BAB 4: KEBEBASAN YANG DINANTIKAN

Other Completed 14322

Selepas Zaril tahu yang Carissa berada di pusat Pemulihan Ahlak, Setiap hari dia akan kesana melihat Carissa dari kejauhan.
"Tuan Zaril."
"Saya lihat hampir setiap hari tuan datang ke pusat ni. Tapi kenapa tuan tak nak bersemuka dengan dia?"
"Aku taknak dia tahu aku sentiasa melihatnya disini Illa."
"Aku tahu dia takkan benarkan aku mendekatinya."
"Dia Wanita yang cekal dan kuat."
"Walaupun di aniaya, di khianati, dia tetap tersenyum, walaupun senyumannya menyimpan sejuta kedukaan."
Illa melihat redup mata Ketuanya. Dia pasti, antara Tuannya dan Dhia Carissa ada menyimpan satu perasaan yang tak dapat di ungkapkan.
"Peguam Zaril?"
Zaril dan Illa serentak menoleh kebelakang.
"Ya saya."
"Permohonan dari Syarikat Tuan telah diluluskan."
"Lagipun, selama Puan Carissa didalam pusat ni, dia tak pernah melakukan sedikit kesalahan ataupun keganasan."
Mata Zaril berkaca, dia melemparkan pandangannya ke sisi kanan, dan membuka kacamatanya, dia menghapus air mata gembiranya. Lalu kembali melihat Polis Wanita yang sebaya Kakak nya di hadapan.
"Terima Kasih Puan. Jasa puan akan saya kenang."
Zaril menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dan disambut oleh polis wanita..
"Sama sama."
"Pihak kami akan menyiapkan dokumen pelepasan Puan Carissa, dan Tuan boley datang jemput dia pada tengah hari ni."
Zaril menganggukkan kepalanya.
"Baiklah. terima kasih banyak."

Dhia Carissa Dato Tarmizi.
"Aku yang sedang khusyuk membaca buku 'Airmata Perpisahan' menoleh ke sisi.
"Ye Cip."
"Ikut kami ke pejabat."
Bibi Wani dan yang lain hilang Fokus membaca. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Ta tapi kenapa Cip?"
"Ketua pusat nak jumpa."
"Baiklah."
Aku meletakkan buku di kerusi disisi ku. Aku mengikuti Pegawai tadi ke ruang Pejabat.
"Assalammualaikum." Kataku dengan muka menunduk, aku melihat ada seorang gadis duduk didepannya.
"Waalaikumsalam. Dhia duduk."
"Kenalkan ni Illa."
Aku duduk disebelah kerusi Illa.. Aku hanya senyum dan menundukkan kepala ku tanda hormat.
"Dhia, hari ni awak dibebaskan." Ketua di pusat pemulihan yang aku anggap seperti kakak padaku, bersuara.
"Betul ke Puan."
Aku terkejut tak terkata. Ada air jernih dikelopak mata ku.
"Betul."
"Tapi awak mesti duduk dengan Illa selama 6 bulan, kerana awak masih dalam perhatian kami."
Aku menoleh pada gadis dihadapan ku. dia anggukkan kepalanya.
"Tak menyusahkan ke?"
"Tak lah kak Dhia." Jawab Illa.
"Sekarang kemaskan barang awak."
"Takde barang saya Puan." Aku menunduk malu.. yang aku ada hanyalah baju tudung dan seluar yg ku pakai dan ganti setiap hari..
Illa tersenyum.
"Nah Illa dah sediakan untuk akak, baju, selendang, sandal semua ada.." Illa menghulurkan bakul kain kepada ku
"Akak pergilah tukar."
Aku menyambut huluran bakul tersebut.
"Terima kasih Illa."

Zaril yang menunggu Carissa didalam kereta Mitsubishi Lancer warna putih tak sabar melihat Wanita yang disayangi melangkah keluar pintu pusat..
Hampir sejam didalam kereta, Carissa Dan Illa keluar bersama dari pintu besi yang kecil.
Zaril menahan air mata kegembiraan melihat Carissa bebas.
"Terima kasih Ya Allah."
"Kau telah mengabulkan doaku untuknya."
Zaril menadah tangan tanda bersyukur.
Zaril melihat kereta toyota vios milik Illa meluncur laju di hadapannya. Zaril dengan cepat menekan pedal minyak, dan mengekori kereta Illa.

"Illa?"
"Ye kak, kenapa?"
"Terima Kasih kerana bebaskan akak."
"Kak saya bekerja dibawah syarikat Guaman, dan Boss saya yang telah membebaskan Akak.. bukan Illa."
"Nanti senang-senang Illa bawa akak jumpa Boss Illa ye."
"Okk kak."
"Jadi sekarang macam mana, Ic, segala kad dan handphone akak dimana?"
"Semua tu Ayah Akak yang pegang. Semua kad bank dan rumah akak, Ayah akak ambik balik."
Aku menunduk, umpama aku sekarang bukan saja bekas banduan, malah aku seperti seorang pelarian.
"Tak pe kak, sekarang kita balik rumah dulu, akak rehat."
"Illa akan minta cuti untuk teman akak buat Ic baru."
"Tak menyusahkan Illa ke?"
"Taklah."

Kereta meluncur laju dijalan. Carissa melihat indahnya pemandangan. Hatinya berkata.
TERIMA KASIH ALLAH KAU MENGHANTARKAN MALAIKAT PADAKU.
Di satu sisi, Zaril melihat kereta Illa meluncur laju menuju apartment tempat tinggalnya.
Zaril mengeluarkan phone dan mendail no telefon Illa.
hanya beberapa kali deringan Zaril mendengar ada suara disebelah sana.
"Adik nak bawa kak rissa kemana?"
"Ala ganggulah Angah ni."
"Adik nak balik lah."
"Adik tak bagitau kan siapa yang bebaskan dia?"
"Tak lah Angah, jangan risau".
"Ok Angah, Adik tengah drive ni.."
Illa melihat, kereta Zaril dibelakang keretanya.

Ramai tak tahu yang mereka adik beradik, sebab jika dipejabat, Illa takkan panggil Zaril dengan panggilan 'Angah' tetapi tuan..
Walaupun selalu di tegah oleh abangnya, supaya memanggilnya dengan panggilan Angah.
Zaril mempunyai 3 beradik. Aina Zalina (Along), Adam Zaril (Angah) dan Azza Azilla (Adik)..
Zaril hanya senyum di dalam kereta, Hatinya berbisik, MUNGKIN INILAH HIKMAH ADIK TAK MEMANGGIL NAMA ANGAH DI PEJABAT..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience