Bab 2. Terungkap satu kebenaran

Other Completed 14322

Zaril berjalan keluar dari pusat serenti. Masuk kedalam perut kereta.. Kunci dihidupkan dan aircond dibiarkan berpasang.. Masih tiada tanda tanda dia akan bergerak. Zaril mengelamun,
Carissa, kenapa hidupmu sentiasa dalam linangan air mata.. Walaupun kau tidak pernah memburukkan keluarga yang membencimu, Tapi aku tahu kau terlalu menderita.
Aku bersumpah Carissa, aku akan melindungi mu. Sebab aku tahu kau lah tulang belakangku yang selama ini menjadi pendorong sampai aku berjaya sekarang.
Cermin keretanya diketuk, Zaril terkejut, lalu menurunkan cermin kereta.

"Encik ok tak?."
"Ya ya, maafkan saya."
Selepas meminta maaf kepada pengawal keselamatan, Zaril menekan pedal minyak lalu keretanya meluncur laju keluar dari pusat serenti menuju ke pejabatnya.
"Aku akan menolongmu sampai kau bebas dari tempat itu."
"Itu janjiku Carissa." Zaril bersuara dalam kesunyian.

"Carissa siapa tadi tu, apa dia nak?" Bibi Wani bertanya kerana dia tahu lelaki itulah yang pertama menemui dirinya di sini.
"Peguam Bi."
"Peguam? Dia nak apa?"
"Dia bagi saya ni Bi." Aku menunjukkan sampul surat coklat kepada Bibi Wani.
"Surat?"
"Surat cerai Bi, Hari ni saya sah bergelar janda."
Dalam esakan, aku dikerumuni oleh sahabat sahabatku di pusat.. Mereka memberikan kata kata semangat keatas ku.
"Carissa, Bibi faham perasaan Carissa. Buka lembaran baru.."
"Carissa anak kau macam mana?"
Aku menggelengkan kepala,
"Aku tak dapat hak keatasnya.."
"Kau tak boleh mengalah Rissa, kau mesti lawan."
"Tak, Aku takkan sesekali mengambil hak penjagaan."
"Aku taknak di kemudian hari, anak ku akan dicaci. Aku taknak dia terpalit dengan noda hitam yang ku lakukan."
"Aku taknak Anak aku Dhia mengalami nasib yang sama sepertiku.."
"Biarlah Dhia di jaga oleh Papa nya."
Mengalir air mataku ke pipi mengucapkan kata² itu.
Sakit rasanya melepaskan Zuriat yang dikandung 9bulan 10hari, dilahirkan secara Czer, meninggalkan kesan Parut di bawah perutku.
Apakan daya. Aku tak mampu..
Hatiku berbisik, YA ALLAH, LINDUNGILAH PUTERI KU DARI SEBARANG KEJAHATAN DILUAR SANA. WALAUPUN DHIA JAUH DIMATA IBU NAMUN DIHATI IBU DHIA ANAK IBU DUNIA AKHIRAT.

Aku genggam surat di tanganku. Remuk kertas ditangan, remuk lagi hati ku sekarang ni..
Aku bangun dari dudukku, berjalan menuju surau yang berdekatan. Aku ambil whuduk, membentang tikar sembahyang dihadapan ku.. Hanya PadaNya saja aku dpat mengadu rawan dihatiku sekarang.
Lepas solat, aku duduk bersimpu menadah tangan padaNya.
"Ya Allah, andai ini yang tertulis buat ku, aku redha ya Allah. Engkau lindungilah puteri ku dari kejamnya dunia."
"Maafkan Ibu sayang, Ibu tak dapat memberikan Kasih sayang Ibu untuk Dhia, Tokwan dan Nekwan akan menentang Ibu."
Aku mengAminkan doaku dalam tangisan yang tersekat.

PEJABAT GUAMAN ADAM ZARIL N CORP

Zaril naik menggunakan lift. Sampai saja di pejabatnya di berjumpa kerani yang duduk di meja depan.
"Illa, tolong carikan saya fail 4 tahun lepas, atas kes pembunuhan seorang lelaki mabuk tu."
"Yang pembunuhnya seorang perempuan?"
"Hmm."
"Bawa masuk ke bilik saya segera."
"Baik Tuan."
Zaril masuk keruang pejabatnya, dia duduk dikerusi dan menutup matanya kejap.
KUATNYA KAU CARISSA MENJALANI HUKUMAN. WALAUPUN KAU TAHU KAU TAK BERSALAH. KENAPA AKU HARUS BERTEMU DENGAN KAU DALAM KEADAAN KAU BEGINI. hati Zaril merintih melihat, betapa kejamnya dunia.. Kebenaran dah terungkap, tetapi kerana Wang, kepalsuan menguasai semuanya.

Tok tok tok!!!
"Masuk."
"Ini failnya Tuan." Illa bersuara.
"Siapa handle kes ni dahulu."
"Pesalah tidak menggunakan peguam Tuan."
"Pesalah yang awak maksudkan anak Dato Tarmizi?"
"Ya tuan."
"Tapi???"
"Tapi apa ni Illa."
"Kami memang tahu Puan Dhia Carissa tak bersalah, semua bukti memang ada didalam fail ni, cuma??"
"Cuma apa?"
"Cuma saya ada nampak Peguam Zainal dosogok dengan wang oleh Dato Tarmizi."
"Siapa yang bersalah sebenarnya?"
"Semasa Peguam Zainal berbincang di pejabat ni berasama Saksi, saya dan Suri ada bersama. Saksi mengatakan yang membunuk lelaki mabuk tu adalah Dato Tarmizi."
"Apa?" Zaril terkedu.
"Semua bukti ada didalam fail putih di bawah tu. Saya simpan untuk merungkai kebenaran."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience