BAB 29: PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Other Completed 14394

Zaril menoleh melihat Isterinya yang sedang tidur. Zaril menarik jari jemari Isterinya yang terasa panas.
Zaril mendail Zalina untuk meminta lokasi Hospital Swasta Ibu dan anak.
Selang beberapa minit Zalina menghantar Lokasi Hospital Swasta Dr Cathy.

Zaril melihat isterinya dimasukkan kedalam ward kecemasan. Zarip menunggu setia diluar.
Sejam kemudian dia melihat Dr yang merawat isterinya keluar dari dalam ward.
"Suami Puan Dhia?"
"Ye?"
"You Zaril kan."
"Rin? Isteri Shaun?"
"Yup. Kecik dunia ni."
"Macam mana keadaan Isteri saya."
"Terkejut juga sebab selalu Puan Dhia akan datang dengan kawannya."
"Oo Saya baru balik dari Outstation.
"I See."
"Ok macam ni, Dhia dia ok je. Cuma perubahan ni hanya semasa dia mengandung. Tambah tambah lagi sikembar sangat aktif dalam rahim dia."
"Kembar?"
"Dhia tak cakap ke?"
"Mungkin dia lupa kot."
"Takpe kebanyakan ibu hamil akan mengalami morning sickness, Alah pada bau bauan. Tapi Puan Dhia ni hampir setiap malam suhu badan dia akan naik."
Selepas berbicara dengan Dr Cathy, Zaril mendapatkan Dhia dalam biliknya.
Zaril menghampiri Dhia yang sedang lena.
"Sayang, maafkan Hubby sebab Hubby takde disamping Sayang semasa awal kehamilan Sayang."
"Hubby minta maaf sangat." Mata Zaril berkaca. Dia menggemggam jemari isterinya yang sedikit berisi dari sebelumnya.
Melihat jarum yang tertusuk ditangan isterinya membuatkan lagi dia merasa bersalah.
Zaril tertidur dikerusi sebelah isterinya.

Aku bangun apabila tekakku kering minta dibasahkan. Aku merasa seperti seseorang mengenggam erat jemariku disebelah kiri. Aku menoleh.
"By?" Panggil ku.
Zaril terbangun dan menggosok matanya yang masih ngantuk. melihat aku berusaha duduk, dia pantas memegang bahuku dan membantu aku duduk.
"Sayang nak apa?" Tanya Zaril.
"Air."
"Kejap."
Zaril mengambil gelas dan menuangkan air suan kedalamnya.
"Nah."
Aku meneguk sikit dan menolak gelas dari mulutku.
"Dah?"
"Hmm."
Zaril meletakkan gelas ke meja disebalah katil isterinya. Dia melihat jam ditangannya pukul 3.13 pagi.
"Sayang tidur lagi."
"Tak."
Seorang jururawat masuk membawakan ubat.
"Puan Dhia, masa makan ubat ye?"
Jururawat yang bernama Lisa menghulurkan ubat kepadanya.
"Terima kasih."
Zaril mengambil semula gelas diatas meja dan memberikan kepada isterinya.

Suasana sepi seketika. Zaril dan Aku seperti orang tak kenal.
"By. Macam mana Hubby ada di JB?"
"Farrel tak bagitahu Sayang?"
Aku menggelengkan kepala.
"Bukan Hubby je yang ada disini, Umie, Ayah, Kak Long dan Suami dan Bombom, Adik pun ada."
"Adik akan melangsungkan perkahwinan nya disini."
"Bila?"
"Minggu depan."
"Oo." Kata ku sepatah.
"Sayang." Zaril berdiri dan duduk dibirai katil.
"Hubby betul betul minta maaf."
"Sepatutnya Hubby selidik dulu sebelum menuduh Sayang bukan bukan."
"Hubby hampir gila mencari Syang dimana."
"Zarul datang menemui Hubby dan ceritakan semuanya."
Zaril meletakkan kacamatanya di meja sisi katil.
Matanya berkaca saat aku melihatnya.
"By, Sayang dah lupakan semua tu."
"Sayang terima Ujian Allah."
"Syang tak salahkan By langsung. Cuma Syang minta maaf, pergi tanpa izin Hubby."
"Sayang tahu berdosa besar Sayang tinggalkan rumah tanpa restu suami."
Aku menangis dan mengucup tangannya lembut.
"Hubby tak ambil hati. dan Hubby restukan."

Dr Cathy masuk kebilikku dengan jururawat yang sedang mendorong mesin Scan kehamilan.
"Dhia, Hari ni kalau ok You akan check out dari sini."
"Ye ke?" kata Zaril
"Haah. Keadaan dia dah stabil. kejap lagi saya akan buka jarum ditangan You Dhia."
"Ok."
"Sekarang Dhia, You baring kejap, kita Scan si kembar ok."
Aku mengikut perintah Dr Cathy.
Dia mengusap perutku dengan cairan seperti jelly. dan meletakkan sesuatu keperut ku dan menggerakkannya secara perlahan.
"Ok Dhia, Ni Baby You dan yang ni ye."
Zaril melihat tanpa kata. Melihat Zuriatnya didalam rahim isterinya membuat dia sebak. Zaril menggenggam jemari isterinya.
"Oh My God, Dhia, Zaril. Korang akan dapat baby kembar sepasang."
"Maksudnya?" Tanya Zaril.
"Seorang lelaki dan seorang perempuan." Kata Dr Cathy.
Aku hanya mampu tersenyum melihat ekspresi terkejut suamiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience