BAB 30: KEPULANGAN YANG DITUNGGU

Other Completed 14394

Akhirnya aku dibenarkan pulang hari ni. Aku terus dibawa kerumah Umie dan Ayah.
"Jom."
"Kejap. Sayang takut kalau kalau mereka marah kat Dhia."
"Jangan risau Hubby ada."
Zaril keluar dari kereta menuju ke pintu penumpang. Zaril menolong isterinya untuk keluar dari kereta.
"Hati hati." Zaril melihat isterinya memegang bawah perutnya.
"Sayang ok?"
"Ok cuma biasalah namanya mak buyung kan."

Zaril memimpin isterinya masuk ke pintu gerbang rumah keluarganya. Dia berjalan perlahan agar isterinya senang melangkah.
"Bikk, Panggilkan Tengku Nda dan Tengku Yah." Kata Zaril pada orang gaji yang sedang menyiram bunga dihalaman rumah.
"Baik Tengku." Kata bibik.
Zaril buat buat tak nampak lirikan dari isterinya.
"Kenapa Bibik tu panggil Hubby Tengku?"
"Ntah." Katanya Acuh tak acuh.
Aku melepaskan pegangan tangan Zaril menuju ke taman bunga mini dihalaman rumah.
"Angah."
"Umie, Ayah." Zaril menghulurkan tangan dan mengucup kedua tangan orang tuanya.
"Mana Kak Ngah." Tanya Illa.
"Kau ni Dik, tak menyempat." Kata Zalina kepada adiknya.
"Mana Rissa Ngah." Tanya Umie.
"Tu kat dalam taman mini Umie."
Semua berjalan ketaman mini dan melihat seorang wanita sedang ralit melihat bunga Rose ditaman tersebut.

Zaril menuju kearah isterinya dan membisikkan sesuatu. Dia berpaling dan memegang bahu isterinya menuju Ayah dan yang lain.
"Rissa?" Panggil Umie.
Umie ingin memeluknya dan dilarang oleh Zaril.
Umie mengerti dan akhirnya ketawa malu.
"Maaf Umie lupa."
"Maaf Umie." Kataku.
"Ril Bawa Rissa masuk. Cuaca disini tak menentu nanti menantu Ayah masuk angin." Kata Tengku Zamri.
"Baik Yah."
"Illa tolong call Farrel suruh bawak baju kak Ngah ye."
"Siap Boss."

Zaril mendudukkan ku Disofa. Dia ralit meoihat aku asyik memegang bawah perut ku.
"Kenapa ni sakit ke?"
"Tak."
"Eh Angah setiap Ibu mengandung hal hal macam tu automatik akan ada." Kata Zalina dan melabuhkan punggung disebelahku dengan BomBom.
"Dah berapa bulan ni Rissa?"
"6 bulan kak Long."
"Macam bukan 6 bulan je."
"Mestilah, sebab ada si kembar kat dalam tu." Kata Zaril membuatkan semua terkedu.
"Betul ke ni angah?"Kata Umie.
"Betullah Umie. Kembar sepasang." Kata Zaril lagi.
"Ya Allah Syukur." Kata Tengku Nadia
"Abang kita dapat cucu kembar."
"Anak Sapa?" Kata Tengku Zamri
"Anak Ayah." Balas Zaril.
Zaril mengambil air suam didapur dan menghulurkan padaku.
"Terima kasih."
"Sayang nak makan?"
Aku menggelengkan kepala.
"Nak mandi." Kataku.
"Ril bawa Rissa rehat dulu. Kesian Ayah tengok."
"Baik Yah."
"Jom."
Zaril memegang bahuku agar aku senang berdiri.
Ril naik dulu..

Zaril menekan butang buka yang tertera di dinding sebelah lift.
Aku dan Zaril masuk kedalam lift dan naik ketingkat atas.
Zaril membuka pintu kamarnya dan membawaku duduk dibirai katil.
"Sayang dusuk sini dulu. Hubby sediakan towel."
Selesai mandi dan menunaikan solat bersama, Aku merasa mengantuk. Aku baring sekejap semasa Zaril masuk kedalam tandas.
Zaril keluar dan ingin membawa isterinya untuk turun makan tengah hari. Dia melihat isterinya sedang terlena. Dia membatalkan niat untuk membanguni Dhia. Zaril akhirnya tueun sendiri dan makan bersama keluarganya.
Dia naik semula dengan membawa dulang berisi makan tengah hari, jus suam dan buah anggur. Dia meletakkan di meja sisi katil. Duduk melihat isterinya yang lena, dia mengusap perut isterinya.
"Hubby."
Zaril terkejut dan senyum.
"Dah bangun."
"Jam berapa ni."
"2.15."
Aku duduk dan Zaril menghulurkan dulang makan tengah hari.
"Sayang makan ye."
Aku menggeleng.
"Makanlah sikit kesian baby tu." Kata Zaril
"By, Sayang nak makan Satay."
"Satay?"
Aku menggangguk.
"Ok kejap, Hubby hantar dulang ni dulu lepastu baru kita siap siap keluar makan satay."
Zaril berlalu membawa dulang kebawah.
"Ril, kenapa tu. Rissa tak makan." Tanya Tengku Zamri.
"Tak. Dhia teringin nak makan Satay katanya."
"Pergilah Ngah. Bawa Rissa tu makan." Kata Umie.
"Nak Ikut." Kata Illa.
"Tak boleh." balas Zaril dan berlalu kedapur.
"Alaaa Umie."
"Biarlah Angah dengan Kak Rissa. Jangan jadi penyibuk. Kata Zalina membuatkan Illa menarik muka masam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience