BAB 45: RAHSIA LAMA DIBONGKAR

Other Completed 14322

Zian datang terlambat menemui Zaril dan tunangannya Adik Tiri Dhia Carissa iaitu Qasieh Qarmila.
"Maaf aku lambat. Kenapa ni?"
"Kenapa dengan Ipar sayang ni?"
Zian melihat Zaril sepertinya menahan amarah yang memuncak.
"Ril kenapa ni?"
Zaril diam seribu bahasa.
"Tadi Kak Rissa datang."
"Apa?"
"Kak Rissa salah sangka dengan Qasieh dan Abang Ril."
"Takpe." Zian mengusap rambut Qasieh.
"Kak Rissa kenal dengan mereka kat sana tu."
Zian melihat sekelompok budak remaja yang menjaga tempat itu. dan salah satunya adalah Boy sepupunya.
"Boy." Panggil Zian pada sepupunya.
"Napa?"
"Tadi ada bini bini kah disini selain Qasieh?"
"Ada Kak Dhia. Kenapa?"
"Kau kenal siapa Dhia."
"Kami kenal Kak Dhia 5 bulan lalu."
Zian memberi isyarat supaya Boy duduk disebelah Zaril.
"Jadi kamu tau kan yang Kak Dhia dah berkahwin."
"Tau dan kami pun selalu jumpa sikembar kiut."
Zaril menahan amarahnya hingga menimbulkan urat didahinya.
"Kau pernah liat suaminya?"
"Nda. Tapi kami tau 5 bulan lepas jua lakinya hilang tanpa kesan."
"Tapi ia ada bgitau kami jua yang lakinya sudah ditemui dan selamat."
"Ia buat apa disini tadi?"
"Aku nda tau tapi siAtik tau."
"Panggil Atik."

Boy memanggil Atik untuk join duduk di meja Zaril tadi.
"Kenapa?"
Zian menghidu bau minuman keras keluar dari mulut Atik.
"Kau ni kan Tik, Minum jak kerja mu."
"Kenapa Si Dhia kesini tadi."
"Ooo Tadi Kak Dhia kesini atas urusan Bisnes hujung minggu ni?"
"Maksud?"
"Anak YB mau menggunakan khidmat Kak Dhia ahad ni untuk majlis resepsinya."
"Then?"
"Kak Dhia cakap ia sewa tempat ni hari ahad full day. Sebab tema majlis tu adalah pantai."
"Ooo tapi ni abang mau tanya kau lama sudah kenal Dhia."
"Aku kenal Kak Dhia Sebelum Kak Dhia dimasukkan kedalam penjara."
Zaril tersentak. dan menoleh kearah Atik.
"Macam mana boleh macam tu?"

Atik menceritakan semua yang terjadi. Dia mengenali Dhia sejak lama. Dan dia tahu Ayah Qasieh menjebak Dhia kedalam penjara.
Atik juga menceritakan Anak YB yang menggunakan khidmatnya adalah yang menyelamatkan Dhia sewaktu dilokap.
"Sebastian adalah lelaki yang paling ditakuti disini."
"Cuma Kak Dhia profesional. Dia tak pernah bagitahu yang dia hampir mati didalam lokap kerana Papa SiQasieh."
Qasieh menunduk nampak ada air mengalir dipipunya.
"Maaf Qasieh tapi aku cakap apa yang aku tahu."
"Aku ni pun bukan baik banar."
"Tapi kerana Kak Dhia, aku berubah kearah kebaikan."
Zian hanya mengangguk tanda paham. Dia tahu Dhia sangat memberi kesan baik terhadap kelompok remaja didepannya.

"Korang kenal tak siapa ni?"
"Kenal bukan ni ke tunangan Qasieh. Qasieh sendiri yang bagitahu hari tu yang Adam Zaril ni tunangannya."
Akhirnya mereka tahu mengapa Dhia terlalu marah.
"Ril kau tak boleh salahkan mereka sebab mereka terlalu sayangkan Dhia."
"Betul. Kami rela lakukan apapun walau pun bendatu menyebabkan kami hilang nyawa." Kata Boy.
"Boy, Tik, semua ni salah faham. Abang Ian tahu yang salah adalah Qasieh."
"Zaril ni suami kak Dhia. Dan Qasieh ni tunangan Abang Ian."
"Qasieh ni adik tiri kak Dhia."
"Apa!!" Mereka berkata serentak.
"Maaf Bang, Tadi Kak Dhia tanya aku siapa Abang sama Si Qasieh?"
"Takpe Abang tak salahkan kamu."
"Benda dah berlakukan."
"Lagipun Abang tahu Kak Dhia takkan melenting kalau tiada silap."
"Bang banyak banyak wanita yang kami jumpa, Kami cukup tertarik dengan keperibadian kak Dhia." Kata Boy.
"Wanita Muslimah sejuk mata kami memandangnya." Sambungnya Lagi.
"Takpe Abang harap Kamu semua dapat bantu Abang Ahad ni boleh?"

Mereka berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience