BAB 27: PERSIAPAN PESTA FESYEN

Other Completed 14322

Hari ni Aku dan Nelly pergi ke gedung kain untuk mencari 2 kain berbeza warna untuk kami pakai dipesta Fesyen nanti.
"Aku rasa kita beli warna hijau lumut dan purple gelap ni. Cantikkan?" Kataku menunjuk kain kepada Nelly.
" Ok jugak. Tapi kan Mak buyung, kalau kain untuk kau kau mesti beli 6 meter macam tu." Kata Nelly kepadaku.
"Kenapa pulak?"
"Takut nanti tak cukup." Nelly ketawa terbahak bahak mengenakan aku.
"Nelly!!" Panggilku dengan kedua tanganku di pinggangku.
"Aku gurau je. Jangan marah."

Selesai membeli kain aku terus bawak Nelly pulang. Sebab sekarang ni aku selalu sakit badan.
Didalam kereta aku menelefon Farrel untuk bertanyakan tentang Busana yang aku suruh kirim kesini.
"Susah Rissa, Kalau aku pos sekarang pun aku rasa takkan sempat nanti."
"Jadi macam mana?"
"Aku tak larat nak menjahit. Kataku jujur.
"Kenapa pulak." Tanya Farrel.
"Kaki aku sakit lepas jatuh tangga hari tu. jadi belum sembuh sepenuhnya." Aku menipu Farrel tanpa sengaja.
Nelly yang melihat aku, membesarkan matanya. Aku hanya memberi isyarat supaya dia diam.
"Kau ok ke tu?"
"Aku ok je."
"Kalau tak aku kesana sehari sebelum event tu macam mana."
"Ermmmm. Boley juga."
"Ok deal sehari sebelum Event aku datang kesana."
"Ok Farrel tq."
"Welcome Princess."
Aku menamatkan perbualan ku dengan Farrel.
"Kenapa kau tak nak terus terang yang kau mengandung?"
"Aku taknak mereka risaukan aku."
Kereta meluncur laju dijalan.

DI RUMAH ILLA
"Jadi macam mana Farrel?" Soal Zaril tidak mahu menunggu lama.
"Aku akan hantar Busana tu kesana."
"Bila?"
"Sehari sebelum Event."
"Aku nak ikut?"
"Kau nak ikut? Boleh"
"Tapi kau harus beli tiket untuk masuk ke dalam Dewan Hotel tu."
"Tanpa tiket kau tak boleh masuk."
"Ok boleh."
"Kau beli secara Online ye nanti aku sent website dia."
"Umie dan Ayah nak ikut." Kata Tengku Nadia.
"Kak Long dan Illa pun." Ujar Zalina.
"Tapi ingat aku tak nak dia tahu yang kamu ikut bersama aku."
"Aku taknak buat kecoh kat event tu nanti."
"Ayah dan lain takkan ikut keevent tu. Kami akan menunggu di rumah je." kata Tengku Zamri.
"Baiklah."

JOHOR BHARU
Aku mula memotong kain kain yang kami beli tadi. Kepalaku tiba tiba pening. Aku pitam. Nasib baik dalam masa sama Nelly masuk kebilik ku.
Nelly menyambut tubuhku dari jatuh kelantai rumah.
"Dhia, Dhia." Panggil Nelly sambil menepuk nepuk pipiku. Aku mendengar tapi tak boleh membuka mataku..
Aku pengsan didalam pangkuan Nelly.
Nelly menelefon Ambulance. 20 lepas tu Ambulance datang membawa Carissa ke Hospital.
Didalam ward, aku membuka mataku. cahaya dari lampu membuat pandanganku perih.
"Kau dah sedar?" Kata Nelly duduk disebelahku.
"Aku kenapa?" Aku melihat darah satu beg tergantung disebelahku.
"Kau kurang darah."

Doktor Cathy masuk ke ward dimana aku ditempatkan.
"Puan Dhia ok hari?"
"Ok doktor. Tapi macam mana saya boleh kurang darah ni doktor."
"Macam ni kami telah scan kandungan Puan Dhia."
"Jadi kami mendapati didalam rahim Puan Dhia sekarang ada 2 nyawa yang sedang membesar."
Aku terpesona, mataku melihat Nelly. Airmata bertakung dikelopak mataku.
"Maksudnya doktor?" Tanya Nelly tanpa sabar.
"Maksudnya Puan Dhia mengandung anak kembar."
"Tahniah puan Dhia."
"Sekarang Puan Dhia harus mendapat rehat yang cukup ye."
Doktor Cathy berlalu keluar meninggalkan aku dan Nelly.
Nelly teruja.
"Mak buyung patutlah perut kau besar macam orang mengandung 7 bulan."
"Rupanya ada si kembar kecik kat dalam."
Nelly mengusap perutku perlahan.
Aku diam tak mampu berkata. Hatiku berbicara.
YA ALLAH KAU MEMBERIKU REZEKI TANPA KU DUGA ALLAH. TERIMA KASIH.

Aku keluar dari ward setelah 3 hari didalam. Aku tidak dibenarkan untuk membuat pekerjaan berat.
"Nell jadi macam mana aku nak siapkan busana ni?" Kataku kepada Nelly.
" Takpe jangan bahayakan kandungan awak."
"Kalau tak aku akan minta Farrel untuk datang lebih awal kesini."
"Apa kata kau ajar aku untuk menjahit busana tu. Macam mana?"
"Ermm boleh juga."
"Ok jom balik."
"Hmm."

Hari berganti hari dan minggu berganti bulan. Hanya tinggal seminggu untuk kami buat persiapan.
Aku menghubungi Farrel untuk bertanyakan tentang busana.
"Macam mana ok ke?" Tanyaku.
"Jumaat ni aku gerak."
"Kau mintak ambik Nell ke?"
"Tak aku dah book hotel dah."
"Oo ye ke. Illa ikut sama?"
"Tak aku sorang je."
"Oo ok kita jumpa Ahad ek. Kau tolong settle dengan Nell lah Sabtu ni."
"Ok. Bye."
Aku melihat hasil jahitan Nelly. Boleh tahan tapi hanya sempat menyiapkan satu busana sahaja.
"Cantik juga jahitan kau ni." Ujarku.
"Eh malu lah aku."
"Tapi aku hanya sempat siapkan 1 je."
"Takpe, yang penting ada untuk kau pkai malam tu."
"Tapi kau?"
"Aku akan lihat dari belakang panggung je."
"Laa kenapa pulak."
"Aku dah sarat sangat ni. Kandungan nak masuk 6 bulan. Tapi kau tengok macam dah nak bersalin esok je." Kata ku dalam tawa.

Kedatangan Farrel dibutik Nell disambut riang oleh Nelly.
"Nell Kau sorang je ke?"
"Haah."
"Mana Rissa?"
Nelly menatap wajah yang ada disebelah Farrel. Dengan keterujaan.
"Ni suami Dhia kan." Kata Nelly.
"Urmm. Tapi kau mesti tolong kami boleh?"
"Tolong apa?"
Farrel menceritakan kejadian yang menimpa Dhia.
"Ooo Ok boleh."
"Bagus." Kata Farrel.
"Cuma.."
"Cuma apa?"
"Sekarang ni Dhia akan mengalami demam panas setiap malam. Siang Dhia akan ok."
"Tapi kenapa?" Tanya Zaril dengan cemas.
"Sebab perubahan hormon kot. Biasalah mak buyung." Nelly terlepas kata kepada Zaril dan Farrel.
"Jadi betullah yang Dhia sedang mengandung."
"Maafkan Aku Dhia.. Aku terlepas cakap."
"Takpe benda boleh settle ." Kata Farrel.

Zaril dan Farrel membantu Nelly menyiapkan pentas di dewan tertutup disalah satu Pusat membeli belah.
Mereka tekun mengajar semua model menggayakan Busana.
Zaril termenung dalam senyuman mengenang yang isterinya sah mengandung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience