BAB 32: KEHADIRAN ORANG KETIGA

Other Completed 14322

Family jauh Tengku Zamri dan Tengku Nadia datang untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak bongsu mereka.
Semua berkumpul didalam Villa. Aku berjalan menuruni tangga menuju ke ruang dapur.
Semua sedang sibuk membuat persiapan. Bibik melihat aku turun dari tingkat atas.
"Puan Dhia nak minum? Bibik buatkan."
"Takpe Bik, Dhia boleh buat sendiri."
Bibik melihat aku sedang memerhatikan Zaril dengan seorang perempuan berambut perang yang memegang lengan suaminya.
"Tu Misha. Sepupu Tengku Zaril dari London."
Aku hanya mengangguk dan menuju kedalam dapur.
"Bik, Bibik buatkan Dhia bubur Jagung boleh. Dhia teringin nak makan."
"Boleh Puan Dhia. Nanti Bibik hantar ke bilik ye?"
"Terima kasih Bik."
"Hati hati Puan naik bawa air."
"Ok Bik."
Aku membawa mug berisi air Horlicks Panas menaiki tangga secara perlahan.

Megat Sepupu Zaril seorang pegawai Badan Beruniform melihat seorang gadis hamil naik ke tangga atas.
"Uncle, tu siapa?"
"Mana?"
"Tu yang naik tangga tu."
Tengku Zamri melihat kelibat Menantunya menaiki tangga. Dia melihat Zaril yang sibuk melayan Misha.
"Tu isteri Zaril."
Zaril menoleh melihat isterinya perlahan menaiki tangga.
"Sayang."
Zaril meemleraikan tangan Misha di lengannya dan berlalu mendapatkan Isterinya.
"Sayang meh Hubby tolong."
"Eh tak payah lah Dhia boleh." Jawab ku dalam nada sinis.
Sampai dibilik, Aku mepetakkan mug diatas meja santai di tengah ruangan bilik.
"Sayang kenapa ni? Ok ke tak."
"Dhia ok. Pergilah oat bawah, family Ayah dan Umie ramai datang. nanti apa mereka cakap."
"Sayang ikut abang sama."
"Dhia nak mandi."
Aku bangkit dari dudukku dan berlalu ke kamar mandi. Zaril kembali ke tempat Ayahnya.
"Mana Rissa?"
"Dhia taknak ikut serta penat dia cakap."
"Takpelah biarlah Rissa rehat dah sarat sangat."
Megat mendengar Nama yang disebut oleh PakLong nya dan Zaril.
"Sapa Dhia, Sapa Rissa?" Tanya Megat.
"Dhia dan Rissa orang yang sama." Kata Zaril dalam nada cemburu.
"Abang Zaril, jom bawa Misha jalan kat taman Aunty." Kata Misha dengan suara gedik.
Megat yang melihat hampir nak termuntah disana.

Aku selesai mandi dan mengeringkan rambut. Aku melihat telefonku diatas katil berdering. Aku melihat nama tertera screen Nelly. Aku senyum dan mengangkat panggilannya
"Hai Mak Buyung."
"Hmm. Hari ni aku nak ke rumah pengantin nak hantar Busana pernikahan."
"Oo ye ke?"
"Kau ok tak ni. Aku dengar suara macam lain je."
"Bawak aku jalan jalan nak."
"Ermm boleh juga. Aku ambik kau terus."
"Ok aku bersiap sekarang."
"Ok."

Nelly datang kerumah Tengku Zamri. Dia menekan lonceng dan Bibik muncul membuka pintu.
"Saya Nelly menghantar Busana pengantin."
"Kejap ya."
"Ok."
Farrel dan Illa keluar beriringan menuju kearah Nelly.
"Nell kau buat apa kat sini?"
"Aku hantar Busana Perkahwinan untuk korang khas dari butik Dhia dan Aku."
"Kak Ngah punya kejutan ni kebabommmm kata Illa."
Tengku Nadia mempelawa Nelly masuk.
"Takpe Tengku, Lagipun saya ada agenda lain lepas ni."
"Ni hasil jahitan Dhia sebelum ni. Memang Dhia simpan untuk Adik iparnya."
"Terima kasih Nelly sebab jaga menantu aunty selama Rissa Disini."
"Takpe Tengku. Err Dhia ada."
"Ada kejap Illa panggil."

Tok tok tok
"Masuk."
"Kak Ngah Wow cantiknya mak buyung ni."
Aku hanya senyum.
"Kenapa ni?"
"Nelly ada kat bawah."
"Ok." Aku mencapai handbag dan telefon diatas meja."
"Nell."
"Mak buyunggg."
Riuh dipintu utama mendengar suara Nell.
Zaril, Megat dan Mishabergegas melihat apa yang terjadi.
"Ayah, Umie Rissa keluar kejap ye.?"
"Baiklah jangan lewat balik ye."
Umie mengucup kedua pipi ku. dan berbisik
"Umie tahu Rissa makan hati dengan sikap Misha maafkan Umie."
"Takpe Umie."
"Kak Ngah nak kemana?"
"Kak Ngah nak jumpa Client besar."
"Makin maju bisnes kat sini ye?" Kata Farrel.
"Kak ipar sapa?" Sakat Illa.
"Bakal Biras sapa?" Kata Farrel pula.
"Menantu sapa?" Kata Tengku Zamri.
Aku dan Nelly ketawa.
Nelly memimpinku menuju ke kereta yang di parking diluar pagar rumah.
Zaril yang baru smpai kepintu depan melihat kelibat isterinya masuk kedalam kereta Seseorang.
Megat terpesona melihat Isteri sepupunya. Hatinya berkata Tanpa secalit alat makeup kau mampu membuat hatiku bergetaran.

Zaril masuk kedalam biliknya unyuk mengambil kunci kereta. Umie dan Zalina masuk kedalam biliknya dan berkata.
"Angah, Biarlah Rissa keluar sekejap mengurus hal hal yang boleh membuatkan dia lupa seketika pasal dekat rumah ni." Kata Umie kepada Zaril.
"Tapi kenapa Umie. Angah tak buat salah apa pun."
"Angah! Dengar Kak Long nak cakap ni. Emosi Ibu mengandung bertukar tukar. Angah tak perasan."
"Along nak bagitau sini dengar. Angah ada nampak tak semasa Angah marah naik hantu masa Rissa jumpa Zarul dulu, Zarul pegang lengan Rissa, Ada?"
"Second, Angah perasan tak semasa Angah berada ditaman Umie tu, Rissa melihat semua kegedian Misha pada Angah."
"Takkan. Maksudnya Rissa bersikap Profesional. Dia tak nak kecoh daripada Rissa buat hal baik dia jumpa Client, berjalan release tension dia."
"Dari dia terperap kat dalam ni makan hati melihat suaminya dengan wanita lain."
"Dah lah Angah, Ingat saingan Angah ramai kat bawah termasuk Megat Anak MakLang."
"Angah Umie tak nak Angah dekat dengan Misha Lagi. Jaga hati isteri. sekali Angah sakiti hati Isteri rezeki Angah akan menjauh."
Tengku Nadia dan Zalina keluar dari bilik Zaril meninggalkannya dalam pertanyaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience