BAB 49: PERTEMUAN

Other Completed 14322

Zaril membawa isterinya bertemu dengan Edward di Rumah besar keluarga Ford.
Tak lama menunggu, Sebastian dan Sabrina keluar menemukan mereka.
"Dhia." Kata Sabrina.
Sebastian berjabat tangan dengan Zaril.
"Maaf sebab semalam." Kata Dhia perlahan.
"Takpe Sepupu."
Edward dan Grace menuruni tangga menuju ke tempat mereka.
"Dhia." Panggil Edward.
"Maafkan Atok. Atok tahu, dan memang patut Dhia marah kepada kami."
"Hingga hari ni Atok rasa bersalah kepada Martha."
"TanSri, Saya kesini hanya nak menyampaikan wasiat Mamy sebelum Mamy meninggal."
"Dhia, Bibi tahu Dhia tak boleh terima kami lagi."
"Bi, Dhia hormat Bibi sebab Selama Dhia dipenjara Dhia tahu Bibi Grace dan Sebastian selalu datang."
"Cuma Dhia sedar Dhia hanyalah banduan yang akan mencemarkan nama baik TanSri Edward."
"Mamy ada cakap sebelum Mamy meninggal. Mamy minta Maaf pada Bibi. Mamy sayang Bibi cuma Mamy cakap, Mamy masuk islam kerana Mamy tertarik untuk belajar Agamanya."
"Sehingga Mamy meninggal Dhia masih ingat, Mamy senyum mukanya bersih walaupun penuh kesan luka oleh Papa."

Zaril mengelus lembut bahu isterinya memberi semangat.
"Mamy Cakap, Bibi berhak atas harta yang ada dalam kamar Mamy."
"Dhia, Bibi tak nak. Dhia berhak keatas harta Mamy."
"Dhia taknak walau sesen. Kalau Bibi pun dah kata macam tu, Dhia nak Bibi serahkan harta tu ke Pusat Serenti tempat Dhia ditempat kan dulu."
Dhia bangun dari duduknya.
"Terima kasih kerana Sayangkan Mamy sebelum Mamy dibuang kejalanan."
"Maafkan Dhia."
Dhia berlalu menuju ke luar dalam tangisan.
"Dhia!!" Sebastian berlari mengejar Dhia.
"Dhia!! Stop!!"
Dhia berhenti dan menoleh.
"Abang nak apa lagi."
Sebastian merapat dan memegang lengan baju Dhia.
"Ni untuk Dhia. Abang nak Dhia simpan. Satu satunya peninggalan Mamy untuk puterinya."
Kata kata Sebastian membuat Dhia teresak.
"Zaril aku mohon jaga lah Dhia seperti nyawa kau."
"Kalau kau dah tak perlukan Dhia kau cari aku. dan pulangkan padaku."
Zaril hanya mengangguk.
"Abang."
Sebastian menoleh.
"Terima kasih. Dhia terhutang budi Abang semasa di pusat dulu."
"Dah jangan menangis. Abang sentiasa ada untuk Dhia."
"Jaga kesihatan. Nanti Abang hantar sup kesukaan Dhia."
"Ril Jaga Dhia."
"Baik."

Sebastian berlalu meninggalkan Zaril dan Dhia. Sebastian tahu Dhia sama seperti Mamy Martha keras keras kerak nasi.
Tiada diantara mereka yang tahu bahawa Sebastian telah memeluk islam kerana melihat Mamy Martha dan Dhia suatu masa dulu.
Hanya Isterinya Sabrina yang mengetahui.

"Sayang. Sayang dah Ok.?"
"Dah."
"Abang bawa makan Shell Out."
"Sempena Anniversary kita."
"Ok."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience