BAB 18: PERNIKAHAN YANG SEDERHANA

Other Completed 14322

Masanya tepah sampai. Zaril bersiap dari Apartmentnya. dan aku bersiap dari Apartment Illa. Aku diwakili oleh wali hakim.
Sampai di Masjid, Kami tidak menggunakan kereta yang sama. Farrel telah membawa ku menaiki kereta Illa. Bersamaku, Illa serta Kak Long. Di pihak Zaril, Umie dan Ayah bersamanya. BomBom bersama AbangJoe didalam masjid mengurus tentang dulang hantaran.
"Kak Rissa Takuk ek. Illa rasa tangan Kak Rissa berpeluh."
"Illa..." Panggil kak Long.
"Jangan sekat Kak Rissa." Ujar Kak Long.
Illa tersengih memandangku.
"Takpe Kak Long, Nanti Rissa tunggu masa Illa Kahwin, Rissa akan buat benda sama." Aku melirik kearah Illa dan Farrel.
Farrel hanya teesengih menggaru kepalanya yang tak gatal.
Illa membukakan pintu untukku. Aku menapak keluar saat Zaril berdiri tegak di sisi keretanya yany dipandu oleh Ayah.
Zaril menoleh kesisinya. Dia terpegun melihat Kecantikan Carissa dengan kebaya modern yang dijahit sendiri olehnya. Melihat selendang yang indah terlilit dikepalanya membuatkan lagi cinta Zaril mendalam terhadap Carissa.
"Dah Angah jangan terlalu dipandang takut nanti jemu." Ujar Kak Longnya.
"Tengok tu Angah, kan dah malu Kak Rissa ni."
Mereka senang melihat bakal pengantin dihadapan, tersimpul malu.

"Jom masuk imam dah menunggu tu." Kata Umie.
Dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Adam Zaril Tengku Zamri.
Acara membatalkan air sembahyang.
"Assalammualaikum?" Ucap Zaril kepada wanita yang baru saja bergelar isterinya.
"Waalaikumsalam." ujar ku.
Zaril menghulurkan tangannya sebelah kiri untuk memegang jemariku seta menyarungkan cincin dijari manisku.
"Setelah selesai, kami membuat acara tangkap gambar di tepi pantai."
Semua berjalan lancar.

Sampai di Apartment, Illa berkata pada kami.
"Sekarang Kak Rissa dah sah bergelar isteri Angah. Dan kami automatik menggelar Kak Rissa sebagai Kak Ngah. Yeayyyy."
"Sekarang Kak Ngah dah tak boleh tinggal dekat rumah Illa." Ujar Kak Long pada ku.
"Alaa Kak Long biarlah Kak Ngah tinggal kat rumah Adik. Muka Illa berubah muram.
"Takpe, Selang 1 pintu je kan. Illa boley je datang rumah Kak Ngah." Rasa kekok masih terasa dengan gelaran Kak Ngah.
"Tunggu Adik lagi Kahwin. Calon dah ada kan." Ujar Zaril membuatkan Umie dan Ayah berpandangan.
"Betul ke Adik dah ada calon. Bagi Umie dan Ayah jumpa dia." Kata Tengku Zamri kepada anaknya.
"Errr."
"Angah ni kan tak pandai simpan rahsia."
"Tak payah jumpa Umie, dah ada depan mata."Kataku pada Umie.
Umie dan Ayah saling memandang kepada Farrel. Farrel menunduk malu.
"Kalau Umie dan Ayah tahu, bagus kahwinkan sekali tadi. Ujar Tengku Zamri.
"Dah dah, Ril bawak Rissa masuk. Dah petang ni takut nanti Rissa masuk angin." Ujar Zalina kepada Zaril.
"Baik Along." Zaril menggenggam Jari Rissa lalu membawanya masuk kedalam.
Yang lain berlalu kerumah Illa. Farrel memohon diri untuk pulang kebutiknya kerana ada pekerjaan sedikit.
"Uncle Farrel nao gerak dah."
"Kenapa cepat sangat."
"Ada kerja sikit di butik." Farrel menggaru kepalanya tak gatal
"Baiklah. Esok ada masa datang kerumah ye. Kita discuss pasal Farrel dan Illa."
"Baik uncle. Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam."

Didalam Apartment Zaril. aku kaku di depan pintu.
"Sayang kenapa ni. Nak Hubby gendong ke kamar."
Zaril membahasakan dirinya sebagai Hubby.
"Tak tak, Dhia dapat jalan sendiri."
Dah terlambat Zaril menggendongnya masuk kebilik. dan menurunkannya.
"Dah Sayang ganti pakaian ye."
"Tapi pakaian Sayang kat rumah Illa."
"Hubby dah sediakannya semua. pergilah buka almari." Zaril dengan slamber merebahkan badannya dikatil.
Aku dltidak menghiraukannya lalu menuju ke almari yang dimaksudkan. Aku membuka almari dengan mata terbeliak, aku berteriak.
"Banyak nyer.. Semua ni Sayang punya ke?" Aku menoleh pada suamiku.
"Kenapa? untuk Sayang." Ujar Zaril.
"Kenapa membazir ni. sedangkan baju Dhia banyak dirumah Illa." ucapku.
Zaril bangun di pembaringannya.
"Yang kat rumah Illa tu biarlah kat sana."
"Yang ada disini untuk sayang pakai dirumah ni." Ujar Zaril lalu mendekat kepada isterinya.
"Hubby kenapa ni. Malulah Dhia."
"Apa nak dimalukan, Sayang dan Hubby dah sah."

Aku cuba melarikan diri, namun Zaril lebih cepat dari aku. Tangannya merangkul tubuhku. Memusingkan tubuhku menghadap mukanya.
Bibirnya bertaut dengan bibirku dalam tempah masa yang lama.
"Sayang, Hubby akan jaga sayang hingga hujung nyawa Hubby." Katanya selepas pautan bibirnya dilepaskan.
"Kenapa Hubby sanggup jadikan Sayang sebagai isteri Hubby, sedangkan Hubby tahu yang Sayang ni bekas banduan."
"Siapa pun Sayang itu adalah kisah silam. Dan kita buka lembaran baru."
"Dah Sayang pergi mandi, lepas tu kita Solat bersama." Ujar Zaril dan mengucup pipi isterinya.

Sebulan selepas perkahwinan
Kehidupan kami berjalan lancar. Sehingga satu hari, Suamiku berkata.
"Hari ni Sayang ikut Hubby tau."
"Untuk apa."
"Adalah, mana boleh bagitahu sekarang."
"Kalau taknak cakap, Sayang tak nak ikut lah."
"Please Sayang ikut. Umie dan Ayah pun ada sama disana."
"Hmm Oklah. nanti kalau taknak ikut kena gendong pulak dari sini ke tempat tu." Aku ketawa.
"Hah Tau takpe."
"Dah pergi siap."
"Cantik Cantik tau. Hubby dah letak baju diatas katil tu."
"Boleh tapi dengan syarat."
"Apa." Zaril tersenyum dan dapat meneka syarat yang ku pinta.
Dia menarik bahuku lalu mwngucup pipi dan dahiku.
"Manja ye."
"Tak salah kan manja dengan Suami sendiri."
Zaril ketawa senang hati. Aku meninggalkannya buat seketika.
Zaril berkata dalam hatinya. YA ALLAH, KAU PERKUATKANLAH JODOH KAMI. AKU TAK SANGGUP KEHILANGANNYA YA ALLAH. MUNGKIN INILAH SEBABNYA KENAPA ZARUL TERGILAKAN DHIA HINGGA HAMPIR MENJADI ORANG GILA TALAK. RUPANYA SIKAP ISTERIKU YANG MANJA HANYA BILA BERDUA. TAK PERNAH MENGELUH WALAU PENAT MACAM MANA.
"Terima kasih Allah kau hadirkan bidadari Syurga buat ku." Zaril menadah tangannya tanda Syukur keatas nikmat yang diberikan olehNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience