BAB 3:

Other Completed 14322

Zaril terkesima.
"Jadi?"
"Puan Carissa terima hukuman ni, Tuan."
"Dia ada cakap, Satu hari kebenaran akan terbongkar." Masih kuat di ingatan Illa senyuman di manis di bibir Carissa.
Zaril mendengar kata² keraninya.. "Ok kamu boleh keluar sekarang".
"Terima Kasih Tuan."
Tertutup saja semula pintu ruangannya, Zaril bersandar di kerusi, memusingkan kerusinya menghadap tingkap yg berada di belakangnya. Zaril membuka kaca matanya dan ada air jernih yg mengalir di sudut pipinya.
"Aku fikir kau bahagia Carissa?"
"Rupanya kau menderita."
"Derita sangat."
Airmata lelakinya mengalir kerana terlalu terluka melihat insan yg dicinta menderita selama kepergiannya..
"Sekarang aku dah kembali, Aku akan melindungi mu hingga habis nyawaku."
Zaril menyeka air matanya, lalu memusingkan kembali kerusinya menghadap meja dan fokus ke fail putih dihadapannya.

Zarul termenung duduk di sofa di rumahnya. Memikirkan keputusan yang dibuatnya 3 hari lepas.
"Maafkan abang sayang."
"Abang tiada pilihan selain lepaskan sayang, dan nama abang masuk menjadi pewaris Daddy."
Zarul menunduk, hatinya hancur kerana melepaskan isteri yang tersayang. Meninggalkan isterinya saja selama 5 tahun saja membuatnya jadi seperti orang gila. Apalagi sekarang dia telah melepaskan dan menceraikan isterinya.
"Abang bahagia bersama Sayang selama setahun lebih kita bersama."
"Abang melakukan kesalahan besar sayang."
Zarul menangis mengenang nasib bekas isteri yang berada di pusat serenti.
"3 bulan lagi sayang akan keluar dari pusat, mampukah Sayang hidup tanpa Dhia disisi."
Zarul melihat kaletah anaknya yang sedang khusyuk mewarna buku princess.

"Dhia."
Dhia menoleh melihat papanya yang duduk di sofa.
"Hmm."
"Sini Sayang papa nak cakap sikit."
Dhia bangun dari duduknya dan berjalan riang mendapatkan Papanya.
"Ada apa Pa?"
"Dhia tak rindu Ibu?"
Dhia bangun dari pangkuan Papanya. Mukanya muram.
"Dhia tak ada Ibu!"
"Kenapa cakap macam tu?"
"Dhia tak nak ada Ibu pembunuh!"
"Dhia!!"
Zarul meninggikan suaranya kepada Dhia.
"Papa tak pernah ajar Dhia cakap macam tu!"

TanSri Ariffin keluar dari bilik bila mendengar suara tinggi Zarul.
"Zarul!"
Zarul kaku menahan amarah yang membuak didalam hatinya.
"Kenapa kau macam di sampuk Syaitan ni?"
TanSri Zarul dan PuanSri Aisyah menuruni tangga mendapatkan Cucu mereka.
"Saya tak pernah ajar anak saya kurang ajar."
"Kenapa ni Dhia sampai Papa marah macam ni?"
"Dhia cakap apa yang Nekwan dan Tokwan cakap. Ibu pembunuh. Dhia malu ada ibu pembunuh.."
"Ooo jadi ni semua ajaran Papa dan Mama lah."
"Dhia pergi masuk bilik Sayang?"
Dhia berlari masuk ke bilik.
"Rul apa yang Papa dan Mama cakap tu memang betul.."
"Rul nak ke anak Rul nanti besar, di ejek kena ucap anak pembunuh."
"Heh." Zarul mendengus..
"Apa yang Papa dan Mama mahu Rul dah penuhkan."
"Jangan pernah hina Carissa depan Rul."
"Rul tahu semua ni ulah Papa dan UncleTarmizi."
"Rul tahu Carissa tak salah. Papa dan Uncle Tarmizi sanggup sogok peguam untuk menuding semua kesalahan kepada Carissa. Bukan begitu!"
"Maaf Ma, Zarul takkan terima Melissa untuk menggantikan tempat Carissa di hati Rul."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience