BAB 1: BERTEMU DALAM KESEDIHAN

Other Completed 14394

Aku seorang gadis lemah, di buang oleh keluarga sendiri. Hina dimata Masyarakat.
Kerana kesalahan orang lain, aku dipenjara selama 3 tahun.. Dimasukkan ke pusat pemulihan. Aku telah bersuami, mempunyai seorang anak perempuan..
Kehidupan indah belaka, hidup dapam serba sederhana di sebuah kampung d negeri Labuan. Sehingga sampai anakku berusia 6 tahun. Kehidupan ku berubah sepenuhnya. Suami hilang menggantung pernikahan tanpa tali.
Aku dihina keluarga ku, hampir setiap hari, aku hidup dalam linangan air mata. Ya anakku membuang ku jauh dari hatinya. Sampai satu masa aku dipenjara atas kesalahan insan lain. Aku terima semua takdir yang tertulis.
Empat tahun aku dipenjara, dimasukkan ke pusat pemulihan. Banyak yang aku belajar. Jangan terlalu percaya kan sesiapa walhal pun dia ibumu.

"Dhia Carissa!!"
Aku menoleh ke belakang apabila penjaga dipusat pemulihan memanggil nama ku..
"Ya Puan."
"Ada pelawat nak bertemu awak."
Aku mengikut penjaga pusat ke tempat orang yang ingin bertemu dengan ku.
"Dia disana." Warden menunjuk arah lelaki yang berdiri membelakangi ku.
"Terima Kasih."
Aku menghampiri lelaki tersebut. Selama 2 tahun dalam penjara dan hampir 2 tahun 6 bulan aku dipusat serenti, baru pertama kali aku didatangi pelawat..
"Siapa anda?" kata ku.
"Apakah anda yang ingin berjumpa dengan ku?" tanyaku lagi.
Lelaki tersebut menoleh kebelakang dimana tepat tempat ku berdiri.
Terkejut lelaki itu melihat wajahku. Aku menunduk menahan malu yang menebal dimuka ku.

"Carissa? Betul kan awak Dhia Carissa Dato Tarmizi."
Aku menunduk sahaja, air mata bergenang dikelopak mata.
"Iiiya saya." Dengan suara gugup.
" Macam mana anda tahu saya berada disini?"
"Saya Adam Zaril, Peguam kepada Encik Zarul TanSri Ariffin."
Aku mengangkat muka ku. Dengan reaksi terkejut aku bertanya.
"Kenapa?"
"Betul itu nama suami awak?"
"Ya."
"Ini surat penceraian, Puan sah diceraikan dengan talak 2 oleh Encik Zarul TanSri Ariffin."
Aku hanya mampu senyum dalam linangan air mata.
"Terima kasih." Kataku.
"Puan taknak tau tentang anak puan Dhia Qalisya?"
"Takpe tuan, saya dah tahu, Dhia takkan terima ibunya seorang banduan."
"Kalau tuan bertemu dengan mereka sampaikan salam saya, ucapkan terima kasih pada Encik Zarul.. Bagitahu Dhia, Ibu halalkan susu yang Dhia minum selama Dhia kecil satu masa lalu."
Air mata ku laju mengalir, aku mengambil sampul surat tersebut dan berpaling kebelakang untuk berlalu dari situ.
Tak tahan rasanya tangisan dalam diri. Maruah ku di injak, Hatiku bagai dihiris dengan belati tajam.

"Carissa!!"
Langkah kakiku berhenti.
"Kenapa kau jadi seperti ini?"
"Carissa yang aku kenal, tak pernah melakukan walaupun secubit kejahatan."
Zaril berjalan menuju ke arahku. Tangisanku menjadi. aku menoleh kearahnya.
"Apakah anda tidak malu mengenali aku seorang banduan yang telah membunuh seorang lelaki?"
"Apakah anda tidak malu jika satu hari anda dihina kerana telah mengenali banduan seperti ku?"
"Carissa, Aku tak pernah mapu berteman denganmu, sejak dibangku sekolah lagi."
"Aku sudah berjanji dengan mu akan melindungimu bila kau dalam kesulitan."
"Tapi kenapa kau sembunyikan penderitaanmu dari pengetahuanku?"
"Sampai satu masa suamimu memfailkan penceraian keatasmu."
Zaril melihatku dengan pandangan redup. hatinya berkata, AKU TAK PERNAH MALU MENGENALIMU WALAUPUN KAU DICAMPAKKAN OLEH KELUARGAMU.
"Maaf Zaril, aku taknak memalukanmu, dan membuatkan karier mu hancur.."
"Aku terima semua hukuman atas kesalahan yang tak ku lakukan."
"Walaupun aku berkata didepan Hakim, bukan aku melakukan, tetapi dengan kuasa Wang, aku kalah. Kebenaran yang ku berikan, Kepalsuan yang mereka terima."
Zaril terkedu, jadi, betullah cerita 4 tahun lepas, sewaktu ia mula bertugas semula, selepas dari beecuti panjang, kecoh di pejabat, tentang seorang wanita, dianiaya oleh Ayahnya sendiri. Jadi bermakna wanita itu adalah Carissa.
"Aku akan membantu mu bebas Carissa."
Aku menggelengkan kepala, "Tak usahlah Zaril, lagipun aku dah selesa disini."
"Banyak sahabat yang ku kenal disini."
"Banyak yang ku pelajari, didalam pusat ni.."
"Terima kasih banyak banyak."
"Aku pergi dulu."
"Assalammualaikum."
Aku melambaikan tangan padanya, walau hatiku berat meninggalkan Zaril. Aku ingin meluah segala yang terbuku dihati.
Aku berpaling lalu meninggalkan dia sendirian disana.
Zaril memperhatikan gerak langkah kakiku.. CARISSA, KENAPA KAU SANGGUP TERIMA HUKUMAN NI KALAU BUKAN KAU YANG LAKUKAN. Zaril sedih melihat wanita yang dicintainya diperlakukan seperti ini. Melihat wajahnya yang bertudung, takda beza seperti semasa dia di tingkatan 5.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience