BAB 34: KEJUTAN DIMAJLIS RESEPSI

Other Completed 14394

Nelly menerima panggilan dari Band yang akan mengadakan persembahan dimajlis resepsi esok
"Macam mana boleh jadi macam tu?"
"Ok kejap kami datang." Nelly memutuskan panggilan.
"Kenapa Babe?" Aku yang baru selesai mandi dan mengeringkan rambut bertanya padanya.
"Penyanyi perempuan kemalangan dan berada di hospital." Kata Nelly.
"Kenapa boleh jadi macam tu?"
" Ntah."
"Takpe jom kita pergi lawat dulu."
"Sekarang."

Sesampai dihospital aku dan Nelly melihat Boy berada di depan wad kecemasan.
"Macam mana boleh jadi macam ni boy?"
"Ntah lah kak Saya pun tahu dari teman sebiliknya. Motor yang digunakan hilang kawalan dan merempuh belakang kereta Avanza."
"Ok tak pe Boy. jadi sekarang sapa yang akan gantikan Lili."
"Ntah kak, tu yang pening sekarang."
"Boy melihat aku. Kak Dhia kan boleh."
"Akak."
"Betul Babe tolong babe."
"Korang ni kan aku dah sarat macam ni."
"Please Kak."
"Ok jom ikut akak dulu kita bincang dalam kereta."

Dalam perjalanan aku berfikir akan usul mereka.
"Tolong lah Babe."
"Dah kesuntukan masa dah ni."
" Ok tapi kali ni je tau lain kali aku dah tak nak."
"Thanks Babe."
"Terima kasih kak."
"Sama sama."
"Boy nanti Bil hospital Lili bagi akak ye."
"Ok kak."

Majlis Resepsi dihotel 5 bintang meriah dengan kehadiran semua tetamu yang terdiri dari Tansri, tengku, datuk datin. dan kenalan rapat.
Band yang berada dipentas telah bersedia untuk menyampaikan persembahan.
Boy gelisah kerana Yang ditunggu belum kunjung tiba.
Pasangan mempelai duduk bersanding dipentas sebalah. baju yang indah yg direka sendiri oleh kakak ipar. dan menerima pujian yang tak putus putus.
Zaril melihat jam ditangannya.
"Mana Dhia ni."
Semua panggilan yang dibuat tidak ada balas dari sipenerima.

Aku dan Nelly lalu dari pintu belakang kerana didepan penuh dengam wartawan dan cameraman.
"Babe aku ok ke ni."
"Ok lah. Cantik sangat mak buyung aku ni."
"Aku sekeh kepala kau nak."
"Sorry sorry."
Boy melambaikan tangannya apabila melihat kelibat kami naik ke pentas. Nelly menghantarku hingga ke tangga terakhir.
Aku memberi Isyarat boy bersedia.
Muzik dimainkan. Aku mengalunkan lagu dan berjalan menapak ke depan pentas.
Semua mata tertuju kepentas band dan cameraman memenuhi ruangan dihadapan.
Nelly tersenyum manis melihat sahabatnya diatas pentas seperti seorang artis.
"kekasih, sekian lama kita tak bertemu. diri ini masih setia menanti dirimu."
"Aku juga sepertimu, menyesali segala yang terjadi."
"Bila tiba masa nya nanti harus bersama."

"Bukankah dia anak Dato Tarmizi yang difitnah hingga dipenjara 4 tahun lepas." Kata wartawan yang ada disebelah Zaril.
Zaril memalingkan mukanya kepentas band, Dia mengenali suara wanita yang berada dipentas.
Dia melihat Anggun si isteri memakai jubah mordern namun bersaiz labuh. berwarna senada dengannya.
"Sayang, ku tahu hati ini haruskah kutinggalkan memori yang tercipta."
"sayang ku telan semua sengsara kerna aku percaya aku hanya untukmu."
"Makin aku benci makin cinta, makin sukar tuk aku lupakan kutahu ku tak berdaya mengapa begini."
"Semakin hari semakin cinta tak dapat ku menghalang hatiku tuhan tolonglah aku kembalikan jalan cinta kita."

Illa berdiri dan turun dari pentas pelaminan mendapatkan kaka iparnya.
" Kak Ngah..."
Aku memeluk pengantin.
"Selamat pengantin baru Ipar. Selamat menempuh alam rumah tangga."
Illa mengalirkan airmatanya.
"Jom nyanyi dengan kak Ngah."
Adik nak teman Kak Ngah nyanyi.
Farrep datang join kami dipentas band
"Ternyata belum siap aku kehilangan dirimu, belum sanggup untuk jauh darimu yang masih selalu ada dalam hatiku, Tuhan tolong mampukah aku tuk lupakan dirinya semua cerita tentangnya yang membuat ku selalu teringat akan cinta yang dulu."
Zaril naik ke pentas dan langsung memeluk isterinya dalam tangisan.
Umie, Ayah dan Zalina hanya mengalirkan air mata terharu. Namun ada hati yang membara kerana cemburu dan ada hati yang terluka melihat semua ini.

"Maafkan Hubby Sayang."
"Hubby Salah."
Aku hanya mampu menangis semahunya.
Zaril berbisik di telinga boy dan boy tersenyum alunan muzik berkumandang lagi. Zaril memegang dagu isterinya dan menatap sayu melihat airmata dipipi mongel itu. Zaril menyeka airmata isterinya.
"Maafkan kekhilafanku padamu yang lalu. Sayang puas ku mencuba mencarimu serata dunia namun kau tiada."
"Tidak pernah pun terlintas melukakan hatimu takkan ku biarkan ia berdebu."
"Tuhan manakah arahnya, bantulah ku tenangkan jiwanya agarnya kembali izinkanku mengubati lukamu yg ku sakiti ku sesali ini semua yang terjadi."

Illa mengambil pembesar suara dan berkata.
"Hari ni adalah hari yang takkan pernah saya lupakan."
"Terima kasih Kak Ngah. telah mencapai mimpi yang selama ni Illa nak."

Majlis berjalan lancar, Illa dan Farrel berlalu ke pelamin semula dan Zaril menemani aku di atas pentas untuk menghabiskan tugasku.
Zaril mencampaikan 3 buah lagu dan Aku mendendangkan 5 buah lagu. Lagu paling bermakna yang zaril pernah sampaikan waktu disekolah menengah, dia dendangkan semula dan mendapat tepukan gemuruh dari para tamu. "Please Forgive Me, I Cant Stop Loving You." sambil mengucup pipiku. Terharu sangat bila diperlakukan seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience