BAB 24: MEMBETULKAN KESILAPAN

Other Completed 14322

Lonceng rumah Illa berbunyi menandakan ada tetamu. Tengku Nadia bergegas membuka pintu utama.
"La Farrel ke?"
Tengku Nadia terkejut bila melihat seseorang ada disamping Farrel.
"Za zarul?" kata Tengku Nadia dalam gugup.
"Assalammualaikum Aunty." Ucap Zarul.
"Waalaikumsalam. Jemputlah masuk." Kata Tengku Nadia.
"Mana Zaril Umie, Farrel Call tak angkat."
"Biasalah Farrel." Tengku nadia menunjukkan dimana keberadaan Zaril.
Tengku Zamri bangun dari duduknya dan menyambut tetamu yang datang.
"Oo Zarul, jemput duduk." Pelawa Tengku Zamri
Mendengar nama yang tidak asing dari pendengarannya, Zaril bangun dari pembaringan dan melihat kebelakang.
"Kau nak apa datang sini. Nak cari Isteri aku." Kata Zaril dalam amarah yang tiba tiba datang menggila.
"Aku nak jumpa Kau Zaril." Balas Zarul.
"Zaril aku datang kesini hanya nak minta maaf atas semua yang terjadi."
"Aku tak tahu akan jadi macam ni. Aku hanya ingin menemukan puteriku dengan Ibunya sebelum aku bawa Dhia pergi dari sini."
"Tapi masa tu aku tak datang berdua dengan Dhia, Tetapi bertiga dengan bakal isteri aku Suzana."
Zaril terkejut mendengar penjelasan dari Zarul.

Zarul menceritakan semuanya kepada Zaril.
"Ril, Aku kenal Rissa. Dia seorang yang sangat setia."
"Cuma aku bodoh. Kerana harta, aku sanggup lepaskan dia."
"Dan kerana kebodohanku juga aku melihat dia meringkuk dalam penjara selama bertahun tahun atas bukan kesalahan yang dilakukannya."
"Ril Ayah tahu Rissa difitnah dan Ayah tahu orang tu tak nak melihat kebahagiaan Ril dan Rissa."
"Sekarang Ril dah dengar kan apa Zarul cakap."
"Maafkan aku Rul. Aku terlalu cemburu hingga buta melihat kebenaran."

Zarul pulang selepas memberitahu kebenaran yang sebenar.
"Ril sekarang Ayah dan Umie nak Ril cari Rissa."
Kata Tengku Zamri.
"Ril tak tahu Dhia kat mana sekarang Ayah."
"Angah tak kesiankan Rissa ke?" Tanya Tengku Nadia.
"Kalau kata Kak Long betul, yang Rissa mengandung, Ril tak nak tengok Rissa melahirkan anak Ril." Sambung Tengku Zamri.
Zaril meraup mekanya beberapa kali.
"Dhia kat mana Sayang."
"Ril perbetulkan segala kesilapan yang Ril dah buat kat Rissa."
"Tak salah Zarul nak membawa anaknya berjumpa dengan Rissa. Ril sendiri dah tahu kan Rissa adalah Ibu kepada anak Zarul."
"Ril khilaf Ayah, Ril khilaf."
Tengku Zamri mengambil telefon diatas mejanya.
Dia mendail seseorang. Panggilannya dijawab.
"Tolong Cari dimana Keberadaan wanita ini."
"Aku akan hantar gambarnya dan aku akan transfer separuh pembayaran kepada awak."
"Baiklah terima kasih."
Tengku Zamri menamatkan panggilan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience