BAB 19: HADIAH ULANGTAHUN

Other Completed 14322

Aku bersiap memakai baju yang disediakan oleh suamiku. Mengenakan Tudung Bawal bewarna senada dengan Jubah yang tersarung.
Aku melihat penampilanku dicermin.
"Cantik baju ni. Pandai Hubby pilih."
Aku mengernyitkan mataku dicermin.
"Buat apa tu."
"Err. takde buat apa²." Ujarku malu sendiri
"Hmm Kernyit mata hanya untik Hubby tau. Orang lain tak boleh." Zaril berdiri dibelakangnya dan memeluk erat isterinya.
"Cantik walau tanpa sebarang makeup."
Dia ingin bermanja dengan isterinya. mencium pipi hingga keleher isterinya yang tertutup oleh tudung bawal.
"Byy janganlah, nanti kita lambat."
Zaril tahu isterinya pandai mengelak bila dia ingin bermanja.
"Hmm yelah jom." Zaril pura pura merajuk.
Aku menarik tangannya.
"Hubby merajuk ke?"
"Sayang minta maaf kalau dah lukakan perasaan Hubby."
Zaril tersenyum menang. Lalu menoleh ke isterinya.
Zaril mendekat melihat wajah muram isterinya.
"Hubby tak marah pun." Zaril mengucup bibirku.
"Hmm ada bauan Epal. Sayang guna LipBalm?"
"Hmm sejak sebulan ni Bibir Sayang cepat kering. Illa yang membelikan Sayang LipBalm tu."
"Dah Jom nanti kita terlambat." Ujar Zaril kepadaku.

Zaril parking didepan sebuah kedai.
"Sekarang Hubby nak Sayang tutup mata."
"Kenapa pulak ni."
"Adalah. Ikut je. nanti Hubby pimpin sayang."
"Ok."
Zaril membukakan pintu kereta buatku. memimpin tanganku menuju kedepan. Lalu dia menyuruhku untuk membuka mata.
Aku membuka mata, melihat semua berada disana.
"Happy birthday Dhia Carissa. Ucap semua pada ku."
Zaril menghampiriku. "Happy birthday Sayang. Hubby sentiasa doakan yang terbaik untuk kita." Ucapnya lalu mengucup ubun ubunku.
Aku terharu melihat kejutan yang dilakukan oleh semua keluarga Zaril. Aku mengesat Air mata gembira.
"Ini hadiah Hubby untuk Sayang." Zaril menghulurkan seberkas Kunci padaku.
"Apa ni by." dengan penuh tanda tanya.
"Jom ikut Hubby."
Aku serta yang lain mengikuti jalan Zaril yang menuju sebuah Butik pengantin.
"Hubby hadiahkan Sayang Butik ni."
"Betul ke ni Hubby?"
"Betul Hubby tak pernah halang cita cita Sayang unyuk menjadi Designer yang terkenal."
"Terima Kasih By. Hubby suami dunia akhirat Sayang."
"Yeayyy lepas ni bolehlah Adik pakai Pakaian perkahwinan yang dijahit oleh Kak Ngah." Illa menepuk tangan tanda bersorak.
"Boleh, Tapi Angah nak mintak bayaran 3kali ganda." Ujar Zaril dalam gurauan.
"Alaa Umie tengok Angah ni."
"Eh, dah nak jadi bini orang, kurangkan sikit manja kat Umie." Ujar Zalina
Mereka ketawa bahagia. Dan masuk kedalam Butik tersebut.

Diseberang jalan, Melissa melihat kebahagiaan yang terpamer dalam keluarga tadi.
"Kau takkan bahagia selamanya Rissa."
"Aku akan pastikan Zaril meninggalkan mu dalam sengsara."
Melissa pergi meninggalkan tempat tersebut. Dia harus segera bertemu seseorang di Jabatan Agama Islam, sebab urusan yang tertangguh dulu.

Zarul menunggu kedatangan Melissa Di Jabatan Agama Islam. Lama dia menunggu akhirnya Melissa muncul.
"Baby menghilang kemana."
"Puas Sayang cari Baby dimerata tempat." Ujar Melissa panjang lebar.
"Aku tak lari kemana, tetapi aku pergi untuk mencari diri aku yang dahulu."
"Baby kenapa ni?"
"Maaf Melissa aku tak dapat nak teruskan perkahwinan kita ni."
"Tapi kenapa?" Tanya Melissa.
"Kau sendiri dah ada jawapannya."
"Aku akan memberi semua sahamku didalam syarikat Papa kepada Mu."
"Kau takkan rugi sebab Aku tak pernah menyentuh diriMu."
"Ok baik kalau itu yang Kau nak."
Zarul Sah menceraikan Melissa dengan Talak 1. Dia tidak peduli kehilangan saham diperusahaan Papa, kerana dia telah bekerja sebagai Offshore Man dengan gaji yang cukup lumayan.
"Lepas ni Kau dan Aku tiada kena mengena lagi."
Melissa tersenyum puas dengan apa yang dia dapat selepas perkahwinan tanpa cinta dengan lelaki dihadapannya.
"Kau tak perlu risau. Aku takkan ganggu Kau."
"Dan Kau harus dengar, bekas isteri pertama Kau telah membuka Butik pertamanya di bangunan sebelah. Pergilah tengok."
Melissa ingat dengan kenyataan yang diberikan tadi Zarul akan terus menuju ke Butik berkenaan. Rupanya sangkaan meleset.

"Aku dah boleh terima Carissa bukan Jodohku."
"Sebulan lebih aku menghilangkan diri, Aku dapat terima takdir jodoh kami tak panjang."
"Bodohnya Aku telah Melakukan kesilapan yang besar saat itu."
"Aku betul betul menyesal akan perbuatanku." Kata Zarul dalam nada kekesalan.
"Aku tak percaya syaitan yang bertopengkan manusia seperti Kau akan bercakap begitu." Kata Melissa dalam nada sindiran.
"Setiap orang ada masa silamnya, dan Carissa masa silam buatku."
Zarul meninggalkan Melissa dalam keadaan marah yang memuncak.
"Carissa!"
"Kau akan tanggung atas apa yang terjadi hari ni!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience