BAB 36: PERTARUHKAN NYAWA DEMI TWINS

Other Completed 14322

Zaril dan Megat menunggu Carissa diluar ruang kecemasan.
Hampir setengah jam Dr Cathy keluar dan menemui Zaril.
"Zaril I terpaksa lakukan Operasi pembedahan untuk mengeluarkan si Twins."
Megat menepuk bahu Zaril memberi kekuatan.
"Nyawa mereka bertiga dalam bahaya."
"Buat lah Cat asal isteri dan baby selamat."
"Baiklah, You Sign diatas borang ni."
"Tolong carikan penderma darah jenis O+." Kata Dr Cathy.
"But Why?" Zaril seperti menangkap sesuatu yang berlaku pada isterinya.
"You wife mengalami pendarahan yang teruk.
"Baik lah." kata Megat.

Carissa dipindahkan ke bilik pembedahan selepas Zaril menandatangani surat.
Megat yang sedang bercakap dengan seseorang didalam handphone nya menoleh melihat Sepupunya.
"Jadi Uncle?"
"Memang Misha punya angkara lah Uncle."
"Rissa masih dalam bilik pembedahan."
"Zaril, Zaril duduk di kerusi tunggu khabar dari Doktor."
"Cuma Uncle Doktor nak penderma darah jenis O+ secepat mungkin. Rissa kehilangan banyak darah. Dan darah disini tak mencukupi."
"Hmm ok Uncle."
Megat memutuskan panggilan. Dia mendekati Zaril dan duduk disebelahnya.

Dr Cathy keluar dari ruang pembedahan.
Zaril dan Megat berdiri serentak.
"Zaril. Tahniah. You Wife dan si twins selamat."
"Cuma Dhia masih belum stabil."
"Ya Allah Syukur."
"Terima kasih Cat."
"Baby dalam keadaan sihat. Walaupun tak cukup bulan.
"Ok. Pakaian baby nanti minta tolong serahkan pada jururawat ya."
"Baiklah."
Zaril menghubungi Tengku Nadia. Dia memberitahu Isterinya sudah selamat melahirkan. Zaril meminta Umienya untuk menghantarkan barangan Baby yang disediakan Isterinya ditepi almari.
"Terima kasih Umie."

Carissa dipindahkan ke ward persendirian. Zaril dan Megat dibenarkan untuk menemani Carissa.
Zaril melihat isterinya. Jatuh airmata melihat dikedua belah tangan isterinya ada jarum melekat. Selain itu Zaril melihat isterinya sekarang bergantung dengan oksigen.
"Sayang bangun. Hubby rindu nak dengar suara Sayang."
"Ril Sabar, Rissa masih dalam bius ubat."
"Kejap lagi Rissa bangun lah."
"Hmm thanks Megat."
2 orang jururawat masuk membawa katil kecil yang menempatkan si twins didalamnya.
Zaril mendekati siTwins. Dia mengangkat Bayi lelaki dan mengazankan Bayinya disebelah katil isterinya. Selesai mengazankan Baby lelaki, Zaril menyerahkan pada Megat dan mengambil bayi perempuan dan mengiqamatkannya.
Zaril mencium kedua bayinya.
"Baby abi." Kata Zaril dalam sebak.

Tengku Zamri dan Tengku Nadia berjalan menuju ward yang menempatkan menantunya. Mereka masuk kedalam ward persendirian melihat Zaril dan Megat mengendong baby yang berbalut tuala putih.
"Ya Allah Cucu TokMa." Kata Tengku Nadia.
Tengku Nadia mendekati Zaril yang mengendong cucu perempuannya.
"Umie." Zaril menyerahkan Baby girl kepada Umienya.
Tengku Zamri menghampiri anaknya dan memeluk Zaril memberi semangat.
"Ril kuat demi Rissa."
"Ril tak sangka isteri Ril akan macam ni ayah. Ril gagal jaga Dhia."
"Ril, Ayah minta maaf. Tapi ayah terpaksa bagitahu."
"Tapi Uncle." Megat berkata.
"Takpe Megat."
"Ril, Umie dan Ayah dah melihat CCTV d dalam kediaman, dan yang bertanggungjawab atas Rissa adalah Misha."
"Misha?"
"Misha yang menuangkan Minyak ditangga sebab dia tahu Rissa akan menggunakan tangga setiap kali naik ataupun turun kebawah."
"Ya Allah."
"Keputusan di tangan Zaril. Ril mampu melakukan apa saja. Ril pun tahu hukum kepada sesiapa yang cuba mencelakai seseorang."
"Tapi Misha kan anak buah Ayah."
"Ye tapi dia tetap salah menyebabkan menantu Ayah jadi macam ni."
"Sekarang Ayah cuma mampu menyuruh anak buah Ayah untuk menghalang sesiapa keluar dari Villa tersebut."
"Baik lah Ayah. Ril akan bagi keputusan bila isteri Ril dapat pulang kevilla nanti."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience