BAB 8: DENDAM DALAM DIRI

Other Completed 14394

Zarul balik kerumahnya dengam perasaan marah. Dia menghempaskan tubuhnya ke Sofa diruang tamu.
"Aarrgghh!!"
"Kenapa kau buat aku macam ni!"
"Kau tahu aku tak boleh hidup tanpa kau Rissa!"
TanSri Ariffin yang mendengar suara anaknya marah, terus keluar dari bilik bacaan.
Dia menghampiri anaknya, memegang bahu anak lelakinya itu.
"Kenapa ni Rul?"
"Balik dalam keadaan marah?"
"Syarikat ada masalah ke?"
Dia duduk disofa berhadapan dengan anaknya.
"Carissa dah bebas Pa."
Perlahan suaranya, namun membuatkan Papanya membeliakkan matanya.
"Tapi bila?"
"Bukan ke masih ada 3 bulan lagi untuknya dibebaskan."
"Rul tak tahu Pa."
"Mungkin Peguam tu yang membantunya untuk bebas awal dari tarikh yang sepatutnya."
"Peguam mana ni yang Rul maksudkan?"
"Papa tak faham."
"Rul meminta peguam ni untuk menguruskan penceraian Rul dengan Carissa."
"Maksud Rul Adam Zaril Tengku Zamri?"
"Hmm." Jawab Zarul.
"But why? Kenapa dia nak menolong perempuan keparat tu?"
"Papa sendiri tahu jawapannya."
"Takde siapa yang tahu kebenarannya. melainkan Peguam tu buka mulut."
TanSri Ariffin menumbuk tangan sofa disisinya dengan kuat.

"Tokwan. Papa."
Mereka serentak memalingkan muka kearah Dhia Qalisya.
"Dhia dari mana Sayang?"
Muncul mama dan Melissa dari pintu utama.
"Dhia baru balik dari beli mainan."
"Nekwan dan Mama belanja."
Zarul terkejut mendengar Dhia memanggil Melissa Mama.
"Dhia Aunty Melissa bukan Mama Dhia tapi Dhia Carissa adalah Ibu Dhia."
"Bukan! Dhia tak nak Ibu Dhia seorang pembunuh."
"Dhia nak Mama seorang saja jadi Mama Dhia."
Zarul terkedu, Anaknya yang measih berumur 6 tahun mampu bercakap seperti itu."
"Dhia!!!"
"Seburuk² Ibu, dia tetap Ibu Dhia."
"Darah yang mengalir dalam tubuh Dhia adalah darah Ibu."
" Dhia terbentuk dirahim Ibu Dhia."
Zarul melapaskan amarah yang terbuku dihatinya.
"Abang Zarul, Lissa tak kisah kau Dhia nak panggil Lissa Mama. Lissa dah anggap Dhia macam anak Lissa juga "
"Lissa bawa Dhia kebilik, bersihkan dia ya."
Mama meminta Lissa untuk membawa Dhia kebiliknya.
"Rul kenapa ni?"
"Mama nampak muka Rul macam menyimpan amarah sejak Mama masuk ke dalam rumah ni."
"Carissa dah bebas Ma."
"Apa?! Tapi bila."
"Rul tak tahu, apa yang Rul tahu, mungkin Peguam tu yang menolong Carissa."
Muka PuanSri menjadi pucat.
"Rul macam ni, Rul harus bernikah jika Rul tak nak kehilangan Dhia."
"Papa yakin Carissa akan menuntut hak penjagaan Dhia."
TanSri Ariffin berkata.
"Tak Rul takkan biarkan Carissa mengambil Dhia dari Rul. Rul taknak anak Rul dihina kerana Ibunya pembunuh dan bekas banduan.
"Ma, tiga bulan dari sekarang buat persediaan perkahwinan Rul dengan Melissa."
PuanSri Aisyah dan TanSri Ariffin berpandangan.
"Betul ke ni Rul?"
"Baiklah Mama akan membuat persediaan perkahwinan Rul dengan Melissa."

Dibalik pintu bilik Dhia, Melissa teesenyum kemenangan. hatinya berkutik. AKHIRNYA KAU NAK JUGA KAHWIN DENGAN KU RUL. KAU DAH KALAH DHIA CARISSA. PADAN MUKA KAU WANITA PAGAR BESI. AKHIRNYA AKU DAPAT MENJADI MAAM BESAR DIRUMAH ZARUL NANTI.

Zarul keluar dari perut rumah dan masuk kedalam kereta. Dia menghidupkan enjin kereta dan duduk didalam kereta.
"Betul ke keputusan aku ni?"
Dia mengambil Handphone nya di kocek seluarnya dan mendail seseorang.
"Aku nak kau cari tahu, dimana Carissa tinggal sekarang."
"Aku akan transfer upahmu bila kerjamu dah selesai."
Zarul mematikan panggilan.
"Kau membuatkan aku menjadi Benci padamu Carissa."
"Aku akan membuat mu mwnderita diluar sana."
"Kalau boleh aku nak kau lenyap terus dari dunia ni."
Kebencian dalam diri Zarul mula menjadi kepada Carissa.
"Kalau aku tak dapat bersamanya, kau pun tak kan dapat bersama Zaril."
"Kau lihat saja nanti."
"Kalau Papa dapat mendorong Carissa kedalam kegelapan kenapa aku tidak."
Senyuman kejahatan muncul di bibir Zarul.
Zarul memusing stereng kereta nya lalu meluncur keluar dari perkarangan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience