari negeri ni. Aku tak kisah pergi mana."
"Hari ni juga!"
"Faham!"
Dia memutuskan panggilan.
Dia menggepalkan penumbuknya.
"Kau lepas semalam Rissa dari Abang tapi satu hari Abang takkan biarkan Rissa terlepas lagi."

Telefon Zarul berdering, Dia melihat Melissa menghubunginya. Dia membiarkan panggilan tanpa jawapan.
"Aku taknak kahwin dengan Kau. Tapi sebabkan Kau, Aku terpaksa melepaskan Rissa."
"Heehm, Kau ingat dengan kecantikan yang kau ada, Kau boleh kalahkan Rissa."
"Rissa Abang akan dapatkan Rissa semula."

3 hari berlalu, Zarul berjaya keluar dari Labuan dan pergi ke Sabah. DiSabah Zarul menumpang tinggal dirumah sahabatnya, Alan.
Zarul memberitahu Alan yang dia ada krisis dengan keluarganya dan lari dari mereka. Alan percaya kata kata Zarul.
"Rul, kau kerja dengan aku nak."
"Kerja sebagai apa?"
"Kerja Laut. Company Aku sekarang sedang mencari pekerja."
"Kau nak?"
"Aku takde pengalaman lah Alan."
"Kau sendiri tahu dari dulu kerjaku hanya memegang pen je."
"Kau akan diajar dulu. selama 6 bulan kau dalam perhatian sebelum kau kena serap jadi pekerja tetap."
Zarul memikirkan kata kata Alan tadi.

Dirumah TanSri Ariffin.
Melissa pening memikirkan keberadaan suaminya sekarang. 4 hari hilang tanpa jejak.
Dia mencuba banyak kali menghubungi Zarul namun hampa.
"Pa kita buat laporan kehilangan Abang Zarul." Ujar Melissa kepada Papa Mertuanya.
"Tidak!. Papa takkan melaporkan kehilangan Zarul."
"Biar Dia menghilang dari Dia dimasukkan kedalam penjara atas kesalahan menculik dan percubaan merogol." Kata TanSri Ariffin.
"Tapi Pa."
"Lissa percaya cakap Papa dia akan menghubungi kita nanti."
Melissa tak mampu berkata bila TanSri Ariffin sudah memutuskan jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience